Langgar Sop Empat Kilang Dikenakan Tindakan



Langgar SOP, empat kilang dikenakan tindakan. Tiga kilang dikenakan kompaun, manakala sebuah lagi diarahkan tutup dalam ops pematuhan di kawasan perindustrian Senawang pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, antara kesalahan yang dikesan adalah beroperasi tanpa kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kegagalan pekerja memakai pelitup muka, tidak mendaftar masuk ke kilang sama ada menggunakan buku daftar atau MySejahtera.
Katanya, terdapat juga kegagalan pemilik premis menyediakan laluan keluar masuk dengan tiada penjarakan satu meter serta majikan membenarkan had kapasiti melebihi 60 peratus kehadiran pekerja.
“Ops pematuhan SOP kali ini kita memberi fokus kepada kawasan kilang, sebanyak 12 kilang telah diperiksa, dan daripada jumlah itu empat kilang dikenakan kompaun kerana langgar SOP termasuk arahan penutupan selama tujuh hari kerana didapati melakukan kesalahan berulang.
“Kita akan sentiasa melakukan operasi penguatkuasaan pematuhan SOP ini secara berterusan khususnya dalam industri bagi memastikan semua pengusaha mematuhi arahan yang ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Operasi Bersepadu Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 di kawasan perindustrian Senawang pada Khamis.
Hadir sama, Pengarah Keselamatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sembilan, Roslin Abd Hamid dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohammad Faid Abd Rashid.
Mohd Said berkata, tindakan kompaun, notis dan arahan penutupan premis diberikan kepada individu serta pemilik premis mengikut kategori dan jenis kesalahan di bawah Peraturan 17, P.U (A) 278/2021, iaitu Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 4) 2021, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Ops bersepadu tersebut disertai oleh 80 anggota penguat kuasa termasuk MKN Negeri Sembilan, Majlis Bandaraya Seremban, MITI, Jabatan Kesihatan Negeri, dan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan, katanya.
Langgar SOP, empat kilang dikenakan tindakan  
Baca Artikel Menarik :
Bendera putih bukan bererti mengaku kalah Lancar ‘Phuket Sandbox’, Malaysia Tidak Tersenarai Dalam 66 Buah Negara Dibenar Masuk Thailand Najwan maklumkan ada sesuatu yang tidak kena dalam AMK Mila Jirin ajak rakan niaga terus tawakal Lelaki Ini Kibarkan Bendera Mohon Bantuan Demi Anak Dan Isteri Tapi Tak Disangka [VIDEO] Resepi Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api Layari Laman Facebook MYKMU
Anwar balas kritikan Bront Palarae

The post Langgar SOP, empat kilang dikenakan tindakan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/01/langgar-sop-empat-kilang-dikenakan-tindakan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Lagi Maaf Kilang Langgar Sop Terus Dikompaun Kata Menteri

Tiada Lagi Maaf Kilang Langgar Sop Terus Dikompaun Kata Menteri

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 228 hits
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata kluster perkilangan didapati antara paling banyak menyumbang kepada peningkatan kes kebelakangan ini KUALA LUMPUR Majikan sektor perkilangan akan dikompaun terus tanpa amaran jika melanggar SOP p...
Dua Kilang 11 Premis Langgar Sop Diarah Tutup

Dua Kilang 11 Premis Langgar Sop Diarah Tutup

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 223 hits
Oleh ZULKIFLI MANZOR Gambar hiasanPETALING JAYA Sebanyak dua kilang dan 11 premis perniagaan diarahkan tutup semalam kerana melanggar Prosedur Operasi Standard bagi membendung penularan wabak Covid 19 Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Y...
Kilang Sarung Tangan Diarah Tutup Dikompaun Langgar Sop

Kilang Sarung Tangan Diarah Tutup Dikompaun Langgar Sop

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 218 hits
Kilang sarung tangan diarah tutup dikompaun langgar SOP Dikemas kini 7 jam yang lalu Diterbitkan pada 20 Jun 2021 10 11PM
Syarikat Langgar Sop Lebih Rm1 2 Juta Kompaun Telah Dikeluarkan

Syarikat Langgar Sop Lebih Rm1 2 Juta Kompaun Telah Dikeluarkan

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 154 hits
Lebih RM1 2 juta kompaun telah dikeluarkan kepada syarikat dan kilang yang gagal mematuhi SOP sepanjang tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata sejak awal bulan ini agensi penguatkua...
2 Remaja Bawah Umur Antara 13 Individu Didakwa Langgar Sop Berarak Iring Mayat

2 Remaja Bawah Umur Antara 13 Individu Didakwa Langgar Sop Berarak Iring Mayat

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 280 hits
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Siram Butterworth pada 2 50 petang 17 Jun lalu mengikut Peraturan 9 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 PETALING JAYA Seramai 13 individu termasuk dua remaja...
Langgar Sop Solat Jumaat 13 Jemaah Dikompaun Rm19 500 Masjid Rm10 000

Langgar Sop Solat Jumaat 13 Jemaah Dikompaun Rm19 500 Masjid Rm10 000

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 246 hits
Ketua Polis Daerah Kota Setar Ahmad Shukri Mat Akhir berkata daripada 34 jemaah itu pihaknya mengeluarkan kompaun terhadap 13 individu berusia antara 18 hingga 82 tahun sebanyak RM1 500 setiap seorang ALOR SETAR Seramai 13 individu yang men...
Tok Pa Minta Maaf Langgar Sop Makan Di Kafe

Tok Pa Minta Maaf Langgar Sop Makan Di Kafe

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 212 hits
Faris Danial RaziKUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed memohon maaf atas tindakannya melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan di sebuah kafe di Jeli Kelantan pada Sabtu lalu Pejaba...
13 Jemaah Dikompaun Kerana Langgar Sop Solat Jumaat Di Kuala Kedah

13 Jemaah Dikompaun Kerana Langgar Sop Solat Jumaat Di Kuala Kedah

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 207 hits
ALOR SETAR Seramai 13 individu yang menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Kuala Kedah dekat sini hari ini dikompaun keseluruhan berjumlah RM19 500 kerana melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Ketua Polis Daer...
Hiburan Tak Fasal Fasal Habis Semua Kena Kes Langgar Sop Caprice Masih Tak Puas Hati Dengan Influencer

Hiburan Tak Fasal Fasal Habis Semua Kena Kes Langgar Sop Caprice Masih Tak Puas Hati Dengan Influencer

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 213 hits
Meskipun reda dengan kompaun yang diberikan pihak berkuasa di atasa kesalahan gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka pada sebuah majlis anjuran syarikatnya iaitu Rindu Raudah Sdn Bhd Caprice walau bagaimanapun masih merasa tidak adil ...
Walkie Talkie Serangan Teknologi Baru Pbb Israel As Kalah

Aeon Mall Bukit Tinggi Klang Meriah Dengan Pameran Transformers One

Apa Maknanya Jika Mengalami Kencing Berbuih

Ulangtahun Kelahiran Dak Kakak Dan Gerakan Reformasi

Doa Naik Kapal Laut

Bagaimana Populariti Boleh Mengubah Persepsi

Penyakit Darah Tinggi Dikatakan Antara Penyakit Pembunuh Senyap

Perlis Issues Fatwa First State To Declare Gisbh A Deviant Group


echo '';
10 Fakta Biodata Ustaz Wadi Annuar Wadi Anuar Termasuk Kisah Kahwin Bercerai Dan Bekas Isteri

Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


The Colours Of Life Selamat Kembali Ke Sekolah Bagi Penggal 3

Dinner Sate Dan Siakap Stim Lemon

Wahyu F Giri Feat Era Syaqira Malik Wektu Chord

The Nuen N1 S A Production Ready Electric Motorcycle From Vietnam

Op Global Dedah Anomali Ini Kronologi Kes Gisbh

Hiburan Kena Cuci Kencing Berak Anak Orang Atasan Gisbh Dedah Ibu Terseksa Lalui Pelbagai Trauma