Muhyiddin Elak Jumpa Media

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu malam ini  yang dipengerusikan Presidennya Muhyiddin Yassin selesai kira-kira jam  11.40 malam tadi.
Bagaimanapun, Muhyiddin enggan bertemu  pihak media dan kemudian dilihat meninggalkan Rumah Kelab Persatuan  Alumni Universiti Malaya, di Kuala Lumpur, tempat berlangsungnya  mesyuarat MPT Bersatu.
Mesyuarat itu merupakan  mesyuarat MPT pertama dihadiri oleh Muhyiddin setelah perdana menteri  itu selesai menjalani kuarantin selama 14 hari yang berakhir semalam,  susulan seorang pegawai yang hadir mesyuarat pascakabinet di pejabatnya  disahkan positif Covid-19.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia  (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menyifatkan kedudukan Perikatan  Nasional (PN) masih stabil. Beliau yang lebih mesra disapa Pak Wan menegaskan, tidak timbul soal  PN berdepan dengan masalah dalaman, jauh sekali terjejas dengan usaha  Pakatan Harapan (PH) untuk merampas kerajaan.
“Saya fikir PN sangat stabil, sebab itu saya gesa semua pihak  memberikan sokongan apa juga yang sedang dibuat Perdana Menteri dalam  menghadapi krisis Covid-19,” katanya ketika ditemui pemberita di Rumah  Kelab PAUM, Persatuan Alumni Universiti malam tadi.
Terdahulu Mohd Redzuan antara ahli MPT Bersatu yang lain menghadiri  mesyuarat tergempar parti itu yang dipengerusikan presidennya, Tan Sri  Muhyiddin Yassin bermula kira-kira jam 8.30 malam ini.
Dalam pada itu, Mohd. Redzuan juga menafikan dakwaan beliau mahu  meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Tugas-Tugas Khas) sebelum ini.
“Siapa cakap (letak jawatan), tidak, terlalu banyak spekulasi, esok saya ada sidang media,” katanya ringkas.
Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin  berkata, semua perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat malam ini akan  dikongsi bersama petugas media esok.
“Semua perbincangan tadi akan kita buat dalam sidang media esok hari.  Lebih mudah kita buat sidang media, kerana banyak perkara satu persatu.
“Kita akan buat awal pagi esok, setiausaha akhbar Bersatu akan maklum nanti,” katanya.
Bagi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pula  menegaskan, mesyuarat MPT Bersatu malam tadi berjalan dengan lancar  tanpa sebarang pertelingkahan.
MR :  Nampaknya isu pengukuhan Bersatu dan Kerajaan PN menjadi isu/topik utama
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/06/muhyiddin-elak-jumpa-media.html