Ibu Trauma Anak Melecur Pinggang Ke Bawah Selepas Terduduk Dalam Minyak Panas


Tragedi yang berlaku pada Oktober tahun lalu menjadi ingatan seumur hidup buat seorang ibu, Umi Kalsom Md Saleh, 35, apabila anak lelakinya, Muhammad Izz Rayyan, 5, melecur dari pinggang ke kaki akibat terkena minyak panas.
Berlaku sekelip mata
Menerusi laporan mStar, kejadian yang berlaku pada Izz Rayyan itu dalam sekelip mata sahaja ketika pekerja sedang melakukan proses penukaran minyak masak.

Berkongsi kisah itu, Umi Kalsom memberitahu kejadian berlaku di kedainya di Rengit, Batu Pahat. Saya berniaga kuih bangkit dan dalam masa sama turut berniaga ayam goreng. Ketika itu pekerja nak tukar minyak sisa gorengan ayam kepada minyak baru.
“Minyak yang panas itu dituang dalam periuk dan diletakkan di atas lantai. Belum sempat nak angkat ke atas meja, Rayyan kebetulan lalu dan entah macam mana, dia terjatuh dan terduduk dalam periuk berisi minyak panas itu.
“Ketika itu saya ada urusan di luar, hanya ada ibu dan pekerja di kedai. Masa dia jatuh, ibu kata Rayyan cuma menjerit kesakitan tapi tak menangis.
“Bila dapat panggilan daripada pekerja, saya ingat terpercik minyak saja. Tapi bila mereka beritahu keadaan Rayyan, rasa macam nak gila,” kongsinya.
@sitirayafood Anak bertuah mama,Alhamdulillah kini Rayyan da sembuh..masih jalani followup hospital lgi#RAYYAN #fypシ゚viral #fypシ ♬ original sound – M H A S – musicworld Guna kulit bahagian belakang, tampal tempat melecur
Menurut Umi Kalsom, kulit anaknya melecur 19 peratus iaitu daripada bahagian pinggang ke bawah.
Tambahnya, disebabkan kecederaan tersebut, anaknya terpaksa menjalani pembedahan ‘skin graft’ di mana kulit bahagian belakang badan terpaksa diambil untuk ditampal pada kulit yang rosak akibat lecuran.

“Empat minggu Rayyan dirawat di hospital dan saya turut berkampung di sana untuk menjaganya. Memang detik yang sangat sukar lihat anak kecil sakit, tambahan pula suami bertugas di Dubai ketika itu.
“Rayyan ni anak yang kuat, dia tak banyak mengadu sakit. Yang betul-betul nampak dia rasa sakit hanya lepas kesan bius hilang ketika hari pembedahan.

“Namun saya bersyukur, tak henti-heti orang doakan kesembuhan Rayyan. Malah kawan-kawan dan penduduk setempat turut buat solat hajat,” cerita ibu kepada dua cahaya mata ini lagi.
Beransur pulih 
Kini empat bulan sudah berlalu, Umi Kalsom mengakui keadaan anaknya sudah mula beransur pulih dan mampu melakukan aktiviti seperti kanak-kanak lain meskipun pergerakannya sedikit terbatas.
“Rayyan dah boleh berjalan perlahan-lahan, boleh ke sekolah dan bermain. Alhamdulillah lega tengok keadaan Rayyan sekarang. Kini Rayyan perlu follow up setiap bulan.

“Tapi saya akui kami berdua masih trauma. Doktor pernah cadangkan saya bawa Rayyan bertemu pakar psikiatri sebab dia kerap mengigau ketika awal-awal insiden dulu. Tapi sekarang dia dah okay.
“Saya pun sangat trauma, sehinggakan tak berani lagi nak tengok rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai hingga sekarang. Saya memang sangat protective tak bagi anak-anak ke kawasan dapur dah.
“Selepas kejadian, saya ambil keputusan untuk tutup terus kedai ayam goreng. Hanya kedai biskut saja beroperasi,” ujarnya lagi.
Harap jadi peringatan bersama
Menurut Umi Kalsom, perkongsian kisah Rayyan yang dibuat di aplikasi TikTok baru-baru ini hanyalah sekadar mahu mengimbas tragedi pahit tahun lalu dan dalam masa yang sama mahu mengingatkan ibu bapa di luar sana agar peka dengan anak-anak.
“Kita faham anak-anak kecil memang tengah lasak, jadi kena awasi kawasan yang boleh mendatangkan bahaya.

“Keduanya andai kata kes macam ni berlaku kepada sesiapa selepas ini, siram bahagian tubuh yang melecur dengan air dan biar mengalir. Jangan lumur apa-apa, tapi siram air.
“Kita tak minta tapi dah tertulis benda nak jadi. Ini ujian untuk kami dan mungkin teguran untuk saya sebagai ibu. Namun pasti ada hikmah atas apa yang berlaku.
“Yang penting kena reda dan tawakal,” katanya lagi.
Kredit: mStar & TikTok @sitirayafood

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
 
The post Ibu Trauma Anak Melecur Pinggang Ke Bawah Selepas Terduduk Dalam Minyak Panas appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-trauma-anak-melecur-pinggang-ke-bawah-selepas-terduduk-dalam-minyak-panas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Menggelupur Kepanasan Isteri Melecur Disimbah Minyak Panas

Bayi Menggelupur Kepanasan Isteri Melecur Disimbah Minyak Panas

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 206 hits
PETALING JAYA Seorang pemotong ayam dipercayai sanggup menyimbah minyak panas terhadap isteri dan bayi perempuannya yang berusia empat bulan akibat cemburu kononnya pasangannya itu mempunyai hubungan sulit Dalam kejadian pada petang Jumaat ...
Jangan Letak Ubat Gigi Minyak Gamat Ikut Langkah Ni Selamatkan Kulit Anak Melecur

Jangan Letak Ubat Gigi Minyak Gamat Ikut Langkah Ni Selamatkan Kulit Anak Melecur

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 228 hits
Malang tak berbau walaupun kita mengelakkan anak dari masuk ke dapur ada waktunya bahaya mengundang anak kita Minyak panas atau air panas paling penting dijauhkan dari anak Letaklah di tempat yang tinggi Namun jika ia terjadi jangan cemas d...
Seorang Anak Kecil Sanggup Tendang Ibu Kandungnya Tgh Sidai Baju Ramai Naik Ger4m Bila Tahu Punca Dia Jadi Begitu

Seorang Anak Kecil Sanggup Tendang Ibu Kandungnya Tgh Sidai Baju Ramai Naik Ger4m Bila Tahu Punca Dia Jadi Begitu

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 282 hits
Bagi kanak kanak bermain permainanan video adalah aktiviti biasa yang dilakukan untuk mengisi masa lapang dan mengurangkan stres
Ibu S4rat Hamil Pulang Melopong Gigih Masak Kemudian Bawa 3 Anak Cod Tom Yam Tapi Pelanggan Gh4ib

Ibu S4rat Hamil Pulang Melopong Gigih Masak Kemudian Bawa 3 Anak Cod Tom Yam Tapi Pelanggan Gh4ib

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 152 hits
SIAPA sangka dvgaan menimpa seorang peniaga makanan apabila tempahan jualannya dibatalkan pelanggan pada saat akhir Kesed1han itu dilu4hkan menerusi video yang memaparkan lu4han wanita ini yang sedang memandu kereta sambil memelvk anak beru...
Dari Sibu Ke Kota Bharu Doa Pemuda Nak Jumpa Ibu Kandung Akhirnya Termakbul Selepas 21 Tahun Menahan Rindu

Dari Sibu Ke Kota Bharu Doa Pemuda Nak Jumpa Ibu Kandung Akhirnya Termakbul Selepas 21 Tahun Menahan Rindu

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 256 hits
Siapa sangka berkat usaha dan doa yang dilakukan Mohammad Ashraf Daniel selama ini akhirnya membawa kebahagiaan apabila dia berjaya berjumpa dengan ibu kandungnya Ashraf yang terpisah dengan ibu kandungnya sejak lahir menjumpai syurganya it...
Insiden Ibu Hamil Maut Hingga Bayi Terkeluar Anak Arwah Mula Tanya Mana Ibu

Insiden Ibu Hamil Maut Hingga Bayi Terkeluar Anak Arwah Mula Tanya Mana Ibu

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 188 hits
Selepas insiden kemalangan membabitkan pertembungan dua motosikal di Kampung Lumpur Pasir Mas Kelantan anak arwah Nor Hasliza Abdul Yazaib 25 dah mula mencari dan bertanya Anak mula rindu ibu Mana abu Pertanyaan itu ternyata mengundang seba...
Ibu Hamil 9 Bulan Sering Mengidam Naik Stroller Anak Di Mall Tak Guna Wheelchair Sebab Tak Muat Kereta Sport Suami

Ibu Hamil 9 Bulan Sering Mengidam Naik Stroller Anak Di Mall Tak Guna Wheelchair Sebab Tak Muat Kereta Sport Suami

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 699 hits
MENGIDAM sudah menjadi sinonim dengan seorang ibu yang mengandung terutama sekali terhadap makanan pelik pelik atau susah dicari Begitu juga dengan wanita ini Farhana Zahra 32 yang mengidam untuk menaiki kereta sorong bayi sewaktu dia sedan...
Tanda Bahaya Selepas Bersalin Ibu Berpantang Kena Jaga Jaga

Tanda Bahaya Selepas Bersalin Ibu Berpantang Kena Jaga Jaga

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 260 hits
Tanda bahaya selepas bersalin yang mungkin terkena pada ibu berpantang boleh mengancam kesihatan dan nyawa Jadi ibu selepas bersalin kena tahu apa antara masalah bahaya tersebut supaya dapat mengawasi diri sendiri Selain gembira menyambut k...
Bunuh Anak Kandung Masih Balita Seorang Ibu Di Kalteng Dibawa Ke Rs Jiwa

Bunuh Anak Kandung Masih Balita Seorang Ibu Di Kalteng Dibawa Ke Rs Jiwa

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 213 hits
Pelaku saat dirawat kadang kadang senyum sendiri dan cuek dengan sekitarnya Jadi dengan pertimbangan ini dia dirujuk ke rumah sakit jiwa
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash