Lagi Tular Video Geng Basikal Lajak Beraksi Di Lebuh Raya Ibu Bapa Boleh Didakwa Dan Didenda


Semalam tular sebuah video yang memaparkan aksi beberapa orang kanak-kanak berbasikal lajak di lebuh raya dan menurut laporan, kesemua mereka yang berusia antara sembilan dan 15 tahun itu telah pun ditahan pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata bahawa mereka ditahan setelah aksi tunggangan berbahaya itu dikesan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kajang semasa menjalankan Op Basikal Lajak.
“Kebanyakan basikal dinaiki tidak mempunyai spesifikasi sebuah basikal yang selamat untuk ditunggang dan telah diubah suai,”
Mana-mana individu yang didapati terlibat dengan kesalahan berkaitan basikal lajak termasuk melakukan aksi yang mengancam nyawa dan pengguna jalan raya yang lain, boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN166/59) dan denda maksimum RM2,000.
Terbaru, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Supt Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata sekiranya pesalah masih lagi di bawah umur, Ibu bapa juga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu pengabaian penjagaan kanak kanak dan boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM20,000 dan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun.
“Kita tidak mahu kes-kes melibatkan basikal lajak ini sehingga meragut nyawa berulang lagi. Adalah diingatkan bahawa pihak polis akan mengambil tindakan yang tegas ke atas mana-mana individu yang terlibat dengan kesalahan berkaitan basikal lajak,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai penularan sebuah video semalam, di laman media sosial Facebook yang dirakam oleh orang awam berkenaan kegiatan basikal lajak melibatkan sekumpulan budak lelaki di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), susur masuk ke Ampangan.
Mengulas mengenai video berkenaan, Ibrahim berkata kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu, melibatkan sekumpulan budak lelaki menunggang basikal lajak dengan posisi ‘superman’ dalam keadaan laju menuruni lebuh raya.
“Lebih membimbangkan, aktiviti berbahaya ini dilakukan di sepanjang lebuh raya tanpa menghiraukan kenderaan-kenderaan yang lain. Di samping itu juga, tiada sebarang mekanisme keselamatan yang diambil kira dalam aktiviti ini seperti penggunaan basikal asas yang selamat, pemakaian gear berbasikal yang betul, serta pengawasan orang yang lebih dewasa.
Kesemua mereka yang dianggarkan dalam 10 orang kini sedang dikesan pihak polis,” katanya.
Menurut Ibrahim, penunggang basikal lajak juga boleh didakwa di bawah Seksyen 42(1)  Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana basikal juga ditakrifkan sebagai kenderaan di bawah akta ini.
“Ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa memantau aktiviti anak-anak mereka. Segala aktiviti anak-anak haruslah diperhatikan dan diambil serius supaya anak-anak mereka tidak terlibat dengan aktiviti yang berbahaya seperti ini, kerana ianya bakal mengundang padah pada anak-anak dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.
Sumber: BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/09/lagi-tular-video-geng-basikal-lajak-beraksi-di-lebuh-raya-ibu-bapa-boleh-didakwa-dan-didenda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tular Video Banduan Dalam Kesakitan Dibiar Bersalin Sendirian Staf Penjara Didakwa Hanya Tinjau Dari Luar Sel

Tular Video Banduan Dalam Kesakitan Dibiar Bersalin Sendirian Staf Penjara Didakwa Hanya Tinjau Dari Luar Sel

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 282 hits
Staf di sebuah penjara dekat Colorado Amerika Syarikat menerima kecaman hebat dari orang ramai selepas membiarkan seorang banduan wanita melahirkan bayi sendirian di dalam selnya Kejadian itu dikatakan berlaku pada Ogos tahun lalu namun vid...
Surah Yang Boleh Diamalkan Semasa Hamil Untuk Menjaga Emosi Ibu

Surah Yang Boleh Diamalkan Semasa Hamil Untuk Menjaga Emosi Ibu

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 371 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengharapkan kedatangan cahaya mata Ia ibarat penyeri dan pelengkap kepada kehidupan suami isteri Ada yang mudah dikurniakan cahaya mata namun ada juga yang terpaksa menunggu bertahun tahun untuk mendapa...
Kasus Vina Garut Polisi Temukan 113 Video Di Hp Tersangka Raya

Kasus Vina Garut Polisi Temukan 113 Video Di Hp Tersangka Raya

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 1161 hits
Kepolisian Resor Garut mengungkap fakta baru dalam kasus video Vina Garut Berdasarkan hasil pemeriksaan dari gawai milik tersangka A alias Raya ditemukan 113 video porno Saat ini video video tersebut sedang diperiksa di pusat laboratorium d...
Ibu Bapa Antivaksin Sanggup Menipu Tadika Taska Untuk Daftarkan Anak Ke Sekolah

Ibu Bapa Antivaksin Sanggup Menipu Tadika Taska Untuk Daftarkan Anak Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 1126 hits
Oleh TASKA TADIKA MENOLAK ANTIVAKSISaya dimaklumkan terdapat beberapa taska atau tadika yang menolak kanak kanak yang tidak menerima vaksin sepenuhnya Situasi ini menimbulkan kemarahan pada ibu bapa antivaksin sehingga ada antara mereka yan...
Video Ibu Pukuli Anaknya Habis Habisan Dengan Tongkat Ayah Justru Merekam Suruh Pukul Terus

Video Ibu Pukuli Anaknya Habis Habisan Dengan Tongkat Ayah Justru Merekam Suruh Pukul Terus

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 263 hits
Video yang menampilkan seorang ibu memukuli anaknya dengan tongkat viral di media sosial Aksi kejam ibu tersebut menghebohkan jagad maya Facebook Awalnya akun Facebook bernama Wonderland Cheah membagikan sebuah video di grup Facebook bernam...
Gajet Bukan Pengasuh Ibu Bapa Perlu Wujudkan Komunikasi Dengan Anak Anak

Gajet Bukan Pengasuh Ibu Bapa Perlu Wujudkan Komunikasi Dengan Anak Anak

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 593 hits
Penggunaan gajet masa kini sudah berleluasa seiring dengan peningkatan teknologi Ke mana pun kita pergi sekarang boleh nampak dengan jelas rata rata masyarakat tidak mengira umur menjadikan gajet sebagai medium utama mereka Timbalan Perdana...
5 Bahaya Jika Ibu Bapa Tiada Al Quran Dalam Dada No 5 Paling Terkesan

5 Bahaya Jika Ibu Bapa Tiada Al Quran Dalam Dada No 5 Paling Terkesan

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 250 hits
Bila sudah berumahtangga tanggungjawab yang paling penting adalah mendidik anak semasa kecil sehinggalah besar Anak anak merupakan aset yang paling bernilai kepada kedua ibu bapa Tambah tambah lagi bila pasangan baru berkahwin yang bakal be...
Ibu Bapa Jangan Beri Produk Mengandungi Camphor Pada Kanak Kanak

Ibu Bapa Jangan Beri Produk Mengandungi Camphor Pada Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 334 hits
Tahukah Camphor atau kapur barus merupakan bahan yang banyak digunakan dalam produk sapuan yang ada di pasaran Ia berfungsi baik untuk melegakan kesakitan gatal batuk dan selesema Walaubagaimanapun produk yang mengandungi kapur barus ini di...
Tindakan Guru Ini Dikecam Ibu Bapa Namun Disokong Netizen

Tindakan Guru Ini Dikecam Ibu Bapa Namun Disokong Netizen

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 269 hits
Pagi pagi ni Ohmedia terhibur pula bila terbaca satu berita ni di mana seorang guru di Mexico telah memaksa anak muridnya memakai kotak di kepala semasa sedang mengambil peperiksaan Pakai kotak Alasan yang diberikan hanyalah kerana ingin me...
Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelajar Perempuan Hilang Dari Asrama Ibu Rayu Rakaman Dashcam Orang Ramai Cari Anak

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Raya Aidilfitri 2025

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya