Ladang Jagung Dan Ladang Buah Labu




Alhamdulillah kita sambung lagi catatan perjalanan kami ke Kent. Selepas melawat ladang sunflower di Castle Farm di SINI, kami bergegas ke Maze Moon kerana ia dibuka sehingga pukul 1.00 tengahari sahaja. Kami kena sampai sebelum ianya ditutup.

Di hadapan ladang jagung, ada ladang tanaman labu. Masya Allah seumur hidup saya tidak pernah lagi melihat labu besar sepemeluk dengan mata sendiri. Saya boleh duduk atas labu kerana saiznya yang besar. Dikatakan beratnya boleh mencapai sehingga 20 kilo. 
Teringat pula ceramah saya dengar dulu, tapi tak ingat di mana. katanya di akhir zaman, ramai orang kaya sehingga tiada orang yang mahu menerima sedekah. Tanaman dan buah buah menjadi dengan subur sekali sehingga kan kulit buah labu boleh dijadikan khemah untuk tidur. 
Manusia pada satu ketika amat mudah memperolehi harta dengan rezeki yang dikurniakan. Perkara ini berdasarkan kepada sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga harta kamu melimpah. Sehingga orang yang mempunyai harta merasa hairan, siapakah yang mahu menerima sedekahnya. Bahkan di saat dia menawarkan hartanya kepada orang lain, tawarannya itu dijawab dengan perkataan ‘Aku tidak memerlukan hartamu.'” (Hadis Riwayat al-Bukhari, az-Zakāh, hadis no. 1412 – Fath al-Bari 3/330)
Jadi bila lihat labu besar ini, saya terus teringatkan kelas tazkirah yang saya hadiri tersebut. Kata budak lelaki yang menjaga ladang tersebut, buah labu ini belum cukup besar. Bulan Oktober, baru boleh dipetik dan buahnya akan menjadi lebih besar lagi. 




Ketika kami sampai di ladang jagung, hari hampir nak hujan dan sangat sejuk kerana angin bertiup dengan kuat. Nana, Alain, Nelly dan Ammar masuk maze moon game di mana peserta diberikan kuiz untuk diisi di beberapa stesyen yang telah ditetapkan nombornya. 
Peserta kena cari stesyen untuk melengkapkan maze dan di situ peserta kena tanda di kertas yang diberi. Kemudian lengkapkan kuiz. Game ini adalah bermusim, biasanya ada di musim panas atau luruh sahaja dan ianya dibuat di ladang jagung.
Peserta akan mencari clue di tempat yang ditandakan juga bagi untuk memastikan peserta tidak sesat di dalam ladang jagung yang sangat luas. Saya sendiri hampir tersesat dan tak menemui jalan keluar. Saya pula tak ambil map di pintu masuk sebab konon nak ikut Nana. Tapi saya asyik bergambar dengan jagung sehingga terpisah. 

Nasib baik terjumpa dengan Nelly dan Ammar yang membawa saya keluar. Selepas selesai, peserta perlu mengisi borang dan memberikan alamat email di mana mereka akan hubungi jika berjaya.   

Selepas itu, kami bertolak ke Maidstone untuk makan tengahari. Kami ke Marina Fish & Chips. Pada saya yang dah makan fish & chips sedap sebelum ini, masakan di sini biasa sahaja. Cuma ianya halal. 
Saya juga order Cornish pasties tapi tak sedap, jauh beza dengan pasties yang makan di Cornwall. Nelly order juga shawarma. Sedap lah juga. 

Selepas makan, destinasi seterusnya ialah destinasi yang saya tunggu tunggu iaitu memetik epal. Boleh baca entri pengalaman saya di ladang epal di SINI. 



Sehingga bertemu lagi, salam sayang buat semua.....



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/09/ladang-jagung-dan-ladang-buah-labu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buah Setol

Buah Setol

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 2744 hits
Dia tulis buah setol harga sekilo sepuluh ringgit gais entah la saya tak tau apa beza buah setol buah sentol setey setoi biasanya jumpa yang saiz kecil yang ni besar nak beli pun tak berani sebab takut tak sedap lagi pun biasanya jumpa mura...
Inkues Kematian Zara Qairina Pakar Patologi Laporkan Ubat Antisawan Di Kesan Dalam Tisu Buah Pinggang

Inkues Kematian Zara Qairina Pakar Patologi Laporkan Ubat Antisawan Di Kesan Dalam Tisu Buah Pinggang

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 6337 hits
KOTA KINABALU Bedah siasat terhadap jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak mengesan sebarang dadah dalam anggota tubuh arwah Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth Dr Jessie Hiu berkata bagaimanapun terdapat Phenytoin dikesan dala...
Buah Pear Korea

Buah Pear Korea

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 2912 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi Pertama kali makan buah pear Korea Beli di Pekan Isnin Tanjung Piandang hari itu Adik suruh beli kerana tak pernah rasa Buahan pelbagai jenis di pekan susah nak buat pilihan Jadi beli buah pear Korea dengan ...
Resepi Air Lai Chi Kang Buah Luo Han Guo Kering Manis Semula Jadi Menyegarkan

Resepi Air Lai Chi Kang Buah Luo Han Guo Kering Manis Semula Jadi Menyegarkan

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 3477 hits
Salam semua siapa pernah rasa air lai chi kang dekat pasar malam mesti terus teringat betapa segarnya minuman ni Penuh dengan macam macam isi ada barli biji selasih kurma merah kembang semangkuk kadang kadang siap ada cincau dan longan Bila...
Buah Gac Mutiara Merah Asia Yang Kaya Dengan Potensi Nutrisi Dan Ekonomi Tinggi

Buah Gac Mutiara Merah Asia Yang Kaya Dengan Potensi Nutrisi Dan Ekonomi Tinggi

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 2804 hits
Penulis Dr Halimaton Saadiah Othman1 1Pensyarah Kanan Jabatan Sains Tumbuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Pernahkah anda mendengar tentang buah Gac Nama saintifik bagi buah ini ialah Momordica cochinchinensis dan ia tergolong dala...
Ayah Setia Menanti Anak Hilang Sar Di Sungai Baru Labu Masih Buntu

Ayah Setia Menanti Anak Hilang Sar Di Sungai Baru Labu Masih Buntu

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 5013 hits
BOTA KIRI Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Baru Labu sejak Rabu lalu masih belum menemui petunjuk baharu Mangsa Muhammad Nurman Mohd Noh 27 dilaporkan hilang selepas memberitahu bapanya mahu mand...
Wanita Bawa Anjing Dalam Tesco Ajk Masjid Plentong Sertu 500 Buah Troli Tesco

Wanita Bawa Anjing Dalam Tesco Ajk Masjid Plentong Sertu 500 Buah Troli Tesco

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 1931 hits
JOHOR BAHRU Susulan kejadian wanita membawa anjing dalam troli di pasar raya Tesco Plentong AJK Masjid Plentong bergotong royong menyertu lebih kurang 500 buah troli Tindakan wanita yang membawa anjing itu telah menimbulkan rasa tidak senan...
Wanita Bawa Anjing Dalam Tesco Ajk Masjid Plentong Sertu 500 Buah Troli Tesco

Wanita Bawa Anjing Dalam Tesco Ajk Masjid Plentong Sertu 500 Buah Troli Tesco

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 1989 hits
JOHOR BAHRU Susulan kejadian wanita membawa anjing dalam troli di pasar raya Tesco Plentong AJK Masjid Plentong bergotong royong menyertu lebih kurang 500 buah troli Tindakan wanita yang membawa anjing itu telah menimbulkan rasa tidak senan...
Bahaya Jering Rebus Masalah Kencing

Pengalaman Guna Medical Card

Catatan Hujung Minggu 23 November 2025

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Pak Choy Goreng Telur Resipi Simple Tapi Luar Biasa Sedap

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Kempen Beli Barangan Malaysia 2025 Lokal Lagi Gempak Dorong Ekonomi Produk Tempatan

Good Morning


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bi Tasawwur On The Go Anak Anak Tremendous

Dinner Dengan Nasi Lemak Atas Bukit Tg Puteri Pasir Gudang

Perbandingan Metal Detector Vlf Vs Pi Mana Lebih Sesuai Untuk Cari Emas

Solat Ketika Musafir Buku Ringkas Tapi Padat

Sakaratul Maut Dan Penyesalan Atas Kesempatan Yang Luput

Jbl Welcomes A Brand New Addition To Its Iconic Portable Speaker Lineup