Langgar Sop Calar Reputasi Mawar Rashid



Tidak sesekali menuding jari menyalahkan sesiapa, pelakon Mawar Rashid akur dengan kesilapan dan kelalaian selepas didapati gagal memakai pelitup muka ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 di sebuah hotel pada Ramadan lalu.
Malah, insiden itu turut mengheret suaminya, Raff Yaakob dan beberapa rakan artis seperti Iman Troye, Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Nurin Afiqah Zulkifli yang turut dikenakan kompaun sebanyak RM1,500, sekali gus menjadi pengajaran terbesar buat pelakon drama Suamiku Paling Sweet dan TQ Captain itu.
Manakala, Ariz Ramli atau Caprice daripada Syarikat Rindu Raudah Sdn Bhd selaku penganjur pula dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 kerana gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka sepanjang majlis berlangsung.
Penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf itu didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Mengulas netizen melabelkan artis sebagai golongan kayangan dan terlepas hukuman jika melanggar SOP, Mawar berkata, apa yang berlaku terhadapnya sudah cukup membuktikan status selebriti bukanlah lesen terlepas hukuman apabila melanggar undang-undang.
"Dalam hal ini, saya memang mengaku salah kerana tidak memakai pelitup muka ketika bergambar dalam majlis berbuka puasa pada April lalu.
"Saya sentiasa menjaga SOP, selama ini. Namun, apa yang terjadi pada hari berkenaan berpunca daripada kelalaian sendiri. Saya tidak sesekali menyalahkan sesiapa.
"Saya sedar ramai berkecil hati terhadap perbuatan saya. Jika netizen marah sekali pun, saya terima kerana memang salah saya membiarkan perkara ini berlaku," katanya kepada BH Online.
Aktres yang diangkat Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-33 (ABPBH 33) itu mengakui, sebagai manusia ada kala dirinya alpa.
"Jika ditanya apa yang saya pelajari di sebalik peristiwa ini, dalam berjaga-jaga, terkena juga.
"Apa yang berlaku membuatkan saya lebih berhati-hati pada masa depan. Jujurnya, saya sendiri kecewa apabila insiden ini berlaku.
"Ini kerana secara tidak langsung ia mencalarkan reputasi saya. Selama ini, saya punya patuh dan menitik beratkan keselamatan. Cuma, saya terkilan disebabkan perbuatan kami, penganjur pula menerima tempiasnya," katanya.
Mengulas pertanyaan, susulan kejadian itu, penganjur majlis iaitu Caprice dan Nurin Atiqah saling menuding jari hingga perkara ini berlanjutan, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, dia memilih tidak memihak kepada sesiapa dalam kemelut yang membelenggu mereka.
"Saya lebih selesa bersikap 'neutral' memandangkan mereka adalah rakan saya.
"Apa yang berlaku antara Caprice dan Nurin Atiqah disifatkan sebagai salah faham. Sebagai rakan, saya hanya mampu mendoakan yang baik-baik buat mereka. Jika boleh, saya mahu mereka berbincang dan dapat menyelesaikan kemelut dengan cara baik," katanya.
Mawar berkata, dia kini banyak memberi fokus pada bisnes sejak akhir ini. Namun, ia bukan bermakna sudah tidak berminat berlakon.
"Mana mungkin saya melupakan bidang seni yang diminati sejak kecil lagi. Saya tiada masalah untuk kembali aktif berlakon. Saya mempunyai ramai orang kanan yang boleh membantu menguruskan perniagaan.
"Selepas habis berpantang, saya berlakon dalam telefilem arahan Osman Ali. Saya juga menerima tawaran membintangi drama bersiri. Jujurnya, saya rasa lain jika tidak berlakon. Suami cukup suka jika saya dapat tawaran berlakon. Kami tahu minat masing-masing," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2021/07/langgar-sop-calar-reputasi-mawar-rashid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Bantuan Bank Makanan Di Sungai Siput Langgar Sop Kata Polis

Program Bantuan Bank Makanan Di Sungai Siput Langgar Sop Kata Polis

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 354 hits
Polis berkata pemilik perniagaan terbabit boleh membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah sekiranya percaya mereka tidak melakukan sebarang kesalahan IPOH Polis mengesahkan terdapat pelanggaran prosedur operasi standard ketika pengagihan b...
Mawar Rashid Teringin Rasa Macam Mana Kasih Sayang Ayah

