Resepi Air Lai Chi Kang Buah Luo Han Guo Kering Manis Semula Jadi Menyegarkan


Salam semua, siapa pernah rasa air lai chi kang dekat pasar malam, mesti terus teringat betapa segarnya minuman ni. 
Penuh dengan macam-macam isi  ada barli, biji selasih, kurma merah, kembang semangkuk, kadang-kadang siap ada cincau dan longan. 

Bila hirup waktu cuaca panas, rasa lega sangat tekak.
Biasanya air lai chi kang dibuat dengan gula batu atau gula merah. Tapi kali ni, jom kita cuba resepi versi lebih sihat guna buah luo han guo kering sebagai bahan utama. 
Manisnya datang secara semula jadi, tak perlu letak gula banyak. Lagi best, buah ni memang terkenal dalam perubatan tradisional Cina sebagai penyejuk badan dan baik untuk tekak.
Resepi ni bukan sekadar minuman sejuk, tapi juga ada khasiat tersendiri. Sesuai sangat dijadikan minuman untuk berbuka puasa, atau bila tekak terasa kering.
Apa Itu Buah Luo Han Guo?Buah luo han guo, yang juga dikenali sebagai monk fruit, ialah buah yang berasal dari kawasan Guangxi, China. 

Sejak ratusan tahun dulu, masyarakat Cina gunakan buah ni sebagai pemanis semula jadi dalam minuman herba

Bentuknya bulat, kulit luar keras berwarna coklat, dan biasanya dijual dalam bentuk kering. Bila direbus dengan air, ia akan keluarkan rasa manis yang lembut, tak menusuk macam gula putih.
Antara kelebihan buah luo han guo:
1. Manis semula jadi tanpa kalori tinggi sesuai untuk yang nak kurangkan gula.

2. Penyejuk badan bantu hilangkan rasa panas dalaman.

3. Legakan tekak kalau sakit tekak atau batuk ringan, minum air rebusan buah ni memang lega.

4. Antioksidan elok untuk kesihatan secara umum.
Bezanya kalau guna gula putih, air jadi manis semata-mata. Tapi kalau guna luo han guo, minuman bukan saja manis tapi ada aroma wangi herba yang lembut. 
Inilah yang menjadikan lai chi kang versi ni lebih istimewa. Buah luo han guo ni sis beli dekat shopee. Ada ikut saiz nak besar nak kecik ke. 
Kalau korang nak beli boleh klik sini buah luo han guo
Bahan-Bahan Resepi Air Lai Chi Kang Buah Luo Han Guo KeringJom tengok cara sis buat air lai chi kang ni. Mudah je step by step sebab sis buat sekali letak dalam periuk. Untuk satu jug sederhana (cukup untuk 4–5 orang):
1 biji buah luo han guo kering (pecahkan sikit sampai kulit retak }

3 sudu besar barli (direndam sekejap supaya cepat empuk).

1 sudu besar biji selasih (rendam dalam air hingga kembang) yang ni optional

7 - 10 keping kurma merah kering (beri rasa manis & khasiat tambahan).

2 keping buah kembang semangkuk (rendam sehingga kembang lepas tu buang biji }

Sedikit longan kering (optional untuk rasa wangi). Letak ni lagi sedap

Air secukupnya (lebih kurang 1.5 – 2 liter)

Gula melaka untuk rasa manis sikit ( optional )

Sehelai daun pandan disimpul jika suka

Tip tambahan: Kalau suka banyak isi, cincau, atau kacang hijau rebus. Tapi asasnya tetap luo han guo, barli, biji selasih, kurma merah dan kembang semangkuk.

Cara Penyediaan Step by Step1. Dalam periuk lain, masukkan barli, kurma merah, kembang semangkuk, dan longan kering.

2. Pecahkan buah luo han guo dan masukkan dalam periuk bersama 1.5 – 2 liter air. Rebus lebih kurang 15 – 20 minit hingga keluar warna coklat dan rasa manis.

3. Bila semua bahan dah lembut, tutup api dan biarkan sejuk sekejap.

4. Akhir sekali, masukkan biji selasih yang dah kembang.

5. Hidangkan dalam gelas besar dengan ais batu.
Hasilnya, satu minuman herba yang cukup menyegarkan, ada rasa manis natural, dengan pelbagai tekstur daripada bahan-bahan isi. 
Dah tak payah tambah gula dah. Dah ada rasa manis semulajadi dari buah luo han guo dan gula melaka tu. 
Nak harapkan buah luo han guo ni dia rasa mild manis buah camtu. Kalau suka boleh tambah gula melaka. 
Best jugak minum tengah suam - suam. Sis lagi suka simpan ambil letak dalam tumbler dan chill letak dalam peti sejuk, sampai esok sis minum yang sejuk - sejuk. 

Kelebihan Minum Air Lai Chi Kang Buah Luo Han GuoSelain sedap, ada banyak kebaikan bila minum resepi ni:
1. Sejukkan badan : sesuai untuk orang yang cepat rasa panas, atau bila cuaca terik.

2. Baik untuk tekak : rasa lega kalau minum masa tekak kering atau gatal.

3. Banyak serat : barli dan biji selasih membantu sistem penghadaman.

4. Kurang gula tambahan: lebih sihat berbanding resepi lai chi kang biasa.
Minuman ni juga sesuai diminum waktu berbuka puasa. 
Lepas seharian berpuasa, badan memang perlukan air dan sesuatu yang menyegarkan. Air lai chi kang dengan buah luo han guo ni boleh jadi pilihan sihat tanpa rasa bersalah.
Tips & Variasi Resepi1. Kalau nak rasa lebih pekat, rebus buah luo han guo lebih lama. Tapi hati-hati, jangan sampai terlalu lama sebab boleh jadi pahit.

2. Untuk rasa lain, boleh tambah longan segar, ginkgo nut, atau buah kundur kering.

3. Nak cepat? Rebus sekali semua bahan kecuali biji selasih, kemudian tapis.

4. Untuk versi jimat, cukup guna buah luo han guo, biji selasih, dan kembang semangkuk pun dah sedap.
Nota : Buah luo han guo dah sampai suam air tu, boleh la ambil letak lain dulu. Manis tau buah luo han guo ni kalau korang kikis kat lekat kulit dia tu lepas rebus, manis leting macam gula kelapa atau manis buah dia

Biji luo han guo ni, lepas rebus akan jadi makin kembang sebab tu seeloknya keluarkan takut biji makin kembang. 

Sesuai juga dibuat untuk jualan bulan puasa. Modal tak besar, tapi minuman ni ada tarikannya sendiri sebab lain daripada biasa

Cerita Minuman Pasar Malam Kalau teringat zaman kecil, air lai chi kang ni memang antara air yang selalu nampak dekat pasar malam. 
Selalu berebut nak pilih isi ada yang suka biji selasih, ada yang suka barli. Bila minum sejuk-sejuk dalam plastik ikat tepi, memang puas hati.
Sekarang bila buat sendiri kat rumah, kita boleh adjust ikut selera. Tak perlu terlalu manis, isi pun boleh letak lebih.
Lagi best bila cuba versi sihat dengan buah luo han guo ni rasa klasik tetap ada, tapi lebih ringan dan tak cepat muak.
KesimpulanItulah resepi air lai chi kang dengan buah luo han guo kering simple, berkhasiat, dan menyegarkan. Sesuai untuk minuman harian, untuk berbuka, atau bila tekak rasa kering.
Kalau dah biasa buat lai chi kang versi gula batu, sekali cuba versi luo han guo ni mesti terasa bezanya. Manis natural, ada aroma herba, dan lebih sihat.

Kalau ada yang dah pernah cuba resepi ni dengan bahan tambahan lain, boleh kongsi versi masing-masing. Mana tahu boleh jadi inspirasi untuk orang lain juga.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2025/09/resepi-air-lai-chi-kang-luo-han-guo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senyuman Manis Ramai Nak Try Adik Haneesya Hanee Macam Niezam Zaidi

Senyuman Manis Ramai Nak Try Adik Haneesya Hanee Macam Niezam Zaidi

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 2967 hits
Haneesya Hanee sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila dilihat menemani adiknya ke gym sebagai cara membantu adiknya mengubati hati selepas putus cinta selama tiga tahun Menerusi perkongsian video pendek kelihatan Haneesya memberi seman...
Sweet Salt Garam Manis Pattani

Sweet Salt Garam Manis Pattani

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 1404 hits
Assalamualaikum Garam manis dulu pertama kali dengar tentang garam manis ni agak pelik juga Garam yang masin tu bertukar jadi manis kah Semasa jalan jalan ke Pattani haritu kami sempat singgah membeli garam manis ni Rasa masakan lebih enak ...
Roti Kering Bergula

Roti Kering Bergula

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 3245 hits
Assalamualaikum Ada lebihan roti yang dah nak expired jangan dibiarkan lebih baik buat makanan yang satu ni daripada membazir potong roti jadi 4 bahagian sapu marjerin dan taburkan sedikit gula bakar sampai garing dengan api atas bawah dah ...
Blog Manis Strawberi Datang Memberi Kejutan Hari Ini

Blog Manis Strawberi Datang Memberi Kejutan Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 3404 hits
Eyma Balkisah Blogger Manis Strawberi Terkejut hari ini mendapat infor dari blogger Eyma Balkish menyatakan niat hendak hantar Poster Merdeka yang telah di lukis oleh Eyma Balkish Lalu Etuza menjejaki blog Eyma Balkish dan menjumpai blog he...
Cara Buat Acar Limau Kasturi Paling Sedap Rasa Masam Manis Pedas Perfect

Cara Buat Acar Limau Kasturi Paling Sedap Rasa Masam Manis Pedas Perfect

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 6065 hits
Cara buat acar limau kasturi menu ini boleh lauk sampingan yang cukup membuka selera Gabungan rasa masam manis pedas dan masin menjadikan acar ini sesuai dimakan dengan nasi putih penambah rasa pada lauk utama Selain mudah disediakan acar l...
Dari Sk Magic Ke Sk Intellix Penjenamaan Semula Jejak Langkah Baharu Dengan Ai Esg

Dari Sk Magic Ke Sk Intellix Penjenamaan Semula Jejak Langkah Baharu Dengan Ai Esg

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 599 hits
SK magic Malaysia kini secara rasmi menjenamakan semula syarikatnya sebagai SK intellix Malaysia menandakan perubahan besar daripada sekadar penyedia peralatan rumah kepada platform kesejahteraan berasaskan kecerdasan buatan Nama baharu ini...
Lupa Kata Laluan Asb Cara Aktifkan Semula Akaun

Lupa Kata Laluan Asb Cara Aktifkan Semula Akaun

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 3419 hits
Sekiranya anda terlupa kata laluan ASB jangan risau Anda boleh reset dan aktifkan semula akaun ASB anda secara online melalui aplikasi myASNB atau melalui portal ASB di pautan berikut Akaun myASNB akan menjadi dorman jika tidak log masuk da...
Manis Senyuman

Manis Senyuman

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 1145 hits
Manis senyuman mampu meredakan badai dalam jiwa menenangkan resah yang tak terkata Kadang ia sekadar lengkung di bibir namun mampu menjadi pelukan lembutuntuk hati yang sedang luka Senyumlah kerana pada senyum itu ada doa ada cahaya ada ten...
David Balisong Kurus Kering Hanya Makan Makanan Segera Ibu

David Balisong Kurus Kering Hanya Makan Makanan Segera Ibu

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 4267 hits
David Balisong kurus kering hanya makan makanan segera Ibu Foto FB Chee Heng Kuan KUALA LUMPUR Remaja United Kingdom David Balisong 17 ditemui dalam keadaan kurus kering kerana hanya makan makanan segera sepanjang kehilangannya namun berada...
Konsert Lagenda Nada Murni 2025

Jangan Terlalu Berkira

Mee Udang Ladang Nira Nipah Napiah

Hwc Coffee X Bape Bila Kopi Jadi Gaya Hidup Bukan Sekadar Minuman

Macam Mana Madani Ada Yang Miskin

Panduan Pemilihan Taska Dan Tadika Sesi 2026

Dap Mp Demands Fam Reveal Technical Errors As Taxpayers To Foot Fines

Waspada Taktik Penipuan Yang Menyamar Sebagai Anggota Pdrm Di Platform Whatsapp


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dia Seorang Sahahat

Nukilan Ayah Anak Yang Menangis Dalam Senyap

Apa Itu Anc Pada Headphone Teknologi Canggih Penghapus Bunyi Bising

Kari Daging Pekat Melekat Dan Peluang Di Dunia Hanya Sekali

Don T Worry

Diploma Teknologi Makanan Di Politeknik