Ramli Sarip 12 Lagu Paling Popular Sepanjang Zaman
GALAKSI VIRAL - Raja Rock Malaysia/Singapura atau Papa Rock Malaysia/Singapura ini adalah perintis kepada penyanyi solo Rock di Malaysia yang lain untuk berjaya seperti Rahim Maarof, Ella, Dato' Hattan, Nash, Amy Search dan Dato' Awie. Beliau adalah Ikon Muzik dan Legenda Muzik Nusantara yang tiada tolok bandingannya. Selain album Rock, beliau juga pernah menerbitkan album di dalam genre muzik yang lain seperti album Syair Timur (World Music) dan Kalam Kesturi (Pop Etnik). Malah, beliau juga pernah berduet dengan kumpulan Rock Hip Hop Malaysia iaitu Pop Shuvit untuk lagu Slip Away/Masih Ada Cahaya pada tahun 2003. Ini jelas beliau adalah penyanyi versatile dan penghibur yang berbakat besar.
BIODATA RINGKAS RAMLI SARIP
Nama Penuh : Ramli bin SaripTarikh Lahir : 15 Oktober 1952Umur : 67 tahunTempat Lahir : SingapuraTahun Aktif : 1964 - kiniAlbum Studio : 81985 - Ramli Sarip1986 - Bukan Kerana Nama1987 - Perjalanan Hidup1988 - Istilah1989 - Warisan1991 - Rentak Hidup1997 - Syair Timur2002 - Kalam KesturiLain-Lain Album1989 - Seni Dan Suara1990 - Ihsan (Khadijah Ibrahim)1991 - Fanatisme (Lefthanded)1992 - Lagu Zaman (Khadijah Ibrahim, SM Salim, Rosiah Chik)1994 - Ziarah Seni1998 - AliveAntara Pencapaian Utama :2006 - AF - Pengetua2013 - Melaka - Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) (Kehormat) - Datuk2018 - Asia Pacific Brand Foundation - The Brandlaurette Brand Icon Leadership Award
RAMLI SARIP : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
01. JIKALAU BERKASIH
Komposer : Ramli Sarip
Penulis Lirik : S.Amin Shahab
Album : Ramli Sarip
Tahun : 1985
Catatan : Lagu ini adalah lagu pertama yang menjenamakan semula nama Datuk Ramli Sarip sebagai penyanyi solo Rock dan bukannya lagi penyanyi utama kumpulan Sweet Charity. Lagu ini sangat popular pada tahu 1985 dan album beliau mendapat maklum balas positif daripada peminat seni tempatan
Video Lagu Jikalau Berkasih
02. PANAH BERACUNKomposer : Suhaimie Roa
Penulis Lirik : Suhaimie Roa
Album : Ramli Sarip
Tahun : 1985
Catatan : Lagu Rock ini di antara salah satu lagu Rock paling popular tahun 1985. Lagu ini juga kerap di bawakan oleh Datuk Ramli Sarip di dalam kebanyakan konsert beliau.
Video Lagu Panah Beracun
03. BUKAN KERANA NAMA feat A.ROMZI
Komposer : Bakri JohariPenulis Lirik : Bakri Johari
Album : Bukan Kerana Nama
Tahun : 1986
Catatan : Lagu ini adalah antara lagu mega hits daripada projek album solo Datuk Ramli Sarip. Lagu yang dinyanyikan secara duet dengan penyanyi era 1960 an ini dipuji kerana kehebatan lirik lagunya yang sangat bagus dan melodi lagunya yang berkualiti tinggi. Lagu ini adalah di antara lagu paling popular dan terbaik di era 1980 an.
Video Lagu Bukan Kerana Nama
04. KAU YANG SATU
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : OST Tsu Feh Sofiah
Tahun : 1986
Catatan : Lagu ini adalah lagu tema filem Tsu Feh Sofiah. Lagu yang berlirikkan tema ketuhanan ini sangat popular pada tahun itu dan antara karya terbaik pernah diterbitkan di Malaysia pada era 1980 an
Video Lagu Kau Yang Satu
05. KU MILIKI BAYANGANMU
Komposer : Noorshah M Salleh Khan
Penulis Lirik : Noorshah M Salleh Khan
Album : Perjalanan Hidup
Tahun : 1987
Catatan : Lagu ini adalah lagu kolaborasi pertama di antara Datuk Ramli Sarip dan Dato' Khadijah di dalam satu lagu. Kejayaan lagu ini telah membawa mereka untuk meneruskan projek duet ini di dalam album Khadijah Ibrahim pada tahun 1988 dan lahirlah lagu fenomena hebat berjudul Doa Buat Kekasih.
Video Lagu Ku Miliki Bayanganmu
06. ISTILAH BERCINTA
Komposer : Ramli Sarip
Penulis Lirik : N.Nizar
Album : Aku
Tahun : 1988
Catatan : Lagu Slow Rock ini sememangnya antara karya terbaik daripada Datuk Ramli Sarip. Jika lagu ini didengar di waktu malam, pasti kita akan berasa diri di bawa ke era muzik 1980 an. Lagu ini adalah salah satu lagu paling popular tahun 1988.
Video Lagu Istilah Cinta
07. DOA BUAT KEKASIH feat KHADIJAH IBRAHIM
Komposer : Jay Jay
Penulis Lirik : Jay Jay
Album : 88 Khadijah Ibrahim
Tahun : 1988
Catatan : Tahun 1988 adalah tahun kebangkitan lagu duet mega hits paling popular untuk era 1980 an. Pada tahun ini terdapat tiga lagu duet mega hits diterbitkan iaitu lagu Kita Insan Biasa (Dayangku Intan & Jay Jay), Kehebatan Cinta (Francisca Peter & Jamal Abdillah) dan Doa Buat Kekasih (Ramli Sarip & Khadijah Ibrahim). Intro lagu ini yang seakan lagu Bollywood dan pengaruh muzik Pop Melayu yang kuat di dalam lagu ini menjadikannya ia disukai ramai dan muncul sebagai salah satu lagu duet paling berjaya sepanjang zaman di Malaysia. Lagu duet ini adalah lagu duet kedua daripada mereka berdua.
08. SENANDUNG HIDUP BERBUDI feat JAY JAY
Komposer : Ramli Sarip
Penulis Lirik : Bob
Album : Ihsan bersama Khadijah Ibrahim
Tahun : 1990
Catatan : Lagu irama Tradisional ini sangat popular kerana mengabungkan dua nama besar dalam industri hiburan tempatan iaitu Datuk Ramli Sarip dan Jay Jay. Keserasian vokal di dalam lagu ini menjadikan lagu Tradisional ini sangat istimewa dan disukai ramai.
Video Lagu Senandung Hidup Berbudi
09. LAGU ZAMAN feat SM SALIM
Komposer : Ramli Sarip
Penulis Lirik : Bob
Album : Lagu Zaman
Tahun : 1992
Catatan : Apabila Raja Rock bergabung dengan Raja Irama Malaysia di dalam satu lagu, hasilnya pasti kababooom. Inilah yang terjadi apabila lagu berjudul Lagu Zaman berjaya menjadi salah satu lagu irama Tradisional yang sangat popular di awal era 1990 an dan diminati ramai. Kolaborasi vokal yang serasi di antara mereka berdua telah menunjukkan betapa hebatnya bakat dan kredibiliti mereka di dalam melagukan lagu irama sebegini.
Video Lagu Zaman
10. TEMASYA DESA GEMALAI
Komposer : Khair Yasin
Penulis Lirik : Khair Yasin
Album : Rentak Hidup
Tahun : 1991
Catatan : Awal era 1990 an sememangnya amat cukup terkenal dengan kebangkitan irama Nusantara dan Tradisional Fusion di mana perintisnya ialah Dato' M.Nasir, Sheqal dan Datuk Ramli Sarip sendiri. Contohnya seperti lagu Temasya Desa Gemalai ini di mana ianya adalah gabungan irama Tradisional yang ada elemen irama lagu etnik Jawa dan ianya dinyanyikan dalam gaya Rock. Ternyata eksperimen lagu ini berjaya apabila ianya menjadi sangat popular dan diminati ramai
Video Lagu Temasya Desa Gemalai
11. SYAIR LAILA MAJNUN
Komposer : Ramli Sarip
Penulis Lirik : Loloq
Album : Syair Timur
Tahun : 1997
Catatan : Lagu yang berentak World Music ini adalah lagu yang sangat berat dari segi muziknya dan juga lirik lagunya. Rasanya album ini adalah album paling kompleks dan berat daripada Datuk Ramli Sarip dari sudut pengisiannya yang banyak menjurus ke arah ilmu ketuhanan dan pengajaran. Malah lagu Syair Laila Majnun adalah salah satu lagu yang sukar dinyanyikan oleh penyanyi lain kerana memerlukan stamina vokal yang mantap dan jitu
Video Lagu Syair Laila Majnun
12. NYANYIAN SERAMBI
Komposer : Ramli Sarip
Penulis Lirik : Ramli Sarip
Album : Kalam Kesturi
Tahun : 2002
Catatan : Lagu berrentak Irama Malaysia ini sangat mendamaikan dan merupakan antara lagu Irama Malaysia terbaik pernah diterbitkan. Album ini pernah dicalonkan di dalam kategori Album Pop Etnik di Anugerah Industri Muzik 2003.
Video Lagu Nyanyian Serambi
Album Studio Ramli Sarip
GALAKSI VIRALBlog Hiburan Informasi Kababoomhttps://galaksiviral.blogspot.my/
Sumber :Google Image, Youtube Channel, jambubatu.online
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://galaksiviral.blogspot.com/2020/08/ramli-sarip-12-lagu-paling-popular.html