Jadi Duta Global Blackpink Terima Pelbagai Hadiah Dari Jenama Terkenal Atas Pelancaran Pink Venom
Semalam, pra pelancaran single terbaru BLACKPINK iaitu “Pink Venom” sudah mula disiarkan dan berjaya meraih jumlah tontonan yang luar biasa. Dek kerana itu, beberapa jenama besar dan terkenal memberikan hadiah sebagai ucapan tahniah.
ARTIKEL BERKAITAN
Lancar 'Pink Venom', Peminat Kagum Dengan Lagu Baru BLACKPINK
Bukan sahaja menerima jutaan ucapan tahniah daripada peminat, BLACKPINK juga menerima hadiah daripada beberapa jenama hebat yang pernah berkerjasama dengan mereka sebelum ini.
1. Dior
Ji-soo berkerjasama dan menjadi duta global untuk fesyen mewah Perancis keluaran Dior bermula pada 2021. Dek kerana itu, Dior memberikan Ji-soo jambangan bunga berserta nota tulisan tangan.
2. Cartier
Ji-soo menjadi duta global bagi jenama Cartier pada Mei tahun ini. Mereka juga turut menghantar jambangan bunga berwarna merah jambu sebagai ucapan tahniah.
3. Hera Beauty
Jennie menjadi duta bagi jenama kosmetik terkenal Korea itu bermula pada tahun 2019. Oleh itu, mereka menghantar belon berwarna hitam dan merah jambu, bunga, dan juga sebuah kek yang direka khas mengikut konsep “Pink Venom”.
4. Chanel
Gelaran “Human Chanel” sudah tidak asing lagi dengan Jennie kerana dia mula menjadi duta secara global buat jenama itu bermula tahun 2018. Untuk meraikan comeback kumpulan mereka, Chanel memberikan makanan dan trak kopi untuk Jennie.
5. Saint Laurent
Rosé mula menjadi duta bagi jenama Saint Laurent pada 2020. Dia juga merupakan idola K-Pop pertama yang hadir ke Malam Gala dan ditemani oleh pengarah kreatif Saint Laurent sendiri, iaittu Anthony Vaccarello pada 2021. Pengarah kreatif itu menghantar sejambak bunga ros dan nota tulisan tangan kepadanya.
6. Tiffany.Co
Rosé menjadi duta bagi jenama itu bermula April 2021. Pengasas barang kemas mewah Amerika itu turut menghantar sejambak bunga istimewa kepadanya.
7. CELINE
Lisa mula menjadi duta global bagi CELINE bermula tahun 2020. Jenama mewah Perancis tersebut turut menghantar jambangan bunga berserta nota kepadanya.
8. BVLGARI
Bermula tahun 2020, Lisa sudah mula menjadi duta barangan mewah BVLGARI. Kumpulan BVLGARI menghantar Lisa jambangan bunga yang cantik berserta nota.
Wah, banyaknya hadiah yang dorang terima!
Tahniah BLACKPINK!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/jadi-duta-global-blackpink-terima-pelbagai-hadiah-dari-jenama-terkenal-atas-pelancaran-pink-venom/