Timbalan Ketua Menteri P Pinang Kritik Azmin Sokong 7 Ahli Parlimen Sertai Ppbm


FMT Reporters
-February 14, 2019 12:18 PM
P Ramasamy mengakui kemasukan bekas ahlI Parlimen Umno itu mampu memperkukuhkan PPBM, tetapi masalah bakal timbul pada masa depan.
PETALING JAYA: Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy mengkritik pendirian Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemasukan bekas ahli Parlimen Umno dalam PPBM dan bertanya jika beliau cuba menyelamatkan kerjaya politik sendiri.

“Sokongan terbuka Azmin terhadap tindakan PPBM ini memberi gambaran beliau mungkin ada idea lain mengenai masa depan kepimpinan negara dan peranannya yang sebenar,” katanya mengulas keputusan PPBM mengesahkan keahlian 7 ahli Parlimen yang meninggalkan Umno tahun lalu.

Ramasamy berkata demikian hanya 2 hari selepas Azmin yang juga timbalan presiden PKR menafikan beliau akan dipecat parti itu.

Selasa lalu, PPBM mengumumkan kemasukan Ali Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Abdul Latiff Ahmad (Mersing) dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Tanah Merah).

Beberapa pemimpin DAP bimbang dengan tindakan 7 ahli Parlimen itu menyertai PPBM, tetapi Azmin berkata, parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) tidak bimbang mengenainya.

Katanya, bekas ahli politik Umno itu sudah bertaubat.

“Mereka mula sedar Umno bukan parti yang boleh menjamin masa depan. Parti itu masih memainkan isu-isu perkauman, jadi ahli-ahli Parlimen ini merasakan itu bukan cara untuk maju,” kata menteri hal ehwal ekonomi itu malam tadi.

Ramasamy bagaimanapun mempersoalkan jika Shabudin yang pernah mencetuskan kontroversi dengan kenyataannya menyokong perkahwinan sebagai jalan keluar bagi beberapa mangsa rogol, kini mempunyai pandangan berbeza mengenai isu tersebut.

“Saya tidak ingat Shabudin pernah minta maaf atau bertaubat kerana membuat kenyataan tidak sensitif dan jelik itu.”

Beliau turut mempersoalkan jika PH akan memaafkan bekas ahli politik Umno lain yang mempunyai rekod jenayah.

“Anda tidak boleh abaikan kesalahan lampau seseorang dalam membuat kepututusan.”

Pandangannya sama dengan pemimpin DAP, termasuk Setiausaha Agung, Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Adun Sungai Pelek, Ronnie Liu.

Ramasamy berkata, buat masa ini, mereka yang menentang langkah bekas ahli Umno menyertai PH tidak akan mengecam PPBM secara terbuka.

Walaupun mengakui PPBM bertambah kuat dari segi keahliannya, beliau memberi amaran mengenai masalah yang bakal timbul di masa depan.

“Walaupun tiada permusuhan secara langsung ketika ini, tetapi masa depan tidak pasti.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/02/timbalan-ketua-menteri-p-pinang-kritik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Ahli Parlimen Anti Muslim Kini Memeluk Islam Hatinya Berubah Ketika Tulis Buku Kritik Islam

Bekas Ahli Parlimen Anti Muslim Kini Memeluk Islam Hatinya Berubah Ketika Tulis Buku Kritik Islam

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 583 hits
BEKAS ahli parlimen parti PVV dari Belanda terkenal dengan sikapnya yang anti Islam dilaporkan telah memeluk agama itu selepas berubah hati ketika menulis sebuah buku yang bersifat kritikal terhadap Islam Joram Van Klaveren berkata pandanga...
Dulu Lantang Kritik Islam Kini Bekas Ahli Parlimen Belanda Bergelar Muslim

Dulu Lantang Kritik Islam Kini Bekas Ahli Parlimen Belanda Bergelar Muslim

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 480 hits
Dulu lantang kritik Islam kini bekas ahli Parlimen Belanda bergelar Muslim Dikemas kini 30 minit yang lalu middot Diterbitka
Dr M Alu Alukan Bekas Ahli Parlimen Umno Sertai Bersatu

Dr M Alu Alukan Bekas Ahli Parlimen Umno Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 976 hits
Diterbitkan Hari ini 5 52 petangPengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad hari ini menyerahkan kad keahlian parti itu kepada beberapa bekas ahli parlimen Umno di Putrajaya Daripada tujuh mereka enam hadir pada masa berita ini ditulis Ahli Parli...
Cuba Cium Pengacara Ahli Parlimen Letak Jawatan

Cuba Cium Pengacara Ahli Parlimen Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 572 hits
Adegan itu berlaku semasa program El Mejor Dia yang menjemput ahli parlimen dari Mexico itu Jose Maria Armenta sebagai tetamu GARA GARA cuba mencium bibir seorang pengacara televisyen dalam sebuah program TV seorang ahli parlimen letak jawa...
Sijil Akademik Palsu Ppbm Pulau Pinang Pertahan Nyatakan Solidariti Terhadap Marzuki

Sijil Akademik Palsu Ppbm Pulau Pinang Pertahan Nyatakan Solidariti Terhadap Marzuki

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 541 hits
BARISAN kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pulau Pinang ketika mengadakan sidang akhbar mempertahankan Datuk Marzuki Yahaya berhubung isu dakwaan sijil palsu di Pulau Pinang hari ini UTUSAN ONLINEPULAU PINANG 8 Feb Kesemua 13 bahag...
Lajim Sahkan Harapan Rakyat Akan Dibubar Ahli Sertai Bersatu

Lajim Sahkan Harapan Rakyat Akan Dibubar Ahli Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 456 hits
PRESIDEN Parti Harapan Rakyat Sabah Datuk Lajim Ukin pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Harapan Rakyat di Kota Kinabalu hari ini Foto Malai Rosmah Tuah KOTA KINABALU Parti Harapan Rakyat Sabah akan mengadakan Persidan...
Sprm Tahan Bekas Ahli Parlimen Terima Rasuah Wang Dan Tanah

Sprm Tahan Bekas Ahli Parlimen Terima Rasuah Wang Dan Tanah

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 457 hits
MUHAMMAD AYMAN GHAFFA 09 Februari 2019 5 23 PM PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menahan seorang bekas Ahli Parlimen bergelar Datuk d
Rasuah Bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi Mengaku Tidak Bersalah

Rasuah Bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 985 hits
Bernama JOHOR BAHRU Bekas anggota Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 2 pertuduhan menerima suapan wang tunai bernilai RM50 000 dan sebidang tanah daripada sebu...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun