Lagi Keterangan Kes Pasti
Ada yang bertanya kepada saya kenapa pihak kerajaan ambil tindakan siasat Pasti dll?
Kerajaan ada dendam ke dengan Pasti?
Atau ini agenda DAP?
Kebetulan Menteri Sumber Manusia ialah YB Steven Sim Chee Keong 沈志强 dari parti DAP.
Saya pandang dia...saya tanya..kau tahu hari tu Afrika Selatan saman Israel kat mahkamah ICJ?
Dia jawab...ada dengar...macam mana ya kes tu?
Saya jawab..ok lah tahu...rasanya satu dunia tahu yang Israel serang dan zalimi Gaza. Hancurkan bumi mereka dan buat pembunuhan besar-besaran.
Kezaliman Israel dilaporkan pelbagai media dunia...tapi tiada tindakan dari badan dunia seperti UN.
Nak kena pihak lain pulak bawakan isu, kumpul bukti, buat dakwaan, bawak hujah.
Tapi akhirnya keputusan tu tidak cukup bermakna pun.
Sama juga macam kes Pasti. Semua pun tahu Pasti ni kerja dengan gaji bawah gaji minimum, tak carum KWSP dan Perkeso.
Cuma yang baru tahu ialah mereka ni sukarelawan.
Jadi sekitar tahun 2020/2021 ada guru-guru Pasti yang mengadu kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK). JTK pun siasat dan kemudian putuskan Pasti tu kena bayar RM20 ribu kepada guru tersebut. Ini tahun 2022.
Tapi pihak Pasti bawak kes ni ke mahkamah tinggi. Ada isu teknikal berkaitan pemilikan Pasti, maka mahkamah pulak putuskan untuk membatalkan keputusan JTK atau mahkamah buruh. Ini tahun 2023.
Adakah keputusan itu muktamad? Tidak, boleh lawan lagi. Menurut guru Pasti yang lawan tu, mereka dah habis RM10 ribu untuk bawa kes ni, mereka dah tak ada dana, tapi ada bukti baru.
JTK suruh fail balik kes baru dan bawa bukti baru. Jadi tahun 2024, benda pun dah tahu berkenaan tindakan Pasti dll, laporan ke JTK pun dah ada, kenapa nak biar je guru-guru yang kekurangan dana tu lawan Pasti sorang-sorang?
Kerajaan kan ada. Kerajaan kan ada kuasa siasat. Dan siasatan Kerajaan akan lebih menyeluruh terhadap semua Pasti. Bukan nanti Pasti Ibnu Malik kena denda, Pasti lain releks je.
Jadi tindakan KSM ni, setelah dibincangkan diperingkat kabinet adalah untuk membantu dan menyelesaikan masalah secara holistik.
Ala..kan sekolah KPM sendiri banyak masalah. Kelas macam tin sardin. Padat. Selesai lah masalah tu.
Hal KPM, memang KPM akan selesaikan. Mereka lagi banyak peraturan dan KPi yang perlu dicapai.
Hal Pasti dll adalah soal kebajikan pekerja. Sebab itu yang siasat bukan KPM, tapi KSM.
Kronologi pun jelas. Ada aduan, ada siasatan, ada keputusan dan ada kes mahkamah.
Ala ni mesti nak buat sekatan pada Pas, nak susahkan Pas. Lawan gentel lah bro.
Kalau boleh guna kuasa nak lawan Pas, baik haramkan Pas, tak bagi guna nama Islam pada Pas...bukan tak pernah cuba, Mahathir pernah cuba, tapi MRR tak sokong masa tu.
Yang penting sebenarnya ialah sangka baik. Baru hati tenang. Biar kerajaan jalankan tanggungjawab dia.
KSM nak bantu bela pekerja. Bubuh lah nama sukarelawan ke apa ke
Tapi iklan jawatan kosong membuktikan sebaliknya.
Insya-Allah yang terbela nanti adalah guru-guru Pasti jugak. Kesian kat guru Pasti, komitmen pada kerja tinggi, tapi tak dihargai sewajarnya.
Dah kenapa beria nak pertahankan gaji tak bermaruah kepada guru yang banyak berjasa?
Fikir-fikirkan.
ATADAFA
Muhammad Fairul Al Qasas
Jengka
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2024/03/lagi-keterangan-kes-pasti.html