Polis Tahan Empat Beradik Bawa Lari Jenazah Bapa Dari Hospital Lahad Datu


Empat beradik ditahan polis kerana membawa pulang jenazah bapa di Hospital Lahad Datu tanpa izin. – Gambar Hiasan
Polis Tahan Empat Beradik Bawa Lari Jenazah Bapa Dari Hospital Lahad Datu Empat beradik ditahan polis selepas bertindak melarikan jenazah bapa dari Hospital Lahad Datu, semalam. K eempat-empat beradik berusia 26 hingga 31 tahun itu dipercayai bertindak sedemikian selepas enggan membenarkan pihak hospital menguruskan jenazah bapa mereka mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad, berkata sebelum meninggal dunia, lelaki berusia 58 tahun terbabit dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan dan diletakkan di bawah kategori pesakit bawah siasatan (PUI).

Katanya, ketika di hospital, pasukan perubatan sempat memberikan bantuan pernafasan (CPR) selama 30 minit sebelum disahkan meninggal dunia.

“Petugas perubatan kemudian memberi penerangan kepada waris berhubung SOP pengurusan jenazah ketika krisis wabak COVID-19 dan keperluan menjalani ujian saringan bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan

“Jenazah berkenaan juga perlu disimpan di bilik mayat Jabatan Forensik sehingga keputusan ujian COVID-19 diterima.

“Bagaimanapun katanya, waris enggan meninggalkan jenazah di hospital dan terus bertindak menolak jenazah keluar daripada khemah zon PUI sebelum dibawa balik ke rumah mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rohan berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis melakukan serbuan di rumah keluarga berkenaan di Kampung Panji, di sini.

“Dalam serbuan itu, polis menahan empat suspek membabitkan seorang wanita dan tiga lelaki pada jam 11.30 malam.

“Jenazah berkenaan juga turut ditemui oleh pasukan serbuan di ruang tamu di rumah perkampungan atas air berkenaan,” katanya.

Rohan berkata, siasatan kes sedang dijalankan mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya.

Selain itu katanya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Semua suspek ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan lanjut,” katanya. – BH Online




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/01/polis-tahan-empat-beradik-bawa-lari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolak Pengusung Jenazah Keluar Daripada Khemah Zon Pui Polis Tahan Empat Beradik Larikan Mayat Bapa Dari Hospital

Tolak Pengusung Jenazah Keluar Daripada Khemah Zon Pui Polis Tahan Empat Beradik Larikan Mayat Bapa Dari Hospital

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 292 hits
93 total views 15 views today Polis menahan empat beradik di Kampung Panji Laut di Lahad Datu yang bertindak melarikan mayat bapa mereka yang berada di bawah kes pesakit dalam siasatan di Hospital Lahad Datu semalam Ketua Polis Daerah Lahad...
Lahaddatu Empat Beradik Ditahan Polis Larikan Mayat Bapa Dari Khemah Zon Pui

Lahaddatu Empat Beradik Ditahan Polis Larikan Mayat Bapa Dari Khemah Zon Pui

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 424 hits
Polis menahan empat beradik di Kampung Panji Laut di sini yang bertindak melarikan mayat bapa mereka yang berada di bawah kes pesakit dalam siasatan di Hospital Lahad Datu kelmarin Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Rohan Shah Ahmad berkata ...
3 Beradik Didenda Rm1 000 Larikan Jenazah Bapa Dari Hospital

3 Beradik Didenda Rm1 000 Larikan Jenazah Bapa Dari Hospital

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 521 hits
Majistret Ryan Sagirann Rayner Jr turut memerintahkan semua tertuduh dipenjara setahun lagi jika gagal membayar denda tetapi semua tertuduh sudah membayar denda itu LAHAD DATU Tiga beradik lelaki masing masing didenda RM1 000 oleh Mahkamah ...
Larikan Jenazah Bapa Dari Hospital 4 Ditahan

Larikan Jenazah Bapa Dari Hospital 4 Ditahan

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 386 hits
Aku ingatkan hanya kat Indonesia saja yang jadi kes waris melarikan jenazah pesakit dari Hospital ni rupa rupanya kat Malaysia pun dah ada juga Di Indonesia sekurang kurangnya 33 individu dah ditahan kerana melarikan mayat mangsa Covid 19 d...
Apa Punya Pemimpin Pelabur Lari Bawa Habis Billion Billion Hangpa Dok Nganga Lagi

Apa Punya Pemimpin Pelabur Lari Bawa Habis Billion Billion Hangpa Dok Nganga Lagi

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 264 hits
Kejatuhan teruk FDI Azmin perlu tampil bagi penjelasan pada rakyat jangan buat senyap jePemuda Umno menggesa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali tampil menjelaskan tindakan segera yang diambil kerajaan bagi menan...
Bantuan Banjir Tok Empat Kampung Padang Rumbia Lapor Polis Mangsa Akan Rujuk Sprm

Bantuan Banjir Tok Empat Kampung Padang Rumbia Lapor Polis Mangsa Akan Rujuk Sprm

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 398 hits
PEKAN Satu laporan polis terhadap portal ini telah dibuat oleh Ketua Kampung Padang Rumbia Haji Mohd Basari Abd Malik semalam Laporan dipercayai berkaitan isu mangsa banjir tidak dapat bantuan seperti yang didedahkan sebelum ini Sementara i...
Remaja Jatuh Motosikal Bukan Ditendang Polis Tapi Pecut Lari Hingga Langgar Kereta

Remaja Jatuh Motosikal Bukan Ditendang Polis Tapi Pecut Lari Hingga Langgar Kereta

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 309 hits
Georgetown Polis sudah menerima laporan daripada pemandu kereta berhubung kemalangan membabitkan dua remaja menunggang motosikal di Jalan Sri Tanjung Pinang Tanjong Tokong di sini semalam Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Sof...
Polis Tahan 7 Lelaki Kepung Dan Maki Anggota Urb

Polis Tahan 7 Lelaki Kepung Dan Maki Anggota Urb

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 351 hits
BH ONLINE Georgetown Polis Pulau Pinang hari ini menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian sekumpulan individu mengepung dan menghalang tugas polis semalam Kejadian itu berlaku dalam kemalangan membabitkan sebuah motosi...
Demi Anak Ibu Ditahan Curi Ubat Makanan Polis Datang Tak Tangkap Tapi Bawa Makanan

Demi Anak Ibu Ditahan Curi Ubat Makanan Polis Datang Tak Tangkap Tapi Bawa Makanan

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 527 hits
Betullah orang kata demi anak ibu sanggup berkorban apa sahaja Susah senang hidup kita ni tak sama Begitu juga masalah orang lain kita tak tahu sejauh mana kesusahan mereka Seperti kisah ibu ini di Petaling Jaya yang didapati mengambil bara...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu