Langkah Berkesan Untuk Membentuk Tabiat Membaca Supaya Jadi Amalan Kebiasaan




Bagi anda yang tak biasakan diri amalkan tabiat membaca, aktiviti tu memang bukan sesuatu yang menyeronokkan. Malah satu bebanan, terutamanya apabila terkial-kial menahan mata yang mahu terlelap.
Sejak sekolah dulu, bagi saya, perintah yang paling dibenci adalah suruhan baca buku. Rasa kembang telinga bila dengar arahan tersebut.
Begitulah berterusan, sikap itu dibawa sampai ke tua selepas tamatnya sekolah. Dan sampai sekarang ramai yang masih tak ubah sikap tak suka baca buku itu.
Hakikatnya, anda sendiri tahu bahawa manfaat membaca sangat besar. Jarang saya jumpa orang yang suka membaca tidak berjaya dalam hidupnya. Paling tidak pun, mereka yang kaki membaca itu tak akan jadi peminta sedekah, hidup dengan mengharapkan belas kasihan orang.
Tidak menghairankan sangat jika mereka jadi begitu sebab biasanya mereka yang suka membaca berfikiran luas, sangat terbuka dan punyai banyak maklumat. Lebih-lebih lagi mereka yang mempelbagaikan jenis buku yang dibacanya.
Kebanyakkan orang yang membuat perubahan positif dalam hidup adalah mereka yang mula membaca buku motivasi. Tak kisah motivasi tulisan siapapun. Bukan sebab buku yang mereka baca itu bagus. Tapi sebab tidak ada orang yang akan membeli buku motivasi lalu membacanya, melainkan dia sudah ada idea mahu berubah memajukan diri jadi lebih baik.
Buku yang dibaca itu sekadar meningkatkan lagi semangat ingin berubahnya saja.
Itu baru bab baca buku. Belum masuk bab baca Al-Quran lagi. Maksud saya bukan baca berlagu, dalam Bahasa Arab yang tak dinafikan, ramai kawan-kawan yang suka amalkan terutamanya bacaan Yaasin setiap malam jumaat, tapi baca tafsiran, dalam Bahasa Malaysia untuk renungan dan fahaman.
Antara bacaan tafsiran Quran yang saya sangat leka membacanya adalah Tafsir Al-Azhar yang ditulis oleh Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. Ada 9 buah buku tebal dijual di pasaran. Itupun saya ambil masa dalam 7 tahun untuk selesaikannya.
Anda tak akan berjaya baca tafsir Quran seperti tafsir Al-Azhar itu, dari mula sampai habis melainkan anda seorang yang suka membaca, merenung dan berfikir untuk cuba memahami.
Sebagai seorang yang mengaku beragama Islam, menjadikan Al-Quran sebagai rujukan utama, maka seeloknya pastikan sebelum mati, perlu dihabiskan bacaan tafsir dari surah pertama hingga habis surah ke-114. Perlu tanam azam tu.
Untuk itu, anda terlebih dulu perlu ubah diri agar jadi seorang kaki baca. Berikut saya kongsikan beberapa petua ringkas untuk jadi kaki baca.
Abai rasa seganDalam apa saja urusan, ini merupakan salah satu dari perkara yang paling kerap anda cuba elakkan diri. Takut orang kata, atau kritik, lalu perkara jarang orang buat akan sentiasa di elak.
Buang sikap malu atau takut apa orang akan kata. 
Biasalah bila kita buat perkara baru yang tak pernah dibuat selama ini, tambahan pulak itu kerja yang mulia, akan ada sedikit rasa segan kalau-kalau orang pandang semacam nanti.
Sikap ini perlu dikikis dan dibuang jauh-jauh. Biasakan diri sehinggalah semua orang sekeliling anda terbiasa dengan perkara baru yang anda lakukan.
Yakin kelebihan membacaSentiasa peka kepada maklumat kelebihan membaca. Cari dan hadam apa saja kajian, pandangan orang yang anda kagum, amalan orang berjaya dan sebagainya. Ini untuk kuatkan pegangan dan kepercayaan anda terhadap kelebihan membaca.
Setiap maklumat yang anda jumpa dan baca, jangan lupa untuk kongsikan dengan kawan-kawan lain. Ceritakan pada mereka, apa maklumat baru tentang kelebihan membaca yang anda jumpa.
Sentiasa berdoa agar anda juga turut mendapat manfaat hasil daripada kelebihan yang ada pada tabiat suka membaca itu.
Gabung tabiat yang dah adaSemua orang ada tabiat yang dah lama melekat pada dirinya tanpa sedar. Cuba perhatikan apa amalan rutin anda setiap malam sebelum tidur.
Bila dah kenal pasti, gabungkan dengan aktiviti membaca yang anda mahu serapkan itu. 
Contohnya setiap malam sebelum tidur, anda akan lepak sebentar, balut rokok daun sambil menghirup air dan menikmati udara segar di luar rumah. Selitkan aktiviti membaca di situ. 
Perlu ada buku dalam rumah. Samada beli atau pinjam tak kisah, pastikan anda ada buku yang tersedia untuk di baca dalam rumah. 
Jika anda seorang pembayar cukai, tak rugi beli buku setiap tahun sebab anda boleh tolak cukai. Jangan lupa simpan resit belian tu. Boleh check berapa maksimum boleh ditolak sekarang.
Antara buku fizikal dengan buku elektronik, mana satu yang lebih baik?
Saya yakin buku fizikal jauh lebih baik sebab anda betul-betul fokus kepada bacaan buku itu tanpa sebarang gangguan. Jika pakai telefon pintar, pasti ada saja perasaan nak semak media sosial dan seumpamanya.
Buku yang anda minat.Mulakan terlebih dahulu membaca buku berkaitan perkara yang menjadi minat anda. 
Jika anda minat menjadi usahawan, belilah buku-buku yang menarik dalam dunia keusahawan. Anda tentu tak jemu membacanya sebab boleh diterjemahkan dengan minat anda itu. Jika minat politik belilah buku politik. 
Yang penting anda tidak rasa terpaksa untuk membaca. Membaca perlu menjadi sesuatu yang sukarela dan bersahaja sebagaimana aktiviti melepak dan mengata yang sering ramai suka amalkan.
Istiqamah masa dan tempatUntuk permulaan saya cadangkan anda baca buku sebelum tidur sekurang-kurangnya 20 atau 30 minit setiap hari.
Jadikan amalan ini sebagai rutin anda setiap kali sebelum tidur.
Samada faham atau tak faham, letih atau cergas, susah atau senang luangkan masa 20 ke 30 minit setiap hari sebelum tidur. Amalkan sehingga jadi tabiat yang kalau tak buat anda rasa satu kekurangan.
Selain dari cuba kekalkan durasi yang lebih kurang sama, anda juga perlu pastikan waktunya juga adalah sama. Jangan ubah-ubah waktu tersebut.
Lokasi di mana tempat anda membaca juga perlu kekal sama. Kerusi, cara duduk, posisi dan semuanya kekal sama. Sehingga ke satu tahap, sebaik saja anda duduk di situ tangan akan capai buku dan mula membaca.
Itulah sebabnya semua keadaan seperti masa, tempat perlu konsisten sama.
Istiqamah untuk 66 hariBerapa lama satu tabiat baru yang anda disiplinkan diri beristiqamah akan melekat jadi automatik?
Dari kajian, ia bergantung kepada perkara yang dilakukan, siapa anda dan keadaan, anda perlukan masa paling cepat dalam 18 hari dan paling lama dalam 254 hari.
Anda boleh cuba sesuatu yang baru setiap hari dan lihat berapa lama masa yang diperlukan untuk rasa selesa dan biasa. Contohnya anda pakai kaca mata baru, cuba catitkan dari hari pertama sehingga hari anda rasa dah biasa. Selalunya ambil masa dalam 21 hari saja.
Tapi itu perkara mudah.

