Pastikan Keadilan Buat Pasti


 

Seorang kawan di Facebook memberitahu menerusi “postingnya” baru-baru ini akan hal anak keduanya pada suatu hari pulang dari sekolah dengan bangga bercerita ustazah ajar buat bendera. Lalu si anak berkata ustazah kata kepada dia “kamu pilih kertas putih dan buat bulatan di tengah. Dalam bulatan itu biarkan putih. Kamu hanya perlu warna hijau untuk luar bulatan”.
Menarik bukan? Atau memeranjatkan? Menakutkan mungkin? Bukankah budak kecil anak kawan saya itu diajar buat bendera PAS? Bulan putih berlatar belakangkan hijau. Oh hampir lupa nak cakap. Anak kawan saya itu belajar di Pusat Asuhan Tunas Islam yang lebih dikenali sebagai Pasti. Yang pasti ialah Pasti dikendali PAS. Huraian terperinci ialah Pasti merupakan pusat pendidikan prasekolah yang dikelola Jabatan Pasti bawah Dewan Pemuda PAS.
Lantas bolehkah disimpulkan anak-anak Pasti didedahkan kepada PAS pada usia begitu muda? Tempoh hari tular satu memo daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), agensi bawah Kementerian Sumber Manusia mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti selain Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (Sriti) dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (Smiti). Semua milik PAS.
Sebaik baca akan arahan itu saya merumuskan ia ada kaitan dengan langkah mengajar mengenai PAS kepada pelajar khusus anak-anak Pasti. Ertinya ada elemen politik. PAS disyaki melancarkan propaganda dan “brain wash” anak anak kecil. Rancangan jangka panjang demi kelangsungan politiknya.
Rupanya saya tersilap rumus. Maaf. Mengambil kira penjelasan Menteri Sumber Manusia Steven Sim. Arahan JTKSM kata beliau ialah mengenai hak pekerja, kebajikan mereka, skim persaraan, gaji minimum dan sebagainya selaras “labour law” negara. Semuanya demi kebaikan pekerja yang kata Sim jangan dipandang enteng oleh PAS selaku majikan.
Respons PAS ialah kakitangan Pasti termasuk guru bekerja secara sukarela dan sebagai sukarelawan hal ehwal mereka yang dibangkit oleh Sim tidak harus disiasat. Kata PAS mereka dibayar elaun bukan gaji. Maksudnya oleh itu tidak perlu pastikan “minimum wage”. Begitu?
Awal bulan ini Nik Nazmi Nik Ahmad, menteri sumber asli dan kelestarian alam menggesa PAS mengatasi aduan kakitangan tadika termasuk guru dibayar kurang RM1,500 sebulan di samping tidak dijadikan pencarum KWSP dan tidak ditawar skim persaraan walaupun sudah beroperasi lebih 30 tahun.
Namun, bagi pemimpin PAS termasuk Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man apa yang berlaku terutama kebelakangan ini ialah tekanan ke atas partinya.
Berbalik cerita kawan Facebook saya yang anaknya diajar lukis bendera PAS. Kata beliau “Saya dan isteri tak setuju bab ini kerana budak-budak sudah diajar lukisan macam tu. Saya hubungi pengurusan Pasti dan mereka akur untuk tidak mengulangi lagi”.
Kawan saya ini adalah penerima sijil penghargaan Pasti kerana beliau adalah satu-satunya penduduk kawasannya yang menghantar empat anak belajar di Pasti. Katanya anak-anak diajar baca doa, bahasa Arab dan Inggeris serta subjek lain yang sesuai di samping diajar wuduk dan solat berjemaah. “Saya setuju pendidikan ini,” katanya.
Namun, katanya “apabila guru guru Pasti dianggap sukarelawan sahaja saya sedih. Mereka bertugas sepenuh masa untuk dua sesi”. Menurut iklan waktu kerja guru dan pengasuh Pasti ialah 7.30 pagi hingga 5.30 petang. Dan kata kawan saya lagi “Ada (antara guru) pulang dari (universiti) Al Azhar”. Merujuk pusat pengajian tinggi di Mesir yang terkenal.
Bagaimanapun, menurut Pesuruhjaya PAS Selangor Ab Halim Tamuri dalam kalangan guru Pasti ada yang bekerja sehingga puluhan tahun. “Jika mereka rasa terbeban dengan elaun yang rendah mana mungkin mereka mampu bertahan selama puluhan tahun? Lebih baik mereka cari kerja lain yang lebih menguntungkan,” katanya menerusi kenyataan disiar Harakahdaily, lidah rasmi PAS 20 Mac lalu.
Lalu persoalannya mengapa mereka melakukannya? Kemungkinan besar mereka sudah diasuh atau istilah kegemaran PAS “ditarbiah” untuk “berjihad” demi agama dan masa depan anak anak Muslim dan mendapat ganjaran pahala. Jika andaian ini tepat pada hemat saya ia membuktikan kejayaan sistem “pengkaderan atau cadreship” PAS. Saya percaya kebanyakan jika tidak semua guru Pasti adalah ahli PAS.
Tetapi perlu ditegaskan PAS beruntung malah dilihat mengambil kesempatan akan keikhlasan guru Pasti berjihad. Ini bagi saya satu ketidakadilan. PAS punya tanggungjawab moral menjaga kebajikan dan masa depan guru serta kakitangan Pasti. Janganlah “take them for granted”.
Kawan Facebook saya yang disebut tadi mengaju persoalan: “Pada hari ini kos kehidupan berbeza 40 tahun lalu. Adakah mereka yang bergaya dengan Mercedes dan BMW tidak terfikir untuk sediakan gaji tetap untuk guru-guru Pasti? Adakah guru-guru tiada KWSP dan Perkeso kerana kesukarelawan mereka?”
Kepada siapa pertanyaan itu dihidangkan? Pasti kita tahu. Kata orang siapa makan cili…sila sambung. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/03/pastikan-keadilan-buat-pasti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Antara Peserta Ladang Rakyat Dan Guru Pasti Siapa Sebenarnya Sukarelawan

Antara Peserta Ladang Rakyat Dan Guru Pasti Siapa Sebenarnya Sukarelawan

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 119 hits
Che IbrahimPeserta Ladang Rakyat dan Guru Pasti adalah antara jentera utama Pas dalam gerakkerja pilihanraya dan kerja kerja politik Pas Kedua duanya dibayar sejumlah elaun bulanan oleh parti atau agen parti Adapun Peserta Ladang Rakyat ada...
Kan Bagus Kalau Ikut Guru Pasti

Kan Bagus Kalau Ikut Guru Pasti

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 130 hits
Che IbfahimAlangkah terbaik lagi jika MP Adun mereka pun ikut cara Guru Pasti juga Ni macam tak beriman langsung dok minta peruntukan belajarlah menerima dan reda dengan takdir Allah
Ingat Yb Hukuman Kali Ini Akan Berat Pasti

Ingat Yb Hukuman Kali Ini Akan Berat Pasti

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 109 hits
Tiga Ahli Parlimen Perikatan Nasional berdepan risiko untuk dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sekali gus berdepan dengan hukuman berat Mereka masing masing ialah Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan Ahli ...
Betulkah Ustaz Ustazah Cikgu Di Pasti Tak Fikir Pasal Gaji

Betulkah Ustaz Ustazah Cikgu Di Pasti Tak Fikir Pasal Gaji

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 159 hits
HarapandailySeorang penyokong tegar Pas dilihat cuba mempertahankan isu gaji terlalu rendah guru yang diperoleh Pusat Asuhan Tunas Islam Pengguna Facebook Johan Raup Joe Noi berkata dirinya sendiri bekerja di masjid tidak memikirkan tentang...
Identiti Lelaki Rentung Di Ladang Sawit Dikenal Pasti

Identiti Lelaki Rentung Di Ladang Sawit Dikenal Pasti

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 106 hits
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan di kawasan kebun kelapa sawit di Bukit Karung Semeling pada pagi Jumaat Foto ihsan pembacaALOR SETAR Polis telah mengenal pasti identiti mayat lelaki yang ditemui dalam keadaan rentung di sebuah kebun k...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp