Laksa Penang
Assalamualaikum WBT
DUA minggu lepas tak silap, Cik Ani masak Laksa Penang, Sk tak ada masa tu, jadi, minta simpankan kuahnya. Hari Jumaat baru teringat nak ambil kuah laksa, haha... Tak ingat laaa suruh Cik Ani simpan.
Sebelum hantar Iman balik kolej semalam, singgah Aeon Taman U, beli jajan dia dan bahan ulam laksa sekali. Cuma beli salad, nenas dan timun serta telur yang memang dah kehabisan stok. Cili, limau, bawang, otak udang, benda dah ada.
Cik Ani bagi mee laksa sekali. Ni jenis laksa basah, Sk cuma celur beberapa minit dalam air panas untuk bagi dia lembut sedikit.
Kemahen banyak kuah laksa Cik Ani bagi, Sk panaskan separuh aje dulu. Lagi separuh kita frozenkan la, bila Pak Inche nak makan lagi nanti, boleh panaskan. Cik Ani memang selalu masak Laksam dan Laksa Terengganu, jadi nak buat kuah Laksa Penang ni, kacang aje la kot. Ni dia guna ikan selayang dan mackerel. Sedaplah kuah laksa Cik Ani, menepati selera Pak Inche yang cerewet. Amboi, mesti kembang bontot hidung Cik Ani baca.
Siap dah hidang atas meja. Pak Inche makan Laksa Penang mesti nak ada Otak Udang atau Petis. Cara makan orang Penang katanya. Cara makan keluarga mertua memang banyak dipengaruhi Penang berbanding Kedah. Tapi, Pak Inche tak suka bubuh nenas, Sk pulak yang suka ada nenas. Pak Inche kata, orang Kedah makan letak telur tapi tak bubuh nenas. Orang Penang makan letak nenas tapi tak letak telur, gituhhh. Tak tahulah betul ke tidaknya, hehehe.
Sk makan LP, letak nenas dan telur, kira gabungan Penang dan Kedah, la kan.. Maaf la naa orang Pulau Pinang dan orang Kedah, jika fakta ini salah. Nak tunggu Mama Cella dan Puan Hazel komen ni. Orang Penang dan Kedah yang lain, pun silalah tinggalkan komen, hihi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/05/laksa-penang.html