Lagi Lantikan Politik Dalam Glc



Selain dari melemahkan peluang kemenangan parti-parti kerajaan dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang, Penganalisis politik, Profesor Wong Chin Huat juga berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan hilang kelayakan moral untuk mendakwa mereka berlainan daripada kerajaan sebelumnya.
Menurutnya, dengan mengikuti amalan lapuk Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), pembatalan pelantikan politik sebelum ini akan dipandang sinis sebagai semata-mata untuk merampas imbuhan daripada yang kalah, bukannya untuk menjaga kepentingan awam.
“Amalan sebegini sudah berlaku di zaman BN dan menjadi paling teruk semasa kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila hampir 90 peratus ahli Parlimen kerajaan yang bukan menteri diberikan jawatan lumayan.
“Jadi, apabila amalan ini diteruskan, pandangan sinis terhadap kerajaan baharu meningkat, maka pengundi medan tengah yang pada asalnya mungkin cendorong menyokong Kerajaan Perpaduan mungkin malas mengundi.
“Ia seterusnya melemahkan peluang kemenangan parti kerajaan dalam PRN akan datang,” 
Tambah Chin Huat, pelantikan ahli politik untuk mengisi jawatan tinggi di badan berkanun dan GLC juga akan menimbulkan dua masalah utama.
“Pertama, kalau ahli-ahli politik ini tidak berkeupayaan untuk memegang tanggungjawab, maka pelantikan ini bermaksud kepentingan awam dikorbankan untuk menyaji orang parti pemerintah. Ini kerana badan-badan berkanun dan GLC dinafikan peluang untuk mendapat bakat terbaik.
“Kalau yang dilantik ialah wakil rakyat, sekalipun mereka berkeupayaan akan terjadi percanggahan kepentingan kerana mereka yang seharusnya menyelia pantau di Dewan Rakyat kini duduk dalam pihak yang patut diselia pantau,”
Kerajaan dikritik hebat susulan beberapa siri pelantikan politik untuk mengetuai agensi kerajaan dan GLC dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Antara yang dilantik ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) sementara Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub kekal sebagai Pengerusi Felcra.
Selain itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik dilantik sebagai pengerusi cabang pelaburan milik Kementerian Kewangan iaitu MyCreative Ventures Sdn Bhd dan Datuk Husam Musa sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd.
Dan dilaporkan ada beberapa lagi lantikan yang dibuat..
SHAH ALAM - Empat lagi pemimpin politik dalam Kerajaan Perpaduan dilaporkan dilantik dalam pengurusan tertinggi badan berkanun Persekutuan.
Terbaharu, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang dilantik sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (RISDA).
Semalam, akaun Facebook rasmi RISDA memuat naik poster ucapan tahniah berhubung pelantikan tersebut, namun tidak lama kemudian ia telah dipadamkan.
Bagaimanapun hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) mengesahkan pelantikan Noraini.
RISDA merupakan sebuah badan berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen.
Sementara itu, pada Jumaat tular di media sosial surat makluman pelantikan tiga pemimpin politik bagi menerajui agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Mereka ialah Pengerusi Biro Pekerja Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga bekas Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid sebagai Pengerusi Lembaga Tekun Nasional (Tekun) manakala Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan dilantik sebagai Timbalan.
Bekas Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Bernard Giluk Dompok pula dilantik sebagai Pengerusi Lembaga SME Corp.
Bagaimanapun Mohd Sany ketika dihubungi oleh Sinar Harian berkata, beliau belum menerima sebarang surat berhubung pelantikan tersebut.
“Saya tidak dapat apa-apa surat lagi (pelantikan),” katanya pada Ahad. Setakat ini belum ada pengesahan daripada mana-mana pihak mengenai pelantikan tiga pemimpin berkenaan - SH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/03/lagi-lantikan-politik-dalam-glc.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersih Bidas Pm Kerajaan Atas Lantikan Politik

Bersih Bidas Pm Kerajaan Atas Lantikan Politik

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 271 hits
freemalaysiatoday com 13 Mar 2023Ini menyusul pelantikan seorang Ahli Parlimen PKR dan bekas ketua Pemuda Umno sebagai pengerusi MyCreative Ventures Sdn Bhd serta Mara Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan surat pelantikan pengerusi Mara kepada be...
Glc Dan Agensi Kerajaan Siapa Patut Terajui Orang Politik Atau Golongan Profesional

Glc Dan Agensi Kerajaan Siapa Patut Terajui Orang Politik Atau Golongan Profesional

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 539 hits
Shahbudin HusinSusulan beberapa lantikan politik oleh kerajaan kebelakangan ini khususnya selepas Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Pengerusi MARA riuh rendah sekali lagi segelintir pihak dalam kumpulan masyarakat sivil menyanggah per...
Lantikan Politik Sebab Bank Bankrup Malaysia Madani

Lantikan Politik Sebab Bank Bankrup Malaysia Madani

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 283 hits
Bankrun Bankrup menjadi bualan utama pada pertengahan bulan mac Sudah 3 bank yang agak terbesar di amerika telah bankrup Ada yang mengatakan itu ada konspirasi untuk menjatuhkan crypto kerana sebelum pengenalam terhadap CBDC diperkenalkan d...
Kisah Dunia Politik Siri Netflix Queen Maker Lancar Video Trailer Pertama

Kisah Dunia Politik Siri Netflix Queen Maker Lancar Video Trailer Pertama

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 224 hits
Nampaknya tahun ini kita akan disajikan dengan K Drama baru lagi di Netflix ARTIKEL BERKAITAN Terkini Netflix telah mengesahkan tarikh tayangan bagi drama Queen Maker iaitu pada 14 April ini dan turut mengeluarkan video trailer untuk drama ...
Cek Nik Yang Tergabung Dalam Anggota Partai Politik

Cek Nik Yang Tergabung Dalam Anggota Partai Politik

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 268 hits
Selamat Datang di Blog Orang IT Tahun depan kita akan menghadapi pemilu serentak maka tak heran kalau tahun ini sudah banyak kegiatan sosialisasi pemilu yang dilakukan oleh KPU maupun kantor desa setempat demi meningkatkan partisipasi masya...
Dpr Gaungkan Politik Damai Sambut Pemilu Serentak

Dpr Gaungkan Politik Damai Sambut Pemilu Serentak

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 189 hits
DPR RI menggaungkan politik damai jelang Pemilihan Umum Hal tersebut diungkapkan oleh Wakil Ketua DPR RI Koordinator Bidang Politik dan Keamanan Lodewijk F Paulus dalam Kunjungan Kerja Spesifik Komisi I DPR RI ke Provinsi Lampung
Politik Dalam Masjid

Politik Dalam Masjid

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 84 hits
Kata Setiausaha PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir partinya tidak punya apa apa masalah untuk terus mematuhi titah Sultan Selangor agar tidak memberi ceramah di masjid dan surau di negeri berkenaan Malah katanya pemimpin PAS sudah sekia...
Umno Yang Merosot Bukan Politik Melayu Kata Penganalisis

Umno Yang Merosot Bukan Politik Melayu Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 380 hits
freemalaysiatoday com17 Mar 2023 9 29amAhmad Fauzi Abdul Hamid mempertikaikan penegasan ketua Pemuda Bersatu bahawa penguasaan politik orang Melayu terancam Perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno Januari lepas Umno telah lama dituduh mengam...
Politik Mahathir Hampa Tak Larat Ligan

Politik Mahathir Hampa Tak Larat Ligan

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 101 hits
BERSATU akan ke Sabah BERSATU terima law makers umno MAHATHIR akan cari parti lain kalau AMANAH pkr dap belot Mahathir akan serah kuasa pada Anwar Yang rasa Mahathir tepu tumpul kenalah fikir kembali Hadi pun dah jumpa Mahathir Satu kebetul...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun