Lama Pujuk Baru Dapat Resipi Legend Ni Resipi Pes Ikan Bakar Cecah 14k Perkongsian


Bukan mudah nak hasilkan resipi pes ikan bakar yang betul-betul sedap. Kadang-kadang beli pes segera ada juga yang tak kena dengan tekak sendiri kan? Kalau nak buat pes ikan bakar yang betul-betul sedap boleh ikuti resipi yang dikongsi ini.

Akhirnya Makcik saya dedahkan jugak rahsia resepi pes ikan bakar yang pernah capai perkongsian 14,000 di laman sosial 5 tahun lepas.
Awalnya dia taknak bagitahu jugak rahsia ni sebab banyak sangat kedai dan restoran curi resepi dia. Lepas saya paksa-paksa selama sebulan, baru dia bagitahu. Mungkin bila dah meningkat usia, dia rasa patut dedahkan jugak resepi ni.

Ilmu bermanfaat boleh masuk kubur katanya. Jadi kita kongsi sama2 ye. Jangan makan sorang tau.
Sape kat sini nak sangat makan ikan bakar berempah tapi taknak keluar modal besar? Kalau makan kat kedai paling kurang kena belanja Rm300-Rm400 untuk satu family. Sekarang boleh buat sendiri je kat rumah.
Resepi yang saya bakal tulis ni untuk sekor ikan merah atau kerapu 1-1.5kg je tau. Kurang atau lebih puan boleh set sendiri lepas ni.
RESIPI PES IKAN BAKAR

Bahan kisar:
3 inci halia
3 inci lengkuas
12 biji bawang merah
1 setengah bawang holland
4 batang serai besar
2 sudu kecil udang kering
3 biji cili merah besar
4 helai daun limau purut
6-10 cili kering
Kisar semua bahan kat atas. Pastikan betul-betul lumat ye. Kalau tak rasa dia kurang ‘umphh’ orang kata.
Bahan tambahan:
5 sudu cili kisar
2 keping asam keping
1 sudu kecil gula melaka
Gula putih
Garam
Penambah perisa (Knorr)
Sedikit minyak
Cara penyediaan pes:
Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar tadi sampai naik aroma yang wangi. Pastikan warna tu dah jadi sedikit kekuningan.
Then masukkan asam keping dan cili kisar dalam tu. Gunakan api sederhana je untuk beberapa minit, tumis sampai pecah minyak.
Kemudian, masukkan gula melaka dan serbuk perasa. Tunggu sehingga pecah minyak sekali lagi, akhirnya pes sudah siap. 🤗
Kemudian makcik saya ajar cara betol bakar ikan menggunakan pes yang kita buat tadi:
Siang ikan dan basuh betul-betul. Musim corona ni, utamakan kebersihan ye. Tapi jangan pulak basuh dengan sabun. Gosok je banyak kali dengan air bersih.
Sediakan daun pisang besar-besar. Takut ada pes yang mengalir keluar lepas bakar. Letak ikan atas daun pisang dan lumurkan pes tadi atas ikan. Kalau boleh lumur dalam perut sekali sampai rata. Bagi rasa pes tu masuk dalam isi ikan sekali.
Bakar atas kuali atau pemanggang dalam 30 minit. Sambilsambil tu cuba la selak sikit takut terlebih masak. Isi ikan dah bertukar warna putih, yeayy sekarang semua dah siap dan hidang. Alhamdulillah nikmatilah keenakan ikan bakar berempah dengan keluarga tercinta tanpa ragu-ragu ye.

Puan-puan boleh cuba ye. Nanti saya akan share lagi resepi lain yang boleh memikat selera puan puan semua. 🥰
Kredit: Siti Aisyah Husin(MAHN)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Lama Pujuk Baru Dapat Resipi Legend Ni” Resipi Pes Ikan Bakar Cecah 14K Perkongsian appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lama-pujuk-baru-dapat-resipi-legend-ni-resipi-pes-ikan-bakar-cecah-14k-perkongsian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Ikan Pari Bakar Bungkus Daun Pisang Sedap Macam Restoran

Resipi Ikan Pari Bakar Bungkus Daun Pisang Sedap Macam Restoran

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 328 hits
Sedapnya kalau tengahari ni dapat makan ikan pari bakar dan ulam ulaman Bagi anda yang rasa nak masak ikan bakar ha ni ada resipi yang sedap dan mudah disediakan Sangat sesuai dinikmati sebagai sajian makan hari ni bersama keluarga Lebih mu...
Resepi Pes Ikan Bakar Yang Dishare Beribu Kali Oleh Pengguna Media Sosial

Resepi Pes Ikan Bakar Yang Dishare Beribu Kali Oleh Pengguna Media Sosial

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 502 hits
Akhirnya Makcik saya dedahkan jugak rahsia resepi pes ikan bakar yang pernah capai perkongsian 14 000 di laman sosial 5 tahun lepas Awalnya dia taknak bagitahu jugak rahsia ni sebab banyak sangat kedai dan restoran curi resepi dia Lepas say...
Gulai Taucu Ikan Bilis Resipi Orang Lama Lemak Masin Cukup Rasa

Gulai Taucu Ikan Bilis Resipi Orang Lama Lemak Masin Cukup Rasa

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 269 hits
Resipi lama yang dikongsi oleh Kak Yan ni memang jarang dimasak Bagi mengembalikan nostalgia lama di kampung halamannya ia dimasak mengikut cara orang lama Gulai taucu ini enak dimakan dengan pulut putih dan menjadi sarapan yang disukai di ...
Resipi Pancake Susu Tanpa Telur Untuk Anak Baru Belajar Makan Comelnya Saiz

Resipi Pancake Susu Tanpa Telur Untuk Anak Baru Belajar Makan Comelnya Saiz

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 365 hits
Pancake antara makan mudah sedia yang sesuai kita sediakan untuk anak yang baru belajar makan Buatkanlah saiz kecil dan comel seperti yang disediakan oleh Paling penting saiznya kena comel sesuai untuk anak pegang Nak lebih khasiat lagi tam...
Keh Keh Fitnah Dan Pas Ni Lama Dah Pimpinan Kena Saman Baru Ada Akai Banyak Juga La Rm200k Yeeehaaaa

Keh Keh Fitnah Dan Pas Ni Lama Dah Pimpinan Kena Saman Baru Ada Akai Banyak Juga La Rm200k Yeeehaaaa

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 144 hits
Tuduh Amanah dapat dana DAP Pemimpin Pas kalah saman RM200 ribu terhadap HusamSeptember 9 2021Anggota Dewan Negara Senator Husam Musa berjaya mendapat bayaran ganti rugi setimpal atas dakwaan palsu menerima dana daripada tauke judi DAP yang...
Resipi Pizza Roti Tanpa Bakar Pakai Kuali Biasa Pun Boleh Senang Sangat

Resipi Pizza Roti Tanpa Bakar Pakai Kuali Biasa Pun Boleh Senang Sangat

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 251 hits
Sebut saja pizza anak anak mula tak senang duduk Lagi lagi terbayangkan taburan keju sarat di atas pizza Melompat anak anak suka Tak perlukan oven atau ketuhar masak pizza dengan roti menggunakan kuali pun ternyata lebih mudah dan menyenang...
Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 559 hits
Sesiapa yang gemar makan apam balik tu sekarang dah boleh buat sendiri Lagi rangup dan lagi sedap Yang penting boleh letak banyak jagung dan apa apa bahan yang kita suka Ayak tepung bersama baking powder soda bikarbonat dan garam 2 Pukul te...
Resipi Puding Karemel Gula Hangus Elak Pukul Adunan Lama Takut Berongga Sedapnya

Resipi Puding Karemel Gula Hangus Elak Pukul Adunan Lama Takut Berongga Sedapnya

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 296 hits
Puding yang satu ini seakan berhantu Sekali rasa tak cukup sepotong pasti mahu sepotong lagi Lagi sedap dimakan waktu sejuk Memang terbaik Malah nak membuatnya cukuplah mudah Hanya satukan semua bahan bersama gula hangus dan kukus Semudah A...
Resipi Ikan Siakap Stim Limau Tanpa Sos Ikan Cara Shikin Razali

Resipi Ikan Siakap Stim Limau Tanpa Sos Ikan Cara Shikin Razali

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 409 hits
Assalamualaikum wbt Alhamdulillah duit daripada BKC dah masuk dalam akaun so dengan duit tue dapatlah saya membeli sedikit barang barang basah Antaranya ikan siakap Lepas tue tekak nie teringin nak makan secara kukus Akhirnya terhasillah ik...
Rasa Masakan Korea Soondubu Jigae Beef Di Dubuyo

China S President To Host Official Dinner For Anwar

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

Kips Bay Decorator Show House Dallas 2024 An Exquisite Showcase Of Design

India Secebis Kenangan Di India Random Photos

Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Konsep Wadiah Pengertian Hukum Dan Rukun Dalam Perspektif Syariah

Sayonara Iza Arina

Build A Strong Team For A Startups

Simple Menu Untuk Dinner

Lirik Lagu Pendam Rasa Evanatie

Kolaborasi Skin Hero Mobile Legend X Naruto Spipudden