Menurut Calcalisttech.com, mahkamah Israel didedahkan tentang perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat sibersekuriti dari Israel
Menurut laman web Calcalistech.com dalam laporannya semalam (28 Mei 2020), kerajaan Malaysia pimpinan Najib telah membelanjakan $1.5 milion (RM6.5 juta) untuk membolehkan pasukan penyelidikan Malaysia menggunakan sistem intipan dan analisis Israel itu.Menurut laporan itu, sistem itu telah digunakan oleh agensi penyiasatan Malaysia iaitu Cawangan Khas (SB) untuk membolehkan semua maklumat aktiviti orang awam dikumpul dan dianalisa sebulan sebelum pilihan raya.“Syarikat yang membangun dan membekalkan sistem itu kepada kerajaan Malaysia adalah Senpai Technologies Ltd, sebuah syarikat kecil cybersecurity Israel,” lapor Calcalist, laman web Israel yang melihat dokumen mahkamah itu.Perjanjian itu, lapornya, telah ditandatangani pada April 2018 dengan harga $1.5 juta dengan nama kodnya adalah “Project Magnum”.“Oleh kerana Malaysia dan Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik, perjanjian ini telah dibuat melalui syarikat dari Cypriot yang bernama Kohai Corp. Ltd, yang diasaskan oleh dua pemegang saham Senpai yang tujuannya hanya untuk menjadi penama dalam perjanjian sebegini,” lapor Calcalist.Menurut laman itu, perancangan kerajaan Malaysia untuk menggunakan sistem Senpai untuk “Penyiasatan Politik” tidak dirahsiakan kerana ia dinyatakan dengan jelas melalui korespondan melalui email dalaman mereka.Selain Malaysia, Senpai juga membekalkan sistem yang sama kepada negara Oman, yang juga tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |