Langgar Sop Jemaah Berselawat Ketika Ditahan Polis


MALAYSIAKINI

Tindakan sekumpulan penduduk menunaikan solat berjemaah di masjid tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintahan Kawalan Pergerakan (PKP) membawa padah apabila dikesan pihak polis.
Pada kejadian di sebuah masjid dan surau di Pasir Mas, Kelantan, kira-kira jam 9 malam Ahad lalu, seramai 37 individu dikenakan kompaun.
Difahamkan, pihak berkuasa bertindak sebaik jemaah berkenaan selesai menunaikan solat isyak berjemaah.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Nasaruddin Mohd Nasir berkata, dalam kejadian di sebuah masjid pihaknya mengambil tindakan kompaun terhadap 28 individu atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.
Katanya, di lokasi sebuah surau pula seramai sembilan individu dikenakan kompaun kerana kesalahan sama.
"Kesemua mereka dalam lingkungan usia antara 20 hingga 70 tahun.
"Ada juga jemaah yang terdiri daripada kanak-kanak berusia antara lima hinggan 10 tahun, tetapi kita menggunakan budi bicara dan nasihat memandangkan mereka individu bawah umur, " katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.
Terdahulu, sebuah video tular di media sosial memaparkan sekumpulan individu ditahan dan dibawa menggunakan trak untuk tindakan lanjut.
Video berdurasi 22 saat itu juga memaparkan jemaah terbabit sedang berselawat ketika menaiki trak untuk di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.
Sementara itu Nasaruddin berkata, pihaknya menasihati orang ramai supaya akur dengan SOP yang ditetapkan kerajaan memandangkan penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.
Katanya, pihak polis tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati melanggar peraturan di bawah akta pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit 2021.
Semalam, Kelantan mencatat 695 kes positif Covid-19 dengan 7,869 kes aktif.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin pada Ahad lalu berkata, kes positif di Kelantan dijangka boleh mencecah 1,000 kes sehari mulai bulan depan, berikutan nisbah jangkitan wabak itu berbanding jumlah penduduk negeri ini yang sangat tinggi sekarang.
Katanya, selain nisbah jangkitan, kegagalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh sambutan Aidilfitri lalu mula menunjukkan kesan apabila kes positif harian tinggi dicatat dalam tempoh beberapa lalu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/langgar-sop-jemaah-berselawat-ketika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Lelaki Mengamuk Ketika Ditahan Langgar Sop Pkpd

4 Lelaki Mengamuk Ketika Ditahan Langgar Sop Pkpd

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 321 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Tindakan empat lelaki melanggar arahan perintah kawalan pergerakan diperketatkan dengan berkumpul tanpa penjarakan fizikal mengundang padah apabila dikompaun dan ditahan di Taman Desa Damai Bentong semalam Ketua P...
Neelofa Haris Mengaku Tidak Bersalah Langgar Sop Ketika Membeli Karpet Rm10 000

Neelofa Haris Mengaku Tidak Bersalah Langgar Sop Ketika Membeli Karpet Rm10 000

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 329 hits
Merentas negeri semata mata untuk membeli karpet pasangan selebriti Noor Neelofa dan suaminya Haris Ismail didakwa di Mahkamah Majistret 2 Seremban pada hari ini kerana didapati melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergeraka...
Dine In Car Atau Makan Dalam Kereta Depan Kedai Makan Langgar Sop Polis Sarawak

Dine In Car Atau Makan Dalam Kereta Depan Kedai Makan Langgar Sop Polis Sarawak

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 415 hits
Sebelum ini tular di media sosial gambar orang ramai makan di dalam kereta dan dipercayai di sebuah kedai yang menawarkan perkhidmatan park and dine dalam kenderaan di Kuching Sarawak Dalam pada itu Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Isma...
Ziarah Raya Ahli Politik Langgar Sop 4 Lagi Dipanggil Polis

Ziarah Raya Ahli Politik Langgar Sop 4 Lagi Dipanggil Polis

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 276 hits
FAZLI RADZIPolis memanggil empat lagi individu bagi membantu siasatan berhubung ziarah raya yang didakwa melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan di rumah seorang ahli politik di Machang Kelantan baru baru ini Ini men...
Akibat Langgar Sop 37 Jemaah Dikompaun Kerana Solat Berjemaah

Akibat Langgar Sop 37 Jemaah Dikompaun Kerana Solat Berjemaah

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 252 hits
Seramai 37 jemaah didapati melanggar prosedur operasi standard semasa Perintah Kawalan Pergerakan dan dikompaun selepas menunaikan solat isyak berjemaah di dua surau di Mukim Chetok Tok Uban Kelmarin Menurut laporan Harian Metro kesemua jem...
Hiburan Susulan Kes Langgar Sop Ketika Aidilfitri Keluarga Norman Hakim Dan Abby Abadi Dikompaun Rm8 000

Hiburan Susulan Kes Langgar Sop Ketika Aidilfitri Keluarga Norman Hakim Dan Abby Abadi Dikompaun Rm8 000

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 315 hits
Dua keluarga selebriti terkenal Norman Hakim dan isterinya Memey Suhaiza serta Abby Abadi dan suami Muhammad Faizal Zakari dilaporkan telah dikenakan kompaun gara gara kes pelanggaran prosedur operasi standard ketika perlaksanaan Perintah K...
3 Ditahan Polis Kerana Ancam Saksi Kes Pembunuhan Nhaveen

3 Ditahan Polis Kerana Ancam Saksi Kes Pembunuhan Nhaveen

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 318 hits
T Nhaveen dipukul sehingga menyebabkan kecederaan otak yang membawa kepada kematiannya berhampiran Karpal Singh Learning Centre Jalan Kaki Bukit Gelugor pada 2017 GEORGE TOWN Tiga lelaki ditahan polis dan direman kerana didakwa membuat anca...
Empat Lelaki Dikompaun Langgar Sop Di Port Dickson

Empat Lelaki Dikompaun Langgar Sop Di Port Dickson

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 308 hits
Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA PEMANDANGAN sekitar Pantai Telok Kemang Port Dickson Negeri Sembilan yang lengang dan tiada pengunjung beriadah ekoran pelaksanaan PKP di seluruh negara serta penguatkuasaan larangan rentas daerah dan negeri bagi...
Menteri Timbalan Menteri Tak Takut Langgar Sop Petanda Mahiaddin Tidak Dihormati

Menteri Timbalan Menteri Tak Takut Langgar Sop Petanda Mahiaddin Tidak Dihormati

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 199 hits
Kalau seorang CEO mengumumkan sesuatu peraturan baru bagi syarikat tentunya pengurusan kanan yang paling taat dalam mematuhinya Jika kedapatan ada kakitangan bawahan yang didapati melanggar peraturan itu ia boleh dikira sebagai perkara bias...
Jessc Feat Fauziah Latiff Tak Terpisah Chord

The New 2026 Corvette Facelift Has An Upgraded Interior

Petronas Sahkan Terima Notis Daripada Kerajaan Sarawak Berhubung Aktiviti Proses Edar Gas

Makan Mac Cheese Di Nlsb Cafe

Lunch Daging Salai Lemak Cili Api

Syok Juga Tanam Nenas Belakang Rumah

Samsung Galaxy Tab S9 Fe Menjadi Pilihan

Singapore S Operation Lalang Against The Catholic Church 1987 Majulah Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kerajaan Terengganu Didakwa Menindas Pengusaha Kebun Kelapa

Harga Telur Masih Berkuat Kuasa Hingga Keputusan Kerajaan Mengenai Pengapungan Harga Berlaku Kpdn

Dr Dzulkefly Reda Gp Nak Protes Tak Halang Tapi Harap Faham Perjuangan Kkm

Isyarat Protes Rafizi Sedia Undur Diri Dari Parti Dan Kabinet Anwar

The Rise Of Haptic Feedback Technology In Virtual Training

Berita Baik Terkini