Laman Padi Dan Kampung Pisang Lokasi Menarik Maha 2018



Seperti yang kita sedia maklum, pada masa ini telah berlangsung Ekspo Dan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur Dan Agro Pelancongan Malaysia (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism) MAHA 2018 yang bertempat di di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) .Ia nya telah berlansung bermula 22 November hingga 2 Disember 2018

LAMAN PADI DAN KAMPUNG PISANG LOKASI MENARIK MAHA 2018

Ekspo selama 11 hari ini masih mengekalkan tema seperti tahun sebelumya iaitu  'Makanan Kita, Masa Depan Kita'.




Jika sebelum ini cik iena pernah menulis mengenai pengalaman cik iena di MAHA 2016 di hari kedua terakhir Ekspo tersebut yang mana ianya mencatatkan   3.7 Juta Pengunjung dengan Mencapai Jualan Dan Perjanjian Jualan Melebihi RM380 juta. Tahun ini MAHA 2018 mensasarkan sebanyak 3.8 Juta pengunjung.





Untuk pengetahuan semua  MAHA ini diadakan setiap 2 tahun sekali. Tahun ini merupakan tahun ke dua Cik iena berkunjung ke MAHA. Berbeza dengan tahun sebelumnya, tahun ini Cik iena cuma menfokuskan kepada Kluster Agro Pelancongan MADA yang menyediakan pelbagai tarikan aktiviti seperti "Health & Beauty", "Hobby & Recreation", "Lepak Santai", "Agro Art & DIY" dan "Agro Cult.

Almaklumlah dalam masa satu hari memang sukar untuk mengunjungi kesemua tempat di MAHA tambahan lagi Cik iena mengalami masalah kekangan masa kerana sibuk bekerja . Baiklah jom cik iena ceritakan serba sedikit pengalaman Cik iena di MAHA 2018 .



Antara Kluster Agro Pelancongan MADA yang cik iena kunjungi adalah
Kampung Pulau PisangLaman Padi Maha 2018Agro Trade - Booth-Booth Usahawan Mada 
Setibanya di MAHA 2018, terlebih dahulu Cik iena mengunjungi  Agro Perlancongan MAHA 2018  iaitu Kampung Pulau Pisang.


Agro Perlancongan MAHA 2018 - Kampung Pulau Pisang
Kampung Pulau Pisang MAHA 2018


Di MAHA 2018 anda berpeluang merasai pengalaman Agro Perlancongan terbaik di Kampung Pulau Pisang yang diadakan di DEWAN A. Untuk pengetahuan Kampung Pulau Pisang di MAHA 2018  di inspirasikan dari Homestay Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Kampung Pulau Pisang  Pekan Tunjang, Jitra , Kedah.




Kampung Pulau Pisang MAHA 2018

Istimewa buat warga kota,  anda boleh mengambil peluang ini untuk merasa sendiri pengalaman di Kampung Pisang ini untuk rasai suasana perkampungan utara Malaysia yang indah dan mendamaikan.




Kampung Pulau Pisang MAHA 2018

Cik iena sendiri berpeluang merasai pengalaman yang cukup menarik ini. Terasa seperti di sebuah perkampungan yang mana terdapat sawah padi ,binatang ternakan  , warong-warong makanan serta rumah kayu tersergam indah dan terdapat juga produk health and beauty dan aktiviti-aktiviti menarik yang lain.

Kampung Pulau Pisang MAHA 2018

Antara yang menarik di Kampung Pulau Pisang adalah

Wakaf MahsuriGelanggang Pantai MerdekaWarong Ulu SedakaCharuk PelandukPelantang Gunung Keriang


Wakaf Mahsuri  (Health And Beauty)
Wakaf Mahsuri Kampung Pulau Pisang MAHA 2018


Di wakaf mahsuri anda boleh alami kelembutan urutan wajah dan bahu sebagai terapi minda di sudut ruangan Wakaf Mahsuri. Di sini juga anda boleh dapatkan khazanah alam yang merungkai keistimewaan kecantikan daripada beras, madu, herba dan Jewel Of Borneo.

Wakaf Mahsuri Kampung Pulau Pisang MAHA 2018

Wakaf Mahsuri Kampung Pulau Pisang MAHA 2018
 

Gelanggang Pantai Merdeka (Hobby And Recreation)Gelanggang Pantai Merdeka Kampung Pisang  MAHA 2018

Terokai dan imbau permainan zaman silam seperti congkak, dam aji gergasi dan getah atas para  di Gelanggang Pantai Merdeka serta rasai keseronokan bersama haiwan peliharaan di Farm in The City.


Gelanggang Pantai Merdeka Kampung Pisang  MAHA 2018


Warong Ulu Sedaka (Lepak Santai)
Di Warung Ulu Sedaka anda boleh nikmati  menu tradisi yang lazat. Anda boleh makan hidangan yang lazat sambil  menikmati suasana kampung yang cukup indah disini . Ntara menu yang di hidangkan adalah menu masakan utara seperti  ubi kayu rebus,peknga, pulut pekasam dan nira nipah.

Warong ulu Sedaka Kampung Pisang  MAHA 2018
Warong ulu Sedaka Kampung Pisang  MAHA 2018
Warong ulu Sedaka Kampung Pisang  MAHA 2018
Warong ulu Sedaka Kampung Pisang  MAHA 2018


Charuk Pelanduk (Agro Art And DIY)
Apa yang menarik lagi disini adalah anda boleh berkongsi keriangan bersama keluarga dengan menyertai aktiviti DO IT YOUR SELF yang disediakan. Disini anda berpeluang menyaksikan demonstrasi penghasilan kertas daripada serat nenas dan jerami padi yang dihasilkan oleh usahawan di Agro Art & DIY. Dan banyak lagi demonstrasi lain untuk anda lihat. Segmen mewarna seramik dan batik pastinya mengujakan. Melalui aktiviti ini, para pengunjung berpeluang mencuba sendiri cara pembuatan kraftangan

Charuk Pelanduk Kampung Pisang  MAHA 2018


Pelantang Gunung Keriang (Agro Culture)

Disini anda boleh menghayati seni persembahan tradisional warisan asli kebudayaan masyarakat Malaysia. Antara persembahan yang boleh disaksikan adalah gendang silat, persembahan kebudayaan orang asli,  zapin, persembahan tradisional suku kaum sarawak, persembahan kumpulan muzik tradisional, persembahan band Bamboo Art Sound dan persembahan tarian kebudayaan ASWARA.

Pelantang Gunung Keriang Kampung Pisang  MAHA 2018
Pelantang Gunung Keriang Kampung Pisang  MAHA 2018




Setelah selesai menikmati keindahan dan kepelbagaian aktiviti di Kampung Pisang , seterusnya Cik iena mengunjungi Laman Padi Maha 2018.


Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018




Mengunjungi Sawah padi yang terbentang menghijau, patung orang-orang yang ‘menakutkan’  merupakan pengalaman yang sangat sukar Cik iena lupakan. Cik iena sememangnya sangat menyukai Sawah walaupun tidak pernah ke Sawah Pengalaman ini membuatkan ianya melengkapi keinginan Cik iena untuk ke Sawah.




Laman Padi Maha 2018


PAdi yang menghijau di Laman Padi Maha 2018


Laman Padi Maha 2018

Melihat sawah yang menghijau sememangnya menenangkan jiwa dan mendamaikan jiwa. Bukan sawah yang menghijau juga daopat kita lihat. Terdapat juga sawah yang telah di bajak serta ianya juga diceriakan dengan aktiviti-aktiviti sukar di sawah seperti sukan bola sepak bendang.


Laman Padi Maha 2018

Terdapat juga sebuah muzium yang lengkap menceritakan pelbagai keunikan mengenai industri beras negara yang mana ianya sememangnya menjadi tarikan pengunjung ke Laman Padi ini. Disini anda boleh pelajari bagaimana beras di proses. Teknik-teknik serta peralatan yang digunakan dan hasil-hasil yang diperolehi.


Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018

Terdapat juga demostrasi penghasilan beras dan juga  pameran mengenai jenis-jenis beras dan anda juga boleh merasai beras  dipamerkan . Tidak lupa juga bubur lambuk percuma yang disediakan setiap hari . Setiap hari mereka akan menggunakan beras yang berbeza untuk menghasilkan bubur lambuk. Cik iena sendiri telah rasa keenakan bubur lambuk yang mereka masak tersebut.


Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018



Laman Padi Maha 2018
Selain daripada itu terdapat juga demostrasi masakan  seperti Demostrasi Membuat Laksam dan nasi Tumpang, Demostrasi masakan berasaskan beras Faiza, Demonstrasi Lemang Perak beserta Rendang Bota dan banyak lagi.


Laman Padi Maha 2018





Disni juga terdapat bilik pameran untuk Simulasi Drone di Laman Padi . Cik iena berpeluang melihat sendiri penguunaan Drone dalam penanaman padi. Dron digunakan untuk meracun serangga di sawah . Kerja ini lebih mudah dan senang jika dibandingkan dengan tenaga manusia untuk menyembur racun. Penggunaan Drone ini sememangnya sangat membantu dalm industri ini.


Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018





Antara aktiviti yang sukar Cik iena lupakan di Laman Padi adalah Cik iena berpeluang menaiki Kerbau. Susah nak Cerita . Lihat gambar di bawah . ini merupakan aktiviti yang sangat Cik iena suka. Teruja sangat dapat rasa pengalaman ni :)


Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018

Laman Padi Maha 2018


Di Laman Padi Cik iena juga berpeluang mempelajari dan membuat salah satu daripada proses pembuatan bedak sejuk. Ia merupakan pengalaman yang sukar di dapati. Bedak sejuk juga sekarang kurang mendapat perhatian. Dengan adanya pameran seperti ini diharap sedikit sebanyak dapat memperkenalkan dan mengekalkan pengeluaran Bedak Sejuk Di Malaysia diamana suatu ketika dulu ianya merupakan salah satu produk penjagaan kecantikan wajah kaun wanita.






Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018


  Selepas mengunjungi Laman Padi MAHA 2018, cik iena ke Agro Trade untuk melihat usahawan-usahawan kita menjual produk keluaran lereka terutama usahawan-usahawan di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda - MADA.







Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Berikut merupakan Booth-booth usahawan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda - MADA yang Cik iena kunjungi..


Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA

Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA

Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA


TOBIAR GOLD BES MANGGA


TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018
TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018
TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018
TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018
TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018
TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018




Kadar Parking MAHA 2018
Untuk pengetahuan semua kadar parking yang dikenakan adalah RM5 untuk sekali masuk. Anda perlu menggunakan kad touch and go untuk pembayaran parking.  Tidak kira anda parking dekat atau jauh anda tetap perlu membayar RM5 ketika anda keluar daripada MAHA 2018.

Dinasihatkan untuk datang seawal yang mungkin . Anda perlu tiba seawal jam 9 pagi disana bagi mengelakkan kesesakan ketika memasuki MAEPS Serdang.





Mengenai Lembaga Kemajuan Pertanian Muda - MADA
MADA atau Lembaga Kemajuan Pertanian Muda telah ditubuhkan pada 30 Jun 1970 di bawah satu Dekri Darurat dengan nama asalnya ialah Pehak Berkuasa Kemajuan Pertanian Muda. Ianya kemudian telah ditukarkan kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Akta 70, Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, 1972.

Tugas-Tugas MADA
Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Muda. Selain itu MADA juga berfungsi untuk Merancang dan mengusahakan dalam Kawasan Muda apa-apa kemajuan pertanian mengikut sebagaimana yang diperuntukkan kepadanya oleh pihak berkuasa negeri bagi negeri Kedah dan negeri Perlis.

Matlamat MADA
MADA juga telah menetapkan 2 matlamat utama iaitu memajukan kesejahteraan hidup sebilangan besar penduduk desa dan melebihkan hasil untuk keperluan Negara.

Fungsi-Fungsi MADA Bagi memastikan matlamat yang ditetapkan dapat dicapai dengan jayanya, MADA telah menetapkan fungsi-fungsi utama yang harus dilaksanakan dengan efisien dan efektif iaitu:

 Menyediakan perkhidmatan pertanian dan infrastuktur pengairan bagi memenuhi keperluan beras Negara.  Menguruskan sumber air secara cekap dan berkesan. Meningkatkan pendapatan peladang melalui aktiviti bukan padi. Memajukan industri asas tani dan mewujudkan usahawan yang bertaraf komersil. Membentuk dan membangunkan institusi peladang. Mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat peladang.
Website MADA : http://www.mada.gov.my


Selaras dengan matlamat dan tugas serta fungi MADA. MADA bersama agensi lain telah menyertai MAHA bagi mengetengahkan dan memajukan lagi Industri Pertanian Malaysia . Maka dengan itu marilah kita bersama-sama menyokong dengan mengunjungi Kluster Agro Pelancongan MADA di MAHA 2018 pada tahun ini.







Bersama-sama kita menyumbang kepada industri Pertanian Malaysia dan meningkatkan taraf hidup usahawan pertanian Malaysia dengan membantu mereka membeli produk-produk keluaran mereka di MAHA dan juga di pasaran luar.

JOM KUNJUNGI MAHA 2018.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ienaeliena.com/2018/11/lokasi-menarik-maha-2018.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maha 2018 Tarikan Kampung Pulau Pisang Oleh Mada

Maha 2018 Tarikan Kampung Pulau Pisang Oleh Mada

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 401 hits
MAHA 2018 TARIKAN KAMPUNG PULAU PISANG OLEH MADA Assalamualaikum semua MAHA 2018 tiba lagi Macam tak percaya rupanya dah 2 tahun berlalu Rasanya macam baru je lagi pergi ke MAHA tapi tu tahun 2016 yang lalu Cepat kan masa berlalu Tapi tak k...
Apa Yang Menarik Di Maha 2018 Maeps Serdang

Apa Yang Menarik Di Maha 2018 Maeps Serdang

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 1222 hits
Apa Yang Menarik di MAHA 2018 Maeps Serdang Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Siapa yang dah pergi MAHA 2018 di Maeps Serdang Kita tak geng Hahhaha Saya memang confirm confirm lah tak berkesempatan nak pergi sebab jauh but pada se...
Lawatan Sehari Ke Putrajaya Bersama Kafa Alansar Nasyrul Quran Lokasi Menarik Yang Mesti Dikunjungi

Lawatan Sehari Ke Putrajaya Bersama Kafa Alansar Nasyrul Quran Lokasi Menarik Yang Mesti Dikunjungi

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 675 hits
Nasyrul Quran terletak di Presint 14 Putrajaya merupakan kompleks serta pusat pencetakan AlQuran bersepadu utama di rantau Asia Tenggara serta pusat pengeluaran al Quran kedua terbesar di dunia selepas Pusat Percetakan Al Quran Raja Fahd di...
Maha 2018 Teroka Industri Kekayaan Baru

Maha 2018 Teroka Industri Kekayaan Baru

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 310 hits
Oleh Saadah Latib KUALA LUMPUR Kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menjalankan Program Sumber Kekayaan Baru yang bertujuan membantu masyarakat terutama petani serta penternak dalam menjana pendapatan Menurut...
Maha 2018 Jangan Lupa Datang

Maha 2018 Jangan Lupa Datang

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 627 hits
MAHA singkatan bagi Malaysia Agriculture Horticulture Agrotourism Show Ianya dibuat hampir setiap tahun dan bertempat di MAEPS Serdang akan berlangsung selama 11 hari mulai 22 November 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di sini mensasar...
Mada Di Kluster Agro Pelancongan Maha 2018

Mada Di Kluster Agro Pelancongan Maha 2018

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 456 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai MADA di Kluster...
Maha 2018 45 Spesies Ikan Tarikan Utama Myse

Maha 2018 45 Spesies Ikan Tarikan Utama Myse

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 300 hits
Oleh Saadah Latib SERDANG Orang ramai berpeluang untuk melihat sendiri 45 spesies ikan yang jarang ditemui pada pameran Malaysia Seafood Exposition 2018 yang dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Menurut Ketua Pengarah LKIM Jamal...
Produk Agrobazaar Di Maha 2018 Kini Boleh Di Dapati Secara Online Murah Plak Tuh

Produk Agrobazaar Di Maha 2018 Kini Boleh Di Dapati Secara Online Murah Plak Tuh

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 806 hits
Hi Korang Kemain rancak betul jualan mega produk Agrobazaar di MAHA 2018 ni ek Eh iye wei sebab hari tuh kak lily singgah ke area AgroBazaar di Hall C MAHA2018 ni ya ampun nak lalu tengok tengok barang pun tak dapattau huahauhauhau ramai na...
Maha 2018 Sasar 3 5 Juta Pengunjung

Maha 2018 Sasar 3 5 Juta Pengunjung

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 335 hits
Oleh Saadah Latib KUALA LUMPUR Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa 2018 sedang berlangsung yang bermula pada 22 November sehingga 2 December ini Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan seramai le...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik