Lagi 20 Hari Kita Akan Mencapai 100 Ribu Kes


 

1,012 kes, jangkitan tertinggi di Selangor, empat kematian

8 Dis 2020



Kes baru penularan wabak Covid-19 terus mencatatakan empat angka dengan 1,012 lagi kes dicatatakan setakat jam 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 75,306 kes dengan kes aktif sebanyak 10,862.

Dia berkata daripada kes baru itu juga, Selangor terus mengatasi negeri-negeri lain dengan 412 kes. Ini diikuti oleh Sabah dengan 271 kes, dan Johor 108.

Negeri-negeri lain adalah seperti berikut:- Kuala Lumpur (98), Pahang (33), Perak (29), Negeri Sembilan (23), Pulau Pinang (18), Kedah (10), Sarawak (2), Kelantan (2), Putrajaya (1).

Sementara itu, Labuan, Melaka, Terengganu dan Perlis, masing-masing tidak mencatatkan sebarang kes.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat dua kluster baru telah dikenal pasti pada hari ini.

“Pertama, kluster Seruling yang melibatkan daerah Klang, Hulu Selangor dan Petaling di di Selangor.

“Kedua kluster Tapak Bina Darul di daerah Titiwangsa, Cheras dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; daerah Petaling, Sepang, Kuala Langat dan Klang di negeri Selangor; serta daerah Seremban di Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Kluster Teratai yang dikaitkan dengan syarikat sarung tangan Top Glove sahaja pada hari ini telah melaporkan sebanyak 78 kes iaitu kluster dengan kes tertinggi dan ini dikuti dengan kluster Batu Tujuh (52 kes) dan Kluster Ria (30 kes).

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 207 kluster termasuk empat yang tamat pada hari ini iaitu kluster Melati, kluster Kempas, kluster Titir dan kluster Tempayan.

“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 185 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 41 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, daripada keseluruhan 1,012 kes terbaru hari ini, terdapat tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan terdapat sebanyak 1,750 kes pulih Covid-19. Dengan perkembangan itu, katanya, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 64,056 atau 85.1 peratus.

“Sehingga kini, terdapat 126 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan Covid-19," katanya sambil menambah bahawa semua mangsa adalah dari Sabah.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid19 di Malaysia sekarang adalah sebanyak 388 kes atau 0.52 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/12/lagi-20-hari-kita-akan-mencapai-100.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Rakyat S 039 Pura Antara 8 Kes Import Yang Dilapor Hari Ini

5 Rakyat S 039 Pura Antara 8 Kes Import Yang Dilapor Hari Ini

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 305 hits
Images KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Sebanyak lapan kes baru COVID 19 dilaporkan di Singapura pada Sabtu menurut Kementerian Kesihatan Kesemuanya adalah kes import dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah s
1 315 Kes Positif 1 110 Kes Sembuh Serta 4 Kes Kematian Covid 19 Dilaporkan Hari Ini

1 315 Kes Positif 1 110 Kes Sembuh Serta 4 Kes Kematian Covid 19 Dilaporkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 257 hits
Setakat hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sejumlah 1 315 kes baharu dijangkiti Covid 19 di Malaysia Ini menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan kes Covdi 19 meningkat kepada 63 176 kes Perkara ini disahkan oleh Ketua Pengar...
Covid 19 1229 Kes Hari Ini Dengan 4 Kematian

Covid 19 1229 Kes Hari Ini Dengan 4 Kematian

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 244 hits
Walaupun menurun berbanding semalam jangkitan Covid 19 masih mencatat empat digit sebanyak 1 229 kes pada hari ini maklum Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah Ini menjadikan jumlah kes positif Covid 19 di Malaysia sebanyak 83 47...
Covid 19 Kes Pulih Lebih Tinggi Daripada Positif Baharu Hari Ini

Covid 19 Kes Pulih Lebih Tinggi Daripada Positif Baharu Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 199 hits
2 112 orang dilaporkan sembuh manakala kes baharu berjumlah 1 212 KUALA LUMPUR Kes pulih COVID 19 hari ini mengatasi angka kes positif dengan 2 112 kes sembuh dilaporkan manakala kes baharu berjumlah 1 212 kes Ketua Pengarah Kesihatan Tan S...
Hampir 1 000 Kasus Dalam 4 Hari Corona Di Kaltim Tembus 21 Ribu Orang Positif

Hampir 1 000 Kasus Dalam 4 Hari Corona Di Kaltim Tembus 21 Ribu Orang Positif

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 165 hits
Total mencapai 21 018 kasus Di mana 17 756 kasus di antaranya dinyatakan sembuh
Covid 19 1 075 Kes Baharu Hari Ini

Covid 19 1 075 Kes Baharu Hari Ini

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 184 hits
KUALA LUMPUR 17 Rabiulakhir 1442H Khamis Kes positif COVID 19 hari ini kembali mencatatkan empat angka dengan 1 075 kes baharu selain 11 kematian direkodkan iaitu angka kematian harian kedua tertinggi pernah dilaporkan sejak pandemik itu me...
Terkini 1 472 Kes Baharu Covid 19 Lagi 1 552 Kes Telah Sembuh Dan Dua Kluster Baharu Dilaporkan Hari Ini

Terkini 1 472 Kes Baharu Covid 19 Lagi 1 552 Kes Telah Sembuh Dan Dua Kluster Baharu Dilaporkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 214 hits
loading Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa terdapat 1 472 kes baharu covid 19 yang dilaporkan pada hari ini
Apa Rahsia Panjang Umur Sampai 100 Tahun Atok Ini Jawab Dia Merokok Setiap Hari

Apa Rahsia Panjang Umur Sampai 100 Tahun Atok Ini Jawab Dia Merokok Setiap Hari

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 560 hits
Atok atok hati kau keras tok Apa Rahsia Panjang Umur Sampai 100 Tahun Atok Ini Jawab Dia Merokok Setiap Hari Semua manusia mahu hidup lama Malah dalam sejarah manusia itu sendiri telah ramai yang mencari penawar ataupun ubat untuk hidup sel...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City