Lagu Paling Popular Tahun 2001 Di Malaysia


GALAKSI VIRAL - Tahun 2001 masih  merupakan tahun kejayaan Diva Pop Siti Nurhaliza kerana memenangi banyak anugerah utama di dalam bidang seni pada tahun itu. Komposer Ajai pula merupakan komposer paling popular pada  tahun itu. Tahun ini juga menyaksikan irama muzik daripada Indonesia sudah menguasai pasaran muzik Malaysia seperti Sheila On 7, Dewa, Padi, Gigi, Anang & Krisdayanti, Potret dan Shadein. Kemunculan Dayang Nurfaizah dengan album kedua berjudul Seandainya Masih Ada Cinta juga memberikan saingat sengit kepada populariti Siti Nurhaliza pada tahun itu. Pada tahun ini juga merupakan tahun kemuncak populariti lagu Arab daripada Timur Tengah apabila lagu Arab kerap dimainkan di stesen televisyen dan radio seperti lagu Pascale Machaalani dan Amr Diab. Selain itu, buat pertama kalinya lagu irama Nasyid berjaya menjadi juara carta lagu arus perdana iaitu Carta Era melalui lagu kumpulan In Team yang berjudul  Kasih Kekasih. Jom kita tengok lagu manakah paling popular pada tahun 2001 di Malaysia.






TOP 12LAGU MALAYSIA PALING POPULAR TAHUN 2001

01. SEANDAINYA MASIH ADA CINTAArtis : Dayang Nurfaizah  Komposer : AjaiPenulis Lirik : Syed ENV
Album : Seandainya Masih Ada CintaTahun : 2000Catatan :Lagu ini adalah lagu Pop R&B Melayu paling popular di Malaysia tahun 2001. Kejayaan lagu ini merangkumi pelbagai anugerah baik kategori lagu terbaik dan lagu paling popular. Antara anugerah terbaik dimenangi ialah Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik 2002 dan Juara Kategori Balada Anugerah Juara Lagu 2001. Manakala untuk kategori popular ialah anugerah Lagu Paling Popular Serantau Anugerah Planet Muzik 2002, Anugerah Pilihan Hits Pendengar Radio Kuala Lumpur Malaysia dan Radio Muzik 2002, Juara Carta Muzik Muzik 2001 selama 11 minggu dan tempat keempat di dalam senarai lagu 100 Terhangat di Era 2001. Lagu ini adalah salah satu signature song Dayang Nurfaizah yang menjadi sangat popular dan kekal malar hijau sehingga kini,. 



02. PERCAYALAHArtis : Siti NurhalizaKomposer : AjaiPenulis Lirik : Siti Nurhaliza
Album : SafaTahun : 2001Catatan :
Lagu ini sangat popular tahun 2001 dan cukup diingati dengan keindahan serta kecantikan video muziknya  yang saban hari ditayangkan di saluran NTV7 ketika itu. Antara kejayaan lagu ini ialah memenangi anugerah kategori Lagu Pop Pilihan dan Video Muzik Pilihan di Anugerah ERA 2001 serta juara Carta Muzik Muzik 2001 selama 11 minggu. Lagu ini juga berjaya berada di kedudukan kedua dalam Carta 100 Terhangat di ERA 2001. 



03. PANDANG-PANDANG JELING-JELING(Adunan Semula)Artis : S.M. Salim feat Siti Nurhaliza Komposer : S. AtanPenulis Lirik : S.M Salim
Album : S.M. Salim & Malaysian Philharmonic Orchestra Perjalanan Seni Tahun : 2001Catatan :Lagu ini adalah lagu Irama Malaysia dan Lagu Kolaborasi Paling Popular di Malaysia tahun 2001. Pemilihan Siti Nurhaliza sebagai rakan duet lagu ini sememangnya pilihan tepat kerana keserasian nyanyian beliau bersama legenda muzik Malaysia Tan Sri SM Salim sangat merdu dan diminati ramai. Antara kejayaan lagu ini ialah memenangi anugerah kategori Lagu Etnik Pilihan dan Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan di Anugerah ERA 2001. Lagu ini berada di kedudukan ketiga di dalam Carta 100 Terhangat di ERA 2001.



04 . JESNITAArtis : Exists Komposer : Harun AhmadPenulis Lirik : Fauziah Hashim
Album : AdaTahun : 2001Catatan :
Lagu ini adalah lagu paling popular di radio ERA kerana berjaya menjadi juara Carta ERA 2001/2002 selama 13 minggu dan seterusnya memenangi Anugerah Carta ERA 2002. Lagu ini juga berada di kedudukan pertama di dalam Carta 100 Terhangat di ERA. 




05 . MENADAH GERIMISArtis : Ziana ZainKomposer : AzmeerPenulis Lirik : Azmeer
Album : Aku Cintakan MuTahun : 2001Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagu Pop Balada terbaik yang pernah diterbitkan di Malaysia. Melodi lagu yang indah, lirik yang sangat mendalam dan kemantapan vokal Ziana Zain mengalunkan lirik lagu menjadikan lagu ini sangat mahal dan hebat. Maka tidak hairanlah jika lagu ini berjaya memenangi Juara Kategori Balada Anugerah Juara Lagu 2002. Lagu ini juga berjaya menjadi juara Carta Muzik Muzik 2002 selama 12 minggu. Video muzik lagu ini juga sangat menarik dan disukai ramai




06 . RAIKAN CINTAArtis : M.NasirKomposer : M.NasirPenulis Lirik : M.Nasir
Album : Phoenix BangkitTahun : 2001Catatan :Lagu berirama World Music ini sememangnya sangat popular pada tahun 2001 dan merupakan salah satu karya terbaik Sifu Muzik Malaysia M.Nasir. Album lagu ini juga merupakan antara Album Terbaik tahun 2001 di Malaysia. 



07 . DEMI MASAArtis : RaihanKomposer : Abu BakarPenulis Lirik : Abu Bakar
Album : Demi MasaTahun : 2001Catatan :Lagu ini bukan sahaja popular di Malaysia tetapi juga di luar negara seperti Indonesia. Lagu ini pernah menjadi lagu latar di dalam salah satu sinetron di Indonesia dan ia mendapat sambutan hangat. Lagu ini juga merupakan salah satu karya terbaik Nasyid Malaysia yang pernah diterbitkan sehingga kini kerana melodi muziknya yang malar segar dan liriknya yang padu serta bermakna.





08 . INTIFADA

Artis : RabbaniKomposer : KRUPenulis Lirik : B.Nuri
Album : IntifadaTahun : 2000Catatan :
Lagu ini menyambung kehebatan lagu Rabbani yang terdahulu iaitu Pergi Tak Kembali dan secara tak langsung mewujudkan satu aliran irama nasyid baru iaitu nasyid versi Rabbani yang bermaksud lagu Nasyid berirama Dance Music. Lagu ini juga  merupakan salah satu lagu Nasyid generasi Millenium yang sangat popular sehingga kini. 



09 . MIMPI LAILAArtis : YasinKomposer : YasinPenulis Lirik : Yasin
Album : Mimpi LailaTahun : 2001Catatan :Lagu ini boleh dikatakan lagu perintis kepada fenomena lagu Pop Arab untuk era ini kerana berjaya membawa impak yang besar kepada industri muzik pada ketika itu. Antara kejayaan lagu ini ialah  berjaya memenangi Anugerah Kategori Etnik Kreatif dan Anugerah Utama Juara Lagu 2001




10 . CINTA GILA(Adunan Semula)Artis : Juliana BanosKomposer : Joseph Lowe Anthony / Alda BjorkPenulis Lirik : KrRU
Album : JunTahun : 2001Catatan :
Lagu berentak Dance Music ini sangat popular pada tahun 2001 dan lirik lagunya juga menjadi siulan peminat ketika itu. Populariti lagu ini juga mencerminkan senario muzik yang diversiti dan popular pada tahun 2001


11 . BIDADARIArtis : TycoKomposer : KRUPenulis Lirik : KRU
Album : TycoTahun : 2000Catatan :Kumpulan Tyco @ KRU ini sememangnya sangat kreatif di dalam mempelbagailkan produk muzik yang mereka pasarkan. Antaranya ialah kumpulan Tyco yang telah menjadi bintang animasi maya pertama di Malaysia. Lagu mereka yang paling popular ialah Bidadari yang berentak Dance Music.


\
12 . ANAK AYAM (FREAK TO THE BEAT)
(ADUNAN SEMULA)

Artis : Too Phat feat DamianKomposer : Malique / DamianPenulis Lirik : Too Phat
Album : Plan BTahun : 2000Catatan :
Lagu ini sangat popular kerana menjadi lagu perintis kepada lagu Hip Hop berbahasa Inggeris yang digabung bersama dengan melodi irama Melayu. Sampel muzik daripada lagu Sharifah Aini berjudul Kudaku Lari juga menambah perisa kepada keunikan lagu ini, Sebelum ini, irama muzik Hip Hop Irama Melayu sebegini pernah dibawa oleh penyanyi rap wanita Malaysia iaitu Nana Nurgaya pada tahun 1993. Namun usaha beliau mempopularkan muzik sedemikian hanya popular sementara sahaja. Namun, selepas lagu ini muncul, semakin banyak lagu Hip Hop yang bercitarasakan Irama Melayu mula wujud dan terus berevolusi sehingga kini. 


---------------------------------------------------------------------------------------------------

LAGU ASIA PALING  POPULAR  

SEPHIA(INDONESIA)Artis : Sheila On 7Komposer : ErossPenulis Lirik : ErossAlbum : Kisah Klasik Masa DepanTahun : 2000Catatan:Lagu Sephia adalah Lagu Asia Paling Popular pada tahun 2001. Lagu ini telah berjaya menjadi juara Carta Era selama 7 minggu. Saingan utama lagu ini adalah daripada lagu Arab Lebanon berjudul Nourel-sham hasil nyanyian Pascale Machaalani yang saban hari disiarkan di stesen TV Malaysia ketika itu

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
LAGU ANTARABANGSAPALING POPULAR DI MALAYSIA

IN THE END  (USA)Artis : Linkin ParkKomposer : Linkin ParkPenulis Lirik : Linkin ParkAlbum : Hybrid TheoryTahun : 2000Catatan:Kumpulan Rock Modern Linkin Park telah berjaya menjadi artis antarabangsa paling diminati oleh rakyat Malaysia kerana style muzik yang segar dan energetik. Lagu berkonsepkan Nu metal ini cukup berjaya menarik perhatian pendengar di sini dan menjadi juara Carta Album RIM Antarabangsa berminggu-minggu lamanya. Lagu ini juga menjadi signature songs bagi peminat Linkin Park di Asia. 






GALAKSI VIRALArkib Hiburan Malaysiahttps://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber : Google Image


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://galaksiviral.blogspot.com/2024/07/lagu-paling-popular-tahun-2001-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Tak Kan Popular Di Malaysia The Whirlwind Bawa Kisah Politik Kotor

Malaysia Tak Kan Popular Di Malaysia The Whirlwind Bawa Kisah Politik Kotor

papar berkaitan - pada 5/7/2024 - jumlah : 144 hits
Korea memang hebat menghasilkan drama bertemakan politik dan kenegaraan Artikel Berkaitan Terbaru Netflix memaparkan siri The Whirlwind di mana ia membawa kisah pertempuran besar antara Perdana Menteri yang ingin membunuh Presiden bagi meng...
Malaysia Bakal Keluarkan Pasport Tempoh Sah Laku 10 Tahun Kementerian Dalam Negeri

Malaysia Bakal Keluarkan Pasport Tempoh Sah Laku 10 Tahun Kementerian Dalam Negeri

papar berkaitan - pada 14/7/2024 - jumlah : 97 hits
Selepas kajian dijalankan Kementerian Dalam Negeri berkata Malaysia sudah bersedia untuk mengeluarkan pasport tempoh sah laku 10 tahun kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail Bagaimanapun tarikh pelaksanaannya akan diumumkan ke...
Kalendar Bermula Dan Berakhir Musim Durian Di Malaysia Setiap Tahun

Kalendar Bermula Dan Berakhir Musim Durian Di Malaysia Setiap Tahun

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 172 hits
Ada sebab durian dipanggil raja atau king dalam bahasa inggeris Jika terdapat jualan atau kedai menjual buah durian pasti akan berhenti walaupun tidak membelinya Kalendar Musim Durian Di MalaysiaMelepas rindu pun jadi Tidak kisah buah duria...
Pasangan Content Creator Popular Malaysia

Pasangan Content Creator Popular Malaysia

papar berkaitan - pada 21/7/2024 - jumlah : 84 hits
Menjadi pasangan content creator memerlukan komitmen masa yang banyak dan kadangkala ia boleh memberi tekanan kepada hubungan Dalam era digital ini content creator menjadi antara profesion yang paling diminati terutamanya dalam kalangan gen...
Fakta Kaan Enjin Tei Ge F110 129e Serta Tawaran Kepada Malaysia

Fakta Kaan Enjin Tei Ge F110 129e Serta Tawaran Kepada Malaysia

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 80 hits
AI KAAN TFX Milli Muharip U ak Sebelum itu sebagai perkongsian fakta KAAN dibina berteraskan 5th Gen dengan keupayaan Stealth multirole air superiority fighter ia bukan dibina secara gen 4 5 tetapi Gen ke 5 Desas desus Engine KAAN sebenarny...
Biasa La Malaysia

Biasa La Malaysia

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 75 hits
Ketika ramai berteka teki mengenai hala tuju Kim Pan gon selepas meninggalkan Harimau Malaya bekas pengendali negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan Ulsan Hyundai Lebih me...
Cipta Sejarah 4 Kru Kabin Malaysia Airlines Jadi Yang Pertama Dari Komuniti Orang Asli

Cipta Sejarah 4 Kru Kabin Malaysia Airlines Jadi Yang Pertama Dari Komuniti Orang Asli

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 137 hits
Melalui laporan The Star empat kru kabin Orang Asli telah mencipta sejarah selepas buat pertama kalinya menjadi graduan dari akademi latihan Malaysia Airlines tahun ini Empat individu itu adalah Amyisha Nurshahira Rosman dari Suku Jakun Sar...
10 Perbandingan Harga Kereta Mengikut Negara Malaysia Yang Mengejutkan

10 Perbandingan Harga Kereta Mengikut Negara Malaysia Yang Mengejutkan

papar berkaitan - pada 15/7/2024 - jumlah : 164 hits
10 Perbandingan Harga Kereta Mengikut Negara Malaysia yang Mengejutkan 6 Perbandingan Harga Kereta Mengikut Negara Malaysia yang Mengejutkan Harga kereta adalah salah satu faktor penting yang dipertimbangkan oleh pembeli sebelum membuat kep...
Standard Guru Malaysia 2 0 Panduan Muat Turun

Standard Guru Malaysia 2 0 Panduan Muat Turun

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 138 hits
Standard Guru Malaysia merupakan sebuah dokumen yang menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompeten...
Optimizing Gold Trading With The Moving Average Convergence Divergence Indicator

Walkie Talkie Serangan Teknologi Baru Pbb Israel As Kalah

Aeon Mall Bukit Tinggi Klang Meriah Dengan Pameran Transformers One

Investment Grade 5 Lots From Bonhams 2024 Autumn Stafford Sale

Bufet Hari Ahad Dengan Harga Bawah Rm100 Di Hotel Lima Bintang Parkroyal Collection Kuala Lumpur

Apa Maknanya Jika Mengalami Kencing Berbuih

Menu Dinner Pak Zain Discharged

Ulangtahun Kelahiran Dak Kakak Dan Gerakan Reformasi


echo '';
10 Fakta Biodata Ustaz Wadi Annuar Wadi Anuar Termasuk Kisah Kahwin Bercerai Dan Bekas Isteri

Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Khasiat Jus Tembikai Rahsia Awet Muda Dan Ceria Sepanjang Hari

Resepi Mooncake Halal

Spinning The Wheel Of Fortune A Deep Dive Into Online Roulette Strategies

Penyelewengan Akidah Pemimpin Gisb Dakwa Mampu Hubungi Nabi Dalam Sedar Bekas Ahli

Gadis Diarah Tanggal Pakaian Sebagai Bukti Bukan Lelaki

Perlis Issues Fatwa First State To Declare Gisbh A Deviant Group