Lagi Marah Lagi Memberontak Peluk Usaplah Anak Kesannya Dua Dua Tenang


Dalam membesarkan anak-anak yang masih kecil memang banyak cara yang dipraktikkan oleh setiap ibu ayah. Ada yang tegas orangnya dan ada juga yang jenis lembut. Memang tak dinafikan setiap orang ada cara yang tersendiri dalam mendidik anak-anak.
Tapi nak tahu cara yang diguna pakai itu berkesan atau tidak, cuba lakukan seperti yang dikongsi oleh Siti ‘Aisyah Rozalli ini. Antara marah dan pujuk si kecil ternyata keduanya mempunyai kesan yang tersendiri.

MARAH ANAK VS PUJUK ANAK (❗Baca sampai habis untuk tahu kesan keduanya❗) Beberapa hari ini, saya buat eksperimen.
Saya tengok beza tindak balas anak antara saya marah dengan saya pujuk.
Tadi….
Aufa main pemukul lalat.
Syok-syok jerit “haa! biateeee lalat ni!” sambil lepak lepuk lantai.
Tiba-tiba….
Abang Husam yang baru 4 tahun jagung tu meraung.
“Aufa ketuk Husam!!!!”
Maka….
Dipendekkan cerita, saya pun mintalah Aufa mohon maaf pada abang dia.
CARA SATU  Saya marah Aufa.
Saya cakap dengan nada keras.
“Aufa! Tiup abang balik! Cakap sorry kat abang!”
Hmmm… Nak tahu apa jadi?
Aufa keraskan badan dia, sungguh-sungguh tak mahu salam dan minta maaf pada Husam.
Kenapa? Sebab dia berada dalam MOD DEFENSIF. Otak Aufa kata : “Awak tengah kena marah ni! Defend diri!”
So, Aufa pun freeze. Siap silang tangan kat dada, kerut kening.
Nampak macam melawan kan?
Tapi, sebenarnya Aufa cuma “mirror” reaksi marah saya pada dia. Otak dia tak dapat proses apa yang dia perlu lakukan. Yang dia tahu, dia sedang kena marah, badan dia kena manipulate (sebab saya bawa tangan dia suruh salam abang), maka dia kena selamatkan diri dia dengan FREEZE kan badan.
Reaksi survival manusia.
Maka…. Saya pun tukar method.
Kan tengah eksperimen tadi kan?

CARA DUA  Saya pause dalam 2 minit.
Masih pegang tangan Aufa. Tapi, lepas tu saya tarik perlahan dan dudukkan di pangku.
Sambil usap-usap belakang Aufa, cium sikit dahi dia…
“Aufa pukul abang Husam? Kesian abang Husam sakit.”
Aufa pandang abang dia. Masih senyap. Kesan kena marah tadi…
“Jom kita tiup abang nak? Aufa tiup boleh?”
Aufa masih tak bergerak. Tapi, dah tak melawan bila saya bawa dia dekat ke abangnya.
“Tiup jom”
Macam magik. Terus datang dan tiup abang.
“Aufa cakap sorry abang, salam abang”
Sekali lagi macam magik.
Terus cakap “torry abang” dan salam abang berlaga dahi sebab masing-masing nak cium tangan
So, apa kesimpulannya di situ?
Bila kita marah anak, tunjukkan reaksi marah, dan paksa anak bergerak ikut apa yang kita nak dalam keadaan kita sedang marah….
Anak akan masuk MOD SURVIVAL /DEFENSIF.
Ada anak FREEZE atau WITHDRAW. Dia tegak. Tak boleh buat apa. Ada anak yang akan sekalikan dengan tangisan. Ada anak yang akan bawa diri ke sudut bilik.
Ada anak FIGHT. Maka, bila kena marah, dia memukul, menjerit, meraung kemarahan.
Apa nak buat?
KITA DULU KENA TENANG, GROUNDED DAN USAHA UNTUK FAHAM REAKSI ANAK KITA.

Macam mana nak buat?
LEARN = Sentiasa belajar ilmu-ilmu parenting yang praktikal, ilmu pengurusan stress, ilmu pengurusan anak yang betul dan positif (bukan toxic positive ya. Tapi, practically positive)
UNLEARN = Hilangkan ilmu-ilmu yang tak betul dan tak praktikal dan tak sesuai dengan sifat kita dan anak.
RELEARN = Belajar semula, remind diri kita tentang ilmu-ilmu yang kita pernah tahu. Cari circle yang membina.
Mama, Ayah…..
Nak urus anak, kena make sure emosi kita terurus ya.
Anak kecil sekejap saja.
Saya doakan kita semua berjaya menjadi ibu ayah yang sentiasa berusaha menjaga emosi agar boleh menyalurkan kebaikan kepada anak kesayangan.
Jadi mak ayah, sebelum bertukar jadi marah tu sila tenangkan diri dahulu. Tarik nafas Panjang-panjang dan faham situasi anak-anak sebelum ambil tindakan. Bukan tak bagi marah langsung, tapi kalau boleh cuba berlembut kerana dengan cara itu anak juga akan lebih tenang dan emosi mereka juga tidak terganggu dengan perasaan marah.
Sumber: Siti ‘Aisyah Rozalli
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat  

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

The post Lagi Marah Lagi Memberontak, Peluk & Usaplah Anak. Kesannya Dua-dua Tenang! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lagi-marah-lagi-memberontak-peluk-usaplah-anak-kesannya-dua-dua-tenang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Kali Anak Positif Covid 19 Aisyah Hijanah Reda Dengan Ujian

Dua Kali Anak Positif Covid 19 Aisyah Hijanah Reda Dengan Ujian

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 185 hits
Dua kali anak positif COVID 19 instafamous dan juga seorang usawahan Aisyah Hijanah reda dengan ujian yang melandanya Beliau mengakui semua yang berlaku atas izin Allah mesti ada sebabnya Aisyah berkongsi perkhabaran tersebut di Instagram S...
Dua Anak Shireen Sungkar Terjebak Di Dalam Lift Sempat Takut Dimarahi Suami

Dua Anak Shireen Sungkar Terjebak Di Dalam Lift Sempat Takut Dimarahi Suami

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 365 hits
Hal ini terjadi ketika anak Shireen bermain lift dengan memencet tombol buka ketika lift sedang berjalan seketika lift macet di tengah jalan
Selalulah Peluk Anak Lelaki Biar Manja Dengan Kita Baru Membesar Jadi Hebat

Selalulah Peluk Anak Lelaki Biar Manja Dengan Kita Baru Membesar Jadi Hebat

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 157 hits
Ketika anak lelaki masih bayi kita selalu memeluk mereka Bayi lelaki atau bayi perempuan sama saja bagi kita PELUKLAH ANAK LELAKI Apabila anak lelaki membesar sebagai kanak kanak kita memeluk mereka apabila pulang dari kerja kerana masing m...
Usia 2 Tahun Anak Tantrum Teruk Jangan Cepat Marah Pakar Kongsikan Punca Baru Tahu Nak Buat Apa

Usia 2 Tahun Anak Tantrum Teruk Jangan Cepat Marah Pakar Kongsikan Punca Baru Tahu Nak Buat Apa

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 667 hits
Sukar nak faham perangai anak umur 2 tahun terutama bila mereka tantrum Tapi ayah terutamanya jangan cepat marah sebaliknya kena sabar dan pujuk si kecil Kenapa tak dengar cakap papa ni Kan papa suruh diam Jangan nangis lagi Degil ya marah ...
Meninggal Lepas Lahirkan Anak Suami Tak Lepas Peluk Isteri Buat Kali Terakhir

Meninggal Lepas Lahirkan Anak Suami Tak Lepas Peluk Isteri Buat Kali Terakhir

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 212 hits
Pemergian insan tersayang tanpa pesan amat perit lagi lagi pergi secara mengejut Namun siapa kita nak menidakkan takdir Allah Lagi bertambah sayu apabila isteri pergi ketika melahirkan anak Ujian kehilangan seperti ini memang sakit untuk di...
Anak Loh Memberontak Enggan Kembali Bersama Loh Mufti Perlis

Anak Loh Memberontak Enggan Kembali Bersama Loh Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 192 hits
Anak Loh memberontak enggan kembali bersama Loh Mufti Perlis Percubaan Loh Siew Hong membatalkan pengislaman anak anaknya menjadi kebimbangan utama Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin Peguam Loh semalam berkata penukaran agama anak anak it...
Ibu Trauma Anak Melecur Pinggang Ke Bawah Selepas Terduduk Dalam Minyak Panas

Ibu Trauma Anak Melecur Pinggang Ke Bawah Selepas Terduduk Dalam Minyak Panas

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 161 hits
Tragedi yang berlaku pada Oktober tahun lalu menjadi ingatan seumur hidup buat seorang ibu Umi Kalsom Md Saleh 35 apabila anak lelakinya Muhammad Izz Rayyan 5 melecur dari pinggang ke kaki akibat terkena minyak panas Berlaku sekelip mata Me...
Azan Merdu Datuk Jamal Sambut Kelahiran Anak Kelima Sambung Tradisi 3 Anak Tarikh Cantik

Azan Merdu Datuk Jamal Sambut Kelahiran Anak Kelima Sambung Tradisi 3 Anak Tarikh Cantik

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 202 hits
Tarikh cantik semalam 22 2 22 turut menjadi pilihan penyanyi tersohor negara Datuk Jamal Abdillah untuk menyambut kelahiran anak kelimanya Menerusi Instagramnya penyanyi bersuara lantang itu turut berkongsi video mengazankan bayi lelakinya ...
Alhamdullilah Rayyan Dah Discharged Seminggu Masuk Hospital Elfira Loy Janji Tak Ambil Mudah Kesihatan Anak

Alhamdullilah Rayyan Dah Discharged Seminggu Masuk Hospital Elfira Loy Janji Tak Ambil Mudah Kesihatan Anak

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 132 hits
Setelah Seminggu anak kepada pelakon Elfira Loy Muhammad Rayyan Khalaf dimasukkan ke hospital kerana masalah paru paru atau pneumonia 3 hari yang lalu Rayyan dibenarkan pulang Menerusi satu posting yang dikongsi Elfira Loy berjanji untuk ti...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rojak Tauhu

Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati