Hujung Minggu Di Pantai Morib Air Surut Ke Tengah Laut


12 Julai 2020 (Ahad) - Saya memang berhajat nak ke Pantai Morib, Banting, Selangor ini sebab pernah pergi tahun lepas bila Memori di Facebook pun muncul sempena Hari Lahir saya. Jadi Pada Hari Ahad yang lepas, kami mula bertolak dari Seri Kembangan, Selangor dalam Jam 2.30 petang. Perjalanan yang mengambil masa hampir 1 jam berlalu pantas bila memandu sambil mengelamun masalah yang tak sudah

Pada mulanya saya berhajat hendak mengambil pasir pantai untuk letak di anjung rumah tanpa tanah (rumah sewa flat) untuk anak-anak bermain pasir; sebab pasir tanah hitam yang saya buat tanam pokok habis kotor dimain mereka. Guna pasir pantai tak kotor sangat

Setibanya di sana, memang agak terkejut sebab terlalu ramai manusia datang berkunjung di sini. Sangat berbeza suasana pada tahun lepas. Mungkin manusia-manusia cuba cari ketenangan angin, pemandangan pantai setelah terkurung semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Kawasan Pantai Morib ni bukan yang tempat Dataran Morib tu, ia kena masuk lorong kecil sebelah kanan sebelum selekoh nak masuk ke Dataran Morib. Kami tiba sekitar Jam 3.45 petang dengan mencari parkir kereta yang padat. Hari itu memang panas terik (panat lit lit bak kata orang utara; Panas Dering bak kata orang Pantai Timur). Pelawat lain siap bawa khemah, payung untuk berpiknik, kami bawa topi je masing-masing dengan mainan anak-anak untuk bermain pasir

Satu permandangan yang tak pernah tengok ni Pantai Morib (sebab baru kali ketiga datang sini). Air surut sangat di Pantai Morib sampai manusia boleh berjalan lebih kurang 500 meter ke tengah laut. Entah apa di cari, ada kelihatan orang menggali-gali lumpur mencari kerang-kerangan

Setibanya di Pantai Morib, perkara pertama adalah mencari port duduk bersantai. Kawasan-kawasan teduh bawah pokok sudah ditawan manusia lain, maka kami duduk sahaja di pesisir pantai yang panas tapi suasana yang berangin mengurangkan panas

Masa tahun lepas saya datang sini, air pasang dan anak ada mandi dengan air berlumpur. Kali ini sebentang luas tanah pasir berlumpur terbentang dan biarkan sahaja anak-anak bermain pasir-lumpur. Biarkan sahaja baju, pakaian kotor yang boleh dibasuh tapi ke Pantai Morib setahun sekali

Sebagai budak kelahiran kampung, bermain pasir dan lumpur memang menggamit memori. Jika zaman kanak-kanak dahulu sudah berguling, terdampar, meluncur atas lumpur ini. Zaman dewasa ini boleh nak berbuat demikian tapi anak-anak kena turut serta sebab nanti orang memandang takdelah segan, mesti mereka fikir "oh..seronok bermain dengan anak-anak ni"


Antara perkara yang membuatkan 'hanyut' di pantai adalah tak sedar masa pantas berlalu, berjalan dari pesisir pantai ke tengah laut di dataran lumpur mengasyikkan dan tanpa sedar sudah jauh berjalan ke tengah. Hati-hati bila berjalan di lumpur, risau-risau ada kulit kerang pecah yang boleh lukakan kaki

Jika ingin merasa berendam air laut, boleh berjalan lebih kurang beberapa ratus meter je tengah laut, bila pesisir lumpur ini dah habis, boleh mandi air laut yang cetek. Bolehlah setakat nak berendam, walaupun ombak tak berapa kuat, pastikan berhati-hati risau ada pasir jerlus yang boleh buatkan kaki melekat di tanah
Kalau ada anak-anak yang berani dengan ketam, boleh buat aktiviti Tangkap-dan-Lepas ketam ketam di lumpur ini. Mesti seronok anak-anak cuba mengejar ketam-ketam. Anak-anak saya jenis manja dan penakut, memang nampak ketam pun dia yang lari. (haha)

Aktivit yang boleh dilakukan bersama anak-anak ialah Menggali Kolam, Buat Empangan, Buat Kubu, Buat Istana pasir dan lain-lain.
Anak-anak asyik bermain pasir walaupun kurang mainan yang bawa bersama.
Anak bongsu merajuk duduk tengah tu tersangkut dengan ibunya. Tinggallah Papanya sorang-sorang.Aktiviti cuba menggali kolam tapi anak bertahan beberapa saat sahaja, seterusnya main-main sendiri termasuk papanya yang bermain sorang-sorang menggali kolam.
Bermain pasir sebenarnya satu terapi buat anak-anak. Kita melatih anak-anak tidak takut kotor, tidak geli dengan pasir  halus dan merangsang reseptor sentuhan anak-anak.
Anggaran jarak saya dengan pesisir pantai (yang tanda putih). Nsmpak agak jauh tapi bila berjalan tak terasa jauhnya sebab fikirkan kaki dalam lumpur tersangkut-sangkut jalan.
anak sulung pun steady je berlari dalam lumpur cuma kelemahannya bila terjumpa ketam memang lari ketam pukang (baca lintang-pukang).
Bila jadi anak-anak memang tak berapa kisah dengan mainan, tempat bermain; cuma kita yang dewasa je yang memilih ikut selera sendiri.Saya berada di Patai Morib tak berapa lama disebabkan panas terik, ramai orang, anak meragam walaupun hajat ingin menikmati permandangan Matahari terbenam yang sangat cantik di sini. tapi mungkin di kemudian kali

Semasa balik, saya lalu di kawasan kampung, di sebelah parit tali air ladang kelapa sawit. Memang dapat merasakan suasana kampung-kampung zaman kecil-kecil yang bermain parit, tangkap ikan di parit. Serba sedikit mengubat kerinduan kampung dan menggamit memori zaman kecil yang dirindui.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ismiqbal.blogspot.com/2020/07/hujung-minggu-di-pantai-morib-air-surut.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Ismiqbal-Introvert+%28Ismiqbal+%3A+An+Introvert+Dad%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketahui Kejadian Thermocline Ketika Snorkeling Suhu Air Laut Tiba Tiba Berubah

Ketahui Kejadian Thermocline Ketika Snorkeling Suhu Air Laut Tiba Tiba Berubah

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 286 hits
Lauttan yang jernih dengan keindahan terumbu karang serta hidupan marin yang berwarna warni pasti menimbulkan rasa teruja ramai Bagi merasai pengalaman ini ada yang memilih untuk melihat dari jauh di permukaan air dengan aktiviti snorkeling...
Rakaman Kecut Perut Pelantar Minyak Tengah Laut Terumbang Ambing Dibadai Ombak Besar

Rakaman Kecut Perut Pelantar Minyak Tengah Laut Terumbang Ambing Dibadai Ombak Besar

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 366 hits
Bekerja di pelantar minyak mungkin kelihatan menyeronokkan jika hanya melihat pada gajinya Namun jika anda lihat risiko yang bakal dihadapi pasti anda berfikir beratus kali untuk kerja di sana Dalam video dikongsikan IndustrialVid kelihatan...
Pengantin Disedut Ombak Hingga Hanyut Ke Laut Ketika Photoshoot Atas Batu Di Tepi Pantai

Pengantin Disedut Ombak Hingga Hanyut Ke Laut Ketika Photoshoot Atas Batu Di Tepi Pantai

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 532 hits
Setiap perkahwinan pastinya tidak sah jika tidak ada sesi photoshoot bagi merakamkan memori manis yang bakal diingati sampai bila bila oleh kedua dua mempelai Pun begitu hari bahagia bagi satu pasangan pengantin ini telah bertukar tragedi a...
Pakat Gembleng Air Kelantan Jangan Pas Umno Berkelahi Tengah Jalan Sudah

Pakat Gembleng Air Kelantan Jangan Pas Umno Berkelahi Tengah Jalan Sudah

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 442 hits
Berkurun lama kelantan menghadapi masalah air dan isu air juga kerap kali dijadikan modal politik namun penyelesaian tetap gagal Sehinggalah MP kelantan sendiri dilantik menjadi menteri selepas kejatuhan kerajaan PH disebabkan Kepala PH sen...
Laksa Ikan Sekoq Passembur Dan Cendol Di Pantai Hujung Airport Pulau Langkawi Kedah

Laksa Ikan Sekoq Passembur Dan Cendol Di Pantai Hujung Airport Pulau Langkawi Kedah

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 632 hits
Laksa Passembur dan cendol Di Airport Langkawi Datang ke Langkawi Kedah Malaysia pastinya suatu kegembiraan apabila dalam mood bercuti Laksa Ikan Sekoq Airport LangkawiTidak kiralah dengan keluarga atau rakan rakan apalagi seorang sahaja Se...
Pelantar Minyak Di Tengah Laut Dibadai Ombak Besar Ini Akan Buat Korang Kecut Perut

Pelantar Minyak Di Tengah Laut Dibadai Ombak Besar Ini Akan Buat Korang Kecut Perut

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 455 hits
Ramai orang ingat bekerja di pelantar minyak adalah sangat menyeronokkan Lagi lagi dengan jumlah pendapatan yang besar tetapi bila kita tengok tempat diorang bekerja di tengah laut ni akan buat korang tak senang duduk Nak tahu kenapa Korang...
Santai Santai Hujung Minggu Dengan Si Kembar

Santai Santai Hujung Minggu Dengan Si Kembar

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 328 hits
Hi korang Sepanjang hari hujan semalam kebetulan si kembar satu family datang balik rumah sini meriah sikit rumah kalau tak tinggal SA berempat je kali ni diorang balik dengan kisah sensasi Adeliya si kakak dah period alhamdulillah dh jadi ...
Kerajaan Baru Di Sabah Hujung Minggu Ini

Kerajaan Baru Di Sabah Hujung Minggu Ini

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 271 hits
Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman membuat langkah baru untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Parti Warisan Sabah Pemimpin Perikatan Nasional Sabah meramalkan kerajaan baru bakal ditubuhkan pada hujung minggu ini Adun Sungai S...
Pantai Mantanani Dan Laut Biru Seluas Mata Memandang

Pantai Mantanani Dan Laut Biru Seluas Mata Memandang

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 302 hits
Percutian Ke Sabah Pantai Mantanani Dan Laut Biru Seluas Mata Memandang Inilah dia view dari pantai Mantanani yang memiliki laut jernih membiru seluas mata memandang Patutlah orang yang dah pernah pergi ke pantai Pulau Mantanani kata pulau ...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kata Kata Nasihat Dalam Perjalanan

Abu Hurairah Sahabat Periwayat 5 374 Hadits

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Tahukah Anda Fasal Nama Tempat Terpanjang Dan Terpendek Di Malaysia