Menteri Timbalan Menteri Tak Takut Langgar Sop Petanda Mahiaddin Tidak Dihormati




 Kalau seorang CEO mengumumkan sesuatu peraturan baru bagi syarikat, tentunya pengurusan kanan yang paling taat dalam mematuhinya.
Jika kedapatan ada kakitangan bawahan yang didapati melanggar peraturan itu, ia boleh dikira sebagai perkara biasa saja.
Begitu juga kalau guru besar memperkenalkan peraturan baru untuk sekolah, sudah tentu guru-guru tiada masalah untuk mematuhinya.
Guru-guru malah akan berusaha memastikan agar murid-murid juga dapat mematuhinya,
Begitu pun, adalah lumrah jika ada segelintir murid yang tidak taat dan melanggar peraturan tersebut.
Tetapi, mengapa apabila CEO Malaysia, Mahiaddin Md Yasin mengumumkan perlaksanaan PKP dengan beberapa SOP yang perlu dipatuhi, masih ada di kalangan menteri dan timbalan menteri yang berani melanggarnya?
Sejak PKP 1.0 hinggalah PKP 3.0 sekarang ini, ada saja menteri dan timbalan menteri yang tidak malu-malu dikesan melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan, bahkan sesetengah SOP itu diumumkan sendiri oleh Mahiaddin.


Sehingga ini macam-macam kesalahan telah mereka lakukan – daripada makan beramai-ramai, menghadiri jamuan, tidak memakai pelitup muka, tidak mengamalkan penjarakan sosial, merentas daerah atau negeri, beraya bersama anak menantu, membeli nasi kambing yang disusuli dengan berbual-bual selama sejam dan lain-lain kesalahan lagi.
Bezanya cuma, ada yang dikenakan denda, ada yang masih dalam siasatan dan ada juga yang seolah-olah disenyapkan begitu saja, meskipun berdasarkan gambar-gambar yang tersebar luas di media sosial, bukan saia warga maya yang tahu mengenainya, bahkan malaikait pun lebih maklum mengenai kesalahan mereka itu.
Berdasarkan jumlah menteri dan timbalan menteri yang ada sekarang seramai 72 orang, dengan sekurang-kurangnya sekitar 10 daripada mereka telah dikesan pernah melanggar SOP setakat ini, bermakna anggota pentadbiran kerajaan ini adalah pelanggar SOP paling ramai jumlah jika dikira mengikut nisbahnya.
Berbeza dengan rakyat biasa, jika sekali pun ada 100 atau 200 yang dikompaun melanggar SOP, dikira dengan jumlah penduduk seramai 32 juta, maka nisbahnya masih lagi dikira kecil jumlahnya.
Jadi, tidak malukah mereka yang berjawatan menteri dan timbalan menteri ini, sambil dalam masa yang sama menggelar diri mereka sebagai pemimpin, tetapi mereka juga yang paling tinggi nisbahnya melakukan kesalahan melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan yang mana mereka sendiri adalah anggota pentadbiran kerajaan yang sama?
Sebagai rakyat pula, wajarkah kita menghormati mereka dengan kelakuan tak boleh dicontohi itu?
Apa pun, yang paling penting di sebalik nisbah yang tinggi daripada kalangan menteri dan timbalan menteri melanggar SOP itu, ia adalah isyarat bahawa kedudukan Mahiaddin sebagai Perdana Menteri sebenarnya langsung tidak dihormati oleh menteri dan timbalan menterinya sendiri.
Jika Mahiaddin benar-benar dihormati, tidak mungkin ada menteri dan timbalan menteri berani melanggar SOP, jauh sekali untuk sesetengahnya melakukan kesalahan tersebut berkali-kali sehingga diviralkan serta jadi bualan di media sosial.
Jika Mahiaddin juga dihormati, menteri dan timbalan menteri yang melanggar SOP itu sepatutnya berasa malu atas kesalahan mereka dan menawarkan diri untuk berundur sebagai tanda hormat kepada ketua yang tiada tolok bandingnya.
Dibandingkan dengan pengurusan kanan syarikat yang patuh kepada arahan CEO dan guru-guru yang taat terhadap peraturan diumumkan guru besar, kedudukan Mahiaddin nampaknya jatuh paling lekeh sekali.
Anggota kumpulan kongsi gelap dan mafia pun lebih taat kepada ketua mereka.
Tidak malukah Mahiaddin dengan kedudukan dirinya, sudahlah semakin ramai rakyat tidak menghormatinya, menteri dan timbalan menteri yang dilantiknya juga ada yang tidak hormat langsung kepadanya?
Macam mana nak dihormati oleh rakyat seramai 32 juta, sedangkan dalam 72 orang pun ada yang tidak mahu mendengar katanya? 


(ShahbudinHusin 19/05/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/menteritimbalan-menteri-tak-takut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Sudah Didenda Tun M Bakal Didenda Mahiaddin Langgar Sop Apa Cerita

Najib Sudah Didenda Tun M Bakal Didenda Mahiaddin Langgar Sop Apa Cerita

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 313 hits
Sebelum ini Najib Razak telah dikesan melanggar SOP PKP kerana tidak mengimbas aplikasi mysejahrera dan tidak mengambil suhu badan ketika memasuki sebuah restoran nasi ayam di Bukit Bintang Kuala Lumpur Sebaik menyedari kesalahannya Najib s...
Jais Kesan Masjid Surau Langgar Sop

Jais Kesan Masjid Surau Langgar Sop

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 306 hits
Antara pelanggaran SOP termasuk bilangan jemaah yang melebihi had dibenarkan tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan fizikal Walaupun masjid dan surau dibenarkan untuk beroperasi ia masih tertakluk dengan SOP Covid 19 Gambar...
Hukuman Lebih Berat Vvip Dan Selebriti Langgar Sop Covid 19

Hukuman Lebih Berat Vvip Dan Selebriti Langgar Sop Covid 19

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 361 hits
Sejak akhir akhir ini kes membabitkan Instafamous atau selebriti yang melanggar prosedur operasi standard dalam mengekang wabak COVID 19 menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat yang kebanyakannya mahu hukuman setimpal dikenakan kepad...
Berhimpun Ketika Raya Neelofa Sekali Lagi Didakwa Langgar Sop

Berhimpun Ketika Raya Neelofa Sekali Lagi Didakwa Langgar Sop

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 361 hits
MalaysiakiniSekali lagi kisah keluarga selebriti Noor Neelofa Mohd Noor mengundang perhatian di media sosial apabila mereka didakwa melanggar prosedur operasi standard kerana melakukan ziarah sempena Aidilfitri Melalui klip video dikongsi p...
Di Dakwa Sambut Raya Bersama Ahli Keluarga Selebriti Akan Dipanggil Polis Kerana Langgar Sop

Di Dakwa Sambut Raya Bersama Ahli Keluarga Selebriti Akan Dipanggil Polis Kerana Langgar Sop

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 403 hits
2 571 total views 2 571 views today Selebriti popular Neelofa mencetuskan kontroversi lagi apabila dia didakwa melanggar prosedur operasi standard Aidilfitri dengan menyambut hari raya bersama lebih 10 ahli keluarganya di sebuah kediaman di...
Polis Siasat Dakwaan Kp Pendidikan Tinggi Langgar Sop Pkp

Polis Siasat Dakwaan Kp Pendidikan Tinggi Langgar Sop Pkp

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 380 hits
Polis sedang menyiasat dakwaan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof Datuk Dr Husaini Omar melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan apabila menghadiri majlis penyampaian sumbangan dan jamuan Hari Raya Aidilfitri di se...
Mahiaddin Kini Umpama Jho Low Undurlah Dan Biar Parlimen Pilih Perdana Menteri Baharu

Mahiaddin Kini Umpama Jho Low Undurlah Dan Biar Parlimen Pilih Perdana Menteri Baharu

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 351 hits
Hampir seluruh rakyat kecuali pengampu pembodek dan pendedak ketika ini memang sedang marah kepada kerajaan dan Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin Kerajaan dilihat telah gagal dalam semua perkara dan Mahiaddin dianggap paling tak berguna be...
Polis Siasat Ketua Pengarah Langgar Sop Rasmi Rumah Terbuka Aidilfitri Di Upm

Polis Siasat Ketua Pengarah Langgar Sop Rasmi Rumah Terbuka Aidilfitri Di Upm

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 453 hits
Tangkap layar laporan media yang mendakwa Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Husaini Omar melanggar SOP PKP kerana merasmikan majlis Hari Raya di Universiti Putra Malaysia pada Khamis PETALING JAYA Polis membuka kertas siasatan berhubung dakw...
Malaysia Ready To Join Un Force In Gaza Says Anwar

Saifuddin Joins Chorus Pushing For Muhyiddin Exit Wants Azmin Out Too

Maiwp Tv Alhijrah Meterai Memorandum Persefahaman Lahirkan Projek Bangkit Sebagai Platform Transformasi Usahawan

Kitingan Pandikar S Ma63 Remarks Show Grs Willing To Compromise

Hilang Tiba Tiba Trump Dijangka Tinggalkan Malaysia Esok Pagi

Caning Not A Complete Solution To Discipline Issues Said Rafizi Who Suggests Japan As An Example

Malaysians Urged To Wear Only Black White Or Dark Attire In Thailand To Honour Late Queen Mother Sirikit

Fam Sambut Kehadiran Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Belajar Mempelajari Dan Mengingatkan Untuk Kebaikan

Buasir Otak Tv Roblox Tapi Jadi Ai

Foldable Stroller The Ultimate Convenience For Modern Parents On The Go

Ana Ikan Bakar Petai Kuantan Seafood Segar Sambal Petai Legend Di Tanjung Lumpur

M Venpick Hotel Convention Centre Klia Fires Up Monthly Bbq Dinner Buffet

Terus Bergerak Selagi Mampu