Anda biasanya memerlukan 66 hari sehingga satu amalan baru melekat menjadi tabiat
Untuk amalan yang agak sukar seperti nak paksa diri membaca, jogging dan seumpamanya, anda boleh letakkan jangkaan antara 2 bulan ke 8 bulan sebelum ia jadi tabiat yang melekat.
Bina tabiat baru  Jika anda amalkan amalan yang saya sebut di atas, tabiat membaca akhirnya menjadi kerja rutin yang dilakukan tanpa perlu difikirkan lagi.
Bila sikap membaca dah ada, lambat laun anda mula bina sikap menghayati apa yang anda baca dan akhirnya anda akan ketagihan membaca dan tak dapat menahan untuk membeli kesemua buku yang bagus dan menarik.
Bila anda dah sampai ke tahap itu pastikan ada sebuah buku dalam kereta setiap kali memandu. Anda boleh belek sedikit bahan bacaan tersebut setiap kali terpaksa berhenti di depan lampu trafik merah.
Anda juga perlu selitkan buku dalam beg. Ini boleh digunakan bila anda terpaksa menunggu orang dalam temujanji atau ketika beratur membayar bil di bank dan lain-lain seumpamanya.
Anda boleh bina tabiat baru lain pulak dengan menggunakan konsep yang sama. Moga berjaya!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/08/teknik-jadikan-tanah-sebagai-amalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Untuk Orang Sakit Supaya Cepat Sembuh Dikongsi Oleh Ustazah Asma Harun

Doa Untuk Orang Sakit Supaya Cepat Sembuh Dikongsi Oleh Ustazah Asma Harun

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 375 hits
Salam semua apabila diuji dengan sakit tandanya Allah nak menguji hambaNya Siapa lah yang nak sakit kalau tanya siapapun mesti jawab tak nak lah sakit kan Ada yang diuji dengan penyakit sampai berbulan bulan ada yang sampai bertahun tahun A...
Cara Memakai Masker Dobel Yang Benar Supaya Lebih Efektif Dalam Proteksi Diri

Cara Memakai Masker Dobel Yang Benar Supaya Lebih Efektif Dalam Proteksi Diri

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 316 hits
Pemakaian masker dobel yang terbaik adalah memadupadankan masker kain dan masker medis
Hiburan Takut Orang Amal Rampas Sol Kot Berahsia Bila Tanya Surah Amalan Jawapan Ira Kazar Raih Perhatian

Hiburan Takut Orang Amal Rampas Sol Kot Berahsia Bila Tanya Surah Amalan Jawapan Ira Kazar Raih Perhatian

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 233 hits
Sedia maklun usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri teruk dikecam ramai setelah mengambil isteri Syamsul Yusof Ira Kazar sebagai model mempromosikan produk terbaru jenamanya Bahkan ada juga yang memboikot produk berkenaan kerana tidak suka mel...
Zikir Hari Jumaat Amalan Sunat Yang Digalakkan

Zikir Hari Jumaat Amalan Sunat Yang Digalakkan

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 336 hits
Zikir Hari Jumaat Amalan Sunat Yang Digalakkan Zikir menenangkan hati Ketahuilah bahawa haiwan dan tumbuhan diciptakan untuk hanya berzikir kepada Allah dan memberi The post appeared first on
Doa Sebelum Memulakan Sesuatu Perkara Pekerjaan Atau Perniagaan Untuk Amalan Setiap Hari

Doa Sebelum Memulakan Sesuatu Perkara Pekerjaan Atau Perniagaan Untuk Amalan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 226 hits
Setiap perbuatan atau memulakan sesuatu kerja kita akan mulakan dengan bismillah disusuli dengan doa Kita mohon kepada Allah supaya memudah segala urusan yang kita lakukan Berdoa juga mengingatkan kita bahawa segala yang berlaku adalah deng...
Amalan Harian Surah Dan Doa Selepas Solat Fardhu

Amalan Harian Surah Dan Doa Selepas Solat Fardhu

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 399 hits
AMALAN HARIAN SURAH DAN DOA SELEPAS SOLAT FARDHU Solat adalah tiang agama bagi semua umat Islam umumnya ramai yang mengetahui Mendirikan solat adalah rukun islam kedua yang perlu kita laksanakan Oleh kerana terlalu penting ibadah ini maka s...
Goya Heal Adalah Amalan Awal Untuk Penyakit Dan Luka Di Kulit Dari Bahan Alami

Goya Heal Adalah Amalan Awal Untuk Penyakit Dan Luka Di Kulit Dari Bahan Alami

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 220 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan rakan sekalian Semenjak dua menjak ni Maha ada buat kebun tanaman di kawasan rumah di kampung Biasalah duduk kampung bercucuk tanam tu sebagai sebahagian daripad...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat