Prk Dun Slim Ujian Sebenar Perikatan Nasional


SUDAH lebih seminggu pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Bentong, Pahang.
Kehilangan Allahyarham bukan sahaja dirasai oleh masyarakat di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim tetapi turut memberi kesan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana terpaksa berdepan satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam sudah pun mengumumkan tarikh-tarikh penting bagi PRK DUN Slim bermula dengan penamaan calon pada 15 Ogos diikuti pengundian awal pada 25 Ogos dan seterusnya pengundian sebenar pada 29 Ogos 2020.
PRK DUN Slim dilihat sebagai medan ujian sebenar kepada UMNO dan BN yang kini bersama dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) bersama Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Berbanding PRK DUN Chini, BN menang mudah atas beberapa faktor antaranya Pakatan Harapan (PH) tidak meletakkan calon selain parti-parti dalam gabungan PN juga bersetuju dengan calon BN tersebut. Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, BN yang diwakili Mohd Khusairi berjaya mengekalkan penguasaan selama empat penggal apabila menewaskan calon Pas, Muhammad Zulfadli Zainal dan calon Bersatu, Mohd Amran Ibrahim yang juga Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Malim dengan majoriti 2,183 undi.
Sebelum tarikh PRK DUN Slim diumumkan, sudah ada suara-suara yang memberikan cadangan agar UMNO menyerahkan kerusi tradisi tersebut kepada Pas atau Bersatu untuk membuktikan keikhlasan dan keutuhan muafakat yang dijalin antara parti dalam PN.
Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Asrul Henreng dalam kenyataan medianya menjelaskan, PRK DUN Slim merupakan masa yang sesuai kepada UMNO untuk membuktikan semangat setiakawan dan keutuhan kerjasama PN tersebut kepada rakyat.
Secara dasarnya, amat sukar untuk UMNO menyerahkan kerusi tersebut kepada mana-mana rakan komponen dalam PN memandangkan mereka mengetahui kekuatan di kerusi DUN Slim yang dimenangi sejak empat penggal lalu.
Namun, Bersatu pastinya mahu mencuba nasib untuk menambah kerusi DUN di Perak tambahan pula Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kini merupakan Timbalan Presiden Bersatu.
Formula
UMNO mempunyai kekuatan tersendiri di Bahagian Tanjung Malim dengan jumlah cawangan sebanyak 60.
Dengan 13 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di dalam kawasan DUN Slim, jentera mereka dilihat begitu kuat dan menjadi semakin ampuh apabila dibantu jentera Pas Kawasan Tanjung Malim.
Kawasan DUN Slim mempunyai 23,094 pengundi dengan 41 peratus merupakan pengundi berumur bawah 40 tahun, 33 peratus berumur 41 hingga 60 tahun dan 26 peratus lagi adalah pengundi berumur melebihi 61 tahun.
Melihat kepada angka itu, parti-parti yang bertanding perlu meletakkan calon muda malah BN berkemungkinan menggunakan formula pemilihan calon PRK DUN Chini dengan meletakkan anak muda tempatan mewakili parti itu.
Hampir keseluruhan kawasan DUN Slim merupakan kawasan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) meliputi Felda Gunung Besout, Felda Trolak dan Felda Sungai Behrang.
Difahamkan, UMNO Bahagian Tanjung Malim telah mengemukakan beberapa nama kepada UMNO Perak dan UMNO Pusat untuk membuat keputusan malah Ketua Penerangan UMNO Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun turut mengesahkan bahawa terdapat sembilan calon yang disenaraikan.
Antara nama yang disebut-sebut termasuklah Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Amin Othman; Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tanjung Malim, Sulong Jamil Mohamed Shariff dan bekas Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia Wilayah Trolak, Ku Zaharin Shah Ku Mansor.
Bagi PH pula, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak mula melaungkan amaran apabila Pengerusinya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak paling awal mengumumkan untuk meletakkan calon bertanding di kawasan itu.
Bagaimanapun, Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat begitu berkobar-kobar untuk menghadapi PRK tersebut selepas Ketua Amanah Kawasan Tanjung Malim, Khairol Najib Hashim mengumumkan Bilik Gerakan Pilihan Raya mereka sudah diaktifkan.
PKR difahamkan sudah meneliti beberapa calon untuk mewakili PH bagi kerusi DUN tersebut dengan keutamaan diberikan kepada anak tempatan.
Antara nama yang tersenarai ialah Naib Ketua PKR Cabang Tanjung Malim, Malek Farok Zainal Abidin; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Tanjung Malim, Muhamad Alif Asyraf Abd Rahim dan Ketua Wanita PKR Cabang Tanjung Malim, Junaida Jamaluddin.
Biarpun peluang untuk PH menang pada PRK DUN Slim dilihat agak tipis kerana mereka kehilangan rakan sekutu sebelum ini iaitu Bersatu selain cabaran untuk memilih calon di situ, mereka boleh menggunakan peluang tersebut untuk menguji kekuatan menjelang pilihan raya umum akan datang.
Apa yang pasti, PRK DUN Slim dijangka mempertemukan anak tempatan untuk meraih sokongan majoriti besar warga Felda di situ.
The post PRK DUN Slim: Ujian sebenar Perikatan Nasional appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/24/prk-dun-slim-ujian-sebenar-perikatan-nasional/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spr Tetapkan Prk Dun Slim 29 Ogos Ini

Spr Tetapkan Prk Dun Slim 29 Ogos Ini

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 251 hits
Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom PUTRAJAYA Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim Perak pada 29 Ogos ini Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom berkata tarikh penamaan calon ditetapkan 15 Ogos ...
Calon Prk Dun Slim Ph Masih Berbincang Dengan Tun Mahathir

Calon Prk Dun Slim Ph Masih Berbincang Dengan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 360 hits
BernamaAnwar menyatakan bahawa rundingan masih berjalan Gambar failPORT DICKSON Pakatan Harapan menafikan telah menyerahkan kepada kumpulan penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sli...
Prk Dun Slim Bersatu Mahathir Vs Umno Pas Bersatu Muhyiddin

Prk Dun Slim Bersatu Mahathir Vs Umno Pas Bersatu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 347 hits
Kumpulan daripada kem Dr Mahathir Mohamad berkata akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Slim Senator Marzuki Yahya berkata kem mereka akan meletakkan calon menentang Perikatan Nasional Ahli Majlis Presiden PH pula memberitahu bahawa ...
Saarani Dilantik Pengarah Prk Dun Slim

Saarani Dilantik Pengarah Prk Dun Slim

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 233 hits
SHAH ALAM Pengerusi Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO Datu...
Buktikan Setiakawan Mahasiswa Pas Gesa Umno Serahkan Kerusi Dun Slim

Buktikan Setiakawan Mahasiswa Pas Gesa Umno Serahkan Kerusi Dun Slim

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 297 hits
Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia hari ini menggesa Umno menyerahkan kerusi DUN Slim kepada Pas atau Umno Pengerusi GAMIS Perak Asrul Henreng berkata inilah masanya Umno membuktikan semangat setiakawan mereka dan medan terbaik membuktikan...
Pkr Tak Jadi Letak Calon Di Dun Slim

Pkr Tak Jadi Letak Calon Di Dun Slim

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 192 hits
Parti Keadilan Rakyat Perak mengambil keputusan untuk tidak meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim pada 29 Ogos ini Timbalan Pengerusinya Datuk MA Tinagaran berkata keputusan tersebut dibuat setelah m...
Zahid Umno Will Not Join Perikatan But Strengthen Muafakat Nasional

Zahid Umno Will Not Join Perikatan But Strengthen Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 261 hits
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 8211 Picture by Bernama KUCHING Umno has decided today not to join Perikatan Nasional but to strengthen Muafakat Nasional with Pas and Barisan Nasional parties said Umno president Datuk Seri Ahmad Zahi
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

The Evolution Of Adult Entertainment

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Tak Cukup Tangan Caprice Terkejut Terima Lebih 900 Aduan Baru

Benci Kesalahan Jangan Benci Orang Yang Salah Ig Ibu Lesap Aisyah Aziz Kongsi Quote Nasihat