Politik Dalam Masjid


 

Kata Setiausaha PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir, partinya tidak punya apa-apa masalah untuk terus mematuhi titah Sultan Selangor agar tidak memberi ceramah di masjid dan surau di negeri berkenaan.
Malah katanya pemimpin PAS sudah sekian lama tidak berceramah di masjid dan surau di Selangor sambil menganggap titah Sultan Selangor tempoh hari sebagai peringatan yang pernah dibuat sebelum ini.
Benar Sultan Selangor berulang kali sebelum ini memberi peringatan kepada ahli politik agar memastikan masjid dan surau bebas unsur politik yang boleh memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian umat Islam.
Oleh kerana PRN Selangor akan diadakan tidak lama lagi, baginda menitahkan Majlis Agama Islam Selangor terus mengeluarkan arahan semasa ke semasa melarang ahli politik menggunakan masjid dan surau sebagai pentas ceramah dan kempen.
“Tidak ada pun penceramah PAS di masjid dan surau di Selangor sejak sekian lama. PAS sudah lama patuh arahan tersebut. Tidak menjadi isu,” kata Roslan seperti dipetik FMT pada 14 Mac lalu.
Alhamdulillah, tetapi beliau tidak pula beritahu mengapa PAS akur dengan arahan sultan Selangor. Adakah kerana PAS bersetuju dengan pendapat sultan bahawa berceramah dan berkempen dalam masjid serta surau boleh memecah-belah perpaduan dan keharmonian umat Islam? Atau PAS mematuhi arahan kerana hanya menghormati sultan?
Ini saya tanya kerana bos Roslan, yakni Presiden Hadi Awang mempunyai pandangan tersendiri tentang ceramah politik dalam masjid dan surau.
Sultan Terengganu (negeri kelahiran Hadi) juga menzahirkan dukacita apabila ada ahli politik tertentu mengajar agama atau menjadi khatib dan imam solat tanpa kebenaran pihak berkuasa. Lantas Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Melayu Terengganu Shaikh Harun Shaikh Ismail mengeluarkan arahan bertarikh 2 Mac 2023 bahawa semua ahli politik termasuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, serta Ahli Dewan Negara dilarang memberi kuliah atau ceramah agama termasuk khutbah Jumaat di semua masjid dan surau di seluruh Terengganu.
“Itu mengulangi arahan yang lama, sejak 1960-an lagi.” Begitu reaksi Hadi. Senada dengan setiausaha PAS Selangor. Bagaimanapun tidak seperti orang kuatnya di Selangor, Hadi memilih untuk memberi pandangan terhadap soal ceramah politik di rumah ibadat umat Islam.
Menurut Hadi, bukan menjadi satu kesalahan ahli politik memberi kuliah atau ceramah agama di semua masjid dan surau. Katanya lagi, adalah menjadi kewajipan untuk pemimpin bercakap mengenai politik Islam.
“Kita kena sedar dalam Islam, politik dan agama tak boleh dipisahkan. Nabi pun cakap politik dalam khutbah. Kita bercakap tentang Islam dan dalam politik ada Islam maka politik Islam lah. Tak jadi salah dan wajib untuk kita bercakap,” katanya.
Oleh itu, kata Hadi, beliau bertekad akan terus berceramah dan menyampaikan khutbah seperti biasa di masjid dan surau. Hadi kita tahu sudah bertahun-tahun menyampaikan ceramah dan kuliah di masjid beliau iaitu Masjid Rusila, berdekatan kediamannya di Marang. Beliau juga berceramah, berkuliah, dan bersyarah di merata masjid seluruh negara atas jemputan.
Pendirian beliau disifat sesetengah pihak sebagai melanggar atau mengingkari arahan sultan Terengganu selaku ketua agama Islam. Saya tidak mahu bercakap mengenai itu. Yang ingin saya sentuh ialah pandangan Hadi mengenai wajib pemimpin (baca ahli politik) bercakap politik dalam masjid. Ertinya bukan sembang-sembang di sudut sambil sandar di tiang atau dinding masjid dalam keadaan selesa berhawa dingin. Yang dimaksudkan berceramah dengan menggunakan alat pembesar suara, secara lantang dan terbuka menggunakan masjid sebagai pentas politik.
Saya akui apa yang Hadi kata ada benarnya. Saya yang kerdil dalam soal agama sering diingatkan sejak kecil bahawa Islam itu ad-Din. Maka, bak kata Hadi, politik dan Islam tidak boleh dipisahkan. Seperti dikata beliau, Nabi Muhammad juga bercakap mengenai politik menerusi khutbah.
Ramai ustaz menerangkan keutamaan Rasulullah apabila berhijrah ialah mendirikan masjid, dan masjid menjadi pusat segala aktiviti – sama ada mengenai agama, politik, ekonomi, kebajikan ummah, merangka pelbagai strategi dan sebagainya. Bukan sahaja untuk tempat mendirikan solat.
Akan tetapi perlu ditanya adakah cakap politik Nabi Muhammad sama dengan cakap politik ahli poltik kita zaman ini? Adakah cakap politik Nabi Muhammad membawa kepada perpecahan ummah?
Menurut sultan Selangor, ada penceramah tertentu yang mengambil kesempatan ruang yang disediakan oleh masjid dan surau untuk menyindir, menghina, mencaci, malah memfitnah pihak yang tidak sefahaman dengan mereka.
Adakah buruk laku yang didedahkan sultan Selangor tadi berlaku pada zaman Rasulullah?
Adakah masjid masa kini digunakan seperti yang digunakan oleh Rasulullah dan para sahabat?
“Masjid dan surau tidak seharusnya menjadi punca kepada perbalahan dan sengketa yang akhirnya membina jurang pemisah dalam kalangan umat Islam atas dasar perbezaan fahaman politik dan dendam politik yang tiada kesudahannya,” titah Sultan Selangor.
Semasa artikel ini ditulis seorang kawan lama menghantar menerusi WhatsApp ceramah seorang yang berserban, memberitahu ulama ‘waris nabi’ dan oleh itu semua mesti duduk bawah ulama. Disebutnya jawatan yang mesti duduk bawah ulama. Maksud beliau ulama mesti diletakkan pada tahap tertinggi.
Namun adakah ulama yang kita ada sekarang seperti ulama zaman Nabi Muhammad? Ulama waris nabi? Siapa yang benar-benar ulama atau hanya memakai gelaran itu?
Pasti kita ada jawapan masing-masing.
Kesimpulannya ialah arahan raja-raja berhubung masalah main politik dalam masjid sememangnya tepat. Waullahualam. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/03/politik-dalam-masjid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Larangan Ahli Politik Ceramah Di Masjid Bantu Reda Suhu Politik

Menteri Larangan Ahli Politik Ceramah Di Masjid Bantu Reda Suhu Politik

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 322 hits
BernamaJOHOR BAHRU Tindakan beberapa negeri menguatkuasakan larangan kepada ahli politik untuk mengadakan ceramah atau kuliah di masjid dan surau dilihat mampu membantu meredakan suhu politik negara Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadz...
Rapimnas Dmi Hasilkan Rekomendasi Larang Pengurus Masjid Beri Panggung Tokoh Politik

Rapimnas Dmi Hasilkan Rekomendasi Larang Pengurus Masjid Beri Panggung Tokoh Politik

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 250 hits
Dalam kesempatan tersebut Syafruddin turut mengatakan rekomendasi lainnya dalam Rapimnas III DMI Salah satunya rekomendasinya ialah tidak menjadikan masjid sebagai panggung politik dalam pemilu 2024
Orang Politik Dilarang Beri Ceramah Kuliah Khutbah Di Seluruh Masjid Surau Terengganu

Orang Politik Dilarang Beri Ceramah Kuliah Khutbah Di Seluruh Masjid Surau Terengganu

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 196 hits
Orang politik dilarang beri ceramah kuliah khutbah di seluruh masjid surau TerengganuMana mana ahli politik Ahli Parlimen Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Negara adalah tidak dibenarkan memberi kuliah atau ceramah agama termasuk kh...
Rapimnas Iii Dmi Masjid Dilarang Jadi Panggung Politik Pemilu 2024

Rapimnas Iii Dmi Masjid Dilarang Jadi Panggung Politik Pemilu 2024

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 324 hits
Rapimnas III DMI Masjid Dilarang Jadi Panggung Politik Pemilu 2024 Dalam rekomendasi Rapimnas ini di antaranya tidak menjadikan masjid sebagai panggung politik dalam pemilu 2024 dan memberikan amanat kepada Kepala BIN Budi Gunawan untuk men...
Tak Salah Wajib Cakap Politik Islam Di Masjid Kata Hadi

Tak Salah Wajib Cakap Politik Islam Di Masjid Kata Hadi

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 293 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata larangan ahli politik memberikan kuliah ceramah agama dan khutbah Jumaat di seluruh masjid serta surau di Terengganu hanya mengulangi arahan lama sejak 1960 an PETALING JAYA Presiden PAS Abdul Hadi Awan...
Buka Puasa Bersama Di Masjid Istiqlal 3 000 Porsi Disediakan Untuk Jemaah

Buka Puasa Bersama Di Masjid Istiqlal 3 000 Porsi Disediakan Untuk Jemaah

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 318 hits
Buka Puasa Bersama di Masjid Istiqlal 3 000 Porsi Disediakan untuk Jemaah Hari pertama buka puasa Masjid Istiqlal dipadati ribuan jemaah Pengelola Masjid Istiqlal menyediakan sebanyak 2 000 porsi makanan berbuka puasa tiap Senin Kamis dan 3...
Kenikmatan Membaca Alquran Saat Menunggu Waktu Buka Puasa Di Masjid Istiqlal

Kenikmatan Membaca Alquran Saat Menunggu Waktu Buka Puasa Di Masjid Istiqlal

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 271 hits
Kenikmatan Membaca Alquran saat Menunggu Waktu Buka Puasa di Masjid Istiqlal Membaca Alquran menjadi salah satu ibadah yang diutamakan selama bulan suci Ramadan Selain mendapat pahala yang berlipat membaca Alquran juga dapat menjadikan suas...
Masjid Ibnu Sina Terbakar Jemaah Tak Sempat Tarawih

Masjid Ibnu Sina Terbakar Jemaah Tak Sempat Tarawih

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 388 hits
FMT ReportersMasjid Ibnu Sina di Taman Tasik Titiwangsa musnah 90 dalam kebakaran malam tadi PETALING JAYA Kariah Masjid Ibnu Sina di Taman Tasik Titiwangsa di sini tidak sempat menunaikan solat sunat tarawih pertama malam tadi selepas masj...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya