Lambang Bn Lebih Relevan Mewakili Perikatan Nasional


SHAH ALAM – Penggunaan lambang atau logo Barisan Nasional (BN) disifatkan lebih relevan dan sesuai untuk diguna pakai bagi mewakili Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis berkata, perkara itu diambil kira berdasarkan dua perkara iaitu menggunakan strategi sama dilakukan Pakatan Harapan (PH), selain logo itu sendiri sudah lama dikenali.
Menurutnya, pada PRU14, PH telah mengambil pendekatan sama dengan menggunakan satu lambang iaitu logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan usaha itu jelas berjaya dan mereka mengekalkan formula sama pada Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas itu.
“Lambang BN lebih sinonim, dikenali dan menjadi pilihan selamat berbanding guna lambang baharu yang akan ambil masa untuk dijenamakan sekiranya PRU15 diadakan secara mengejut dalam tempoh terdekat.
“Namun, kesepakatan perlu ada dalam PN untuk menggunakan lambang BN terutama melibatkan parti-parti lain seperti Pas, Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan parti-parti di Sabah serta Sarawak,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pandangan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa MN akan berbincang mengenai logo yang akan digunakan pada PRU15.
Mengulas lanjut, Mujibu turut berpendapat bahawa Pas berkemungkinan akan sedikit ralat sekiranya lambang itu digunakan kerana ahli parti sebelum ini sudah terbiasa berjuang untuk melawan dacing.
“Secara umumnya, pandangan Najib wajar dipertimbangkan, malah ia juga dilihat lebih sesuai dan mudah berbanding jika mahu membentuk satu lambang atau logo baharu, selain proses pendaftaran MN atau PN yang akan turut mengambil masa,” katanya.
Sementara itu, penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berpendapat, perbincangan perlu diadakan terlebih dahulu bagi menentukan lambang atau logo parti yang akan mewakili MN mahupun PN pada PRU15.
“Masih terlalu awal untuk menyatakan bahawa lambang BN akan di-gunakan bagi mewakili UMNO, Pas ataupun Bersatu dalam PN pada PRU nanti.
“Ketika ini parti-parti yang mewakili PN masih lagi pada peringkat perbincangan awal terutama dalam menentukan calon yang akan bertanding bagi sesuatu kawasan.
“Bagi saya, bukan sesuatu yang mudah untuk melaksanakan cadangan Najib walaupun logo BN telah lama berada dalam arena politik negara kita,” kata beliau.
The post Lambang BN lebih relevan mewakili Perikatan Nasional appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/24/lambang-bn-lebih-relevan-mewakili-perikatan-nasional/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Hamidi Beri Bayangan Umno Mungkin Keluar Perikatan Nasional

Zahid Hamidi Beri Bayangan Umno Mungkin Keluar Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 428 hits
SHAH ALAM Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membayangkan parti itu mungkin keluar daripada gabungan kerajaan Perikatan Nasional Ahmad Zahid berkata sebarang perkongsian yang dilakukan harus diperhalusi semula apabila keikhlasan...
Zahid Umno Will Not Join Perikatan But Strengthen Muafakat Nasional

Zahid Umno Will Not Join Perikatan But Strengthen Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 448 hits
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 8211 Picture by Bernama KUCHING Umno has decided today not to join Perikatan Nasional but to strengthen Muafakat Nasional with Pas and Barisan Nasional parties said Umno president Datuk Seri Ahmad Zahi
Keluar Perikatan Nasional Kenyataan Rasmi Presiden Umno

Keluar Perikatan Nasional Kenyataan Rasmi Presiden Umno

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 509 hits
KENYATAAN MEDIAAhmad Zahid HamidiPresiden UMNO30 hb Julai 20201 UMNO membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional bersama sama dengan PAS dan komponen Barisan Nasional 2 Sokongan...
Logo Apa Yang Akan Digunakan Perikatan Nasional

Logo Apa Yang Akan Digunakan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 458 hits
Kata beliau ramai yang tidak bersetuju menyerahkan kerusi yang ditandingi UMNO kepada BERSATU kita UMNO tak setuju kerana kerusi yang sekarang ini diwakili sesetengah mereka dalam BERSATU adalah kerusi UMNO Dia lompat lari daripada kita dan...
Prk Dun Slim Ujian Sebenar Perikatan Nasional

Prk Dun Slim Ujian Sebenar Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 414 hits
SUDAH lebih seminggu pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri Slim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Bentong Pahang Kehilangan Allahyarham bukan sahaja dirasai oleh masyarakat di sekitar De...
Is Mahathir Trying To Kill Pakatan Harapan Or Perikatan Nasional

Is Mahathir Trying To Kill Pakatan Harapan Or Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 683 hits
And this is why Mahathir insisted on resigning and refused to withdraw his resignation and stay on as Prime Minster even when DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong persuaded him to do so If he stayed on as Prime Minister this meant...
Kerajaan Perikatan Nasional Cenderung Salah Guna Kuasa Dakwa Tun M

Kerajaan Perikatan Nasional Cenderung Salah Guna Kuasa Dakwa Tun M

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 328 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat menggunakan kuasa eksekutif untuk menghapuskan bangkangan terhadap pemerintahanya dakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Sewaktu membahaskan Tit...
Situasi Terkini Palestin Pelajaran Terbaik Buat Muafakat Nasional Dan Perikatan Nasional

Situasi Terkini Palestin Pelajaran Terbaik Buat Muafakat Nasional Dan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 371 hits
1 Julai 2020 lalu sepatutnya menjadi peristiwa hitam dan duka buat rakyat Palestin terutamanya di Tebing Barat dan Lembah Jordan Ia sepatutnya menjadi tarikh pengambilalihan regim Israel ke atas wilayah Tebing Barat dan Lembah Jordan di Pal...
Umno Umum Tak Sertai Perikatan Nasional

Umno Umum Tak Sertai Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 365 hits
July 30 2020 1 30 PMZahid Hamidi PETALING JAYA Umno mengumumkan ia tidak menyertai Perikatan Nasional Sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional bersama sama PAS dan komponen Barisan Nasional kata Presiden Zahid Hamidi dalam kenyataan ...
Donut Kampung Lembut Gebu Resipi Nostalgia Paling Sedap Yang Wajib Cuba

Usd Jpy Analisis Harga Dan Ramalan Yen Jepun Mencuba Mempertahankan Sentimen Kenaikan Harga Menjelang Kdnk Jepun

Macam Mana Nak Dapat Gelaran Datuk

Malaysia Warns Palm Oil Firms Mspo Certification At Risk If Ncr Land Rights Breached Says Deputy Minister

Enjoy Menu Ren Christmas Eve Dinner Buffet Renaissance Johor Bahru Hotel

Pasaran Bersedia Untuk Mengambil Risiko

Aktiviti Perjumpaan Toqqi Bersama Saudara Akmal Dahalan Ppim 06 12 2025

Realiti Pendidikan Di Malaysia Sekarang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


30 Petua Kesihatan Tradisional Melayu Minyak Kayu Putih

Huawei Kicks Off The Holidays With Its Biggest Year End Celebration Joy Sale Season

Banner Flyers Custom Masih Relevan Untuk Menjana Jualan

Hidup Dalam Koridor Algoritma Menyelami Rasa Penat Dan Ketentuan

Tajuk Kisah Yang Mengajarkan Kita Erti Kesabaran Dan Pengorbanan

Resepi Pizza Roti Gardenia