Lain Direncana Lain Yang Jadi
Assalamualaikum wbt
DAH beberapa minggu Pak Inche sibuk dengan kerja termasuklah pada hari minggu. Semalam, barulah dapat keluar bertiga semula. Sebab Pak Inche ada, naklah meronggeng jauh sikit. Iman kata, nak makan Siakap Goreng Rahmat di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang.
Dah beberapa kali nak makan kat Siakap Rahmat ni, tapi sebab waktu operasinya dah tak sama macam dulu, jadi asyik lari 'timing'. Jadi, kali ini, plan betul-betullah supaya tidak dikecewakan. Rupanya kecewa jugak bila Siakap Rahmat tutup. Ada banner digantung menyatakan tarikh tutup dan bila mula dibuka semula, tak teringat nak ambil gambar. Ada beberapa kereta lain juga yang datang dan keluar semula dari perkarangan restoran, kuciwa beta.
Masa melalui pekan Kampung Pasir Putih, nampak ada sebuah restoran, Sambal tak silap namanya. Iman cadangkan untuk makan di sana. Apa tidaknya, perut dah menjerit-jerit kelaparan. Dah terbayang siakap goreng cicah kicap, siput sedut masak lemak dan udang goreng, tetiba tutup. Terpaksalah kita cari makan di tempat lain. Mujur ada Restoran Sambal cuma menunya bukan nasi campur tetapi menu penyet-penyetan.
Orang lapar disorongkan nasi bentuk love. Terus rasa hati berbunga-bunga.
Pilihan Sk, Lele. Sambalnya dua jenis, hijau dan merah. Ada ulam raja dan timun, potongan tauhu dan tempe. Ikan digoreng garing sehingga tulangnya boleh dikunyah-kunyah.
Iman teringat Sotong Goreng Tepung masa di Kamsis dulu, makan dengan sambal ayam penyet. Jadi, dia minta Sotong Penyet. Sotongnya kecil-kecil tapi banyak. Juga dihidang dengan sambal hijau dan merah ala nasi padang.
Pak Inche minta Ayam Bakar, elok dah ayamnya tapi disiram pulak dengan kuah lemak. Terus 'spoil' Pak Inche nak makan.. hurmmm.. ni bukan soal cerewet tapi dah namanya ayam bakar, kenapa siram kuah lemak. Tak tahulah kalau memang caranya begitu, tapi tengok dalam gambar, tak ada pulak siram kuah. Suruh minta ayam lain, tak nak pulak Pak Inche. Dah lapar agaknya, makan jugak la. Bagi Sk yang peminat masak lemak ni, rasa sedap aje
Rencana awal, lepas makan Siakap Rahmat, nak mengupi di Yard & Co Coffee di Pengerang. Kalau dari rumah ke Pengerang, ambil masa dua jam. Dua jam perjalanan semata untuk mengupi tentulah tidak. Terlanjur ada di Pasir Gudang dan boleh masuk lebuhraya Desaru yang cuma ambil masa sejam. Dari jauh nampak ramai pengunjung yang sedang berfoto. Lokasinya di tepi laut, menjadi tarikan walau jauh di hujung peta Semenanjung
Masuk ke dalam restoran, penuhhhhh. Tapi nampak ada sebuah meja kosong, cantikkkk! Datang seorang staf, "Sudah ambil nombor tak?" Oh, kena ambil nombor rupanya, dan masa menunggu dianggarkan 65 minit. Rupanya, yang ramai di luar foto-foto tu, sedang tunggu giliranlah. Hurmmm..
Habis.. kita camne ni? Nak tunggu ke 65 minit
Pak Inche kata, jom ke Kedai Kopi Otai di Bandar Penawar. Tekan waze, tertera, 'tutup'. Cari kedai kopi lain, jumpa Kedai Kopi Din Ali. Dah sampai, pun tutup
Begitu.. begini.. Iman kata, nampak Kopitiam Ena. Ada sebuah meja kosong, dapatlah mereka mengisi perut.. haha. Pak Inche pesan sepinggan Kuey Teow Goreng. Iman makan roti bakar dan puding caramel. Roti bakar kena 'pau' satu dengan babah eh. Pesan jugak satu set Cucur Udang dan Tauhu Goreng. Musim covid ni tetiba orang tak dikenali dari meja sebelah bagi karipap sebiji, tak habis katanya. Sk tawakal makan kongsi tiga beranak, mudah-mudahan tiada mudarat, kerana tak sampai hati menidakkan rezeki. Lagipun kesian dia dah bayar, kan.
Malam, memang tak keluar dah la.. Iman ajak makan lok lok kat Stulang Laut, pun malesss. Iman pun lepas mandi agaknya, malas jugak nak keluar balik, dia cadang masak nasi goreng macam hari tu, sedap sangat katanya. Tapi, nasi tak ada.. kita masak Bihun Goreng sajo laaa.. makan dengan sambal kicap, sedappppp
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/03/lain-direncana-lain-yang-jadi.html