Lagu Paling Popular Tahun 1992 Di Malaysia


GALAKSI VIRAL - Tahun 1992 masih merupakan tahun kegemilangan  Ratu Rock Ella kerana album beliau berjudul 30110 menjadi album paling laris tahun 1992. Anggaran jualan album ini ialah lebih 300,000 unit. Oleh itu, secara tidak rasmi, ianya turut mengesahkan populariti Ella sebagai Penyanyi Paling Popular  tahun1992.  Untuk Penyanyi Lelaki Paling Popular pula jatuh kepada Nash dan Kumpulan Paling Popular ialah Fotograf. Artis Baru Paling Popular tahun 1992 ialah kumpulan 4U2C. Komposer paling popular pada tahun ini ialah Fauzi Marzuki. Tahun ini juga merupakan tahun permulaan populariti irama Rap/Hip Hop di Malaysia apabila kumpulan 4U2C meletop dengan lagu Fiona. Selain itu, kemunculan Sandy Suzukii iaitu penyanyi Jepun  yang menyanyikan semula lagu klasik Melayu seperti Ikan Kekek dan Lengang Kangkong dalam versi Remix telah membawa satu perubahan baru dalam dunia muzik Malaysia. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila banyak lagu Irama Malaysia yang mula digabungkan dengan muzik  lain sehingga wujudnya irama Pop Etnik Fusion seperti lagu Monolog Duka Noraniza Idris, Yang Remeh Temeh Pak Pandir, Siti Payong Liza Aziz, Khazanah Malaya Ayati Tasrip dan banyak lagi. Jom kita lihat lagu manakah yang dinobatkan sebagai Lagu Paling Popular Tahun 1992 di Malaysia. 





TOP 12LAGU MALAYSIA  PALING POPULARTAHUN 1992
01. ALAM FANA CINTAMU
Artis : Fotograf
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : Zur' Ain
Album : Fotograf  92
Tahun  : 1992
Catatan :
Lagu ini adalah lagu paling popular di Malaysia tahun 1992. Tahun ini juga kemuncak kejayaan di dalam karier kumpulan Fotograf. Antara kejayaan yang diperolehi ialah menjadi Juara kategori Rock di Anugerah Juara Lagu 1992, Lagu Paling Popular Radio (kumpulan) Pujaan Nescafe 10 1992 dan Kumpulan Paling Popular di Anugerah Bintang Popular. Lagu ini juga pernah memegang rekod paling lama No.1 di dalam Carta Muzik Muzik 1992 iaitu selama 15 minggu tidak berturutan iaitu daripada tahun 1992 hingga 1994 dan berada di dalam carta selama 23 minggu. Jualan album mereka pada tahun itu ialah sebanyak 40,000 unit sahaja.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU

02. KEKASIH AWAL DAN AKHIR
Artis : Jamal Abdillah
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : Lukhman.S
Album : Jamal
Tahun  : 1991
Catatan :
Lagu ini boleh dikatakan lagu Balada paling popular daripada Raja Pop Jamal Abdillah kerana populariti lagu ini yang bertahan lama dan menjadi malar segar sehingga kini. Lagu ciptaan komposer legenda Fauzi Marzuki ini juga telah berjaya memenangi Lagu Paling Popular Radio (solo) dan Persembahan Terbaik (solo) di pertandingan akhir Konsert Pujaan 10 Nescafe 1992. Lagu ini juga pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 1992 selama 7 minggu berturut-turut dan berada di dalam carta selama 17 minggu. Selain itu, lagu ini juga berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1992 di dalam kategori Pop Kreatif
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU

03. PADA SYURGA DI WAJAHMU
Artis : Nash
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : Bob Lokman
Album : Nash
Tahun  : 1992
Catatan :
Satu lagi karya mantap daripada komposer legenda Fauzi Marzuki apabila lagu nyanyian Nash telah berjaya menjadi Juara kategori Pop Kreatif dan Anugerah Juara Lagu tahun 1992. Berikutan impak populariti lagu ini juga, secara tidak langsung telah memberikan  kemenangan berganda kepada Nash apabila berjaya memenangi  undian anugerah Penyanyi Lelaki Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 1992. Lagu ini juga pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 1992 selama 3 minggu dan berada di dalam carta selama 19 minggu.
 KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU

04. MADAH BERHELAH
Artis : Ziana Zain
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Saari Amri
Album : Madah Berhelah
Tahun  : 1991
Catatan :
Lagu signature Ratu Pop Ziana Zain ini adalah salah satu lagu paling kerap dinyanyikan di dalam pertandingan nyanyian di negara kita walaupun kita semua sedia maklum lagu ini sebenarnya antara lagu yang sukar dinyanyikan kerana memerlukan stamina vokal yang sangat mantap dan nada tinggi yang jitu. Selain itu., lagu ini juga berjaya membuktikan yang Ziana adalah Ratu Pop in the making kerana kelainan vokal beliau dan gaya nyanyian beliau yang unik. Antara teknik vokal beliau yang kerap dipuji ialah sebutan nyanyian Ziana sangat jelas/bulat dan teknik  vibrato yang dinamik serta sedap didengar. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1992 ialah No.2 sebanyak sekali dan berada di dalam carta selama 14 minggu. Jualan album ini pada tahun ini ialah sebanyak 40,000 unit.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU

05. SATU
Artis : SM Salim feat Zainal Abidin
Komposer : Roslan Aziz
Penulis Lirik : Nizam & Zainal Abidin
Album : 1
Tahun : 1992
Catatan :
Tiada siapa yang akan menjangka Raja Irama Malaysia SM Salim akan berduet dengan Raja Pop Etnik Zainal Abidin  di dalam satu lagu dan lagu itu juga dinamakan dengan judul Satu. Lagu unik dan kreatif ini sememangnya menarik perhatian ramai peminat seni hiburan dan boleh dikatakan lagu ini adalah salah satu  karya lagu Etnik Malaysia yang terbaik dan malar segar sehingga kini. KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU



06. FIONA
Artis : 4U2C
Komposer : Joe
Penulis Lirik : Joe
Album : 4U2C
Tahun  : 1992
Catatan :
Selepas kemunculan kumpulan pertama Rap/Hip Hop Malaysia iaitu Krash Kozz dengan mini album mereka pada tahun 1990, kemuncak kegemilangan irama ini terus meletop dengan kehadiran kumpulan 4U2C pada tahun 1992. Lagu Fiona telah berjaya menarik perhatian para peminat pada tahun itu kerana kelainan muzik yang ditampilkan. Malah, yang menariknya lagu ini juga pernah dirakam semula dalam Bahasa Inggeris oleh kumpulan Krash Kozz pada tahun 1993 melalui album debut pertama mereka. Album mereka ini telah terjual 70,000 unit
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU
GALAKSI VIRALBlog Hiburan Informasi Kababoomhttps://galaksiviral.blogspot.my/
07. UNTUKMU IBU
Artis : Exist
Komposer : Rahim Othman
Penulis Lirik : Megat Ismail Ibrahim
Album : Exist
Tahun : 1991
Catatan :
Suara merdu Mamat Exist dalam melagukan lagu ini telah berjaya mencairkan kepada sesiapa sahaja mendengarnya. Lagu ini bukan sahaja berjaya menarik perhatian peminat dewasa, malah peminat kanak-kanak juga meminati kumpulan ini kerana mesej lagu ini  yang universal. Antara kejayaan lagu ini ialah berjaya ke peringkat akhir Kategori Pop Kreatif Anugerah Juara Lagu 1992. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1992 ialah No.2 dan berada di dalam carta selama 11 minggu. Jualan album mereka pada tahun ini ialah 250,000 unit.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU

08. SEMBILU
Artis : Ella
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Saari Amri
Album : 30110
Tahun  : 1992
Catatan :
Album ini memegang rekod album paling pantas terjual lebih 100,000 unit di dalam masa seminggu di Malaysia. Album ini juga merupakan salah satu album Ella yang banyak killer hits kerana  kesemua lagu album ini popular dan diminati ramai peminat. Namun, lagu paling popular di dalam album ialah Sembilu, Layar Impian dan Kitalah Bintang. Lagu Sembilu boleh dikatakan antara karya terbaik daripada komposer legenda Saari Amri. Album ini juga boleh dikatakan album paling laris tahun 1992 iaitu dengan anggaran jualan album lebih 300,000 unit.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU

09. GEMURUH
Artis : Search & Wings
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Loloq
Album : Double Trouble
Tahun  : 1992
Catatan : 
Gabungan dua gergasi kumpulan Rock Malaysia untuk tampil di dalam album Double Trouble jelas membawa kejayaan kepada kedua-dua kumpulan apabila lagu Gemuruh muncul antara lagu Rock Malaysia yang sangat popular dan terbaik di dalam sejarah muzik Rock Malaysia. Kemantapan vokal Awie dan Amy Search menjadikan lagu ini sangat mahal dan epik. Ianya seolah-olah seperti gabungan dua  kumpulan mega stars iaitu Queen dan The Rolling Stones di dalam satu lagu yang epik. Jualan album ini ialah 180,000 unit. KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


10. GUBAHAN RINDU PUISI SYAHDU
Artis : Fauziah Latiff
Komposer : Adnan Abu Hassan
Penulis Lirik : Fauziah Latiff
Album : Gubahan Rindu Puisi Syahdu
Catatan :
Ratu Pop Fauziah Latiff adalah di antara segelintir artis di Malaysia yang mempunyai lagu killer hits hampir setiap tahun iaitu bermula daripada tahun debut album beliau pada tahun  1988 sehinggalah tahun 1992. Lagu ini boleh dikatakan antara lagu nada tinggi Fauziah Latiff yang agak sukar dinyanyikan oleh penyanyi lain. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1992 ialah No.1 sebanyak sekali dan berada di dalam carta selama 15 minggu. Lagu ini juga berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1992.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU

11. MAHLIGAI SHAHDU
Artis : Hattan
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Antem
Tahun  : 1992
Catatan :
Lagu ini adalah lagu Hattan yang paling popular dan antara lagu yang paling kerap dinyanyikan semula oleh penyanyi lain samada untuk pertandingan nyanyian atau rakaman semula di dalam album. Lagu ini juga telah mengesahkan status Hattan sebagai salah seorang Raja Rock Malaysia yang disegani dan seangkatan dengan Raja Rock yang lain seperti Amy Search, Awie, Saleem dan Nash pada tahun itu. Lagu ini pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 1992 selama 6 minggu dan berada di dalam carta selama 10 minggu. Selain itu, lagu ini berjaya ke peringkat akhir kategori Rock di Anugerah Juara Lagu 1992.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


12. YANG REMEH TEMEH
Artis : Pak Pandir
Komposer : Pak Pandir
Penulis Lirik : Pak Pandir
Album : Pak Pandir
Tahun :  1992
Catatan :
Lagu ini antara lagu perintis kepada permulaan kegemilangan Irama Malaysia +  Pop Kreatif  kerana tahun ini ramai yang cuba membuat irama muzik kreatif dengan mengabungkan pelbagai irama etnik dengan muzik lain agar nampak muzik unik dan ke depan. Lagu Yang Remeh Temeh adalah salah satu lagu Irama Malaysia moden yang sangat popular pada tahun itu dan juga turut telah berjaya menjadi Juara Kategori Irama Malaysia Anugerah Juara Lagu 1992. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1992 ialah di No.5 dan berada di dalam carta selama 2 minggu sahaja.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU

-------------------------------------------------------------------------------------------


LAGU ASIAPALING POPULAR DI MALAYSIA
JANGAN PISAHKAN 
(INDONESIA)
Artis : Deddy Dores & Mayank Sari
Komposer : Dandang S.Manaf
Penulis Lirik : Dandang S.Manaf
Album : Jangan Pisahkan
Tahun  : 1991
Catatan :
Deddy Dores adalah ikon muzik Slow Rock era 1990 an di Indonesia. Antara lagu beliau yang meletop di Malaysia ialah lagu Jangan Pisahkan di mana beliau berduet dengan Mayank Sari. Lagu ini merupakan salah satu lagu Indonesia paling popular di Malaysia pada era 1990 an. Lagu ini juga pernah dinyanyikan semula oleh penyanyi Malaysia iaitu kumpulan Phyne Ballarze tahun 2003 dan kolaborasi beliau dengan Ratu Pop Siti Nordiana pada tahun 2006.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU
------------------------------------------------------------------------------------------------------

LAGU ANTARABANGSA 
PALING POPULAR DI MALAYSIA


BLACK OR WHITE 
(AMERIKA SYARIKAT)
Artis : Michael Jackson
Komposer : Michael Jackson / Bill Bottrell
Penulis Lirik : Michael Jackson / Bill Bottrell
Album : Dangerous
Tahun  : 1991
Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagu paling popular daripada Raja Pop Dunia, Michael Jackson di dalam sepanjang karier beliau. Video muzik beliau yang memaparkan wajah pelbagai jenis etnik manusia  ini  telah berjaya menawan hati peminat beliau di seluruh dunia. Lagu ini juga telah dinobatkan sebagai lagu paling popular di seluruh dunia pada tahun 1992. Antara rekod kejayaan lagu ini yang lain ialah Michael Jackson menjadi artis pertama di dunia yang mempunyai lagu hits No.1 untuk era dekad 1970 an, 1980 an dan 1990 an dan juga merupakan satu-satunya lagu yang diiktiraf sebagai Billboard No.1 Worldwide Single.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU

GALAKSI VIRALBlog Hiburan Informasi Kababoomhttps://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber : Google Image, Youtube Channel,Jualan Album Double Trouble





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://galaksiviral.blogspot.com/2020/06/lagu-paling-popular-tahun-1992-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
26 Menu Hari Raya Paling Popular Di Malaysia

26 Menu Hari Raya Paling Popular Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 570 hits
26 Menu Hari Raya Paling Popular di Malaysia Hari Raya kian menjelang tiba Saban tahun umat Islam akan meraikan dua perayaan utama iaitu Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Raya Aidiladha Bagi memeriahkan suasana hari raya ini pelbagai juada...
Lagu Raya Baru Paling Popular Era 2010 An

Lagu Raya Baru Paling Popular Era 2010 An

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 432 hits
GALAKSI VIRAL Setiap dekad pasti ada lagu Raya yang akan menjadi evergreen dan popular untuk jangka masa yang sangat lama di kalangan rakyat Malaysia Ianya adalah kerana lagu Raya berkenaan mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi dan d...
10 Jenis Baka Durian Paling Popular Digilai Ramai Di Malaysia

10 Jenis Baka Durian Paling Popular Digilai Ramai Di Malaysia

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 577 hits
Bila tiba musim durian pasti banyak gerai dan warung jual buah durian yang tumbuh bagaikan cendawan di tepi tepi jalan Musim durian ini sememangnya dinanti peminat peminat durian yang akan berpusu untuk beli raja buah ini untuk di bawa pula...
10 Tagar Paling Popular Di Facebook Dan Instagram Sepanjang Aidilfitri Tahun Ini

10 Tagar Paling Popular Di Facebook Dan Instagram Sepanjang Aidilfitri Tahun Ini

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 362 hits
Meskipun tradisi sambutan perayaan Aidilfitri kali ini terasa sedikit berbeza namun ianya tetap disambut dengan penuh keceriaan Masing masing dilihat tidak ketinggalan berkongsi pengalaman beraya dan memberi ucapan raya dengan pelbagai kete...
Keputusan Malaysia Menghantar Jemaah Haji Tahun Ini Diketahui Khamis Ini

Keputusan Malaysia Menghantar Jemaah Haji Tahun Ini Diketahui Khamis Ini

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 277 hits
Noor Atiqah SulaimanKEPUTUSAN sama ada Malaysia akan menghantar jemaahnya bagi menunaikan haji pada tahun ini akan diketahui pada Khamis ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata selain isu haji ...
Lagu Hari Raya Irama Hindi Sangat Unik Kumpulan Unique Arts Culture Heritage Malaysia

Lagu Hari Raya Irama Hindi Sangat Unik Kumpulan Unique Arts Culture Heritage Malaysia

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 695 hits
Video lagu Hari Raya yang dipersembahkan oleh Unique Arts Culture Heritage Malaysia yang dianggotai kaum Sikh begitu indah dan amat mempesona Video yang dipos dari FB Mr Jega Murugan Muthu menyanyikan lagu Selamat Hari Raya begitu menarik s...
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Tahun 2020 1441h Seluruh Malaysia

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Tahun 2020 1441h Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 456 hits
Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 2020 1441H Seluruh MalaysiaJadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2020 1441H telah dikeluarkan melalui laman rasmi Jakim Jadual waktu atau takwim berbuka puasa dan imsak untuk tahun 2020 1441 lengkap...
Pelajar Melayu Di Jepun Ni Bagi 25 Sebab Sbb Dia Takmo Blk Malaysia 19 Paling Kelakar

Pelajar Melayu Di Jepun Ni Bagi 25 Sebab Sbb Dia Takmo Blk Malaysia 19 Paling Kelakar

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 1239 hits
Terkadang ada kenalan bertanya nak duk Jepun sampai bila Apa plan lepas grad Nak kerja dekat mana Baliklah cepat bila aku jawab taknak balik Malaysia nak stay Jepun lama sebab sini best ramai yg suka menyindir aku lupa daratan tak rindu kel...
Ebit Lew Berhasrat Buka 10 Pasaraya Paling Murah Di Malaysia

Ebit Lew Berhasrat Buka 10 Pasaraya Paling Murah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 528 hits
Bila sebut tentang seseorang yang suka hulurkan bantuan tanpa mengira penat pasti kita akan terbayang seorang pendakwah bebas bernama Ebit Lew Rakyat Malaysia amat menyokong dan menyenangi apa yang dilakukan oleh Ebit Lew walaupun menghadap...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Gugurnya Dosa Waktu Solat



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Hawthorn Hood House By Bent Architecture In Victoria Australia

Clear Air Over Najib S Supplementary Order Anwar And Ag Told

De Fam S Popular Local Raya Tune Alamak Raya Lagi Finds Its Way To Nippon Via Social Media

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Tips For Achieving Your Saving Goals

Gunung Ruang Meletus Ini Senarai Penerbangan Mas Airasia Yang Dibatalkan