Lagi Desakan Minta Zahid Letak Jawatan Parti


bharian.com.my
Noor Atiqah Sulaiman 
[email protected]
- November 20, 2022 @ 12:02pm
Zahid Hamidi didesak letak jawatan, segerakan pemilihan kepemimpinan baharu UMNO.
KUALA LUMPUR: Lagi desakan menuntut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan Presiden UMNO selepas kekalahan teruk parti itu dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), semalam.

EXCO Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin juga menggesa agar pemilihan parti yang sebelum ini ditetapkan perlu diadakan dalam tempoh enam bulan selepas PRU15, dipanggil dengan segera.

Beliau melihat sentimen bahawa rakyat tidak menyukai Zahid sudah diterjemahkan melalui undi pada PRU15 dan mendakwa, BN kecundang kerana angkuh dan sombong, memilih bergerak solo dan tidak mahu berubah serta mendengar pandangan akar umbi dan rakyat.

"Ini yang sebenarnya menjadi kelemahan, 100 batang lidi lebih kuat berbanding sebatang lidi kerana 100 batang lidi mampu menyapu sampah dengan berkesan berbanding sebatang.

"Oleh yang demikian, wajarlah presiden parti berundur dan pemilihan parti perlu diadakan segera bagi memberi mandat baru kepemimpinan UMNO membuat perubahan yang sebenarnya" katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Pengarah Operasi Pilihan Raya BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi juga mendesak Zahid meletak jawatan Presiden UMNO sebagai tanggungjawab atas kekalahan parti berkenaan yang mencatat prestasi terburuk pada PRU15.

Onn berkata, langkah itu sebagaimana diambil Datuk Seri Najib Razak yang berjiwa besar meletak jawatan sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO atas kegagalan pada PRU14.

Dalam pada itu, Muhamad Muqharabbin, mendakwa beliau sudah menyuarakan beberapa perkara secara dalaman sejak awal lagi, antaranya tidak meletakkan calon payung terjun dan kes mahkamah.

Selain itu, katanya, keputusan memilih calon BN diubah pada saat akhir menyebabkan kegagalan pada PRU semalam.

"Saya juga selalu meminta Muafakat Nasional (MN) mesti dikekalkan kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) seperti PRN Melaka dan Johor bukanlah penentu kekuatan BN dalam memenangi PRU kerana pilihan raya yang sebenarnya jauh daripada PRN.

"Kita wajar melihat dan menghargai PAS kerana kebangkitan UMNO selepas kecundang pada PRU14 lalu adalah kerana keberadaan dan kebersamaan PAS sepanjang tujuh Piliharaya Kecil (PRK).

"Tapi kita menidakkan PAS hanya kerana beberapa kenyataan segelintir di antara mereka. Kita lupa kenyataan sebahagian kita juga mengguris hati mereka," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/lagi-desakan-minta-zahid-letak-jawatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shahril Hamdan Letak Jawatan Minta Zahid Juga Undur Secara Terhormat

Shahril Hamdan Letak Jawatan Minta Zahid Juga Undur Secara Terhormat

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 217 hits
FMT ReportersBekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan berkata beliau kekal setia dengan parti walaupun tidak lagi memegang jawatan PETALING JAYA Shahril Hamdan hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ketua penerangan Umno selain...
Ketua Penerangan Umno Letak Jawatan Gesa Zahid Turut Berundur

Ketua Penerangan Umno Letak Jawatan Gesa Zahid Turut Berundur

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 255 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 20 2022 1 15 PMNaib Presiden Umno Shahril Hamdan antara pemimpin terbaru dalam parti itu yang menyertai gesaan agar presidennya yang juga pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan susulan kekalahan t...
Gelombang Pemimpin Umno Letak Jawatan Bermula Tak Percaya Zahid Lagi

Gelombang Pemimpin Umno Letak Jawatan Bermula Tak Percaya Zahid Lagi

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 249 hits
agendaily com20 11 2022Tan Sri Noh Omar meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor tetapi kekal ahli MT Selepas gelombang sokongan rakyat diterima Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 kini beberapa siri pe...
Mca Keterlaluan Minta Zahid Letak Jawatan Kata Bung Moktar

Mca Keterlaluan Minta Zahid Letak Jawatan Kata Bung Moktar

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 440 hits
SETIAP pemimpin Barisan Nasional harus bertanggungjawab dengan keputusan pada Pilihan Raya Umum ke 15 dan bukannya menuding jari mencari siapa yang salah kata Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin Justeru beliau berkata gesaan MCA supaya P
Zahid Nafi Letak Jawatan Dalam Bn

Zahid Nafi Letak Jawatan Dalam Bn

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 212 hits
Kenyataan palsu yang mendakwa Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi berhasrat meletak jawatan termasuk sebagai presiden Umno PETALING JAYA Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi menafikan ada mengeluarkan kenyataan mahu melep...
Umno Tak Perlu Jadi Peminta Sedekah Zahid Perlu Letak Jawatan Annuar Musa Bantah Bn Sertai Ph

Umno Tak Perlu Jadi Peminta Sedekah Zahid Perlu Letak Jawatan Annuar Musa Bantah Bn Sertai Ph

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 281 hits
The ReporterBekas Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa menggesa Barisan Nasional berhenti menjadi peminta sedekah kepada mana mana gabungan parti politik untuk membentuk kerajaan baharu Beliau berkata BN sebaliknya perlu bersikap lebih...
Giliran Mca Gesa Zahid Letak Jawatan

Giliran Mca Gesa Zahid Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 302 hits
Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon kecewa dengan keputusan menangguhkan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang sepatutnya diadakan pada 8 malam ini PETALING JAYA Giliran MCA parti komponen Barisan Nasional menggesa Ahmad Zahid Ham...
Pasca Pru15 Zahid Hamidi Nafi Letak Jawatan Pengerusi Bn Presiden Umno

Pasca Pru15 Zahid Hamidi Nafi Letak Jawatan Pengerusi Bn Presiden Umno

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 349 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO sepertimana didakwa satu kenyataan media yang tular menerusi media sosial Dalam kenyataan di Facebook rasminya...
Zahid Didesak Letak Segera Jawatan Presiden Umno Dan Pengerusi Bn

Zahid Didesak Letak Segera Jawatan Presiden Umno Dan Pengerusi Bn

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 307 hits
KUALA LUMPUR Desakan supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional dengan segera susulan prestasi hambar gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke 15 semakin jelas kedengaran B...
Suria Klcc Raikan Musim Perayaan Dengan A Majestic Christmas Yang Penuh Magis

Easy Beef Broth Onion Soup Recipe

Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang

Cuti Akhir Persekolahan Bagi Sesi 2025 2026

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2025

Makan Makan Lunch Santai Di Mr Dakgalbi

Eur Usd Duit Pintar Isyarat Menaik Baharu Untuk Euro

Malaysia Rangkul 3 Emas Sukan Memanah Berkuda Di China Harian Metro 23 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Si Kecil Diserang Asthma

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Menelusuri Keajaiban Histori Runtuhan Kota Purba Hierapolis