Lada Kemuka Cadangan Sop Pelancong Luar Negara


BERNAMA 
Bernama
Sebelum ini Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mencadangkan kepada MKN supaya projek rintis gelembung pelancongan di Langkawi, dibuka kepada pengunjung dari beberapa negara luar. (Gambar Bernama)LANGKAWI: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam usaha menjadikan Langkawi sebagai projek rintis gelembung pelancongan kepada pelawat luar negara.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, SOP berkenaan akan dimuktamadkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Antara cadangan SOP yang kita kemukakan kepada kerajaan adalah pelancong luar negara wajib melakukan ujian pengesanan RT-PCR Covid-19, iaitu 72 jam sebelum penerbangan dan setibanya di Langkawi terus ke tempat penginapan dan sekali lagi lakukan ujian saringan RT-PCR. Ini bagi mengelakkan kesesakan di lapangan terbang. Sekiranya positif mereka perlu dikuarantin di hotel tersebut.
“Selain itu, sekiranya mereka (pelancong luar negara) telah menetap lebih daripada tiga hari, boleh dibenarkan mengunjungi destinasi lain dalam negara ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam program kembara media anjuran Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Penerangan di sini semalam.
Baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara berkata, kementerian itu mencadangkan kepada MKN supaya projek rintis gelembung pelancongan di Langkawi, dibuka kepada pengunjung dari beberapa negara luar sebagai langkah membolehkan Malaysia mengembangkan ekonomi yang terjejas susulan pandemik Covid-19.
Menurut Nasaruddin, LADA menyambut baik cadangan kerajaan dan bersedia untuk menawarkan Langkawi sebagai destinasi projek rintis berkenaan kepada pelancong luar negara.
“Langkawi boleh dijadikan sebagai projek rintis gelembung pelancongan untuk pelancong asing di Malaysia dan semua orang perlu mematuhi segala SOP serta disiplin kawalan kendiri bagi memastikan penularan Covid-19 tidak berlaku,” katanya.
Mengulas mengenai kedatangan pelancong dalam negara apabila rentas negeri dibenarkan sejak 11 Okt lepas, Nasaruddin berkata beliau menjangkakan seramai 100,000 pelawat akan berkunjung ke Langkawi sepanjang Oktober ini.
Katanya dalam tempoh dua minggu pertama pelaksanaan gelembung pelancongan di Langkawi sejak 16 Sept, seramai 30,000 pelawat disasarkan mengunjungi Langkawi namun, pulau peranginan ini telah menerima 38,784 pengunjung.
“Namun, pada awal Oktober sasaran adalah 60,000 pengunjung tetapi setakat pertengahan Oktober, jumlah pengunjung sudah pun menjejas 51,400 orang,” katanya menambah ia dijangka terus meningkat sehingga penghujung Oktober lebih-lebih lagi kebenaran rentas negeri diberikan kerajaan.
“Kejayaan ini bukan sahaja diukur dari segi jumlah kedatangan pelancong ke Langkawi tetapi ia lebih bermakna apabila tidak berlakunya kes mendadak jangkitan Covid-19 terhadap penduduk tempatan dan pengunjung,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/lada-kemuka-cadangan-sop-pelancong-luar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awani Ringkas Aliran Trafik Lancar Lada Kemuka Sop Untuk Terima Pelancong Luar Negara

Awani Ringkas Aliran Trafik Lancar Lada Kemuka Sop Untuk Terima Pelancong Luar Negara

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 231 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Hiburan Nak Melancong Ke Luar Negara Ini Tips Persediaan Dan Negara Yang Menerima Daripada Pelancong Malaysia

Hiburan Nak Melancong Ke Luar Negara Ini Tips Persediaan Dan Negara Yang Menerima Daripada Pelancong Malaysia

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 268 hits
Pastinya semua rakyat Malaysia teruja dan menyambut baik keputusan kerajaan untuk membenarkan perjalanan rentas negeri yang telah bermula sejak semalam 11 Oktober ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementManakan tidak sudah hampir 2 tahun rakyat tida...
1mdb Dibenarkan Kemuka Writ Saman Terhadap 6 Pihak Di Luar Negara

1mdb Dibenarkan Kemuka Writ Saman Terhadap 6 Pihak Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 197 hits
BERNAMA Setakat hari ini writ saman 1MDB telah disampaikan kepada defendan pertama Deutsche Bank Bhd Plaintif mendakwa kesemua defendan cuai melanggar kontrak dan berkonspirasi untuk menipu 1MDB sehingga menanggung kerugian dan menjejaskan ...
Orang Malaysia Sudah Boleh Pergi Melancong Ke 15 Negara Luar Ini Dengan Syarat

Orang Malaysia Sudah Boleh Pergi Melancong Ke 15 Negara Luar Ini Dengan Syarat

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 422 hits
Semalam kerajaan dah umum yang kita dah boleh berjalan ke luar negara tanpa MyTravelPass Tapi mungkin korang tertanya tanya kita memang lah dah boleh jalan ke luar negara tapi negara mana yang akan terima pelancong dari negara luar ataupun ...
Rakyat Boleh Melancong Luar Negara Tetapi Balik Wajib Kuarantin Pm

Rakyat Boleh Melancong Luar Negara Tetapi Balik Wajib Kuarantin Pm

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 356 hits
Serentak pengumuman rentas negeri berkuatkuasa esok kerajaan bersetuju membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia Bagaimanapun kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail...
Tak Payah Susah Susah Naik Flight Atlet Indonesia Ni Letak Kaki Sebelah Pagar Je Dah Dapat Ke Luar Negara

Tak Payah Susah Susah Naik Flight Atlet Indonesia Ni Letak Kaki Sebelah Pagar Je Dah Dapat Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 272 hits
Kalau nak pergi melancong luar negara mesti kena uruskan banyak benda kan Passport lah visa lah Lagi lagi sekarang banyak tempat dah mula terima pelancong Sama cerita macam atlet bola sepak perempuan dari Indonesia Omi yang baru sahaja habi...
Memorandum Mendesak Parlimen Membincangkan Pengaliran Rm1 800 Billion Ke Luar Negara Secara Haram

Memorandum Mendesak Parlimen Membincangkan Pengaliran Rm1 800 Billion Ke Luar Negara Secara Haram

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 228 hits
Kami mewakili rakyat Malaysia mendesak Parlimen Malaysia SEGERA membincangkan isu pengaliran wang Malaysia ke luar negara berjumlah RM1 800 Billion dari tahun 2005 hingga 2015 seperti dilaporkan oleh Global Financial Integrity Pendedahan ja...
Graduan Luar Negara Pun Susah Hendak Dapat Kerja

Graduan Luar Negara Pun Susah Hendak Dapat Kerja

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 246 hits
SHAH ALAM Fatnyn Izzaty Fahdulkamal 24 Sunderland Universiti United Kingdom berkata graduan lulusan ijazah dari luar negara bukanlah merupakan batu loncatan untuk mendapatkan kerja di negara sendiri Saya juga tidak terkecuali daripada mempu...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl