Lajim Sahkan Harapan Rakyat Akan Dibubar Ahli Sertai Bersatu


PRESIDEN Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Datuk Lajim Ukin (duduk, tengah) pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Harapan Rakyat di Kota Kinabalu, hari ini. - Foto Malai Rosmah Tuah

KOTA KINABALU: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) akan mengadakan Persidangan Agung Luar Biasa (EGM) bagi membubarkan parti itu dan membawa 64,000 ahlinya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), dalam masa terdekat.

Presidennya, Datuk Lajim Ukin, berkata selepas EGM itu, semua cawangan parti itu di seluruh negeri secara automatik menjadi cawangan BERSATU.

Beliau berkata, adalah lebih baik parti itu yang ditubuhkan pada 25 Oktober 2016 dikorbankan berbanding terus bertahan namun tidak dapat menyumbang apa-apa kepada negeri dan negara.

"Bukan mudah untuk mengambil keputusan membubarkan parti kerana kita sayang parti ini. Namun, kita kena fikir masa depan, tiada maknanya jika ia tidak dapat menyumbang, jadi lebih baik kita berkorban ke arah yang lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Harapan Rakyat yang turut dihadiri Timbalannya, Datuk Maijol Mahap, di sini, hari ini.

Lajim berkata, langkah membubarkan Harapan Rakyat sejajar harapan parti itu agar dapat menyumbang dengan lebih baik terhadap pembangunan negara dan untuk membangunkan Sabah serta memenuhi aspirasi hak rakyat negeri ini menerusi BERSATU.

"Apa yang ada dalam fikiran kami adalah komitmen dan janji kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang telah mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi dengan Semenanjung dan untuk memenuhi hak-hak Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

"Kami yakin Parti Warisan Sabah (WARISAN), PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH), Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan BERSATU boleh bergabung tenaga untuk Sabah memandangkan negeri ini masih ketinggalan dari aspek pembangunan," katanya.

Sementara itu, Lajim berkata pihaknya menyerahkan kepada Dr Mahathir untuk memutuskan siapa yang akan memimpin BERSATU di Sabah kerana yang lebih penting harapan mereka membawa BERSATU ke negeri sudah tercapai.

"Kami ada bertemu dengan Datuk Hajiji Noor (bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah) dan setuju bekerjasama menerusi BERSATU. Soal kepemimpinan terserah kepada Dr Mahathir," katanya.

Mengulas lanjut, Lajim berkata kemasukan BERSATU tidak menjejaskan parti komponen PH yang lain termasuk WARISAN kerana ia akan bekerjasama dengan semua parti itu.

Katanya, isu mengenai BERSATU sebagai parti luar tidak timbul kerana rakyat Sabah masih memerlukan parti dari Semenanjung untuk mengukuhkan kedudukan kerajaan seperti kedudukan WARISAN yang bekerjasama dengan DAP dan PKR untuk membentuk kerajaan negeri sebelum ini. - Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mysabahnews.blogspot.com/2019/02/lajim-sahkan-harapan-rakyat-akan-dibubar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr M Alu Alukan Bekas Ahli Parlimen Umno Sertai Bersatu

Dr M Alu Alukan Bekas Ahli Parlimen Umno Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 883 hits
Diterbitkan Hari ini 5 52 petangPengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad hari ini menyerahkan kad keahlian parti itu kepada beberapa bekas ahli parlimen Umno di Putrajaya Daripada tujuh mereka enam hadir pada masa berita ini ditulis Ahli Parli...
Tidak Tahan Jadi Pembangkang Dorong Segelintir Ahli Politik Di Sabah Sertai Kerajaan Darell

Tidak Tahan Jadi Pembangkang Dorong Segelintir Ahli Politik Di Sabah Sertai Kerajaan Darell

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 454 hits
Darell LeikingSHAH ALAM Tindakan segelintir ahli politik di Sabah yang lantang mengkritik parti Warisan Sabah dan Pakatan Harapan sebelum ini disifatkan sebagai orang lemah apabila sanggup menggunakan laluan belakang bagi menyertai kerajaan...
Mukhriz Sahkan Siti Nurhaliza Bukan Calon Bersatu Di Semenyih

Mukhriz Sahkan Siti Nurhaliza Bukan Calon Bersatu Di Semenyih

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 361 hits
Foto ihsan Facebook Siti NurhalizaALOR SETAR Parti Pribumi Bersatu Malaysia sama sekali tidak mengetahui nama penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dalam senarai calon nbsp parti itu pada pilihan raya kecil Dewan
Bekas Ahli Umno Tidak Mampu Membantu Bersatu

Bekas Ahli Umno Tidak Mampu Membantu Bersatu

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 365 hits
Hanya beberapa ketika selepas Bersatu mengumumkan calonnya untuk bertanding di Semenyih pada PRK 2 Mac depan sosek sosek tidak enak mula kedengaran di merata rata Dalam pengumuman yang dibuat oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin semalam p...
5 Mp 8 Adun Sabah Mohon Sertai Bersatu

5 Mp 8 Adun Sabah Mohon Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 429 hits
Diterbitkan Hari ini 6 34 petangLima Ahli Parlimen dan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri di Sabah yang meninggalkan Umno pada akhir tahun lalu sudah menyerahkan borang permohonan untuk Bersatu Portal Berita Harian Online yang memetik bekas p...
Terkini Lihat Tun Mahathir Merasmikan Sidang Media 7 Bekas Ahli Umno Masuk Bersatu

Terkini Lihat Tun Mahathir Merasmikan Sidang Media 7 Bekas Ahli Umno Masuk Bersatu

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 430 hits
Terkini Lihat Tun Mahathir Merasmikan Sidang Media 7 Bekas Ahli Umno Masuk Bersatu
Timbalan Ketua Menteri P Pinang Kritik Azmin Sokong 7 Ahli Parlimen Sertai Ppbm

Timbalan Ketua Menteri P Pinang Kritik Azmin Sokong 7 Ahli Parlimen Sertai Ppbm

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 483 hits
February 14 2019 12 18 PMP Ramasamy mengakui kemasukan bekas ahlI Parlimen Umno itu mampu memperkukuhkan PPBM tetapi masalah bakal timbul pada masa depan PETALING JAYA Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy mengkritik pendirian D...
Dap Makin Marah Dengan Percaturan Mahathir Menerima Ahli Parlimen Umno Menyertai Bersatu Viralhancing

Dap Makin Marah Dengan Percaturan Mahathir Menerima Ahli Parlimen Umno Menyertai Bersatu Viralhancing

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 716 hits
Sejak menjadi kerajaan tanggal 9 Mei 2018 Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri paling tua di dunia fana ini Tetapi Mahathir mendapat masalah kerusi Melayu amatlah kurang dalam PH parti barunya bernama PPBM hanya mampu menang 13 kerusi ...
6 Bekas Ahli Parlimen Umno Masuk Bersatu

6 Bekas Ahli Parlimen Umno Masuk Bersatu

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 441 hits
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan penyertaan enam bekas Ahli Parlimen UMNO ke dalam parti itu Mereka ialah Datuk Seri Hamzah Zainudin Datuk Rosol Wahid Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad Datuk Sh...
Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Raya Aidilfitri 2025

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Anak Buah Terpaling Kecil

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey