Lafaz Niat Puasa Dan Perkara Berkaitannya



Bagaimana lafaz niat puasa?
Ini adalah panduan mudah lafaz niat puasa bulan Ramadhan.
Ia disertakan bacaan dalam rumi jika anda tidak boleh membaca tulisan arab.
Apa yang menarik:
Artikel ini juga akan menerangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan puasa dan kelebihan-kelebihan yang ada dalam bulan Ramadhan.
Semoga membantu anda melakukan ibadah puasa dengan lebih sempurna.

Asas utama rujukan panduan ini adalah dari buku Indahnya Hidup Bersyariat tulisan Dato’ Ust Ismail Kamus.
Panduan ini mengandungi perkara berikut: Syarat orang yang wajib berpuasa Rukun puasa Syarat sah puasa Lafaz niat puasa Perkara yang membatalkan puasa Mereka yang dibolehkan meninggalkan puasa Qada dan fidyah puasa Bersetubuh di bulan Ramadhan Adab-adab berpuasa Perkara sunat dalam ibadah puasa Hikmah berpuasa dan kelebihan Ramadhan  
Syarat Orang Yang Wajib Puasa Islam — Puasa tidak wajib kepada yang bukan Islam. Baligh — Tidak diwajibkan berpuasa  kepada mereka yang belum baligh atau belum baligh atau belum cukup umur. Namun digalakkan latihan berpuasa kepada kanak-kanak. Berakal — Orang gila tidak diwajibkan berpuasa. Berkemampuan — Orang yang sakit atau uzur yang akan bertambah sakit jika berpuasa atau orang yang terlalu tua yang tidak mampu berpuasa tidak wajib berpuasa. Bermukim — Musafir tidak wajib berpuasa tetapi wajib mengqada (menggantikan) puasa yang ditinggalkan. Suci — Suci daripada haid dan nifas bagi wanita.  
Rukun Puasa Orang yang berpuasa. Berniat Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa  mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.  
Syarat Sah Puasa Islam. Berakal dan mumaiyiz (tahu membezakan antara baik dan buruk). Suci daripada haid dan nifas. Apabila nyata masuknya bulan Ramadhan  
Lafaz Niat Puasa Mereka yang ingin berpuasa diwajibkan berniat di dalam hati pada setiap malam di bulan Ramadhan.
Tempohnya bermula sesudah tenggelam matahari sehinggalah sebelum terbit fajar keesokkan harinya.
Lafaz niat puasa adalah:
Nawaitu sauma rghodin an ada’ie fardhi shahri ramadana hazihissanati lillahi taala Maksudnya:
Sahaja aku berpuasa pada esok hari disebabkan menunaikan fardu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.”
 
Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa Makan dengan minum dengan sengaja walaupun sedikit. Jika terlupa, ia tidak membatalkan puasa tetapi wajib wajib berhenti sewaktu menyedari bahawa diri sedang berpuasa. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja. Muntah dengan sengaja. Keluar darah haid dan nifas. Gila Murtad Mengeluarkan mani dengan sengaja. Bersetubuh (melakukan hubungan kelamin pada siang hari dalam bulan Ramadhan).  
Mereka Yang Dibolehkan Untuk Meninggalkan Puasa 1. Orang yang hilang daya upaya untuk berpuasa seperti sakit perut dan sakit kepala yang serius serta jenis-jenis penyakit yang apabila berpuasa  akan menambahkan keuzuran. 2. Orang musafir dalam perjalanan yang membolehkan qasar (memendekkan rakaat) solat. 3. Orang yang terlalu tua dan amat lemah untuk berpuasa. 4. Orang yang tersangat lapar dan dahaga sehingga kalau diteruskan akan mendatangkan mudarat umpamanya dia bekerja berat tengah panas atau sebagainya. 5. Perempuan hamil atau perempuan menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri sendiri atau anak yang disusui itu.  
Qada dan Fidyah Puasa Qada Puasa
Hukum qada puasa atau menggantikan puasa Ramadhan ini perlu dibuat mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkan.
Golongan yang wajib qada puasa:
Orang sakit yang ada harapan sembuh. Orang yang bermusafir (bukan kerana maksiat) melebihi dua marhalah. Orang yang kedatangan haid dan nifas. Orang yang meninggalkan niat puasa. Orang yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Orang yang pitam/mabuk sewaktu bulan Ramadhan. Orang yang sangat lapar dan dahaga yang tidak membolehkannya berpuasa pada bulan Ramadhan. Membayar Fidyah
Maksud fidyah ialah bayaran cupak makanan asasi sesebuah negara kepada fakir miskin bagi puasa yang ditinggalkan.
Mereka yang dikenakan membayar fidyah puasa adalah:
1. Mereka yang tidak dapat mengqada puasa sehingga masuk Ramadhan kali kedua. Fidyahnya satu cupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan disamping mengqada puasa bagi setahun tertinggal.
Kalau tidak diqada’ sehingga tiba dua Ramadhan, maka dikenakan dua cupak tetapi puasa tetap tetap juga 1 hari (tiada tambahan)
2. Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh. 3. Orang yang terlalu tua dan tidak terdaya berpuasa. 4. Orang yang ada qada tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian. Fidyah dibuat oleh kerabat si mati atau diambil daripada harta pusakanya. 5. Perempuan yang mengandung dan perempuan yang menyusukan anaknya perlu mengqada puasa dan membayar fidyah secupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan anaknya. Tetapi sekiranya dia takut mudarat pada dirinya, dia hanya wajib mengqada puasanya.
 
 
Kaffarah Bersetubuh di Bulan Ramadhan Orang yang bersetubuh pada siang hari bulan Ramadhan, maka kedua-dua suami isteri tersebut perlu mengqada puasa berkenaan dan suami wajib membayar kaffarah (denda) seperti berikut:
Memerdekakan seorang hamba mukmin lelaki atau perempuan, sekiranya tidak mampu; Berpuasa selama dua bulan berturut-turut tanpa terputus kalau tidak terdaya; Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin. Bagaimana pun jika persetubuhan itu dilakukan kerana terlupa, jahil tentang haramnya atau dipaksa ke atasnya, tidaklah wajib kifarat.
 
 
Adab-Adab Berpuasa Menjauhkan diri daripada perkara-perkara maksiat seperti mengumpat, memfitnah, mengeji, mencela serta mengeluarkan kata-kata kesat. Mengelakkan dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Menahan diri daripada mengikut kehendak nafsu. Bersederhana ketika berbuka dan makan sahur atau dalam erti kata lain mengambil makanan dalam kuantiti yang sederhana. Mengurangkan tidur terutamanya pada waktu siang. Hendaklah sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik seperti membaca al-Quran dan berzikir. Berazam untuk menjadikan ibadah puasa yang dilakukan itu adalah sebaik-baik ibadah dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Sentiasa berfikir hikmah di sebalik melakukan ibadah puasa.  
Perkara-Perkara Sunat di Dalam Ibadah Puasa 1. Menyegerakan berbuka puasa 2. Memulakan berbuka puasa dengan buah tamar. Jika tiada, bolehlah digantikan dengan air. Jika tiada juga, boleh digantikan dengan juadah manis yang lain. 3. Membaca doa sekurang-kurangnya: Allahumma laka sumtu, wabika amantu, wa ala rizkika aftortu Maksudnya:
Ya Allah, bagi Engkaulah amalan puasaku ini, kepada Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkaulah aku berbuka.
4. Melambatkan bersahur kerana ada padanya berkat. 5. Memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan. 6. Sentiasa bersedekah kepada fakir miskin dan anak-anak yang kurang bernasib baik. 7. Menjauhkan percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat. 8. Jika berhadas besar, mandi junub dilakukan lebih awal, iaitu sebelum masuknya waktu subuh.  
Hikmah Berpuasa Dan Kelebihan Ramadhan 1. Ketibaan Ramadhan, umat Islam di seluruh pelosok dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu. Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah SWT. 2. Dengan diwajibkan berpuasa, semua golongan Islam, kaya dan miskin, berada dan tidak berada, terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih-mengasihi sesama Islam. 3. Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah, justeru akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan. 4. Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekali gus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi. 5. Puasa disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai separuh daripada kesabaran. 6. Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil. 7. Kedatangan Ramadhan ada keistimewaan kerana dianjurkan ibadah solat tarawikh. Disamping itu diwajibkan juga zakat fitrah (badan) ke atas golongan yang mampu sebagai satu kewajipan membantu individu muslim yang lain, khususnya mereka yang daif. 8. Puasa yang dilakukan dengan sempurna dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu, Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Sesiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan (semata-mata kerana Allah), diampunkan dosa-dosanya yang lalu 
— Hadis riwayat al-Bukhari
9. Ketibaan Ramadhan menandakan terbukanya pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta dirantaikan syaitan. 10. Malam Nuzul al-Quran (17 Ramadhan) merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman. 11. Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan dan lebih baik daripada 1000 bulan (83 tahun 4 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT bagi orang-orang yang menghidupkannya dengan amal ibadah. The post Lafaz Niat Puasa Dan Perkara Berkaitannya appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/niat-puasa-bulan-ramadhan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlukah Menyebut Fardhu Ketika Lafaz Niat Puasa

Perlukah Menyebut Fardhu Ketika Lafaz Niat Puasa

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 799 hits
Soalan Apakah perlu menyebut fardhu ketika berniat Jawapan Berdasarkan soalan di atas perlu dibezakan terlebih dahulu tempoh yang dibenarkan untuk berniat puasa Sekiranya puasa yang wajib waktu berniat bermula daripada terbenamnya matahari ...
Cara Lafaz Niat Puasa

Cara Lafaz Niat Puasa

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 1255 hits
Rukun puasa mudah sahaja Ada dua rukun puasa Niat Menahan diri daripada makan minum dan perkara perkara yang membatalkan puasa Niat puasa adalah di hati Lafaz untuk berpuasa di mulut bukanlah niat Ia hanya sekadar lafaz sahaja Jadi yang dia...
Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 431 hits
Sedar tak sedar Bulan Ramadan tiba lagi Syukur pada Allah SWT kerana masih memberi peluang untuk kita bertemu lagi bulan yang amat mulia dan barakah bagi Umat Islam ini Ibadat Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri Dari...
Niat Puasa Sebulan Di Bulan Ramadan

Niat Puasa Sebulan Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 4810 hits
Esok seluruh umat Islam akan mula berpuasa di bulan Ramadan Bulan Ramadan merupakan bulan yang amat mulia dan barakah bagi Umat Islam kerana pada bulan ini semua umat Islam yang cukup syarat diwajibkan menjalankan ibadah puasa di siang hari...
Doa Sahur Dan Niat Puasa Ramadhan Dilengkapi Arab Latin Dan Artinya

Doa Sahur Dan Niat Puasa Ramadhan Dilengkapi Arab Latin Dan Artinya

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 656 hits
Setiap yang kita lakukan dengan sengaja di kehidupan ini pasti disertai niat Begitu juga dengan melaksanakan ibadah tentu harus disertai niat Niat dalam hal ini adalah doa atau ucapan yang harus kita laksanakan saat akan mulai ibadah Jadi a...
Ini Cara Yang Betul Niat Puasa Ramadhan Termasuk Cara Niat Untuk Satu Bulan

Ini Cara Yang Betul Niat Puasa Ramadhan Termasuk Cara Niat Untuk Satu Bulan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 557 hits
Apa apa yang dilakukan mesti bermula dengan niat termasuk ibadah puasa di bulan Ramadhan ini caranya yang betul untuk berniat puasa di bulan Ramadhan
Niat Puasa Ramadhan Doa Sahur Dan Doa Buka Puasa

Niat Puasa Ramadhan Doa Sahur Dan Doa Buka Puasa

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 5293 hits
Bagaimana lafadz niat puasa Ramadhan doa sahur dan doa buka puasa Berikut ini pembahasan lengkapnya Alhamdulillah Ramadhan kembali tiba Kita bersyukur kepada Allah yang telah memanjangkan umur kita sehingga bisa mendapati Ramadhan kali ini ...
Kalau Selalu Gastrik Ketika Puasa Ini 7 Perkara Kena Faham Standby Siap Siap

Kalau Selalu Gastrik Ketika Puasa Ini 7 Perkara Kena Faham Standby Siap Siap

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 464 hits
Don t Confuse Gallbladder Disease With Gastric Pain Tak lama lagi nak mula puasa Aku risaulah nanti gastrik datang balik Kalau boleh nak puasa penuh tak nak ada yang tertinggal sebab sakit perut atau muntah Kedatangan Ramadhan tentunya memb...
Perlukah Perbaharui Niat Puasa Ramadan Pada Setiap Malam

Perlukah Perbaharui Niat Puasa Ramadan Pada Setiap Malam

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 963 hits
Niat merupakan salah satu syarat sah dalam melakukan ibadah Setiap perbuatan perlu disertai dengan niat tidak kiralah sama ada ibadah wajib mahupun ibadah sunat Selalunya jika sudah terdetik atau terlintas di hati untuk melakukan sesuatu pe...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025

Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat