Ibu Bapa Antivaksin Sanggup Menipu Tadika Taska Untuk Daftarkan Anak Ke Sekolah


Oleh : Dr Amirul Amzar

TASKA/TADIKA MENOLAK ANTIVAKSI

Saya dimaklumkan terdapat beberapa taska atau tadika yang menolak kanak-kanak yang tidak menerima vaksin sepenuhnya. Situasi ini menimbulkan kemarahan pada ibu bapa antivaksin sehingga ada antara mereka yang sanggup menipu dalam mendaftarkan anak-anak mereka.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan TAHNIAH pada pihak pengurusan taska atau tadika yang membuat peraturan sedemikian. Ini adalah tindakan bertanggungjawab yang bijak. 

Vaksin berkesan dalam melindungi kanak-kanak dari pelbagai jenis penyakit berjangkit. Bukan itu sahaja, pemberian vaksin juga melindungi anak-anak lain yang tidak boleh menerima vaksin atau bayi yang masih kecil yang belum boleh menerima vaksin, melalui imuniti kelompok.

Antivaksin suka berhujah memomokkan imuniti kelompok. Kata mereka, golongan yang menolak vaksin ini sedikit sahaja, tak meruntuhkan imuniti kelompok pun.

Apa yang mereka gagal faham adalah konsep ini boleh dikecilkan pada populasi kecil setempat, sebagai contoh, kanak-kanak di taska.

Secara purata, kanak-kanak di taska menghabiskan masa selama separuh hari, sekurang-kurangnya 5 hari seminggu di taska. Ini menjadikan kehidupan di taska satu rutin pada mereka.

Sekiranya pihak taska sewenang-wenangnya menerima kanak-kanak tidak divaksin, risiko penularan wabak akan meningkat. Bayangkan jika 100 orang berdaftar, 30 menolak vaksin. Disebabkan peratusan imuniti jatuh di bawah 70% (tidak kira lagi mereka yang gagal menjana imuniti selepas divaksin), risiko untuk wabak berlaku amat tinggi.

Sekiranya wabak berlaku, pihak taska terpaksa bertanggungjawab. Mereka perlu menutup taska berhari-hari. Malah, ibu bapa yang telah memvaksinkan anak mereka juga akan terganggu dengan penutupan ini.

Oleh sebab itu, tindakan pihak taska atau tadika menolak golongan antivaksin ini adalah satu tindakan bertanggungjawab yang bijak.

Jika golongan antivaksin mahu menarik isu undang-undang, tampar lah pipi mereka dan sedarkan mereka. Mereka adalah klien dan pengurusan taska adalah peniaga. Adalah satu hak kepada peniaga untuk menolak berurusan dengan klien yang berpotensi menyusahkan mereka kelak.

Saranan saya:

1. Pihak pengurusan taska dan tadika berhak dan digalakkan menolak ibu bapa antivaksin. Ini bagi menjaga tanggungjawab mereka kepada kanak-kanak lain.

2. Ibu bapa antivaksin seharusnya tidak menyalahkan pihak taska. Jika mereka masih berdegil menolak vaksin, mereka perlu mencari alternatif lain sama ada taska kelolaan antivaksin juga atau pendidikan pra persekolahan di rumah.

3. Jangan menipu jika anda antivaksin. Anda bukan sahaja membahayakan nyawa anak anda, malah membahayakan kanak-kanak lain dan pihak pengurusan taska.

4. Pihak pengurusan taska perlu berhati-hati dengan penipu antivaksin. Dapatkan buku rekod vaksinasi mereka dan semak dengan teliti. Anda terdedah kepada bahaya wabak jika terperdaya dengan mereka ini.

P/S: Antivaksin tolak vaksin kerana kandungannya yang diragui walhal pihak agamawan bukan saja mengharuskan, malah MEWAJIBKAN ambil vaksin ikut Jadual Imunisasi Kebangsaan (rujuk Bayan Linnas isu 167). Tetapi, mereka tidak rasa berdosa pula menipu rekod imunisasi anak-anak mereka.

Umpama menang berjudi, wang dibelanja untuk ke umrah.

Dan mungkin sahabat-sahabat boleh namakan taska-taska yang diketahui ada peraturan menolak antivaksin sebegini? Bagi memudahkan ibu bapa yang membaca membuat pilihan selamat untuk anak-anak mereka.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/09/ibu-bapa-antivaksin-sanggup-menipu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selalu Alpa Ini Risiko Ibu Bapa Kena Tahu Kalau Guna Cotton Bud Cuci Telinga Anak Kecil

Selalu Alpa Ini Risiko Ibu Bapa Kena Tahu Kalau Guna Cotton Bud Cuci Telinga Anak Kecil

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 694 hits
Putik kapas atau cotton bud adalah sejenis alat yang digunakan untuk membersihkan telinga Ianya banyak digunakan oleh golongan dewasa malahan ada ibu bapa yang menggunakannya pada bayi mereka Namun tahukah anda bahawa putik kapas ini tidak ...
Ibu Bapa Tolong Berhenti Lindungi Anak Wanita Kongsi Teknik Timeout Berhasil Untuk Sekolahkan Anak Degil

Ibu Bapa Tolong Berhenti Lindungi Anak Wanita Kongsi Teknik Timeout Berhasil Untuk Sekolahkan Anak Degil

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 471 hits
Kanak kanak sememangnya mudah terpengaruh dengan persekitaran mereka Jadi ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak di awal usia Sekiranya perbuatan yang salah dibiarkan ianya boleh membawa kepada keperibadian dan akhlak y...
Ramai Ibu Bapa Tak Sedar Anak Kurang Nutrisi Apa Perlu Buat

Ramai Ibu Bapa Tak Sedar Anak Kurang Nutrisi Apa Perlu Buat

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 642 hits
Ibu bapa mana yang tidak runsing jika anak mereka sering sahaja tidak sihat Demam selesema dan batuk selalu sahaja menyerang si manja Selain persekitaran yang kurang bersih dan berdebu anak anak mudah jatuh sakit kerana kekurangan nutrisi d...
Perancang Perkahwinan Rugi Rm4000 Gara Gara Ibu Bapa Gagal Awasi Anak

Perancang Perkahwinan Rugi Rm4000 Gara Gara Ibu Bapa Gagal Awasi Anak

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 754 hits
Setiap kali dapat jemputan ke majlis atau kenduri mak mak yang ada anak kecil ni la yang paling dalam dilema sebab takut tak dapat nak kawal tingkah laku anak anak Salah langkah buruk padahnya Situasi ini terjadi di sebuah majlis perkahwina...
Asyik Duduk Rumah Je Ini Lokasi Cadangan Wajib Ibu Bapa Bawa Anak Anak Enjoy Sempena Hujung Minggu

Asyik Duduk Rumah Je Ini Lokasi Cadangan Wajib Ibu Bapa Bawa Anak Anak Enjoy Sempena Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 547 hits
Dah lama nak luangkan masa bersama keluarga tapi tak pernah nak ada kesempatan Kesian anak anak asyik duduk di rumah sahaja ketika hujung minggu Mereka pun nak berseronok selepas bertungkus lumus di sekolah Apa salahnya kalau reward mereka ...
Gajet Bukan Pengasuh Ibu Bapa Perlu Wujudkan Komunikasi Dengan Anak Anak

Gajet Bukan Pengasuh Ibu Bapa Perlu Wujudkan Komunikasi Dengan Anak Anak

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 873 hits
Penggunaan gajet masa kini sudah berleluasa seiring dengan peningkatan teknologi Ke mana pun kita pergi sekarang boleh nampak dengan jelas rata rata masyarakat tidak mengira umur menjadikan gajet sebagai medium utama mereka Timbalan Perdana...
Wanita Sekolahkan Ibu Bapa Jangan Back Up Bila Anak Kurang Ajar

Wanita Sekolahkan Ibu Bapa Jangan Back Up Bila Anak Kurang Ajar

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 658 hits
Kanak kanak memang cepat belajar daripada apa yang mereka dengar dan lihat Sebab tu kita sebagai orang dewasa kena jaga percakapan dan perbuatan depan anak anak yang masih kecil Kadang kala bukan daripada kita mereka belajar tapi melalui pe...
Netizen Bantah Idea Sarapan Percuma Di Sekolah Tegas Tanggungjawab Ibu Bapa Sedia Makan Minum

Netizen Bantah Idea Sarapan Percuma Di Sekolah Tegas Tanggungjawab Ibu Bapa Sedia Makan Minum

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 1102 hits
Bermula Januari 2020 kerajaan mengumumkan akan menyediakan sarapan percuma buat semua pelajar sekolah rendah di seluruh negara Menurut Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata beliau ingin memastikan pelajar pelajar ini terus kekal sihat...
Demimu Anak Anak Jatuh Sakit Pengorbanan Bapa Bertugas Di Pedalaman Ini Buat Netizen Sebak

Demimu Anak Anak Jatuh Sakit Pengorbanan Bapa Bertugas Di Pedalaman Ini Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 558 hits
Kasih sayang seorang ayah tiada bandingannya Sebolehnya mahu sentiasa berada di sisi di saat saat memerlukan Perkongsian bapa ini amat menyentuh hati bagaimana usahanya untuk berada di sisi dan pengorbanan orang di sekeliling melihat bersat...
Tips Lengkap Dan Mudah Cara Berniaga Kek Coklat Moist Bermula Dari Rumah

Murid Sekolah Tidak Wajib Pakai Tali Leher Mulai 2026 Kpm

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Aktiviti Sembang Akhir Tahun 2025 Kopi Ukhwah Ppim 26 12 2025

Malaysia Gemilang Meraih Kemenangan Yang Membanggakan

Best Recipetin Beef Ribs

4fingers For Lunch

Cindy Prado S Legs And Feet In Tights


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hantar Borang Pencen

Itinerari Malam Sabtu Tahun Baharu 2026 Membeli Belah Dan Santai Di Pj Night Car Boot Sale

Kotak Kurma Eksklusif Tarikan Utama Jualan Ramadan 2026

Jalan Jalan Cari Makan

Skandal Bekas Wanita Pertama Korea Selatan Menggoncang Landskap Politik Negara

Semangat Muda Di Usia Emas Inspirasi Perjalanan Seorang Warga Emas Berusia 68 Tahun