Laksa Ikan Sekoq Passembur Dan Cendol Di Pantai Hujung Airport Pulau Langkawi Kedah



"Laksa, Passembur dan cendol Di Airport Langkawi"

Datang ke Langkawi Kedah Malaysia pastinya suatu kegembiraan apabila dalam mood bercuti.


Laksa Ikan Sekoq Airport LangkawiTidak kiralah dengan keluarga atau rakan-rakan apalagi seorang sahaja.


Setakat hari ini untuk sampai ke Pulau Langkawi memerlukan pengunjung menggunakan feri dan kapal terbang jika datang dengan pengangkutan awam.

Mungkin ada yang datang dengan sampan, tongkang atau jet ski sendiri.

Tetapi secara lazimnya dengan pengangkutan awamlah kan, feri atau kapal terbang.

Sampai Di Langkawi Mana Nak Makan ?

Sampai sahaja di Langkawi, pastinya dikocok dengan pesawat atau feri membangkitkan rasa lapar.

Walaupun bukan sampai tahap mahu makan yang berat-berat paling ringan pun makanan seperti laksa, mi atau bihun sup apalagi passembur.

Basahkan tekak pula dengan air cendol yang manis dan sejuk, hilang seketika keletihan ketika perjalanan.

Untuk tempat makan kali ini, penulis akan lebih menjurus kepada pengunjung dan pelancong yang datang dengan pesawat.

Tempat Makan Sekitar Airport Langkawi

Pesawat yang semestinya akan turun di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK).

Turun sahaja pesawat bagi yang tidak mencuba makanan yang ada dalam pesawat, walaupun hanya 40 minit jika dari KLIA, pasti akan ada rasa lapar.

Mahu makan di dalam airport, agak hilang bajet untuk melancong. Mahukan yang sedang sedang sahaja dan ringan ringan sahaja.

Contohnya seperti yang penulis katakan tadi, mi atau bihun sup, passembur dan laksa.

Ada.

Jangan risau dan khuatir. Penulis akan memberi cadangan tempat makan yang tidak jauh dari airport, jalan kaki pun boleh, namun, tidak payah.

Dengan grab mungkin sekitar RM5.

Laksa Ikan Sekoq Pantai Hujung Airport Langkawi

Ini lebih kepada lokasi sebenarnya. Dengan konsep makanan ala gerai dan trak makanan (foodtruck).

Makanan seperti yang penulis sebutkan tadi ada dijual.

Menu Makanan

Kawasan ini lebih popular dengan menu utamanya. Laksa ikan sekoq.

Laksa Ikan Sekoq

Memang menu utama, laksa biasa, iaitu laksa penang namun di letakkan seekor ikan kembung yang bersaiz kecil di dalamnya.


Ikan Sekoq Dalam LaksaSudahlah dengan kuah penuh perisa ikan dengan aroma bunga kantan, ada ikan seekor pula sebagai lauk tambahan.

Passembur (Rojak)

Menu kedua adalah, passembur. Dalam bahasa persuratan, rojak. Passembur biasanya membuatkan kita terkenangkan Pulau Pinang, namun, jangan diingat di Pulau Langkawi tiada menu ini.


Passembur Pantai Hujung Airport LangkawiPelbagai jenis ramuan seperti udang, ketam, sosej, bebola ikan, bebola daging, dan pelbagai jenis yang membuatkan ia menjadi passembur senang cerita. 

Kuahnya tidak perlu ke pekan Kuah (ok, sekadar berseloroh). Kuahnya bak kata orang putih 'very nice'. Walaupun tak se gah passebuq penang namun masih ada.

Anda pilih apa yang dihajati, beri pada tuan kedai, dia goreng dan tersedia untuk di makan.

Mi Sup dan Bihun Sup

Seterusnya, mi dan bihun sup. Negeri sekitar utara memang suka menyediakan hidangan ini. Tidak perlu ke negeri-negeri utara, di mana-mana ada kedai yang bertemakan 'sup utara' kan ?

Di sini semestinyalah ada, jika laksa dan passembur bukan kegemaran anda. Cukup lengkap kandungan yang ada dalam mangkuk orang kahwin, ada mi atau bihun, ayam racik, beberapa ketul daging dan sayur.

Pastinya ada kuah supnyalah, jika tidak manakan ada nama sup hehe.

Menu Minuman

Itu adalah makanan, kini bab atau rangkap minuman.

Manis dan sejuk serta ada rasa ingin mengunyah-ngunyah, apa itu ?

Air cendol

Ya, cendol. Makanan kegemaran tidak kira pagi petang di mana jua, pada hematnya penulis jarang minum minuman yang agak manis.


Air Cendol Tepi PantaiTapi sebagai kenang kenangan penulis teruskan jua.

Jangan risau, tetap pekat berlemak santan dan lembut cendol walaupun berada di tepian pantai.

Air Batu Campur

Bagi yang tidak berapa gemarkan air cendol, jangan kerut muka, air batu campur (ABC) pun ada.

Tidak suka benda yang lemak berkrim disukai ramai ? Air biasa pun ada, air sirap dan beberapa air lain.

Mungkin ada yang akan bertanya, kedai yang mana satu ?

Banyak Kedai, Apa Perbezaannya ?

Sepanjang jalan antara 'airport' dan pantai ini banyak sebenarnya kedai dengan menu yang sama sebagaimana di atas.
Perbezaannya ada tiga, 

1. Mana yang ikut selera anda
2. Mana yang lebih murah
3. Mana yang kawasan 'best'

Dengan konsep kedai seumpama 'food court', mana mana sama sahaja menunya. Penulis baharu dua kali mencuba lain-lain kedai disitu, memang ada bezanya dari segi rasa namun dari segi harga mungkin mereka sudah ada persepakatan, ada persamaan.

Video Review Menu Makanan

Boleh lihat video youtube di bawah untuk laksa dengan mihun sup. Seingat penulis ini adalah kedai paling hujung menghala ke balai polis.





Penulis mencuba sup di sini. Ketika ini kehadiran penulis di Pulau Langkawi untuk 'family day'.
Untuk video dibawah ini, penulis berjaya ke kedai selain dari yang atas, ketika menunggu waktu feri berlepas di Pekan Kuah.




Ada masa terluang isi perut dahulu. Lagipun kedai sebelumnya tutup lagi ketika penulis sampai.

Memang ada bezanya, bagi kedai A memang sedap, dari laksa ikan sekoq dan mihun sup. Pekat dan berperisa, passembur nya juga ok.

Bagi kedai B, bagi penulis laksa mereka agak hambar berbanding kedai A tidak sepekat kuah kedai A, namun, passembuqnya cukup sedap.

Masing-masing kedai ada makanan sedap mereka, ada juga yang menjual pisang goreng dan keropok.

Informasi Pengunjung

Lokasi Laksa Ikan Sekoq Pantai Hujung Airport

Berada di kawasan kebiasaan kapal terbang turun, dekat dengan selekoh penjuru menghadap laut atau lebih senang, buat carian pada google maps dan aplikasi waze Pantai Hujung Airport.
Insha Allah jumpa.

Laksa Ikan Sekoq Pantai Hujung Airport Langkawi
Jalan Kuala Muda, 
07100 Langkawi, Kedah



Waktu Operasi Kedai

Dibuka setiap hari. Bermula dari jam 12 p.m sehingga 7 p.m.

Harga Makanan (berdasarkan harga penulis makan)

Laksa Ikan Sekoq (Seekor) : RM 7/semangkuk
Passembur : RM 15/pinggan
Air Cendol : RM 2-RM 5

Anda fikir anda tahu Laksa Ikan Sekoq, Passembur dan Cendol Di Pantai Hujung Airport Pulau Langkawi Kedah ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.belangtarung.com/2020/07/laksa-ikan-sekoq-passembur-dan-cendol.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nelayan Hilang Ketika Menangkap Ikan Di Pulau Payar Langkawi

Nelayan Hilang Ketika Menangkap Ikan Di Pulau Payar Langkawi

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 284 hits
ALOR SETAR 15 Julai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat seorang nelayan yang dipercayai terjatuh ke laut ketika menangkap ikan kira kira 4 1 batu nautika utara Pulau Payar Langkawi pagi tadi Pe...
Hujung Minggu Di Pantai Morib Air Surut Ke Tengah Laut

Hujung Minggu Di Pantai Morib Air Surut Ke Tengah Laut

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 1015 hits
12 Julai 2020 Saya memang berhajat nak ke Pantai Morib Banting Selangor ini sebab pernah pergi tahun lepas bila Memori di Facebook pun muncul sempena Hari Lahir saya Jadi Pada Hari Ahad yang lepas kami mula bertolak dari Seri Kembangan Sela...
Hilangkan Dahaga Di Cendol Pok Nik Sungai Petani Kedah

Hilangkan Dahaga Di Cendol Pok Nik Sungai Petani Kedah

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 454 hits
Hilangkan Dahaga Di Cendol Pok Nik Sungai Petani Kedah Throwback kisah semalam 9 Julai 2020 budak asrama boleh ambil barang barang sebab abang senior nak guna bilik dia orang tetapi kemudian KPM kata dah boleh naik pada 15 Julai So ada yang...
Laut Bertukar Merah Selepas Penduduk Pulau Jalankan Ritual Sembelih 250 Ekor Ikan Paus

Laut Bertukar Merah Selepas Penduduk Pulau Jalankan Ritual Sembelih 250 Ekor Ikan Paus

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 758 hits
FOTO memaparkan laut bertukar warna menjadi merah ternyata mengundang perhatian ramai Lebih ngeri ia berlaku akibat ritual dijalankan penduduk kepulauan Faroe Denmark yang bertindak menyembelih lebih 250 ekor ikan paus Menurut seorang aktiv...
Pasaraya Warisan Pantai Cenang Langkawi

Pasaraya Warisan Pantai Cenang Langkawi

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 1105 hits
Jalan jalan di Pantai Cenang then terjumpa dengan pasaraya Warisan Warisan ni terletak di tengah tengah antara laluan jalan raya sehala Warisan ni juga menyajikan barangan yang lebih kurang sama dengan tempat tempat lain di sekitar Langkawi...
D Peknga Street Food Coner Hadapan Bazar Chenang Pantai Cenang Langkawi

D Peknga Street Food Coner Hadapan Bazar Chenang Pantai Cenang Langkawi

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 645 hits
Malam malam cari makan di area Pantai Cenang at last terjumpa kedai D Peknga ni Kedai D Peknga ni betul betul di hadapan bangunan Bazar Chenang Bangunan yang sama juga adalah sebuah hotel ADYA Ada makanan goreng goreng western food satay da...
Kedah Setuju Pindah Penduduk Bukit Malut Ke Kawasan Baru Di Langkawi Kata Mb

Kedah Setuju Pindah Penduduk Bukit Malut Ke Kawasan Baru Di Langkawi Kata Mb

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 277 hits
Akhbar melaporkan banyak rumah dibina di petempatan haram Bukit Malut Langkawi termasuk di kawasan lereng bukit tanpa kebenaran pihak berkuasa ALOR SETAR Kerajaan Kedah menerima dan bersetuju dengan cadangan agar penduduk yang tinggal di pe...
Dinner Di Mijuen Thai Restaurant Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak

Dinner Di Mijuen Thai Restaurant Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 886 hits
Dinner Di MijuenThai Restaurant Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak Disebabkan Pangkor Bay View Resort dekat saja dengan restoran ni makan malam pertama kami Dinner Di MijuenThai Restaurant Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak Di teluk Nipah inilah ...
Suasana Tenang Di Pulau Sapi

Suasana Tenang Di Pulau Sapi

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 583 hits
Percutian Ke Sabah Menikmati Suasana Tenang Di Pulau Sapi Pulau Sapi merupakan pulang yang paling ramai dikunjungi pelancong kerana air lautnya yang berwanr biru kehijau hijauan Pantainya yang landai juga menjadi tarikan sehingga ramai syar...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Top Investment Platforms In The Philippines 2025

Perginya Atuk Khaled Nabhan

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Holiday Schedule 2024

Why We Should Be Looking At Children S Learning From A Long Term Perspective

Alihkan Anak Pokok Limau Kasturi

Wanita Milik Kaiden

Tips Hilangkan Stress Pergi Tempat Kesukaan Kita

5 Alat Canggih Untuk Membuat Konten Otomatis Dengan Ai Pada 2025