Langkah Johor Kenapa Bersatu Johor Bisu


Kemunculan bekas Menteri Besar Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian berkempen untuk calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Perak baru-baru ini mencuri tumpuan ramai

Tindakannya itu disifatkan melawan arus memandangkan beliau daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang sewajarnya memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) daripada UMNO pada PRK tersebut. Bukan sekadar di PRK DUN Slim sahaja, Osman sebelum ini sering menjadi perhatian kerana kelantangannya bersuara tentang Bersatu dan menegur tindakan beberapa pemimpin politik agar menghormati kerjasama yang dijalin Bersatu dengan beberapa parti lain dalam Perikatan Nasional (PN)

Bertambah hangat, apabila Osman yang juga Ketua Bersatu Bahagian Ayer Hitam disebut-sebut antara ADUN yang akan beralih arah berikutan pertemuannya dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH) iaitu daripada Parti Amanah Negara (Amanah) minggu lepas

Sekiranya mana-mana ADUN melompat, ia berkemungkinan menyebabkan kerajaan negeri Johor bertukar memandangkan PH dan PN mempunyai bilangan kerusi yang sama.
Kerajaan negeri yang ditadbir PN sejak Mac lalu memiliki 29 kerusi manakala PH sebanyak 27 kerusi

Osman merupakan Menteri Besar Johor selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu namun beliau digantikan oleh ADUN Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal pada April 2019


Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian, Nor Azura bersama Osman di Johor Bahru baru baru ini.
SINAR HARIAN: Video yang tular di PRK DUN Slim baru-baru ini secara terang menunjukkan Datuk memberi sokongan kepada calon Bebas yang diketahui daripada Pejuang. Boleh terangkan mengapakah Datuk bertindak sedemikian

OSMAN: Ya, betul dalam video itu adalah saya. Salahkah tindakan saya berkempen untuk calon Bebas, sedangkan Bersatu belum diterima secara rasmi ke dalam Muafakat Nasional (MN)? Mana tahu Amir Khusyairi terbuka menyertai Bersatu pula selepas ini

Bersatu kini dibuli UMNO, termasuk tidak diberi ruang dalam kedudukan jawatan dan digasak dengan pelbagai tohmahan.Daripada pemimpin pusat sehingga negeri, UMNO tuduh parti Bersatu tidak wajar diberikan sebarang kerusi dan hanya tumpang pengaruh orang

Mengapakah kita diam? Tiada orang kita pertahankan parti, mengapa tiada pula tindakan diambil kepada UMNO

Oleh sebab itu, saya buat macam ini supaya ada kesedaran di peringkat kepimpinan dan ahli parti. Ada orang kata saya meroyan kalah Pemilihan Majlis Tertinggi Bersatu baru-baru ini menyebabkan saya buat begitu

Saya tidak berkempen pun, saya tidak hantar borang pun, saya tidak tahu siapa yang tandatangan borang itu. Saya sudah 42 tahun dalam politik, empat penggal di DUN Kempas. Saya sudah lalui pahit manis dalam politik


SINAR HARIAN: Datuk dilihat seorang diri bersuara tentang Bersatu dan tindakan Datuk seakan-akan melawan arus. Malah selepas komen diberikan oleh Datuk pasti ada sahaja tidak berpuas hati. Bagaimanakah Datuk menerimanya

OSMAN: Biarlah saya jadi orang yang tidak disukai kerana menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Bersatu. Kenapa saya begitu dan begini, tujuannya supaya ada kesedaran terhadap kepimpinan dan ahli-ahli Bersatu tentang keadaan politik hari ini, khususnya Bersatu yang kini berada dalam PN di mana ada UMNO dan parti-parti lain dalam BN

Tetapi kalau kita tengok pemimpin UMNO, walaupun kita ini rakan sekutu, dia asyik menggasak sahaja cakap Bersatu ini parti kecil, Bersatu hanya menempel, Bersatu tidak wajar diberikan kerusi sebab tiada pengaruh dan cawangan

Sedangkan kita ini dalam satu angkatan. Kalau adik-beradik dia mesti pertahankan adik-beradiknya. Tetapi perkara sebaliknya pula yang berlaku

Kenapa orang Bersatu diam, sebaliknya kita pula hendak pertahankan UMNO. Setakat hari ini saya tidak pernah dengar pemimpin Bersatu menekan balik UMNO supaya jangan cakap bukan-bukan pasal Bersatu

Bersatu inilah yang bagi nyawa kepada dia (UMNO)

Pemimpin Bersatu ini, bila saya buat itu dan ini, sibuk bercakap, tetapi bila UMNO buat senyap. Apakah mereka ini sudah dibeli oleh UMNO? Atau sudah dapat dedak


SINAR HARIAN: Berhubung isu ada pihak yang mahu Datuk dikenakan tindakan disiplin kerana berkempen untuk calon Bebas pada PRK DUN Slim disebabkan video yang tular itu, apakah komen Datuk

OSMAN: Rentetan daripada aduan yang dikemukakan Ketua Bersatu Bahagian Pulai, Ya'cob Atan yang mahukan saya dikenakan tindakan parti, itu terpulanglah kepada dia. Ini demokrasi

Pada saya ini asam garam politik. Sebagai ahli parti, saya menerima apa sahaja yang parti kenakan. Macam dulu, parti hendak lantik saya jadi Menteri Besar Johor, saya terima dan jalankan tugas sebaik mungkin

Bukan bermakna tidak pegang apa-apa jawatan, hidup saya akan berakhir

Kita hendak hukum seseorang itu kena tengok jasanya. Jangan kerana sudah berkuasa dengan sewenang-wenangnya orang yang berjasa itu dilupakan


SINAR HARIAN: Bagaimanakah pula kedudukan Datuk pada sidang DUN Johor yang dijangka bermula pada 10 September depan sekiranya Datuk dikenakan disiplin dan dipecat daripada parti

Saya masih lagi duduk di sebelah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga ADUN Gambir sebab itu masih lagi kerusi Bersatu

Tetapi kalau saya dipecat sebelum 10 September ini, maka saya kena duduk di kerusi Bebas, atau saya nak isytihar masuk parti baharu, wallahuaklam

Kalau dia pecat saya, saya sokong Bebas, maknanya dia tidak suka saya


SINAR HARIAN: Benarkah Datuk ada bertemu dengan pemimpin PH

OSMAN: Ya betul, pertemuan pada minggu lepas dengan seorang pemimpin Amanah. Saya ada bincang perkara-perkara biasa tentang politik antaranya sidang DUN Johor yang bermula pada 10 September ini

Saya pun sudah lama tak jumpa kawan, dulu kami sama-sama dalam PH Johor. Maklumlah sebelum ini sebab koronavirus (Covid-19) susah hendak jumpa


SINAR HARIAN: Bagaimanakah Datuk melihat pentadbiran kerajaan negeri Johor di bawah PN hari ini

OSMAN: Semasa wabak Covid-19 sekarang ini, ekonomi memang merosot, tetapi kita tidak boleh gunakan alasan Covid-19 sebagai halangan untuk tingkatkan ekonomi. Perancangan ke hadapan perlu ada. Selain itu banyak lagi agenda pembangunan yang belum diselesaikan

Namun, dalam situasi hari ini, saya tengok PN yang memerintah lebih mencari kekuasaan dalam UMNO bagi memperkasakan parti itu

Ahli majlis perbandaran, sebagai contoh, alih-alih tak tahu ada tiba-tiba angkat sumpah

Perkara ini saya sudah ketengahkan kepada Perdana Menteri supaya tubuhkan jawatankuasa nilai prestasi dan bincangkan jawatan dalam PN ini secara adil

Sekurang-kurangnya kalau hendak diberhentikan, bincanglah dulu. Perkara seperti inilah yang timbulkan rasa tidak puas hati di peringkat bawah

SinarHarian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/09/langkah-johor-kenapa-bersatu-johor-bisu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin In Mazlan Bujang Out As Johor Bersatu Chief

Muhyiddin In Mazlan Bujang Out As Johor Bersatu Chief

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 259 hits
The 73 year old seasoned politician and experienced government administrator is also the long serving Pagoh MP and also Gambir assemblyman Bernama picJOHOR BARU Sept 8 Outgoing Johor Parti Pribumi Bersatu Malaysia chief Mazlan Bujang has va...
Ex Johor Mb Loses Bersatu Membership Ahead Of State Assembly Sitting

Ex Johor Mb Loses Bersatu Membership Ahead Of State Assembly Sitting

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 340 hits
Former Johor menteri besar Osman Sapian s Bersatu membership has been voided with immediate effect after he was spotted stumping for Pejuang during the Slim by election campaign period Osman s ouster from the party comes ahead of the Johor ...
Muhyiddin Took Johor Chief Role To Strengthen Bersatu Faizal Azumu

Muhyiddin Took Johor Chief Role To Strengthen Bersatu Faizal Azumu

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 296 hits
Bersatu president Muhyiddin Yassin took up the position of Bersatu Johor chief to further strengthen the state party chapter said party deputy president Ahmad Faizal Azumu Faizal who is Perak menteri besar was speaking to reporters today wh...
Bersatu Johor Serah Kepada Muhyiddinyassin Buat Keputusan

Bersatu Johor Serah Kepada Muhyiddinyassin Buat Keputusan

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 360 hits
BERSATU JOHOR SERAH KEPADA MUHYIDDIN BUAT KEPUTUSAN Oleh Abu Hanifah Muhamad JOHOR BAHRU Parti Pribumi Bersatu Malaysia Johor menyerahkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengambil tindakan terhadap bekas Menteri Besar Johor Datuk Osma...
As Defection Talk Swirls Ex Johor Mb And Bersatu Strongman Osman Sapian Rejects Doubts About His Party Loyalty

As Defection Talk Swirls Ex Johor Mb And Bersatu Strongman Osman Sapian Rejects Doubts About His Party Loyalty

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 268 hits
Osman explained that he was in Slim River Perak on Monday to meet old friends and that his visit had nothing to do with politics Picture by Mukhriz HazimJOHOR BARU Aug 26 Former Johor mentri besar Datuk Osman Sapian has rejected questions a...
Bersatu Pecat Osman Sapian Kerajaan Pn Johor Boleh Tumbang

Bersatu Pecat Osman Sapian Kerajaan Pn Johor Boleh Tumbang

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 299 hits
Pemecatan serta merta keahlian Bersatu ke atas bekas menteri besar Osman Sapian boleh menyebabkan kerajaan PN Johor goyah sekiranya beliau mengisytihar sokongan kepada Pakatan Harapan Tengah hari tadi pengerusi lembaga displin Bersatu Megat...
Ex Johor Mb Gone Rogue Johor Bersatu Seeks Guidance From Central Leaders

Ex Johor Mb Gone Rogue Johor Bersatu Seeks Guidance From Central Leaders

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 351 hits
The Johor Bersatu will leave it to the party leadership to deal with Osman Sapian after a video which has gone viral showed the former Johor Menteri Besar allegedly campaigning for an Independent candidate at the recent Slim state by electi...
Langkah Awal Bersatu Sejak Awal Diragui

Langkah Awal Bersatu Sejak Awal Diragui

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 240 hits
1 Dari awal lagi semasa Bersatu di bawah Tun Mahathir menyatakan hasrat bersama Pakatan Harapan antara yang menjadi keraguan orang orang PH adalah mereka yang menjadi pembantu pembantu Tun 2 Walaupun Tun dilihat begitu bersungguh untuk bers...
Bersatu Takut Kerajaan Johor Runtuh Tak Jadi Pecat Osman

Bersatu Takut Kerajaan Johor Runtuh Tak Jadi Pecat Osman

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 360 hits
Kuala Lumpur 4 Sept Lembaga disiplin Bersatu akhirnya terpaksa u turn balik dari kenyataan asal bahawa bekas MB Johor Osman Sapian terlucut keahlian Bersatu Pagi tadi Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu Megat Najmuddin Megat Khas membuat ken...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini