Gugur Keahlian Mahathir Tidakan Yang Betul Kata Pengasas Bersatu




PETALING JAYA: Salah seorang pengasas bersama PPBM, Kamarulazman Habibur Rahman tidak terkejut keahlian Dr Mahathir Mohamad dan 4 lagi individu digugurkan, mengatakan beliau hanya menunggu masa bila presiden parti nak bertindak.
“Saya sebagai antara pengasas dan setiausaha agung dan setiausaha kerja PPBM yang pertama, sentiasa memerhati keadaan ini,” katanya kepada FMT.
“Saya hanya menunggu adakah Muhyiddin Yassin (presiden) berani menyingkirkan mereka yang membawa masalah dalam parti tanpa mengira siapa…tapi akhirnya keputusan itu diambil kerana PPBM kena ‘move on'”.
Kamarulazman berkata keputusan menggugurkan keahlian Mahathir dan anaknya, Mukhriz, serta Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Maszlee Malik, dan Amiruddin Hamzah itu “tepat” dan sepatutnya sudah lama dibuat walaupun rakyat menganggap Mahathir seorang ikon.
Malah, Kamarulazman berkata ia tidak perlu dipersoal.
“Mereka tidak mahu akur dengan kepentingan parti dan mempunyai agenda yang semua sedia maklum,” katanya.
Beliau mendakwa tindak-tanduk Mahathir mendorongnya meninggalkan parti yang ditubuhkan bersama 6 pemimpin lain itu.
“Kini jelas apa yang saya katakan dulu menjadi kenyataan. Mahathir dan Mukhriz bukanlah ‘team players’. Mereka lebih bersifat individualistik dan tidak menghiraukan pandangan ramai dalam parti,” katanya.
Semalam, dalam surat yang ditandatangani Setiausaha Kerja PPBM, Muhammad Suhaimi Yahya, keahlian Mahathir, Mukhriz, Syed Saddiq, Maszlee, dan Amiruddin dihentikan serta-merta selepas mengingkari parti dengan menyertai blok pembangkang di Dewan Rakyat.
Kamarulazman berkata keputusan itu selaras dengan perlembagaan PPBM.
“Mereka memilih duduk di kerusi pembangkang walaupun PPBM sebahagian daripada kerajaan. Apabila ahli tidak hormat keputusan presiden, ini menunjukkan mereka tidak sepatutnya terus ada dalam parti,” katanya.
Mengenai masa depan PPBM, Kamarulazman berkata ahli parti itu kini berada di persimpangan selepas pengguguran pemimpin utamanya.
Beliau bagaimanapun mengingatkan jatuh bangun sesebuah parti terletak kepada kebijaksanaan presiden “merencana kebangkitan sebagai satu pasukan yang mempunyai hala tuju yang sama”, dan kesediaan menerima perubahan.
“Ahli tidak boleh bernostalgia dengan sejarah kehebatan Mahathir. Zaman beliau sudah berlalu,” katanya.
Beliau menambah presiden juga mesti tunjukkan kekuatan dalam mengemudi parti dan menyingkir kumpulan yang mempunyai agenda peribadi.
“Sekiranya ini tak berlaku, maka saya lihat PPBM akan melalui zaman kejatuhan seperti parti politik serpihan sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata Muhyiddin mempunyai kelebihan ketika ini iaitu beliau mendapat kepercayaan rakyat sebagai perdana menteri dalam mendepani wabak Covid-19.
“Sokongan wakil rakyat juga lebih terarah kepada Muhyiddin kerana lumrah ahli politik mereka sentiasa berpegang kepada tunjang kekuatan,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi pengasas bersama PPBM, Anina Saadudin berkata, pengguguran Mahathir dan 4 individu lagi tidak perlu dipersoal kerana ia berpunca daripada mereka sendiri.
Katanya, mereka pada sidang Dewan Rakyat 18 Mei enggan duduk di blok kerajaan dan memilih untuk bersama blok pembangkang.
“Ini bermakna Mahathir mengkhianati parti sendiri,” katanya.
“Jangan lupa Mahathir menumbangkan kerajaannya sendiri 3 bulan lalu dengan meletakkan jawatan walaupun puas dipujuk Agong.”
Anina bagaimanapun masih menghormati Mahathir sebagai seorang negarawan yang banyak berjasa kepada negara.
“Saya mohon pemimpin hari ini jadikan sejarah sebagai pedoman hidup, bukan menghukum Mahathir tanpa melihat diri sendiri di cermin,” katanya.
Kamarulazman dan Anina, bersama Mahathir, Mukhriz, Syed Saddiq, dan Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi merupakan 7 pengasas dan penaja PPBM.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/gugur-keahlian-mahathir-tidakkan-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Duduk Bersama Pembangkang Patut Gugur Keahlian Kata Wan Saiful

Duduk Bersama Pembangkang Patut Gugur Keahlian Kata Wan Saiful

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 417 hits
Anggota Parlimen Bersatu yang duduk di kerusi pembangkang pada sidang Dewan Rakyat hari Isnin lalu perlu dilucutkan keahlian serta merta menurut ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti Wan Saiful Wan Jan Wan Saiful dalam satu kenyataan mengata...
Dr Mahathir Pertikai Ros Kata Beliau Bukan Pengerusi Bersatu

Dr Mahathir Pertikai Ros Kata Beliau Bukan Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 363 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir mempertikai kenyataan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang mengatakan bahawa beliau bukan lagi pengerusi Bersatu Dalam surat oleh peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakilinya Mahathir juga memohon R...
Isu Cabar Keputusan Bersatu Mahathir Terkena Perangkap Sendiri Kata Najib

Isu Cabar Keputusan Bersatu Mahathir Terkena Perangkap Sendiri Kata Najib

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 361 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak yakin Dr Mahathir Mohamad tidak akan membawa isu melibatkan keahliannya dalam PPBM ke mahkamah kerana tahu ia tidak akan memperoleh manfaat susulan tindakannya semasa menjawat tugas sebagai pe...
Gugur Keahlian Dr M Dan 4 Lagi Bukan Tindakan Terburu Buru Kata Muhyiddin

Gugur Keahlian Dr M Dan 4 Lagi Bukan Tindakan Terburu Buru Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 658 hits
PETALING JAYA Presiden PPBM Muhyiddin Yassin berkata tindakan menggugurkan keahlian Dr Mahathir Mohamad dan 4 pemimpin lain tidak dilakukan secara terburu buru walaupun terdapat banyak desakan supaya tindakan diambil terhadap mereka Katanya...
Tunggu Masa Pengasas Bersama Ppbm Tak Terkejut Keahlian Dr M Gugur

Tunggu Masa Pengasas Bersama Ppbm Tak Terkejut Keahlian Dr M Gugur

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 697 hits
May 29 2020 4 57 PMPETALING JAYA Salah seorang pengasas bersama PPBM Kamarulazman Habibur Rahman tidak terkejut keahlian Dr Mahathir Mohamad dan 4 lagi individu digugurkan mengatakan beliau hanya menunggu masa bila presiden parti nak bertin...
Mahathir Nak Tunjuk Lagak Di Pejabat Bersatu Yang Rak Dan Meja Dia Semua Dah Dikosongkan

Mahathir Nak Tunjuk Lagak Di Pejabat Bersatu Yang Rak Dan Meja Dia Semua Dah Dikosongkan

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 442 hits
Dr Mahathir Mohamad kini berada di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya kira kira sejam sebelum sidang media Hamzah Zainuddin iaitu setiausaha agung yang memihak kepada Muhyiddin Yassin Saya sekarang di Ibu Pejabat Bersatu kata nak pecat sa...
Sidang Media Khas Dr Mahathir Mengenai Kemelut Dalaman Bersatu

Sidang Media Khas Dr Mahathir Mengenai Kemelut Dalaman Bersatu

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 383 hits
Sidang media khas Dr Mahathir mengenai kemelut dalaman BERSATUrePublish Berita Terkini MalaysiaSidang media khas Dr Mahathir mengenai kemelut dalaman BERSATU Medium perkongsian sosial berbentuk media Artikel adalah percuma untuk diulang sia...
Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord

Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Shahril Laments Radical Rafizi Being Sidelined Patronage Rewarded

Setiausha Agong Veteran Umno

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ranking Terkini Bola Sepak Malaysia 2025

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Berjaya Buka Kelas Silat Di Sekolah

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa

Terbeli Aviary Jacquard Beaded Handle Bag Charles Keith