Perlukah Menyebut Fardhu Ketika Lafaz Niat Puasa



Soalan:
Apakah perlu menyebut “fardhu” ketika berniat?

Jawapan:
Berdasarkan soalan di atas, perlu dibezakan terlebih dahulu tempoh yang dibenarkan untuk berniat puasa. Sekiranya puasa yang wajib, waktu berniat bermula daripada terbenamnya matahari (masuknya waktu Maghrib) dan berakhir sebelum daripada terbitnya fajar (yang menandakan masuk waktu Subuh).

Ini berdasarkan kepada sebuah hadith daripada Hafsah R.anha, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ لَمْ يُبَيِّتِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ، فَلَا صِيَامَ لَهُ
“Barangsiapa yang tidak menetapkan niat puasa sebelum daripada Fajar maka tiada puasa baginya.” [Riwayat al-Nasa’ie (2331)]

Manakala, tempoh niat bagi puasa yang sunat pula bermula daripada terbenamnya matahari dan berakhir sebelum daripada tergelincirnya matahari (iaitu masuknya waktu zohor). Ini berdasarkan kepada sebuah hadith daripada Aisyah R.anha, bahawa Nabi SAW bersabda pernah bertanya kepadaku pada suatu hari:

يَا عَائِشَةُ، هَلْ عِنْدَكُمْ شَيْءٌ؟ قَالَتْ: فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، مَا عِنْدَنَا شَيْءٌ قَالَ: فَإِنِّي صَائِمٌ
“Wahai Aisyah! Adakah kita mempunyai apa-apa (untuk dimakan).” Aku menjawab: “Wahai Rasulullah, kami tidak mempunyai apa-apa.” Maka telah bersabda Nabi SAW: “Maka dengan sebab itu, aku berpuasa.” [Riwayat Muslim (1154)]


Berbalik kepada soalan di atas, di antara perbezaan niat puasa yang wajib dan sunat pula adalah diwajibkan tabyit dan ta’yin bagi puasa yang wajib dan tidak diwajibkan pada puasa yang sunat. Tabyit adalah menetapkan niat pada malam hari. Waktunya adalah selepas terbenamnya matahari sehinggalah terbitnya fajar yang menandakan masuknya waktu solat Subuh. Ini adalah syarat di sisi al-Malikiyyah, al-Syafi’iyyah dan juga al-Hanabilah.

Adapun ta’yin pula adalah menentukan jenis puasa tersebut seperti puasa Ramadhan, Nazar, Kaffarah dan juga Qadha. Justeru itu, menetapkan “fardhu” di dalam niat puasa (puasa yang wajib) bukanlah wajib mengikut pandangan yang muktamad di dalam mazhab al-Syafie kerana tidak berlaku kepada orang yang telah baligh dan berakal melainkan apa yang fardhu sahaja. [Lihat: al-Taqrirat al-Sadidat, 440]

Hal ini juga ada disebutkan di dalam kitab al-I’anah. [Lihat: I’anah al-Tholibin, 2/253]

Penutup

Kesimpulannya, orang yang tidak menetapkan “fardhu” di dalam niat puasa, puasanya adalah sah kerana ia bukanlah perkara yang wajib di dalam niat (bagi puasa yang wajib). Walaupun begitu, menetapkan “fardhu” ketika berniat adalah termasuk di dalam kesempurnaan niat. Oleh itu, bagi mendapatkan niat yang sempurna, perlu disertakan “fardhu” ketika berniat. Akhirnya, semoga Allah SWT menerima ibadah puasa kita serta ibadah-ibadah yang lain di dalam bulan yang mulia ini. Amin.

Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/perlukah-menyebut-fardhu-ketika-lafaz.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lafaz Niat Puasa Dan Perkara Berkaitannya

Lafaz Niat Puasa Dan Perkara Berkaitannya

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 565 hits
Bagaimana lafaz niat puasa Ini adalah panduan mudah lafaz niat puasa bulan Ramadhan Ia disertakan bacaan dalam rumi jika anda tidak boleh membaca tulisan arab Apa yang menarik Artikel ini juga akan menerangkan perkara perkara yang berkaitan...
Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 443 hits
Sedar tak sedar Bulan Ramadan tiba lagi Syukur pada Allah SWT kerana masih memberi peluang untuk kita bertemu lagi bulan yang amat mulia dan barakah bagi Umat Islam ini Ibadat Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri Dari...
Cara Lafaz Niat Puasa

Cara Lafaz Niat Puasa

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 1277 hits
Rukun puasa mudah sahaja Ada dua rukun puasa Niat Menahan diri daripada makan minum dan perkara perkara yang membatalkan puasa Niat puasa adalah di hati Lafaz untuk berpuasa di mulut bukanlah niat Ia hanya sekadar lafaz sahaja Jadi yang dia...
Perlukah Perbaharui Niat Puasa Ramadan Pada Setiap Malam

Perlukah Perbaharui Niat Puasa Ramadan Pada Setiap Malam

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 993 hits
Niat merupakan salah satu syarat sah dalam melakukan ibadah Setiap perbuatan perlu disertai dengan niat tidak kiralah sama ada ibadah wajib mahupun ibadah sunat Selalunya jika sudah terdetik atau terlintas di hati untuk melakukan sesuatu pe...
Niat Puasa Ramadhan Doa Sahur Dan Doa Buka Puasa

Niat Puasa Ramadhan Doa Sahur Dan Doa Buka Puasa

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 5339 hits
Bagaimana lafadz niat puasa Ramadhan doa sahur dan doa buka puasa Berikut ini pembahasan lengkapnya Alhamdulillah Ramadhan kembali tiba Kita bersyukur kepada Allah yang telah memanjangkan umur kita sehingga bisa mendapati Ramadhan kali ini ...
Ini Cara Yang Betul Niat Puasa Ramadhan Termasuk Cara Niat Untuk Satu Bulan

Ini Cara Yang Betul Niat Puasa Ramadhan Termasuk Cara Niat Untuk Satu Bulan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 566 hits
Apa apa yang dilakukan mesti bermula dengan niat termasuk ibadah puasa di bulan Ramadhan ini caranya yang betul untuk berniat puasa di bulan Ramadhan
Niat Puasa Ramadan Doa Berbuka Puasa Dan Niat Solat Terawih

Niat Puasa Ramadan Doa Berbuka Puasa Dan Niat Solat Terawih

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 1443 hits
Assalamualaikum happy weekend uolls Esok dah mula berpuasa Ibu ibu semua dah bersedia ke Bukan sedia menu berbuka atau sahur yer sebab dalam group masak apa hari ini semua pakat share dah menu berbuka dan sahur untuk seminggu malah ada yang...
Doa Sahur Dan Niat Puasa Ramadhan Dilengkapi Arab Latin Dan Artinya

Doa Sahur Dan Niat Puasa Ramadhan Dilengkapi Arab Latin Dan Artinya

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 670 hits
Setiap yang kita lakukan dengan sengaja di kehidupan ini pasti disertai niat Begitu juga dengan melaksanakan ibadah tentu harus disertai niat Niat dalam hal ini adalah doa atau ucapan yang harus kita laksanakan saat akan mulai ibadah Jadi a...
Niat Puasa Sebulan Di Bulan Ramadan

Niat Puasa Sebulan Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 4830 hits
Esok seluruh umat Islam akan mula berpuasa di bulan Ramadan Bulan Ramadan merupakan bulan yang amat mulia dan barakah bagi Umat Islam kerana pada bulan ini semua umat Islam yang cukup syarat diwajibkan menjalankan ibadah puasa di siang hari...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah