Lagu Popular Thailand Tahun 2021
GALAKSI VIRAL - Pernah dengar lagu Thailand ? Fenomena lagu Thai pernah melanda Malaysia pada era 2000 an dahulu apabila banyak lagu Thai telah di tukar lirik kepada Bahasa Malaysia dan dinyanyikan semula oleh penyanyi tempatan ketika itu. Antara lagu Thai yang pernah mendapat perhatian di kalangan peminat tempatan ialah lagu berjudul Made In Thailad nyanyian Carabao (era 80 an) dan lagu Oh Oh daripada China Dolls (era 2000 an). Lagu Malaysia juga pernah popular di negara Thailand pada era 2000 an iaitu lagu Dikir Puteri nyanyian Noraniza Idris. Lagu ini sangat popular di Thailand sehingga pernah dinyanyikan oleh peserta di pertandingan The Voice Thailand. (Boleh rujuk info di sini >> Dikir Puteri In Thailand). Berikut ialah antara Lima Lagu Thailand Paling Popular ketika ini yang menjadi kegilaan peminat muzik Thai.
LAGU POPULAR THAILAND 01. SAD MOVIE
Artis : F.Heroes feat Bright Vachiwarit
Genre : Hip Hop
Tahun Terbitan : 2021
Catatan :
Lagu ini adalah lagu Thai paling popular ketika ini. Antara kejayaan lagu ini ialah telah berjaya menduduki tangga No.1 di Thai-Pop Top Chart hanya selepas beberapa minggu ia diterbitkan. Lagu ini mengisahkan luahan seseorang mengenai kisah hidup dia yang seperti diibaratkan seperti jalan cerita filem sedih. Ada pendapat mengatakan lagu ini menceritakan pengalaman suka duka artis Thai bernama Bright di dalam usaha beliau mengejar cita-cita kerjaya dan juga percintaan. Namun ia tidak dapat disahkan kerana Bright tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai perkara ini. Untuk peminat baru muzik Thai, penyanyi bernama Bright ini adalah salah seorang selebriti Thai yang tengah popular ketika ini. Nama beliau sangat popular di Singapura, Filipina, Indonesia dan Jepun. Jika anda selalu peka dengan topik trending Twitter di Malaysia, nama Bright sebenarnya antara paling kerap trending di Twitter Malaysia. Rasanya mungkin nama Bright ini lebih dikenali di kalangan peminat Malaysian Chinese dan sebab itulah nama Bright kerap trending di Twitter Malaysia. Manakala F.Heroes pula merupakan salah seorang otai Hip Hop yang sangat popular di Thailand saat ini. Jika di Malaysia, populariti Bright ini ibarat Haqiem Rusli dan F.Heroes pula ibarat Altimet. Video muzik lagu ini juga menarik di mana ia menunjukkan kisah sedih masing-masing yang hidup dalam keseorangan. Jom kita tonton video muzik ini di bawah :
Video Muzik Sad Movie
02. TO THE MAX
Artis : Milli feat Bright Vachiwarit
Genre : Hip Hop
Tahun Terbitan : 2021
Catatan :
Lagu ini sebenarnya lagu tema untuk produk makanan jenama Lays Max. Slogan produk makanan ini ialah To The Max. Milli dan Bright adalah duta kepada jenama produk makanan ini di Thailand. Penyanyi muda bernama Milli ini sebenarnya lebih dikenali sebagai Nicki Minaj Thailand kerana kehebatan beliau yang mampu Rap dan menyanyi dengan sangat baik serta sentiasa menyampaikan persembahan bertenaga ketika di atas pentas. Di dalam lagu ini, Bright tidak menyanyi dan hanya muncul sebagai model di dalam video muzik lagu ini. Video muzik lagu ini sangat unik kerana terdapat banyak kesan khas yang menarik yang berkonsepkan futuristik. Jika anda melihat video ini, anda akan perasan fesyen rambut Milli ada sedikit mirip dengan fesyen rambut penyanyi Hip Hop Malaysia bernama Loca B yang baru memenangi lagu Anugerah Juara Lagu baru-baru ini dengan lagu Gila. Jom saksikan video muzik lagu ini seperti di bawah.
Video Muzik To The Max
03. FAKE PROTAGONIST
Artis : Getsunova
Genre : Pop
Tahun Terbitan : 2019
Catatan :
Lagu ini adalah lagu tema drama fenomena dan sangat popular di Thailand pada tahun 2019 iaitu drama berjudul Theory of Love. Lirik lagu ini mengisahkan kisah luahan cinta sejati seseorang kepada orang yang disukainya dan sanggup buat apa saja demi memikat hati orang yang diminatinya. Lagu ini dibuat di dalam dua versi iaitu versi asal di dalam Bahasa Thai dan versi kedua di dalam Bahasa Inggeris. Lagu ini juga merupakan antara lagu tema drama terbaik di Thailand kerana melodi lagunya yang cukup indah dan liriknya yang ringkas tetapi mempunyai maksud yang sangat mendalam. Lagu ini berada di kedudukan No.42 di dalam carta Thailand Top 100 by JOOX 2019. Peminat #OffGun pasti amat meminati lagu ini kan. hihi. Jom kita lihat video muzik lagu ini seperti di bawah.
Video Muzik Fake Protagonist (English Version)
04. SAME PAGE
Artis : Tilly Bird
Genre : Pop R&B
Tahun Terbitan : 2020
Catatan :
Lagu ini adalah adalah antara lagu R&B Thai yang sangat popular ketika ini. Yang uniknya lagu ini dipersembahkan oleh sebuah band muzik dan vokal penyanyinya pula lebih kepada vokal penyanyi R&B. Lagu ini berada di kedudukan No.3 di dalam carta Thailand Top 100 by JOOX 2020. Lagu ini mengisahkan kisah seorang kekasih ini tertanya-tanya apakah status hubungan mereka kini dengan kekasihnya kerana beliau merasakan kekasihnya itu sudah berubah dan mengabaikan beliau. Beliau juga terasa sangat terseksa apabila mengingati momen-momen indah mereka bersama dan ini membuatkan beliau semakin merindui kekasihnya itu. Lagu ini adalah di antara lagu paling kerap dibawakan penyanyi Thai lain yang di dalam pelbagai rancangan samada di TV atau di pentas pertunjukan. Antara penyanyi yang pernah membawakan lagu ini ialah Bright Vachiwarit, Win Metawin, Off Jumpol, Tay Tawan, Pompam, Ying Ratha etc. Kumpulan bernama Tilly Bird juga dikatakan antara kumpulan muzik generasi era 2010 an paling popular ketika ini. Jom kita lihat muzik lagu di bawah.
Video Muzik Same Page
05. IS IT RAINING ?
Artis : Three Man Down
Genre : Pop
Tahun Terbitan : 2019/2020
Catatan :
Same seperti lagu Same Page, lagu ini juga di antara lagu kegemaran ramai artis Thai untuk dinyanyikan di mana-mana persembahan pentas samada di rancangan TV atau di mini konsert. Antara penyanyi yang pernah membawakan lagu ini ialah Bright Vachiwarit, Off Jumpol, Tay Tawan, Oat Pramote etc. Kumpulan Three Man Down juga sama seperti kumpulan Tilly Bird di mana kedua-dua kumpulan ini dikatakan antara kumpulan muzik generasi baru yang berpotensi besar untuk menjadi Da Next Big Thing in Thailand. Lagu ini berada di kedudukan No.2 di carta Thailand Top 100 by JOOX 2020. Lagu ini mengisahkan seorang kekasih ini mengambil berat mengenai orang yang dia sayang dan tertanya-tanya adakah orang yang beliau sayang itu berada dalam kedaaan baik atau sebaliknya. Video muzik ini unik kerana menampilkan watak orang sakit jiwa yang cuba melarikan diri daripada hospital bahagia dan turut memaparkan kisah perasaan cinta antara pesakit jiwa dengan orang yang diminatinya. Jom tonton video muzik lagu ini di bawah.
Video Muzik Is It Raining
Info Tambahan :Syarikat media hiburan paling besar di Thailand iaitu GMMTV telah menerbitkan satu album esklusif yang menampilkan 9 orang artis Thai yang berbakat besar di mana mereka bergabung di dalam satu album serta menyanyikan lagu bertemakan kisah sedih. Album ini dinama Boys Dont Cry. Antara artis yang tersenarai di dalam projek istimewa ini ialah Krist Peraya, Tay Tawan, Bright Vachiwarit, Lee Thanat, Joss Wayar, Nanon Khorapat, Pluem, Toy dan Mek. Album ini adalah sesuatu yang sangat unik dan rare kerana berjaya mengabungkan nama-nama besar di dalam satu album penuh. Semoga album dan lagu ini laris di pasaran Thai nanti
Sumber :Top 100 JOOX 2020, Top 100 JOOX 2019, Google Image
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://galaksiviral.blogspot.com/2021/04/lagu-popular-thailand-tahun-2021.html