5 Orang Yang Secara Rahsia Tinggal Di Rumah Orang Lain
Tanggapan untuk orang luar secara diam-diam tinggal di rumah anda sama seperti mimpi buruk dan filem seram. Sesetengah orang berjumpa tetamu yang tidak diundang yang tinggal di rumah mereka.
Kebanyakan orang berpindah randah ini tinggal di loteng, walaupun kadang-kadang mereka akan menduduki ruang bawah tanah atau almari atau bahkan tinggal di bawah rumah. Ada yang tinggal di rumah mangsa selama lebih daripada satu tahun sebelum mereka ditangkap.
Lain-lain melarikan diri sebelum mereka dapat dikenalpasti. Semua cerita berikut adalah alasan yang baik untuk memastikan semua pintu dan tingkap anda terkunci
1 Tatsuko Horikawa
Pada tahun 2008, seorang lelaki Jepun berusia 57 tahun yang tidak bernama menyedari bahawa dia telah berkongsi rumahnya dengan penyewa rahsia. Sebelum penemuan itu, dia mendapati bahawa orang tersebut telah mencuri makanan dari peti sejuknya.
Dia menduga ia adalah pencuri dan memasang kamera keselamatan yang menghantar rakaman langsung rumahnya ke telefonnya. Satu hari yang amat dahsyat, dia menerima video seorang wanita pelik yang membuka peti sejuknya. Dia memanggil polis, yang kemudianya pergi ke rumahnya, dengan harapan dapat menangkap pencuri itu.
Polis terkejut apabila mereka mendapati pintu dan tingkap terkunci dan tidak terusik tanpa ada tanda pecah masuk. Walau bagaimanapun, mereka memasuki rumah, dengan tanggpan pencuri itu masih dalam.
Polis tidak mendapati jejak pencuri sehingga mereka memeriksa rak di atas almari. Di dalam, mereka mendapati Tatsuko Horikawa yang berusia 58 tahun. Penyiasatan mendedahkan Horikawa diam-diam tinggal di beberapa rumah lain di kawasan itu sebelum menetap di rumah lelaki itu. Dia tinggal di sana selama setahun sebelum dia ditangkap.
2. Lelaki yang tidak dinamakan
Pada tahun 2012, Tracy menyangka dia dan lima orang anaknya adalah satu-satunya penghuni rumahnya di South Carolina, sehingga dia mendapati ada seorang lagi penguhuni rahsia. bekas suaminya yang mana mereka telah berpisah pada 12 tahun yang lalu.
Tracy mendengar beberapa bunyi aneh di lotengnya sehari sebelum menemui bekas suaminya. Dia dan dua anaknya memeriksa loteng tetapi tidak menemui apa-apa. Bunyi aneh yang berlaku sepanjang malam. Plaster dari siling juga jatuh di atas katilnya dan lantai. Tracy memanggil anak saudara untuk memeriksa loteng pada hari berikutnya.
Anak saudaranya tidak menemui apa-apa pada mulanya sehingga dia pergi lebih jauh ke loteng, di mana dia mendapati bekas suaminya tidur. bekas suaminya terkejut dan meninggalkan rumah tersebut dengan tersenyum.
Tracy kemudian mendapat tahu bahawa bekas suaminya dapat melihat bilik tidurnya melalui lubang udara. Tracy tidak dapat mengetahui bagaimana bekas suaminya dapat masuk ke rumahnya dan berapa lama dia berada di sana.
Bagaimanapun, bekas suaminya telah membantunya mengganti pintu baru di rumahnya setahun lalu dan baru sahaja selesai menjalani hukuman selama 90 hari kerana mencuri keretanya. Bekas suaminya meninggalkan barang-barangnya di loteng, termasuk gambar, mainan, kaset, dan beberapa cawan najis dan air kencing.
3. Anthony Jones
Pada tahun 2017, seorang wanita mendapat kejutan dalam hidupnya ketika mendapati seorang lelaki yang tinggal di loteng pangsapuri sewanya di Arlington, Virginia. Wanita itu pulang ke rumah pada malam itu ketika dia mendengar beberapa langkah di loteng.
Dia bertanya kepada tuan rumah jika bunyi itu datang dari dia namun dinafikan. Setelah itu Tuan rumah pun memanggil polis, yang mana kemudia pergi ke rumahnya. Polis mencari di loteng dan memerintahkan tiada sesiapa boleh masuk ke dalam.
Seorang lelaki, yang dikenali sebagai Anthony Jones berusia 60 tahun, keluar dan menyerahkan diri kepada polis. Di dalam loteng, mereka mendapati pakaian dan tempat tidurnya. Walaupun polis tidak dapat menentukan berapa lama Jones telah berada di dalam rumah, mereka menduga dia telah masuk melalui pintu yang tidak terkunci.
4. Orang yang tidak dikenali
Amber Dawn mendengar langkah tapak kaki di lotengnya malam dia berpindah ke apartmennya yang baru di Enumclaw, Washington, pada tahun 1997. Dia memeriksa pintu yang membawa ke loteng. Walaupun ia kelihatan mencurigakan-seolah-olah ia telah ditarik oleh seseorang di dalamnya-dia tidak pernah fikir seseorang sebenarnya boleh berada di sana.
Dia memberitahu tuan rumah tentang perkara itu, namun tuan rumah itu menafikanya dan menyatakan ianya adalah tupai. Dawn melihat kejadian aneh di rumahnya dalam tempoh beberapa bulan.
Barang-barangnya hilang secara misteri, dan barang-barangnya juga dipindahkan daripada tempat asalnya.Sehingga pada satu ketika, anak anjingnya berusia sembilan minggu mati di dalam sinki bilik mandi yang penuh, walaupun anak anjing tersebut tidak dapat memanjat ke sana dengan sendirinya.
Dawn menganggap itu perbuatan abangnya, yang juga mempunyai kunci ke apartmennya. Dia hanya mengetahui perkara sebenar selepas enam bulan berpindah. Suatu malam, semasa dia berendam di dalam tab mandi dia ternampak pintu yang membawa ke lotengnya terbuka.
Dia tergesa-gesa mengambil tukul dan anjingnya sebelum meninggalkan rumah. Di luar, dia menelefon kakak iparnya, yang kemudian datang menjemputnya . Polis kemudian memeriksa apartmen Dawn dan mendapati tiada siapa di sana. Walau bagaimanapun, mereka mendapati makanan, buku, dan beg tidur di dalam loteng tempat tinggalnya.
5. Wanita yang tidak dikenali
Pada 2016, Davis Wahlman mendengar beberapa bunyi aneh di loteng rumahnya di Seattle. Dia naik ke atas untuk memeriksa dan mendapati bahawa lampu di salah satu bilik dihidupkan, yang peliknya dia telah mematikan lampu bilik tersebut sebelum ini.
Dia cuba memasuki bilik, tetapi pintu itu terkunci dari dalam. Dia mengetuk, dan seorang wanita menjawab dari dalam, bertanya sama ada Jimmy. Wahlman memberitahunya bahawa dia bukan Jimmy dan bertanya mengapa dia berada di rumahnya sebelum memanggil polis.
Wanita itu kemudian membuka pintu. Dia tidak pernah menjawab soalan Wahlman dan terus menerangkan tentang bagaimana dia tinggal di rumah selama tiga hari dan bagaimana seseorang bernama Jimmy memberitahunya bahawa dia boleh tinggal disana.
Walau bagaimanapun, dia pergi sebelum polis tiba. Wahlman memeriksa lotengnya dan melihat dia masih mempunyai barangan di sana. Malam sebelum menemui wanita itu di rumahnya, dia melihat beberapa kejadian yang luar biasa.
Seseorang telah menghidupkan beberapa lampu yang dimatikannya, menghilangkan tabir dari bilik mandinya, dan menggunakan tangga kecemasan. Dia menukar semua kunci pintu di rumahnya selepas kejadian itu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mediaokofee.blogspot.com/2018/11/5-orang-yang-secara-rahsia-tinggal-di.html