Lagu Empat Dara Trending Sebab Kak Lina Pom Pom
Peminat Kampung People 2 sekalian, masih ingatkah lagi scene Kak Lina Pom Pom a.k.a Mona tengah vacuum rumah dan nyanyi lagu 4 dara tu?
Empat Dara Duduk Di Tepi SungaiDuduk Menjerat Si Ketamlah BatuHaaa masukkk..
Kemudian, bonda Mona (lakonan Adibah Noor) sambung lagu 4 dara versi Adibah Noor. Kalau tak ingat boleh tonton Kampung People 2 Episod 6 ye.
Kredit : kertaspapel
Kenapa trending dan viral? Kak Lina Pom Pom upload video menyanyikan lagu tradisional Empat Dara dengan gaya bersahaja di instagram
Gaya Kak Lina nyanyi dengan muka tanpa perasaan boleh cecah 1 juta view dan berpuluh ribu komen. Dengan itu, Kak Lina pun buatlah #4darachallenge. Maka ramailah yang join menyanyi macam Kak Lina
Ada yang sebijik tiru fesyen tudung Kak Lina. Artis pun tak ketinggalan join sama. So far, versi Kak Lina Pom Pom paling win. Tak ada siapa boleh challenge
Penyanyi Asal Lagu Empat DaraLagu ciptaan asal oleh Atan Penambang/ Ahmad Yusoh dan lirik oleh Ahmad Yusoh sendiri. Pernah dirakamkan oleh Ahmah Yusoh sendiri. Lagu ini biasa dinyanyikan oleh penyanyi Ghazal dan pop. Rentak muziknya yang catchy membuatkan ianya sedap di dengar. Lagu Empat Dara pernah dinyanyikan semula oleh Noranizah Idris, Allahyarham Datuk Sharifah Aini. S. Roziah, Fadzil Ahmad, Faizal Tahir dan ramai lagi
Lagu Empat Dara Duduk Di Tepi SungaiLagu ini mengisahkan empat orang anak dara. Lokasinya di tepi sungai dan Kuala Sungai di bandar Muar. Pencipta lagu dan penulis lirik dikatakan ketika itu sedang bekerja di Syarikat Feri Penambang Muar, maka tercetuslah melodi lagu empat dara ni
Pada zaman itu, Ahmad Yusoh juga merupakan jejaka yang tampan dan kacak yang digilai ramai anak dara. Apatah lagi berstatus artis, penyanyi, pemuzik dan pelakon bangsawan
Dari pengalaman beliau, tercetuslah juga keresahan mencari pasangan hidup kerana terlalu ramai yang memuja dan perlu dipilih yang terbaik
Maksud bait-bait pantun lagu Empat Dara.Empat Dara Duduk DiTepi SungaiDuduk Menjerat Seketamlah Batu
Ketika itu, sungar Muar kalau airnya surut akan kelihatan banyak hidupan laut seperti ketam, kupang, tiram, kerang, udang galah, belangkas dan lain-lain. Beliau berkias apa yang sedang dilakukan oleh empat orang gadis (anak dara) dulu-dulu di Muar.
Baik Budi Eloklah PerangaiSukar Dipilih Yang Manalah SatuNak memilih pasangan yang terbaik memanglah sukar. Mana tahu disebalik wajah yang cantik, ada budi pekerti yang elok
Empat Dara Berpakaian SedondonBerbaju Putih Berkainlah BiruPandai Mengarang Seloka Dan PantunSekali Pandang Rasa Tak Jemu
Apa yang diharapkan, lirik lagu empat dara ni boleh menjadi ikutan gadis melayu sekarang yang masih mempunyai ciri ciri kemelayuan dengan sifat sopan santun dan baik budi pekerti
Begitulah ceritanya dari apa yang Fiza baca di blog MatGodak. Orang lama-lama tahulah lagu ni kan
Lirik Lagu Empat DaraEmpat dara duduk di tepi sungaiDuduk menjerat si ketamlah batuManis rupa hai elok perangaiSukar dipilih yang manalah satu
Empat dara berpakaian sedondonBerbaju putih berkainlah biruPandai mengarang seloka dan pantunHitam manis hai pandanglah tak jemu
Empat dara duduk di tepi sungaiDuduk menjerat si ketamlah batuManis rupa hai elok perangaiSukar dipilih yang manalahsSatu
Empat dara hai denganlah lagaknyaBersiar-siar sekeliling kotaSekali pandang senyuman manisnyaTak mungkin lupasepanjanglah masa
FOUR MAIDENSFour maidens sitting by the river,Catching mudcrabs,Sweet looking and well mannered,Hard to pick who shines out among them,
Four Maidens wearing matching dresses,White blouse and blue sarong,Very skilful at writing songs and rhymes,Brown skin sweeties, your eyes won't get tired of
Lirik dan pantun orang dulu-dulu penuh dengan kiasan. Banyak maksud tersirat dia. Cuma sekarang dah banyak kosa kata lama tidak digunakan akibat peredaran zaman
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/10/lagu-empat-dara-trending-sebab-kak-lina.html