Jurunikah Jangan Buli Pengantin Masa Akad Nikah Mufti Perlis



Mendirikan rumah tangga menjadi idaman setiap pasangan yang sedang bercinta. Begitupun, untuk melangkah ke fasa seterusnya bukan satu perkara yang mudah. Pelbagai persiapan termasuk persiapan diri sendiri untuk bergelar suami atau isteri perlu diambil perhatian.
Anda tentu pernah menyertai majlis akad nikah yang biasanya diadakan di masjid berhampiran dengan rumah pengantin perempuan. Jika anda perhatikan, terutamnya pengantin lelaki, jelas terpancar perasaan gementar untuk berhadapan dengan jurunikah ataupun selalu disebut sebagai Tok Kadi.
Kali ini kami ingin berkongsi mengenai teguran yang dibuat oleh Mufti Perlis, Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr. MAZA supaya Tok Kadi tidak membuli pengantin ketika akad nikah. Apa yang dimaksudkan dengan buli ketika akad nikah?
Jom baca penulisan beliau di bawah.
JANGAN BULI PENGANTIN MASA AKAD NIKAH
1. Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.
2. Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud tujuan tersebut maka ia sah.
Jika bapa bakal isteri menyebut ‘saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi‘i, maka sahlah ijab dan kabul tersebut.
Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.
3. Sarjana fiqah semasa Dr. Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut: “Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”.
Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang Arab Badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi SAW (ingin berkahwin dengan Nabi SAW), Arab Badawi itu berkata:“Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi SAW: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).
4. Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan [باب إذا قال الخاطب للولي زوجني فلانة فقال قد زوجتك بكذا وكذا جاز النكاح وإن لم يقل للزوج أرضيت أو قبلت ] maksudnya: Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”.
Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Apa yang penting proses ijab dan kabul amatlah mudah. Ia adalah lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah.
5. Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah.
Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut: “Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).
6. Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab kabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “Aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin.
Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: Perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.
Sumber: Mufti Perlis
The post Jurunikah Jangan Buli Pengantin Masa Akad Nikah – Mufti Perlis appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/jurunikah-jangan-buli-pengantin-masa-akad-nikah-mufti-perlis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lafaz Akad Nikah Betul Ke Wajib Satu Nafas Mufti Perjelas Hukum Sebenar

Lafaz Akad Nikah Betul Ke Wajib Satu Nafas Mufti Perjelas Hukum Sebenar

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 956 hits
Perkahwinan sudah tentu merupakan saat yang menjadi impian setiap pasangan Merupakan satu kehidupan baru setiap teruna dan dara ke arah hidup berkeluarga seperti orang lain yang sudah berkeluarga Di dalam proses perkahwinan Akad Nikah merup...
Dua Lelaki Bakar Kereta Mufti Perlis Dikesan Melalui Cctv Jiran

Dua Lelaki Bakar Kereta Mufti Perlis Dikesan Melalui Cctv Jiran

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 343 hits
Dua lelaki yang disyaki membakar kereta rasmi mufti Perlis dikesan polis melalui rakaman kamera litar tertutup jiran agamawan itu Ketua polis Perlis berkata kedua dua suspek dikesan memasuki kawasan kejiranan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidi...
Malaysia Kereta Mufti Perlis Terbakar Dibaling Bom Petrol

Malaysia Kereta Mufti Perlis Terbakar Dibaling Bom Petrol

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 454 hits
Kenderaan rasmi Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dipercayai dipercayai dibakar pada bahagian bonet dan cermin hadapan dipecahkan Kejadian di hadapan rumahnya di Jalan Persiaran Wawasan di Kangar itu disyaki berlaku awal pagi tadi Sia...
Malaysia Mufti Perlis Siasatan Awal Kereta Terbakar Bukan Sabotaj Bom Petrol

Malaysia Mufti Perlis Siasatan Awal Kereta Terbakar Bukan Sabotaj Bom Petrol

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 284 hits
Kenderaan rasmi Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dipercayai dipercayai dibakar pada bahagian bonet dan cermin hadapan dipecahkan Kejadian di hadapan rumahnya di Jalan Persiaran Wawasan di Kangar itu disyaki berlaku awal pagi tadi Sia...
Car Was Torched By Terrorists Claims Perlis Mufti

Car Was Torched By Terrorists Claims Perlis Mufti

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 244 hits
Perlis mufti Mohd Asri Zainul Abidin has claimed that his car was by the terrorists yesterday morning After watching the CCTV I drew the conclusion that this was the work of terrorists who can endanger lives he said in a Facebook posting to...
Bolehkah Akad Nikah Tanpa Menyebut Mahar

Bolehkah Akad Nikah Tanpa Menyebut Mahar

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 290 hits
Soalan Adakah wajib menyebut mahar ketika akad nikah Dan adakah boleh akad nikah tanpa sebut mahar Mohon penjelasan Jawapan Pada asasnya mahar adalah tidaklah termasuk daripada rukun nikah Imam al Nawawi berkata Al Ashab berkata Mahar itu b...
Mufti Perlis Dakwa Pengganas Bakar Keretanya

Mufti Perlis Dakwa Pengganas Bakar Keretanya

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 384 hits
Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa pengganas membakar keretanya pada pagi semalam Selepas melihat CCTV maka saya menyimpulkan ini merupakan perbuatan pengganas atau terrorist yang boleh mengancam nyawa Marilah kita berdoa agar...
Mereka Akan Jadi Kerajaan Satu Penggal Mufti Perlis

Mereka Akan Jadi Kerajaan Satu Penggal Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 237 hits
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tanpa berselindung mendedahkan beliau antara individu paling awal menyokong dan ingin melihat pembaharuan pemerintahan di negara ini Namun ketika ditanya mengenai prestasi kerajaan Pakatan Harap...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation