Laksana Tanggungjawab Sosial



Tanggungjawab sosial perlu dilakukan semua pihak. Ia bukan sekadar dilakukan organisasi atau kerajaan semata-mata. Setiap orang mempunyai peranan berdasarkan kepada 'kuasa' dan 'keupayaan' yang dimiliki. Perbincangan seterusnya mengemukakan contoh yang dapat dimainkan oleh individu atau organisasi dalam membentuk model tanggungjawab sosial.


Pelajar.  Golongan pelajar merupakan bakal pewaris kepimpinan negara. Mereka mempunyai peranan besar untuk mencorak apa yang akan terjadi kepada negara. Justeru, golongan pelajar perlu didedahkan dengan nilai-nilai murni yang membentuk jati diri mereka. Jika golongan ini tidak dididik dengan nilai-nilai murni, apabila dewasa nanti sukar lagi untuk melakukannya. 


Sesebuah negara akan hancur jika moral rakyatnya hancur dan dikuasai nilai-nilai negatif. Banyak negara maju kini diambang kehancuran disebabkan gagal mengawal moral rakyatnya. 


Maka, usaha membendung salahlaku di kalangan generasi muda di negara kita dipergiatkan. Ia dilakukan dengan cara penguatkuasaan seperti membenteras lumba haram, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.


Justeru, didikan moral dan nilai murni kepada golongan pelajar menjadi modal insan yang membawa kejayaan dan kecemerlangan negara pada masa depan dijadikan agenda utama negara. 


Maka, tepat sekali apabila kerajaan memberi penumpuan untuk membina modal insan kelas pertama terhadap golongan pelajar dan belia dengan mewujudkan peluang pendidikan serta menganjurkan program-program bermanfaat kepada pelajar.

           

Pemegang saham -  Individu yang memiliki saham atau modal dalam sesebuah syarikat dinamakan pemegang saham. Pemegang saham mempunyai peranan besar dalam menentukan hala tuju syarikat atau organisai. 


Sememangnya pemegang saham mengharapkan untuk melalui pelaburan yang dibuat. Namun, perlu diingatkan keuntungan semata-mata tidak membawa kebaikan. Masih terdapat perkara lain yang perlu difikirkan bersama, terutama dalam melaksankan tanggungjawab sosial. 


Di negara kita, syarikat besar memainkan peranan penting dalam perlaksanaan tanggungjawab sosial. Syarikat menyediakan dana untuk membina negara bangsa yang berjaya seperti menubuhkan yayasan membantu pelajar, kempen kesedaran, menyediakan perkhidmatan percuma dan sebagainya.


Keputusan syarikat melakukan perkara itu adalah bergantung kepada apa yang dipersetujui atau dikehendaki oleh pemegang saham. Justeru, pemegang saham bukan sahaja mengharapkan keuntungan, bahkan juga menyumbang dan berkongsi keuntungan dengan masyarakat keseluruhannya.


Pekerja - Golongan pekerja adalah tulang belakang kepada aktiviti ekonomi dan perkhidmatan. Tanpa golongan pekerja, aktiviti yang berkaitan akan terhenti. Perhatikan bagaimana kesan apabila kesatuan sekerja melakukan mogok tidak bekerja, contohnya pemandu bas. 


Bayangkan bagaimana pengguna bas akan menghadapi kesukaran amat sangat. Ia boleh mendatangkan kerugian yang besar kepada negara. Itu baru satu kesatuan sekerja. Apa akan jadi jika semua pekerja mogok secara serentak?


Pekerja yang baik tidak hanya mengharapkan gaji semata-mata. Mereka pentingkan kualiti tugas yang dilakukan. Sebab itu, pekerja dedikasi akan sentiasa memikirkan untuk melakukan yang terbaik. Ini khususnya jika bidang tugas mereka mempunyai hubung kait secara langsung dengan masyarakat seperti khidmat di kaunter, guru, doktor dan sebagainya.


Justeru, masa kerja digunakan sepenuhnya untuk berkhidmat. Mereka tidak mengamalkan curi tulang atau kerja sambil lewa. Kepuasan pelanggan adalah kepuasan mereka juga.


Paling penting, mereka menjauhi daripada amalan rasuah. Rasuah menghancurkan negara. Negara kaya boleh jatuh miskin jika amalan rasuah berleluasa.


Pengguna -  Adalah merujuk kepada mereka yang menggunakan sesuatu barangan atau perkhidmatan yang disediakan syarikat, organisasi mahupun kerajaan. Biarpun dianggap sebagai pengguna, mereka juga mempunyai peranan penting dalam membentuk model tanggungjawab sosial.


Masalah kenaikan harga barangan sering berlaku di negara kita. Perkara ini disebabkan permintaan melebihi penawaran. Ia kerap berlaku pada musim perayaan. 


Peranan boleh dilakukan oleh pengguna ialah bijak membuat pembelian. Jika harga barang meningkat, mereka patut menghentikan pembelian dan beralih kepada barangan gantian lain. Apabila kurang permintaan, harga biasanya akan turun. 


Sikap pengguna yang masih membeli biarpun harga barangan tertentu meningkat menyebabkan kadar inflasi semakin tinggi. Keadaan ini memberi kesan buruk kepada ekonomi negara. 


Jadi, pengguna perlu bijak berbelanja dan mengelak kesan buruk kepada kewangan sendiri dan masyarakat keseluruhannya. 


Soal jimat berbelanja amat ditekan dalam Islam. Islam mengutamakan kesederhanaan dan mengelak perkara mendatangkan keburukan. Sikap boros adalah kawan syaitan.


Penghutang - Golongan penghutang juga ada peranan dalam tanggungjawab sosial.  Hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut. Sikap berhutang tanpa mengambil kira keupayaan membayar menyebabkan kesan sosial yang teruk. Kes along dan bankrap selalu membelanggu mereka yang gagal membayar hutang. 


Kegagalan membayar hutang boleh menyebabkan hubungan kurang elok di antara penghutang dan pemiutang. Ada putus saudar disebabkan hutang. 


Bagi peminjan institusi seperti Program Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), pinjaman perlu dijelaskan kerana ia melibatkan kepentingan ramai. Wang yang dibayar itu boleh digunakan untuk pelajar lain pula. Mereka yang telah berjaya perlu bersyukur bahawa dengan pinjaman itu membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke tahap tertinggi. Jika, pinjaman itu tidak dijelaskan, ia menghalang pelajar lain untuk membuat pinjaman. Fikirkan, jika yang gagal mendapat pinjaman itu adalah kita sendiri.

                                          

Sesungguhnya Allah tidak menerima pahala orang yang meninggal dunia yang tidak menjelaskan hutang dengan sengaja. Roh orang tidak membayar hutang tergantung di antara langit dan bumi. Sebab itu, harta mereka yang meninggal dunia lebih berhak untuk dibayar hutang yang belum dilunaskan, berbanding diserahkan kepada waris mereka. 


Peniaga -  Perniagaan merupakan aktiviti terawal manusia. Aktiviti perniagaan membentuk hubungan paling penting sesama manusia. Tidak ada hari tanpa wujud perniagaan. Perniagaan wujud sejak manusia hidup secara bermasyarakat. Ini kerana keperluan manusia berbeza-beza atau banyak, sedangkan kemampuan menghasil sendiri amat terhad. Petani menghasilkan hasil pertanian memerlukan ikan yang ditangkap oleh nelayan, sedangkan nelayan pula ingin hasil pertanian. Maka, mereka boleh melakukan pertukaran barang.


Apabila wujud sistem matawang, maka pertukaran itu dilakukan menggunakan matawang. Ia memudahkan urusan jual beli dan mempelbagaikan hasil barang yang boleh diniagakan.


Memandangkan betapa penting aktiviti perniagaan, maka terdapat lebih 500 buah hadis daripada Rasulullah SAW membincangkan atau memperkatakan mengenai perniagaan. Dalam al-Quran juga tidak terkucali menyebut mengenai perniagaan agar ia berlaku secara adil dan mengelak berlaku penindasan.


Sebab itu, peniaga mempunyai tanggungjawab sosial amat penting untuk membentuk masyarakat yang harmoni dan mendapat apa yang diperlukan. Sikap peniaga yang hanya mementingkan keuntungan akan menyebabkan masyarakat hidup dalam gawat. Keperluan tidak dapat diperoleh sepenuhnya apabila peniaga melakukan sorok barang bertujuan untuk manipulasi harga. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/03/vgj.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salahgunakan Visa Sosial 16 Wn Malaysia Ditahan Di Palembang

Salahgunakan Visa Sosial 16 Wn Malaysia Ditahan Di Palembang

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 280 hits
Kementerian Luar Negeri Malaysia menyiarkan penahanan 16 orang warga Malaysia di Palembang Sumatera Selatan oleh pihak berwenang di Tanah Air Kementerian Luar Negeri menyatakan mereka ditangkap atas dakwaan penyalahgunaan visa sosial ke Rep...
Luahan Hati Dsnr Mengenai Tuduhan Netizen Di Media Sosial

Luahan Hati Dsnr Mengenai Tuduhan Netizen Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 436 hits
Saya masih membaca komen terutama dari penyokong penyokong DAP yang berterusan menuduh saya telah menjahanamkan ekonomi negara Sebenarnya persepsi mereka begitu kerana telah terlalu lama terpengaruh dengan propaganda DAP dan mereka tidak pe...
Pendedahaneksklusif 10 Gambar Seniman Negara Yang Belum Pernah Didedahkan Di Media Sosial

Pendedahaneksklusif 10 Gambar Seniman Negara Yang Belum Pernah Didedahkan Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 451 hits
Sudirman Hj Arshad adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia nyanyian dan hiburan Malaysia PendedahanEksklusif 10 Gambar Seniman Negara Yang belum pernah didedahkan di media sosial
Suami Isteri Perlu Jaga Aib Jangan Dedahkan Di Media Sosial Pesan Da I Wan

Suami Isteri Perlu Jaga Aib Jangan Dedahkan Di Media Sosial Pesan Da I Wan

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 426 hits
Suami Isteri Perlu Jaga Aib Jangan Dedahkan di Media Sosial Pesan Da i Wan Penceramah bebas Da i Wan menasihatkan agar pasangan suami isteri perlu jaga aib dalam rumah tangga masing masing Da i Wan atau nama sebenarnya Wan Dazrin Wan Din in...
Kerja Sebagai Pengurus Akaun Media Sosial

Kerja Sebagai Pengurus Akaun Media Sosial

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 489 hits
Saya sebenarnya sedang membaca iklan kerja kosong di dan saya tertarik dengan iklan kerja sebagai pengurus akaun media sosial Ini iklan yang saya maksudkan Gaji yang ditawarkan untuk jawatan ini juga bukannya biasa biasa Bermula dari RM2 50...
Mangsa Kecam Di Media Sosial

Mangsa Kecam Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 381 hits
Amalan kecam mengecam di media sosial bertali arus melibatkan semua peringkat kedudukan dan profesion Ahli politik artis selabriti sehinggalah penjual di kaki lima tidak terlepas menjadi mangsa kecaman di media sosial Budaya kena kecam atau...
Gunakan Media Sosial Di Alam Siber Demi Islam

Gunakan Media Sosial Di Alam Siber Demi Islam

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 382 hits
Di saat susuk tubuh ini di fitnah segenap penjuru Beliau terus berjuang tanpa henti memikirkan masa hadapan Islam di Malaysia
Hadapi Revolusi Industri 4 0 Pengusaha Pekerja Harus Perkuat Dialog Sosial

Hadapi Revolusi Industri 4 0 Pengusaha Pekerja Harus Perkuat Dialog Sosial

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 260 hits
Menteri Ketenagakerjaan M Hanif Dhakiri meminta pengusaha dan serikat pekerja serikat buruh agar memperkuat dialog sosial di perusahaan
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman

Pelajar Umpsa Berdepan Detik Cemas Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Lpt