Lahaddatu Empat Beradik Ditahan Polis Larikan Mayat Bapa Dari Khemah Zon Pui




Polis menahan empat beradik di Kampung Panji Laut di sini, yang bertindak melarikan mayat bapa mereka yang berada di bawah kes pesakit dalam siasatan (PUI) di Hospital Lahad Datu, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Rohan Shah Ahmad berkata empat beradik terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berumur antara 26 dan 31 tahun itu ditahan pada pukul 11.30 malam.

Katanya kejadian berlaku pada pukul 8.30 malam selepas pihak hospital menerima seorang pesakit lelaki berumur 58 tahun yang tidak sedarkan diri dan mempunyai sejarah rawatan 'acute left ischemic potine infract’ di Hospital Duchess of Kent, Sandakan sebelum ini.
"Pesakit kemudian diasingkan di khemah zon PUI dan diberi pertolongan cemas pernafasan selama 30 minit oleh pegawai perubatan, namun disahkan meninggal dunia kemudiannya. Petugas perubatan telah menerangkan prosedur operasi standard pengurusan jenazah ketika krisis wabak Covid-19 kepada pihak waris, termasuk saringan Covid-19 bagi mengelak risiko jangkitan," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata kesemua suspek bagaimanapun enggan meninggalkan mayat bapa mereka di hospital, dan seterusnya bertindak menolak pengusung jenazah keluar daripada khemah zon PUI, untuk membawa balik jenazah ke kediaman mereka di Kampung Panji Laut.

"Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah berjaya mengesan kesemua suspek dengan bantuan Unit Forensik Hospital Lahad Datu dan mayat turut ditemui di ruang tamu rumah," katanya dan menambah semua suspek kini ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 270 Kanun Keseksaan kerana kesalahan perbuatan jahat yang mungkin merebakkan jangkitan sebarang penyakit berbahaya.
Katanya polis turut menjalankan siasatan di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana kesalahan tidak mematuhi perintah yang sah dikeluarkan oleh mana-mana pegawai diberi kuasa. — Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/01/lahaddatu-empat-beradik-ditahan-polis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolak Pengusung Jenazah Keluar Daripada Khemah Zon Pui Polis Tahan Empat Beradik Larikan Mayat Bapa Dari Hospital

Tolak Pengusung Jenazah Keluar Daripada Khemah Zon Pui Polis Tahan Empat Beradik Larikan Mayat Bapa Dari Hospital

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 294 hits
93 total views 15 views today Polis menahan empat beradik di Kampung Panji Laut di Lahad Datu yang bertindak melarikan mayat bapa mereka yang berada di bawah kes pesakit dalam siasatan di Hospital Lahad Datu semalam Ketua Polis Daerah Lahad...
4 Beradik Larikan Mayat Bapa Dikhuatiri Pesakit Covid 19 Ditahan

4 Beradik Larikan Mayat Bapa Dikhuatiri Pesakit Covid 19 Ditahan

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 287 hits
Ridzal Abdullah Qaisara UmaiyahWaris enggan meninggalkan bapa mereka yang mempunyai sejarah penyakit otak dan strok di hospital dan sebaliknya bertindak membawa pulang mayatnya ke rumah Gambar fail LAHAD DATU Empat beradik yang bertindak me...
Polis Tahan Empat Beradik Bawa Lari Jenazah Bapa Dari Hospital Lahad Datu

Polis Tahan Empat Beradik Bawa Lari Jenazah Bapa Dari Hospital Lahad Datu

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 565 hits
Empat beradik ditahan polis kerana membawa pulang jenazah bapa di Hospital Lahad Datu tanpa izin Gambar Hiasan Polis Tahan Empat Beradik Bawa Lari Jenazah Bapa Dari Hospital Lahad Datu Empat beradik ditahan polis selepas bertindak melarikan...
3 Beradik Didenda Rm1 000 Larikan Jenazah Bapa Dari Hospital

3 Beradik Didenda Rm1 000 Larikan Jenazah Bapa Dari Hospital

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 522 hits
Majistret Ryan Sagirann Rayner Jr turut memerintahkan semua tertuduh dipenjara setahun lagi jika gagal membayar denda tetapi semua tertuduh sudah membayar denda itu LAHAD DATU Tiga beradik lelaki masing masing didenda RM1 000 oleh Mahkamah ...
Larikan Jenazah Bapa Dari Hospital 4 Ditahan

Larikan Jenazah Bapa Dari Hospital 4 Ditahan

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 387 hits
Aku ingatkan hanya kat Indonesia saja yang jadi kes waris melarikan jenazah pesakit dari Hospital ni rupa rupanya kat Malaysia pun dah ada juga Di Indonesia sekurang kurangnya 33 individu dah ditahan kerana melarikan mayat mangsa Covid 19 d...
Panggil Polis Babi Seorang Lelaki Ditahan

Panggil Polis Babi Seorang Lelaki Ditahan

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 435 hits
Oleh NUR NAZLINA NADZARI WARI KIEW KANGAR Tindakan biadab seorang lelaki yang mengeluarkan kata kata kesat kepada anggota polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan negeri membawa padah apabila ditahan dalam sekatan jalan raya di Kilometer 1 Jala...
Bayi 4 Bulan Diberi Minum Minuman Keras 4 Suspek Termasuk Bapa Saudaranya Ditahan

Bayi 4 Bulan Diberi Minum Minuman Keras 4 Suspek Termasuk Bapa Saudaranya Ditahan

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 1450 hits
Seorang lelaki di Gorontalo Indonesia telah ditahan pihak polis selepas didakwa menyuapkan minuman keras kepada anak saudaranya yang berusia empat bulan lapor Tribun Ketua Polis Kota Gorontalo AKBP Desmont Harjendro menyatakan bahawa kes te...
Demi Anak Ibu Ditahan Curi Ubat Makanan Polis Datang Tak Tangkap Tapi Bawa Makanan

Demi Anak Ibu Ditahan Curi Ubat Makanan Polis Datang Tak Tangkap Tapi Bawa Makanan

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 529 hits
Betullah orang kata demi anak ibu sanggup berkorban apa sahaja Susah senang hidup kita ni tak sama Begitu juga masalah orang lain kita tak tahu sejauh mana kesusahan mereka Seperti kisah ibu ini di Petaling Jaya yang didapati mengambil bara...
Remaja Lempar Kucing Demi Konten Tik Tok Menangis Ketika Ditahan Polis

Remaja Lempar Kucing Demi Konten Tik Tok Menangis Ketika Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 438 hits
Remaja lempar kucing demi konten Tik Tok menangis ketika ditahan polisBaru baru ini viral di media sosial video seorang remaja lelaki melempar seekor kucing mengundang kemarahan netizen yang mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ...
Najib S Family Supporters Gather For Prayers Ahead Of House Arrest Decision

Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini

Perginya Kakak Ipar Yang Ceria Dan Baik Budi Kehilangan Yang Tak Disangka

Napoleon S Defeat At Waterloo The End Of An Era

Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Cara Reset Kewangan Anda Sebelum Masuk Tahun Baru

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485

Pmx Umum Kejayaan Program Budi Madani Ron95 Yang Jimatkan Lebih Rm


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Klinik Pembedahan Mulut Dan Maksilofasial

Ngo Malaysia Bongkar Kesukaran Membantu Aceh Ehailing Fm 19 12 2025

Aktiviti Majlis Makan Malam Semerah Padi Malaysia Ppim 20 12 2025

Malam Berinai Di Hotel

Drama Gadis Kopi

Daging Goreng Bollywood Style Paling Menggoda Resipi Mudah Tapi Rasa Luar Biasa