Rakyat Boleh Melancong Luar Negara Tetapi Balik Wajib Kuarantin Pm



(Malaysia Gazette) – Serentak pengumuman rentas negeri berkuatkuasa esok, kerajaan bersetuju membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui #MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pengembara masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik pulang ke tanah air dan kebenaran itu juga mula berkuatkuasa esok.

Menurut beliau, keputusan pemansuhan itu antaranya untuk menghubungkan ahli keluarga dan pasangan yang terpisah serta bagi tujuan bekerja dan mereka yang menjalankan urusan perniagaan.
“Namun, kebenaran ini tertakluk kepada individu yang lengkap divaksin dan di sebalik semua kelonggaran ini, hakikatnya kita terpaksa hidup bersama virus Covid-19.
“Situasi ini bukan sahaja menuntut rakyat untuk terus mematuhi SOP, malah penting meningkatkan penilaian kendiri demi melindungi Keluarga Malaysia.
“Untuk itu, mereka yang belum divaksin, segera berbuat demikian, kerana banyak kelonggaran telah diumumkan seperti merentas negeri, melancong dalam dan luar negara, dine-in dan sebagainya bergantung kepada syarat lengkap vaksinasi,” katanya pada sidang media khas, hari ini.
Beliau berkata, vaksin mengurangkan risiko jangkitan, mencegah daripada mendapat jangkitan lebih teruk, selain mengurangkan risiko kematian akibat Covid-19 serta mengurangkan beban sistem kesihatan.
Kata Ismail, data terkini Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan vaksinasi telah berjaya menurunkan kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 83 peratus dan kadar kematian akibat jangkitan pula 88 peratus.
Bagi memastikan proses peralihan negara ke fasa endemik berjalan lancar dan selamat, rakyat kini memikul tanggungjawab yang besar untuk mejayakan usaha itu.
Antara langkah itu ialah mengukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri dengan mengamalkan TRIIS iaitu ujian pengesanan Covid-19, melaporkan keputusan ujian, melakukan kuarantin, segera memaklumkan kepada kontak rapat dan mendapatkan rawatan segera di pusat perubatan (CAC).
Beliau turut mengingatkan pemilik premis kedai makan, runcit, pusat beli belah, fasiliti sukan termasuk gymnasium, pejabat dan lain-lain untuk memeriksa status vaksinasi dan status risiko Covid-19 pelanggan dalam aplikasi MySejahtera.
Langkah itu, katanya, penting bagi memastikan risiko berlakunya jangkitan dalam premis adalah rendah.
“Besar harapan saya, kita semua terus berganding bahu kerana amat jelas kejayaan dalam peperangan ini tidak akan berhasil tanpa usaha semua ahli Keluarga Malaysia,” katanya.
Mengenai lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Ismail Sabri berkata, kawasan itu masih ditutup kepada semua pihak sehingga KKM mengumumkan penamatannya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/10/10/rakyat-boleh-melancong-luar-negara-tetapi-balik-wajib-kuarantin-pm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Nak Tahu Bila Rakyat Boleh Travel Ke Luar Negara

Ramai Nak Tahu Bila Rakyat Boleh Travel Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 319 hits
Ramai Nak Tahu Bila Rakyat Boleh Travel Ke Luar Negara Sebab selepas kelonggaran diberi untuk travel ke Langkawi baru baru ini ada memberikan impak positif kepada sektor pelancongan dalam negara Lagipun kita di Malaysia akan mencapai imunit...
Orang Malaysia Sudah Boleh Pergi Melancong Ke 15 Negara Luar Ini Dengan Syarat

Orang Malaysia Sudah Boleh Pergi Melancong Ke 15 Negara Luar Ini Dengan Syarat

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 472 hits
Semalam kerajaan dah umum yang kita dah boleh berjalan ke luar negara tanpa MyTravelPass Tapi mungkin korang tertanya tanya kita memang lah dah boleh jalan ke luar negara tapi negara mana yang akan terima pelancong dari negara luar ataupun ...
Hiburan Nak Melancong Ke Luar Negara Ini Tips Persediaan Dan Negara Yang Menerima Daripada Pelancong Malaysia

Hiburan Nak Melancong Ke Luar Negara Ini Tips Persediaan Dan Negara Yang Menerima Daripada Pelancong Malaysia

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 290 hits
Pastinya semua rakyat Malaysia teruja dan menyambut baik keputusan kerajaan untuk membenarkan perjalanan rentas negeri yang telah bermula sejak semalam 11 Oktober ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementManakan tidak sudah hampir 2 tahun rakyat tida...
Tak Payah Susah Susah Naik Flight Atlet Indonesia Ni Letak Kaki Sebelah Pagar Je Dah Dapat Ke Luar Negara

Tak Payah Susah Susah Naik Flight Atlet Indonesia Ni Letak Kaki Sebelah Pagar Je Dah Dapat Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 282 hits
Kalau nak pergi melancong luar negara mesti kena uruskan banyak benda kan Passport lah visa lah Lagi lagi sekarang banyak tempat dah mula terima pelancong Sama cerita macam atlet bola sepak perempuan dari Indonesia Omi yang baru sahaja habi...
Boleh Ke Kejutkan Bayi Untuk Menyusu Ini Panduan Yang Wajib Mama Papa Tahu

Boleh Ke Kejutkan Bayi Untuk Menyusu Ini Panduan Yang Wajib Mama Papa Tahu

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 389 hits
Eh dah pukul 1 petang sudah waktu penyusuan tetapi si comel masih tidur Hmmm perlu ke bangunkan bayi untuk menyusu atau tunggu sehingga dia bangun sendiri sahaja Ini ada cara bangunkan bayi untuk menyusu yang boleh ibu cuba semoga berjaya W...
Jangan Terlalu Gembira Ini Kos Tersembunyi Yang Anda Perlu Tanggung Sekiranya Ke Luar Negara

Jangan Terlalu Gembira Ini Kos Tersembunyi Yang Anda Perlu Tanggung Sekiranya Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 220 hits
Pada Ahad baru baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan khabar gembira apabila semua rakyat Malaysia yang telah lengkap vaksin dibenarkan untuk merentas negeri
Aksi Faisal Halim Tarik Perhatian Ejen Luar Negara

Aksi Faisal Halim Tarik Perhatian Ejen Luar Negara

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 808 hits
Kuala Lumpur Aksi lincah pemain sayap Terengganu yang beraksi bersama Harimau Malaya pada perlawanan persahabatan menentang Jordan menarik perhatian ejen luar negara Faisal Halim yang diturunkan kesebelasan utama menentang Jordan memperagak...
Awani Ringkas Aliran Trafik Lancar Lada Kemuka Sop Untuk Terima Pelancong Luar Negara

Awani Ringkas Aliran Trafik Lancar Lada Kemuka Sop Untuk Terima Pelancong Luar Negara

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 250 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Dugaan Pagi Khamis

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Sambal Bendi Goreng


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ibu Stres Bayi Tertekan Ramai Tak Tahu Kesan Emosi Waktu Mengandung

Makan Sedap Sampai Luka Bernanah Waktu Pantang Makanan Ni Mungkin Puncanya

Apa Beza Term Deposit I Dengan Saving Pot Aeon Bank

Hukum Tajwid Surat Al Fatihah Ayat 1 7 Dan Arti Perkata

Beli Di Sini Https Vt Tiktok Com Zsrnvanvd

Pengarah Moe Lebih 1 700 Pelajar Gagal Semua Subjek Spm Ada Yang Kerja Malam