Mawar Rashid Teringin Rasa Macam Mana Kasih Sayang Ayah

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 315 hits
MAWAR RASHID TERINGIN RASA MACAM MANA KASIH SAYANG AYAH Menerusi perkongsian di laman Instagram pelakon Mawar Rashid telah meluahkan isi hatinya yang mengimpikan kasih seorang bapa Mawar mendedahkan dia kehilangan bapa sejak kecil dan dibes...
Hiburan Luahan Mawar Rashid Ingin Rasa Kasih Sayang Seorang Ayah Buat Netizen Sebak

Hiburan Luahan Mawar Rashid Ingin Rasa Kasih Sayang Seorang Ayah Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 322 hits
Luahan isi hati ingin merasai kasih sayang seorang ayah yang dimuat naik oleh pelakon jelita Mawar Rashid di laman media sosialnya Instagram telah membuat orang ramai sebak BACA Fazura Zahir Rasa Sayu Kenangkan Pemergian Arwah AyahAdvertise...
Langgar Sop Kali Ke Berapa Annuar Musa

Langgar Sop Kali Ke Berapa Annuar Musa

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 322 hits
MOHD MUKHLISSemalam Menteri Wilayah boleh syok menziarah mantan PM di rumah siap berjamu jamuan lagi Sedangkan rakyat biasa nak balik ziarah ibu bapa pun tak boleh dia ini memang tiada rasa empati dalam hati Ini bukan kali pertama dia langg...
Mahfuz Omar Disiasat Dakwa Langgar Sop

Mahfuz Omar Disiasat Dakwa Langgar Sop

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 267 hits
FMT ReportersGambar tular membabitkan Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar yang didakwa melanggar SOP semalam PETALING JAYA Polis sedang menjalankan siasatan berhubung beberapa keping gambar tular didakwa membabitkan Ahli Parlimen Pokok Sen...
Tular Foto Santai Minum Sambil Sembang Lagi Ahli Parlimen Didakwa Langgar Sop

Tular Foto Santai Minum Sambil Sembang Lagi Ahli Parlimen Didakwa Langgar Sop

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 276 hits
Seorang Ahli Parlimen di Kedah yang bergelar Datuk disiasat polis apabila didakwa melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Menurut laporan Harian Metro Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya memb
Timb Speaker Langgar Sop Kenduri Durian Dalam Dusun

Timb Speaker Langgar Sop Kenduri Durian Dalam Dusun

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 281 hits
by on 6 29 2021 09 11 00 PmPETALING JAYA Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan Ahli Parlimen Batu Pahat Mohd Rashid Hasnon bersama beberapa individu lain melanggar SOP perintah kawalan pergerakan kerana menikmati durian di sebua...
Langgar Sop Empat Kilang Dikenakan Tindakan

Langgar Sop Empat Kilang Dikenakan Tindakan

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 268 hits
Langgar SOP empat kilang dikenakan tindakan Tiga kilang dikenakan kompaun manakala sebuah lagi diarahkan tutup dalam ops pematuhan di kawasan perindustrian Senawang pada Khamis Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahi...
Langgar Sop Antara Negara Bukan Islam Dan Negara Melayu Isle

Langgar Sop Antara Negara Bukan Islam Dan Negara Melayu Isle

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 317 hits
Berikut disenaraikan Menteri menteri dari pelbagai negara yang tanpa berdolak dalih terus meletakkan jawatan atas dasar sikap bertanggungjawab bukan sekadar dalam isu melanggar SOP COVID juga termasuk isu ekonomi dan pertikaian moral selaku...
Sasha Abdul Aziz Pilih Pantang Tradisional Demi Pulih Sempurna Badan Nak Pakai Lama

Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

Dulu Janji Nak Tolong Sekarang Kena Explain

Avoid Turun Anwar Rally Civil Servants Told

Pengumuman Terkini Pmx Hadiah Anwar Ibrahim Untuk Rakyat

Ai And Ethics Can Help Stop Online Harassment

Indonesia Begins Cloud Seeding To Fight Riau Fires As Haze Drifts Into Malaysia

Kereta Dipandu Budak 11 Tahun Terbabas Ke Longkang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mitsui Outlet Park Klia Sepang Meraikan Ulangtahun Ke 10 Dengan Bergaya

10 000 Pengunjung Memeriahkan Konsert Ulang Tahun Ke 20 Mr D I Y Yang Penuh Gemerlapan

Petua Rawatan Tradisional Untuk Sawan

Totiq Batch 4 Bermula Dari Peserta Ke Urusetia

Beruntungnya Jadi Kaki Masjid

Cara Buat Jeruk Kulit Cempedak Atau Mandai Paling Sedap Goreng Tumis