Langkah Le Meridien 10 Kesilapan Besar Anwar Ibrahim Dr Kamarul Zaman Yusoff




Dalam cacatan terbaru di Facebook oleh Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff, beliau mengariskan 10 Kesilapan Besar Anwar Ibrahim dalam pengumuman terbaru  beliau yang mendakwa mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen sekaligus menjatuhkan kerajaan TS Muhyiddin Yassin.
LANGKAH LE MERIDIEN: 10 KESILAPAN TERBESAR DSAI
(1) Dengan yakinnya mengumumkan "kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh" sedangkan pengumuman sebegini, jika ada, sepatutnya dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong setelah melalui segala proses perlembagaan yang diperuntukkan.
(2) Dengan yakinnya mengumumkan beliau mempunyai "strong, formidable, convincing majority" dan "close to 2/3 majority" di Parlimen tanpa memberikan walau sebarang pembuktian sekalipun mengenainya.
(3) Dengan yakinnya mengumumkan beliau akan membentuk "sebuah kerajaan baru" yang merupakan "a convincing, formidable, strong government" tanpa mengambilkira kuasa Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong untuk meminta dan memperkenankan pembubaran Parlimen.

(4) Dengan yakinnya mengumumkan Ahli-Ahli Parlimen yang bersama beliau "have decided and have strongly endorsed this position" sedangkan keputusan ini tidak pun dibawa untuk dirunding dan diputuskan di dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan.
(5) Dengan yakinnya mengumumkan "we have Parliamentarians from the government side which of course have included Barisan Nasional Members of Parliament" tanpa memberikan sebarang nama Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang berbuat demikian.
(6) Dengan yakinnya mengumumkan Tun Dr Mahathir dan PEJUANG tiada akan bersama beliau di dalam kerajaan baru beliau sedangkan Tun Dr Mahathir dan PEJUANG mungkin sahaja akan mampu untuk mempengaruhi Ahli-Ahli Parlimen lain untuk menolak pembentukan kerajaan baru ini. 
(7) Dengan yakinnya mengandaikan bahawa Yang di-Pertuan Agong akan menerima bulat-bulat perancangan beliau sedangkan Baginda sendiri telah bertitah di dalam Pembukaan Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas, pada 18 Mei 2020 supaya pemimpin politik tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat pandemik Covid-19.
(8) Dengan yakinnya mengandaikan bahawa rakan-rakan lama beliau di dalam Pakatan Harapan dan rakan-rakan yang baru menyertai beliau boleh menerima satu sama lain sedangkan banyak petanda menunjukkan keadaan sebaliknya.
(9) Dengan yakinnya mengandaikan bahawa tiada apa-apa perubahan yang boleh berlaku antara tarikh beliau mengumumkan pembentukan kerajaan baru beliau dengan tarikh  beliau mengadap Yang di-Pertuan Agong dan dengan tarikh Yang di-Pertuan Agong menemuduga semua Ahli Parlimen sedangkan banyak perubahan yang boleh berlaku.
(10) Dengan tiada segannya mengumumkan sendiri segala perkara yang berkait dengan kenaikan diri beliau dan rancangan pembentukan kerajaan baru oleh beliau sedangkan adalah jauh lebih baik jika yang berbuat demikian adalah rakan-rakan lama beliau di dalam Pakatan Harapan atau rakan-rakan yang baru menyertai beliau.


SUMBER





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/09/langkah-le-meridien-10-kesilapan-besar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Lakukan Kesilapan Besar

Anwar Lakukan Kesilapan Besar

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 350 hits
ALOR SETAR Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan kesilapan besar dalam karier politiknya apabila mengumumkan sudah memperoleh sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan baharu Pen...
Anwar Ibrahim An Obsession To Become Malaysia S Prime Minister

Anwar Ibrahim An Obsession To Become Malaysia S Prime Minister

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 235 hits
Known for both his tumultuous political career and his dogged decades long quest to lead Malaysia Anwar Ibrahim has become one of the most well known and controversial figures in South East Asia On the cusp of becoming prime minister severa...
Anwar Ibrahim Pm Ke 9 Ke Arah Sebuah Kerajaan Stabil Kukuh

Anwar Ibrahim Pm Ke 9 Ke Arah Sebuah Kerajaan Stabil Kukuh

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 248 hits
October 1 2020 Saya akan ulangi apa yang saya tegaskan sebelum ini bahawa kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan dijatuhkan atas konspirasi jahat satu pengkhianatan dari dalam Ini bermakna PH tidak dijatuhkan atas motif kegagalannya memel...
Anwar Ibrahim Perdana Menteri Baru

Anwar Ibrahim Perdana Menteri Baru

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 483 hits
HARI ini kita dapat Perdana Menteri baru Begitulah pengumuman yang dibuat oleh Anwar Ibrahim Perdana Menteri baru ialah Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim juga mengumumkan kerajaan Muhyiddin Yassin telah RUNTUH Tahniah kepada Anwar Ibrahim
Kemaraan Anwar Sebagai Pm Tidak Membantu Pkr Menang Besar Di Sabah

Kemaraan Anwar Sebagai Pm Tidak Membantu Pkr Menang Besar Di Sabah

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 307 hits
Abah lebih popular dari bang Non Pegurusan politik yang bijak Azmin Ali dan Hamzah menggambarkan Muhyiddin sukar digugat oleh sesiapa pun lebih lebih lagi jika Tun dan Anwar tidak sekapal Selepas PRN Sabah nama Shafie sebagai calon PM agak ...
Anwar Ibrahim Dipermainkan Di Sabah

Anwar Ibrahim Dipermainkan Di Sabah

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 257 hits
SEMALAM Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengongsi kenyataan media Ketua Penerangan PKR Sabah Simsudin Sidek yang menyebut PKR akan meletakkan 14 orang calon dalam PRN Sabah 2020 iaitu di kerusi kerusi berikut 1 N05 Matunggong2 N...
The Pakatan Harapan View Of Anwar Ibrahim S Backdoor Government Coup Attempt

The Pakatan Harapan View Of Anwar Ibrahim S Backdoor Government Coup Attempt

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 269 hits
Even if Anwar Ibrahim had lied about having the majority in the Parliament to topple the backdoor Prime Minister Muhyiddin Yassin which doesn t seem to be the case he has done a great job sending the hastily glued Perikatan Nasional ruling ...
Anwar Ibrahim Buat Pengumuman Penting Dalam Sidang Media Khas 12 Tengahari Ini

Anwar Ibrahim Buat Pengumuman Penting Dalam Sidang Media Khas 12 Tengahari Ini

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 259 hits
KUALA LUMPUR Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di sebuah hotel terkemuka di sini jam 12 tengah hari ini Beliau dikatakan akan membuat satu pengumuman penting Sumber memberitahu pengumu...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

Cops Fire 5 Shots During 70km Car Chase Near Baling

3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Ocrevus Transforming Multiple Sclerosis Treatment Landscape In Malaysia

I Was Never Arrested Merely Barred From Overseas Travel Ex Src Director

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd

Iced Butterscotch Latte Zus Coffee



Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online


Boarding Pass Tak Mention Am Pm Pelajar Kolej Terlepas Flight Kerana Salah Waktu

Leadership Skills For Owners

Konsert Aku Muzik Kamu 2 0

Tomislav Steinbruckner Enggan Melatah

Kalendar 2025 Tarikh Cuti Umum Dan Cuti Sekolah

Rukun Wuduk Niat Doa Selepas Wuduk