Bermain lego mampu latih jari-jemari (pincher grips) serta otot kat sekitar tapak tangan. Boleh bina kapal terbang, robot, kenderaan atau apa saja.
Koyakkan kertas. Nampak mudah. Tapi ianya memberikan impak yang besar. Eh anak saya boleh koyakkan buku slumber aje tau. Ouh itu lain sikit puan. Koyakkan kertas ni tumpu otot sekitar jari. Tak percaya? Cuba buat aktiviti ni.
Gunting. Ada yang panik ke. Chill mak. Buat bawah pengawasan kita. Lagi awal kita dedahkan. Lagi awal kita ajar gunakan alat dengan betul. Lagi awal anak belajar bab ‘safety’ Jangan jadi macam mak Ostad. Anaknya gunting merata-rata. Eh siapa tu. Entahlah
Bermain lego juga latih tiga jari utama, telapak tangan serta kognitif skills.
Ni pincher serum mak dia. Dari tersadai baik bagi anak guna.
Melakar, menconteng, melukis di atas belon. Koordinasi anak mata dan tangan turut terlatih. Penggunaan tangan kiri dan kanan sekali gus serta daya keseimbangan badan
Ni kakMai guna ‘double-tape’. Sesuai untuk huruf yang tegak-tegak macam i, k, l, t, v, w, x, z (huruf kecil) Tampal tape. Kemudian tabur pasir. Nak guna glitter atau gold dusk pun boleh saja. Pastu muka masing-masing bak bintang berkilau-kilau. Dah siap. Minta anak sentuh huruf. Lakar huruf guna jari. Aktiviti ni mampu ransang deria anak-anak.
Ni contoh lain. Ni kakMai buat masa kerja dulu. Boleh guna felt, span, kertas bertexture, aluminium foil dan macam-macam lagi. Olah-olah saja. Cey macam senang bebenor gayanya.
Melakar diatas polistren. Latih daya fokus dan anak belajar kawal tenaga yang hendak digunakan.
Tulis kat atas colouring salt. Ni link untuk resepinya https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10209399196657370&id=1848076553
Bentukkan play-doh jadi huruf ibu ayah boleh buat bersama. Lepas itu minta anak tulis kat atas play-doh. Sekali lagi anak belajar kawal tenaga dan latih daya keseimbangan badan
Umairah Jamaah Yesterday · Edited · Tulis di atas permukaan play-doh. Ibu ayah boleh tulia dulu. Kemudian anak follow. Boleh juga kita tunjuk kad imbas. Lepas tu anak follow. Pelbagaikan aktivitinya. Nak anak kreatif. Ibu ayah kena latih diri dulu. Tiada manusia yang tidak kreatif.
KakMai panggil wangi beg sebab wangi sangat. Tapi nama omputeh dia sensorial bag
Gaya menulis / melakar begini mampu kuatkan otot bahu kanak-kanak. Boleh juga nak menulis kat dalam kotak. Eh dah habislah. Macam mana best tak idea-idea ni. Kita pelbagaikan cara untuk ajar anak menulis. Sebab mereka itu insan yang bijak dan kreatif. Suka kepelbagaian
Kalau suka jemput share. Supaya lebih ramai ibu ayah yang tahu. Supaya terdidik lebih ramai ummah yang berkualiti.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |