Apa Kata Pas Bila Syarikat Israel Bantu Najib Intip Pembangkang Pada 2018




Dokumen-dokumen mahkamah di Israel mendedahkan syarikat siber Senpai Technologies menandatangani perjanjian bernilai AS$1.5 juta untuk membekalkan kemudahan intipan kepada polis Cawangan Khas (SB) Malaysia.

Ia dikatakan bagi membantu perdana menteri ketika itu Najib Abdul Razak memantau pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-14.

*Laman berita teknologi Israel, CTech melaporkan, kerajaan Malaysia menantangani perjanjian itu bagi mendapatkan sistem untuk mengumpulkan maklumat dan menganalisis dana kegiatan orang awam.*

Dokumen-dokumen berkaitan diperoleh dan disemak oleh Calcalist, sebuah harian kewangan terkemuka Israel.

Sistem itu dikatakan dibangunkan oleh Senpai Technologies Ltd.

Perjanjian itu dilapor ditantangai pada April 2018, sebulan sebelum BN yang dipimpin Najib ketika itu kecundang kali pertama dalam sejarahnya.

Rundingan itu menggunakan kod nama “Project Magnum.”

Menurut dokumen tersebut, rancangan pentadbiran BN pimpinan Najib untuk sistem Senpai tidak dirahsiakan daripada syarikat itu dan penggunaan sistem itu untuk “penyiasatan politik" disebut secara khusus dalam surat-menyurat e-mel dalaman.

Senpai, yang ditubuhkan pada tahun 2015, telah membekukan aktivitinya di tengah-tengah pemfailan kebankrapan dan tuntutan saman antara para pengasas firma itu.

Pada pertengahan tahun lalu, syarikat tersebut dilaporkan sedang membincangkan kemungkinan kontrak baru dengan polis Cawangan Khas Malaysia, yang mempunyai implikasi baru selepas kekalahan Najib pada PRU14.

Objektif pengawasan dibayangkan akan berubah selepas pilihan raya daripada penyiasatan politik kepada penyiasatan terhadap jenayah-keganasan.

“Pelanggan mendapat dokumen dan kami sedang menunggu responsnya,” kata pengasas dan ketua jualan Senpai, Roy Shloman merujuk "Magnum" dalam e-mel yang dikirimkan kepada pengasas bersama Guy David, Omri Raiter, dan Eric Banoun (gambar, bawah) pada 10 Jun 2019.

"Seperti yang kamu tahu, selepas pilihan raya banyak perkara berubah dan menjadi sedikit rumit," tulis Shloman.

"Mengenai proses pengurusan pelanggan dan berdasarkan beberapa perbincangan atas talian (conference call) yang lalu dengan mereka, saya fikir kami patut mengadakan kunjungan ke KL.

"Tujuan utama perjalanan ke itu untuk bertemu klien (secara bersemuka), mengadakan sesi soal jawan dan menyediakan mereka beberapa panduan (tip) dan helah (trick)," tambahnya.

Katanya, tujuan utama lawatan ke Keitu adalah untuk bertemu dengan klien secara bersemuka sambil mengadakan beberapa sesi soal jawab, serta memberikan beberapa tips kepada klien mereka dalam memaksimumkan sistem tersebut.

Dalam cadangan fasa dua perjanjian selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan pada Mei 2018, Banoun menghitung rundingan itu dianggarkan bernilai antara AS$300,000-AS$ 400,000 daripada SB, antara AS$2 juta dan AS$2.5 juta daripada Pejabat Perdana Menteri, antara AS$800,000 dan AS$2.2 juta daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan jumlah yang serupa daripada pasukan polis.

CTech adalah laman berita teknologi yang dikendalikan oleh Calcalist. Ia merupakan sebahagian daripada Yedioth Ahronoth Group, yang juga menerbitkan Yedioth Ahronoth, surat khabar dengan edaran paling luas di Israel.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/apa-kata-pas-bila-syarikat-israel-bantu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hubungan Najib Dan Syarikat Israel Kerajaan Pn Perlu Siasat Segera

Hubungan Najib Dan Syarikat Israel Kerajaan Pn Perlu Siasat Segera

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 691 hits
Oleh FAIZ FADZIL Laporan media Israel Calcalist pada 28 Mei 2020 mendedahkan bahawa rejim Najib Razak pada April 2018 telah menjalankan transaksi komersial bernilai US 1 5 juta dengan syarikat Israel Senpai Technologies Ltd Merujuk dokumen ...
Langgan Syarikat Israel Bossku Nanti Makan Supering Kat Sungai Buloh

Langgan Syarikat Israel Bossku Nanti Makan Supering Kat Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 322 hits
Menurut Calcalisttech com mahkamah Israel didedahkan tentang perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat sibersekuriti dari Israel Najib langgan sistem dari Israel menjelang PRU 14 dokumen mahkamah dedahkanMahkamah Israel did...
Sokong Pembangkang Dosa Besar Rosol Wahid Kata

Sokong Pembangkang Dosa Besar Rosol Wahid Kata

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 350 hits
KUALA TERENGGANU Bagi yang berparti dan menyebelahi pembangkang ia adalah suatu dosa besar yang tidak boleh dimaafkan kata Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid more Rosol yang juga Ahli Parlimen Hu...
Bukan Najib Tapi Pihak Ke 3 Seleweng Dana Src Kata Peguam Bela

Bukan Najib Tapi Pihak Ke 3 Seleweng Dana Src Kata Peguam Bela

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 597 hits
Pihak pembelaan dalam perbicaraan SRC International Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini dakwaan penyelewengan dana syarikat itu dilakukan pihak ke 3 bukannya bekas perdana menteri itu Peguam Harvinderjit Singh berkata R...
Sanusi Mb Baru Giliran Umno Tolong Pas Kata Annuar

Sanusi Mb Baru Giliran Umno Tolong Pas Kata Annuar

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 435 hits
Pemilihan Adun Jeneri daripada PAS Muhammad Sanusi Md Nor sebagai menteri besar baru Kedah adalah hasil perbincangan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional kata Annuar Musa Setiausaha Agung BN itu berkata pemilihan Sanusi dibuat secara ko...
Bantu Saudara Seagama Di Negara Lain Apa Kata Duta Khas Pm Ke T Tengah

Bantu Saudara Seagama Di Negara Lain Apa Kata Duta Khas Pm Ke T Tengah

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 398 hits
Insafi kesusahan saudara seagama Presiden PASKUALA LUMPUR Menyedari tanggungjawab sebagai manusia adalah kunci kepada jawapan mengapa umat manusia tidak sepatutnya mengabaikan kesusahan saudara seagama Menurut Duta Khas Perdana Menteri ke T...
Khidmat Najib Diperlukan Bantu Pulih Ekonomi

Khidmat Najib Diperlukan Bantu Pulih Ekonomi

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 345 hits
SHAH ALAM Khidmat bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai pengalaman luas dalam mentadbir negara diperlukan dalam pelan pemulihan ekonomi pasca koronavirus Pengerusi Aktivis Gerakan Tuntut Malaysia A zlan Abu Bakar b...
Report Israeli Cyber Startup Senpai Helped Najib Spy On Opposition In 2018

Report Israeli Cyber Startup Senpai Helped Najib Spy On Opposition In 2018

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 292 hits
Court documents in Israel have revealed that cyber startup company Senpai Technologies signed a US 1 5 million deal to supply Malaysia s Special Branch with surveillance tools that were used to help former prime minister Najib Abdul Razak m...
Tanya Dia Jika Ianya Benar Dia Ada Berjuta Saham Dalam Syarikat Hotel Ini Najib Razak

Tanya Dia Jika Ianya Benar Dia Ada Berjuta Saham Dalam Syarikat Hotel Ini Najib Razak

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 584 hits
Tanya dia jika ianya benar dia ada berjuta saham atas nama dia dalam syarikat yang memiliki hotel ini Tanya dia jika dia pernah bayar untuk saham itu dan jika ada berapa banyak yang dia bayar Tanya dia jika ianya benar dia telah batalkan tu...
Peranakan A Musical Legacy When Music Wears A Kebaya

Masjid Sri Sendayan Taj Mahal Negeri Sembilan Yang Memukau Mata Dan Jiwa

Masjid Mahabbah Yaasin Tahlil Solat Hajat Justice For Zara

Htx Menandakan Ulang Tahun Ke 12 Dengan 80 000 Dalam Kempen Dagangan Sempena Kenaikan Pasaran Bitcoin Com News

Kambing Paratal Bersantan Gabungan Rasa Padu Sekali Cuba Terus Jatuh Cinta

Where Were You When

Lain Macam Seram Kali Ini Dengan Movie Weapons

Info Terkait Kes Adik Zara Info Polis Dengar Bukan Makcik Mona


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Muda Berbakat Dari Johor

Rain Lily Noble Gold

Lunch Hari Ini Dan Update Brazil Wood

Biojisim Kepada Tenaga Melalui Bateri Ion Sodium Penyelesaian Hijau Untuk Masa Depan

Untung 1mdb Rakyat Perlu Tahu

Printing Custom Ziplock Pouch Packaging Untuk Makanan Kosmetik Aksesori Design Eksklusif