Lahirkan Anak Lelaki Dalam Kereta Pemandu Grab Kongsi Detik Cemas


Wanita hamil kalau dah sarat dan sampai masanya memang boleh bersalin dekat mana-mana pun. Dalam sebuah laporan akhbar, satu perkongsian video memaparkan seorang wanita warga Rohingya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki dalam sebuah kereta.
Pemilik kereta tersebut yang dikenali sebagai Mohamad Shahrir, 38 seorang pemandu Grab menceritakan pengalamannya membawa pasangan suami isteri tersebut ke hospital.
“PADA mulanya wanita itu pegang tangan suaminya, tak lama kemudian lelaki itu melompat dari tempat duduk hadapan ke belakang.
“Beberapa minit kemudian, lelaki itu memberitahu isterinya sudah bersalin,” kata Mohamad Shahrir Baharudin.
Menceritakan lebih lanjut, Mohamad Shahrir yang juga pemandu Grab sejak dua tahun lalu berkata, kejadian berlaku 8.40 pagi ketika dia membawa wanita bersama suaminya ke sebuah hospital swasta di Bukit Jambul, Pulau Pinang.
Penumpang Wanita Mengadu Sakit PerutSebelum itu, dia menerima tempahan daripada pasangan berusia lingkungan 30-an itu lalu mengambil mereka di sebuah apartmen dekat Sungai Nibong untuk dibawa ke hospital kerana wanita itu mengadu sakit perut.
“Sebaik tiba, wanita itu masuk dan baring di tempat duduk belakang manakala suaminya di hadapan.

“Ketika itu, saya lihat wanita itu pegang tangan suaminya sambil bertutur dalam loghat Rohingya menyebabkan lelaki itu segera ke belakang.
“Apabila tiba di Jalan Bukit Gambir, wanita itu tiba-tiba melahirkan bayi lelaki yang disambut suaminya.
“Dalam keadaan panik, saya melihat wajah lelaki itu pucat seperti ketakutan mungkin kerana dia rasa bersalah susulan tidak sempat tiba di hospital terlebih dulu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Pecut Ke Hospital, Bayi Telah Selamat DilahirkanMenurutnya, dia segera memecut kereta untuk membawa wanita itu ke hospital berkenaan bagi mendapat rawatan sewajarnya.
“Saya segera memberitahu petugas di hospital dan mereka terus menyediakan kelengkapan untuk membawa wanita itu masuk ke dalam,” katanya.
Mohamad Shahrir berkata, ketika itu bayi terbabit tidak menangis hingga kira-kira lima minit kemudian, barulah kedengaran tangisan.
“Waktu itu, suaminya memangku anak yang masih bertali pusat namun tidak banyak darah tumpah atas kusyen kereta saya.
“Cuma saya lihat, darah itu menitis ketika dia keluar dari kereta untuk masuk ke hospital,” katanya.

Pengalaman pertama dilalui bapa dua anak itu dikongsi dalam FB dan Instagram hingga mendapat pelbagai reaksi netizen.
Kongsi Di Media SosialMenerusi hantaran itu, dia menulis: “Alhamdulillah dengan izin Allah customer Rohingya beranak dalam keta aku..perjalanan dari bukit jambul ke hospital..laki dia duk depan lompat pi belakang terus sambut anak dia..beranak area bukit gambir tak berenti..mudah sangat lepas berapa minit dengaq baby nangis.
“Aku da cuba habis cepat da..laki dia kata bini baru sakit pagi ni..6112019, 8.50am baby boy rezeki apa nak mai ni..masuk keta 2 org sampai destination keluaq 3 org..alhamdullilah semua sihat elok.”
Susulan insiden itu, suami wanita terbabit mahu membayar ganti rugi kepada Mohamad Shahrir namun dia menolak.
“Secara kebetulan dia berjumpa ayah saya di masjid dekat dengan rumah dan lelaki itu mahu menghulurkan wang bagi menggantikan apa yang terjadi dalam kereta.
“Saya menolak mengambil wang itu lagi pun saya sudah mendapat bayaran daripada Grab.” katanya.
sumber: Hmetro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/11/lahirkan-anak-lelaki-dalam-kereta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Tunggu Dalam Kereta Jangan Lupa Lock Wanita Ni Kongsi Pengalaman Ngeri Dengan Anak

Kalau Tunggu Dalam Kereta Jangan Lupa Lock Wanita Ni Kongsi Pengalaman Ngeri Dengan Anak

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 694 hits
Malang memang tak berbau tapi selagi boleh elak kita elakkan perkara buruk yang boleh berlaku Kadang memang dah beringat nak kunci pintu tiap kali menunggu seseorang dari dalam kereta tapi tu lah dah beringat pun ada ketikanya lupa juga Dal...
Kepala Hancur Belah Kanan Nampak Tempurung Kepala Doktor Kongsi Detik Cemas Rawat Pesakit Kemalangan Jalanraya

Kepala Hancur Belah Kanan Nampak Tempurung Kepala Doktor Kongsi Detik Cemas Rawat Pesakit Kemalangan Jalanraya

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 407 hits
Pernah tak anda berada dalam situasi cemas antara hidup dan mati Tidak kira jika kita berada di tempat mangsa kemalangan atau menjadi saksi pastinya perasaan tersebut sukar digambarkan Nafas semakin laju jantung berdegup kencang seolah olah...
Menurut Kajian Pemandu Kereta Yang Teruk Merupakan Anak Sulung

Menurut Kajian Pemandu Kereta Yang Teruk Merupakan Anak Sulung

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 361 hits
Tahukah anda pemandu yang teruk merupakan anak sulung Anak sulung adalah anak kebanggaan ibu dan ayah selalunya anak sulung sering dikatakan seorang anak yang sangat bertanggungjawab dalam pelbagai hal Namun dalam hal yang satu ini mungkin ...
Quot Walid Tahu Adik Kuat Lawan Sakit Ye Sayang Quot Ali Puteh Kongsi Perkembangan Anak

Quot Walid Tahu Adik Kuat Lawan Sakit Ye Sayang Quot Ali Puteh Kongsi Perkembangan Anak

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 370 hits
Hiburan Pelawak Ali Puteh memberitahu keadaan anaknya Sharifah Nur Ainul Mardhiah kini sudah mula menunjukkan progres positif selepas menjalani pembedahan pada Isnin lalu berikutan masalah injap jantung terbalik Berita mengenai perkembangan...
Farah Atas Bot Di Sungai Sentuh Air Tiba Tiba Isteri Arwah Pitt Hanif Kongsi Saat Cemas Pertemuan Terakhir

Farah Atas Bot Di Sungai Sentuh Air Tiba Tiba Isteri Arwah Pitt Hanif Kongsi Saat Cemas Pertemuan Terakhir

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 485 hits
Genap lima hari pemergian Allahyarham Mohd Firdaus Mohd Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif isteri beliau Farah Ahmad menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang usaha pencarian suaminya itu Kenyataan...
Hari Terakhir Berpantang Elfira Loy Kongsi Wajah Anak

Hari Terakhir Berpantang Elfira Loy Kongsi Wajah Anak

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 504 hits
Selamat menimang cahaya mata sulung pada 1 Oktober lalu dan hampir sebulan lebih berpantang akhirnya Elfira Loy berkongsikan wajah anaknya Muhamad Rayyan The post appeared first on
Doktor X Ray Nampak Benda Bergerak Panjang 6cm Ibu Cemas Anak Batuk Keluar Cacing

Doktor X Ray Nampak Benda Bergerak Panjang 6cm Ibu Cemas Anak Batuk Keluar Cacing

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 369 hits
Sememangnya kanak kanak mempunyai antibodi yang lemah ekoran tubuh badannya yang masih kecil Disebabkan itu persekitaran dan juga pemakanan sangat penting untuk dititik beratkan oleh ibu bapa terhadap anak mereka Sekiranya perkara ini tidak...
Nak Ikut Tuan Pergi Kerja Anak Kucing Nyaris Mati Menyorok Dalam Bonet Depan Kereta

Nak Ikut Tuan Pergi Kerja Anak Kucing Nyaris Mati Menyorok Dalam Bonet Depan Kereta

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 484 hits
Comel nakal dan gebu Kadangkala haiwan kesayangan ramai ini sering bertindak di luar jangkaan Daripada meloloskan diri hinggalah menyorok di dalam bonet kereta tindakan si manja ini sering mendapat perhatian pencinta haiwan Baru baru ini se...
Memang Mencabar Bawa Anak Kecil Tunai Umrah Ibu Ini Kongsi 5 Tip Untuk Persediaan Awal

Memang Mencabar Bawa Anak Kecil Tunai Umrah Ibu Ini Kongsi 5 Tip Untuk Persediaan Awal

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 537 hits
Cuti sekolah bakal tiba tak lama je lagi Tentunya dah ada perancangan untuk bawa anak anak bercuti ke mana mana Umrah juga biasanya dilakukan pada musim cuti sekolah terutamanya untuk ibu bapa yang mempunyai anak anak yang masih kecil atau ...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kubu Simpanan Emas Terbesar Di Dunia

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing